Anda di halaman 1dari 8

MODUL USRAH ULUL ALBAB

NABI MUHAMMAD SAW

MUKADIMAH :
Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW

Bioadata Nabi Muhammad SAW

Nama : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutallib Bin Hasyim


Nama lain : Ahmad, Al Mahi, Al Hasyi , Al ‘Aqib
Gelaran : Al Amin
Tarikh dan tempat lahir : 12 Rabiulawal Tahun Gajah, di Mekah
Kunniyah : Abu Al Qassim
Ibu : Aminah Binti Wahab
Ibu susuan : Suwaibah Al Aslamiyyah, Halimatul Saddiah
Pengasuh : As Syaima’, Ummu Aiman
Isteri : Khadijah Bt Khuwailid
Saudah Bt Zam’ah
Aisyah Bt Abu Bakar
Hafsah Bt Umar
Zainab Bt Khuzaimah
Juwairiyyah Bt Al Haris
Zainab Bt Jahsi
Ummu Salamah Bt Abu Umaiyyah
Soffiyah Bt Huyai
Ummu Habibah Bt Abu Suffian
Maimunah Bt Al Harris
Mariah Al Qibthiah RA
Anak : Al Qassim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Rogayyah, Ummu Kalsom, Fatimah
Tarikh dan Tempat Wafat : 12 rabiuul Awwal Tahun 11 Hijrah Di Madinah

Sifat Fizikal Nabi Muhammad SAW

Rasullullah SAW memilikki rupa paras yanag amat tampan, sederhana tinggi dan
berbadan tegap. Rambut baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa
kelihatan ceria dan segak. Mata hitam baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik.
Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda pasti berkata, aku tidak pernah
melihat orang lain yang standing dengan ketampanan Nabi Muhammad SAW.

Salasilah Keturunan Sebelah Bapa dan Ibu Nabi Muhammmad SAW


Qilab
Khusai Zuhrah

Abdul Manaf Abdul Manaf

Hasyim Wahab

Abdul Mutallib

Abdullah Aminah

Nabi Muhammad SAW

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING SEBELUM NABI MUHAMMAD SAW DILANTIK


MENJADI RASUL IALAH

UMUR TEMPOH PERISTIWA


Selepas Kelahiran 2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatul Sa’diah
diperkampungan Bani Saad yang jauh daripada
unsur negative

2 hingga 4 tahun Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril

4 hingga 6 tahun 2 tahun Nabi Muhammmad SAW tinggal Bersama-sama


dengan ibu baginda. Ketika berumur 6 tahun,
baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di
Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa’ dalam
perjalanan pulang ke Mekah.

6 hingga 8 tahun 2 tahun Nabi Muhammmad SAW dipelihara oleh datuk


baginda , Abdul Mutallib hingga datuk baginda
meninggal dunia. Selepas itu, nabi Muhammad SAW
tinggal pula dengan bapa saudara baginda Abu Talib

12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib, ke Syam.


Di pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat
daripada Buhaira Ar Rohib Ketika di bandar Bushra,
sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi
Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang di
bunuh oleh orang Yahudi.

20 tahun Baginda bersama-sama dengan bapa saudara


baginda menyaksikan Khilfu Fudhul, iaitu penjanjian
untuk membela orang yang teraniaya dalam
perniagaan.
Baginda mengembala kambing bersama-sama
dengan saudara susuan diperkampungan bani saad
kemudian di Mekkah.

IKTIBAR

Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar sebagai
persediaan untuk di lantik menjadi rasul yang agung.

Ketika Berumur 25 tahun

Ketika berumur 25 tahun, nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan diluar
Kota Mekah Al Mukarramah. Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA,
seorang wanita Quraish yang sangat berharta dan berhati mulia. Rasullullah SAW
membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA ke Syam dengan di bantu oleh
Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah RA. Semasa berada di Syam, Nabi
Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan Amanah. Akhirnya
Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan
dan kemahiran baginda.

Iktibar :
Sifat kemuliaan yang perlu di contohi daripada [eristiwa ini ialah nabi Muhammad SAW
menunaikan Amanah, mempunyai kerjaya, mendapat kepercayaan masyarakat dan
menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana.

25 Tahun

Berkahwin Dengan Saidatina Khadijah

Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah RA
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Pengalaman
beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan
oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat denan nabi Muhammad SAW.
Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya, Napisah binti
Munabbih untuk menyatakan Hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad SAW menerima Hasrat mulia tersebut dan meminag Khadijah RA melalui
bapa saudara Amru bin Asad. Hasil perkahwinan dengan sadatina Khadijah Nabi
Muhammad SAW dikurniakan enam orang anak.

Iktibar : Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menarik perhatian Saidatina
Khadijah RA termasuklah jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas
pergaulan.

PERISTIWA PERLETAKKAN HAJARUL ASWAD

Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding kaabah. Kabilah arab berpakat untuk membaik pulih kaabah. Nabi
Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk
meletakkan semual hajarul aswad dipenjuru kaabah, berlaku perebutan antara ketua
kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah. Akhirnya Abu Umayyah Al
Makhzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah arab mengajukan cadangan
yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang
masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT orang pertama yang
memasukki ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW
masuk ke masjid berkata, dialah As Sodiq Al Amin (orang yang benar lagi amanah)
Nabi Muhammad SAW memghamparkan Rida’ ( selindang) baginda kemudian meletakkan
hajarul aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang
hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru kaabah. Lalu baginda
mengambil hajarul aswad dan meletakkan di tempat asal. Majlis tersebut berjalan lancer
dan semua yang hadir berpuas hati.

MENERIMA WAHYU PERTAMA (40 TAHUN)

Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun. Ketika itu
baginda suka bersendirian di gua hira’ untuk beribadat dan memikirkan cara
menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah. Pada suatu hari dalam bulan
Ramadhan, baginda di datangi malaikat Jibril as. Jibril as memeluk erat nabi Muhammad
SAW 3 kali dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda
membaca, baginda membaca, baginda menjawab saya tidaktahu membaca. Akhirnya
Jibril AS mengajar nabi Muhammad As wahyu pertama.

Setelah Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT untuk menyampaikan
dakwah, baginda menjalankan tugas dengan gigih dan sabar. Dakwah yang disampaikan
oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat arab terutama hamba abdi dan
golongan yang lemah. Namun begitu, ada juga yang menentang dakwah nabi Muhammad
SAW.

ISRA’ DAN MIKRAJ (51 Tahun)

Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad SAW.


Disamping itu, bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun
beliau tidak memeluk Islam. Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad
SAW berdukacita. Kedukaan Nabi Muhammad SAWini terubat apabila baginda dibawa
mengembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Isra’ dan
Mikraj. Yang berikut ialah kronologi ringkas peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Nabi Muhammad SAW di bawa pada waktu malam dari masjidil haram di MEKAH
KE MASJIDIL AQSA DI PALASTIN.

DALAM PERJALANAN, BAGINDA DITUNJUKKAN DENGAN PELBAGAI GAMBARAN YANG


AKAN BERLAKU KEPADA UMAT BAGINDA

BAGINDA MENJADI IMAM SOLAT KEPADA PARA NABI DI MASJIDIL AQSA

BAGINDA DIBAWA MIKRAJ MERENTAS TUJUH LAPISAN LANGIT SEHINGGA KE SIDRATUL


MUNTAHA
BAGINDA MENGHADAP ALLAH SWT DAN MENERIMA KEFARDHUAN SOLAT LIMA WAKTU

BAGINDA TURUN KE MEKAH SEBELUM SUBUH DAN MENCERITAKN PENGALAMAN


BAGINDA KEPADA PENDUDUK MEKAH

Iktibar

Peristiwa Isra’ dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW:
- Menjalani Isra’ Mikraj dengan roh dan jasad.
- Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rtasul sebelum
baginda
- Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allh SWT sebagai ibadat yang
paling utama dalam Islam.
- Mendapat pertolongan Allah SWT Ketika menyampaikan kebenaran.

HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKKAN NEGARA ISLAM (53 TAHUN)

Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah nabi Muhammad SAW dengan pelbagai
cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang di siksa dan dibunuh. Akhirnya Nabi
Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah bersama-sama dengan
para sahabat ke Madinah (Yathrib). Peristiwa ini berlaku 13 tahun selepas kerasulan
baginda. Demi kepentingan dakwah, Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut
mengharungi pelbagai halangan untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan
Saidina Abu Bakar As Siddik R.A . Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya
Berjaya tiba ke Madinah dengan selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan
membina masjid yang pertama di sana.

Di Madinah Nabi Mugammad SAW membina pemerintahan yang berteraskan wahyu.


Baginda membina masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar, dan
menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukkan negara.
Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW menghadapi tentangan
musuh yang cuba mengugat keamanan Madinah. Nabi Muhammad SAW bersama-sama
dengan kaum Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah daripada serangan musuh
dengan semangat juang yang hebat. Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi
Muhammad SAW termasuklah peperangan Badar, Uhud, Khoibar, pembukaan mekah dan
hunain.

Pengajaran yang dapat di ambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan nabi
Muhammad SAW termasuklah

- Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah SWT.
- Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh Amanah.
- Baginnda membentuk pemerintahan yang adil termasuk wahyu
- Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik

JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLAK BANDING

Terlalu baik sumbangan Nabi Muhammad SAW kepada tamadun Islam. Antaranya
termasuklah:

- Membina masyarakat Bersatu padu mempertahankan negara


- Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan
disamping tempat ibadat
- Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam
- Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang
gemilang sehingga dikenali sebagai Madianh Munawwarah yang bererti kota
bercahaya.

KUNCI ILMU

Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda
SAW termasuklah:

- Mengikuti sunnah nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi


larangan baginda
- Sentiasa merindui baginda nabi Muhammad SAW
- Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW
dengan berselawat ke atas baginda.
- Mencintai ahli bait ( orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para
sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW 63 TAHUN

Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12
Rabiul awal, tahun 11 hijrah, di rumah Saidatina aisyah RA. Nabi Muhammad SAW
dijemput kembali menemui penciptanya. Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW
kekasih Allah SWT ini menggemparkan penduduk Madinah. Jasad nabi Muhammad SAW
yang mulia dimakamkan dirumah saidatina Aisyah RA.

IKTIBAR

Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang
benar.

Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian


agama Islam.

Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas
kecemerlangan tamadun hari ini.

Umat manusia umat terhutang budi dengan jasa nabi Muhammad SAW yang tidak ada
tolak banding.

Anda mungkin juga menyukai