Anda di halaman 1dari 2

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571
Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul
Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal
daripada suku kaum yang dipandang mulia ketika itu. Ibu susu Baginda pula
bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mecari pengasuh bagi
anak-anak mereka)
Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula
kepada ibunya. . Bapa baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam
kandungan. Semasa dalam perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu
baginda pula meninggal di suatu tempat

yang dipanggail Abwa‟ Nabi berumur 6 tahu ketika itu . Maka tinggallah Nabi SAW
seorang
diri dan dijaga oleh datuknya.
Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar
dan baginda juga digelar Al-Amin kerana tsentiasa berkata benar. Baginda
berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum
Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia
35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu
Hajarul Aswad di depan

Ka‟bah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada
pihak
yang tidak puas hati.
Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke Gua
Hira‟ untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi
Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17
Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda
untuk mengajar baginda

membaca dengan perkataan “bacalah” tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat
membaca
dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera
pulang ke rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya
menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut
bangun dan menjauhi maksiat.

Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun
beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan
terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW
berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu baginda mendapat
tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka mengancam untuk membunuh
baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota Madinah.

Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan


penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal
11 Hijiriyah (7 jun 632 Masehi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di
tahun dan di makamkan di kota madinah. Nabi Muhammad S.A.W mewariskan
kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekeliannya dengan sabda
baginda yang bermaksud :

“Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat
jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Anda mungkin juga menyukai