Anda di halaman 1dari 18

DIPLOMA OF ACCOUNTING

FUNDAMENTALS OF ISLAM
CTU 101

GROUPING ASSIGNMENT
ANALISIS AYAT AL QURAN
KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW

PREPARED BY :

MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD FAISOL 2020815364


WAN NAZMI BIN ABDEL NASSER 2020938399
NUR SYAZWANI BT. MOHAMAD 2020845246
NIZAN
NURUL ATHIRAH BT. ZANIZAN 2020861512

PREPARED FOR:
MADAM MUNIRAH BINTI ZAKARIA

GROUP
AC110 1C

DUE DATE
10 DECEMBER 2020

1|Page
ISI KANDUNGAN
MUKA
BIL TAJUK SURAT
.
1. TAFSIRAN SURAH YASIN, AYAT 3 3
2. RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD 4
SAW
3. KONSEP KERASULAN 5-6
4. PERBEZAAN NABI MUHAMMAD SAW 7-9
SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS
MENJADI RASUL
5. BUKTI KERASULAN NABI 10-14
MUHAMMAD SAW
6. KESIMPULAN 15

7. RUJUKAN 16

2|Page
Surah Yasin, Ayat 3

MAKSUD

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari rasul-rasul yang telah
diutus.

TAFSIRAN

Maksud ayat 3 dalam surah Yasin menegaskan bahawa Nabi Muhammad merupakan seorang
Rasul yang telah diutuskan oleh Allah. Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk
membimbing umat manusia ke jalan yang lurus. Ayat ini menekankan tentang kerasulan Nabi
Muhammad SAW. Rasul merupakan orang pilihan yang mendapat amanah untuk
menyampaikan risalah agama kepada umat manusia. Allah menggunakan perkataan  ‫ إِ َّن‬yang
bermaksud sesungguhnya menunjukkan Allah tidak syak lagi, َ‫ لَ ِمن‬salah seorang dari, dan
‫ ُمرْ َس ِل‬bermaksud seseorang yang telah diutus dari kekuasaan Allah. Justeru, Nabi Muhammad
SAW merupakan seorang Rasul yang memperoleh amanah dan menerima wahyu oleh Allah
untuk menyampaikan risalah agama dan menjadi pembimbing kehidupan kepada sekalian
manusia. Menurut tafsiran Basyar dari Yazid dari Sa’id dari Qatadah, Ibnu Jarir al-Tabari,
ayat ketiga diterjemahkan sebagai bentuk kesaksian Allah swt dengan Al-Quran bahawa Nabi
Muhammad adalah benar-benar seorang Rasul. Ini dapat menggambarkan secara jelas
bahawa Rasul merupakan manusia terbaik, termulia dan bukan dari kalangan orang yang
berdusta. Manusia yang mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW akan sentiasa berada di
jalan yang lurus dan akan tenang di dunia dan akhirat.

3|Page
RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

Pada tanggal 12 Rabi’ul-awal, Tahun Gajah, 20 April 571 Masihi Nabi Muhammad SAW
dilahirkan di Makkah. Nama Muhammad telah diberikan oleh Abdul Mutalib yang membawa
maksud “Yang Terpuji”. Ayah Nabi yang bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat
ketika Baginda masih dalam kandungan. Baginda kemudiannya diserahkan kepada Halimah
untuk disusukan kerasa adat kebiasaan di kalangan bangsawan Quraisy pada masa itu. Pada
tahun kelahiran Nabi, Abraha dan tentera gajahnya datang untuk menghancurkan Ka’bah
dengan harapan orang-orang Arab berpindah ke gereja Sana di ibu kota aman. Oleh kerana
peristiwa serangan tentera gajah Abraha, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW terkenal
sebagai Tahun Gajah. Dalam pada masa yang sama, terdapat sayup-sayup yang mengatakan
akan datang seorang Nabi di kalangan bangsa Arab. Maka sebahagian penduduk Arab risau
dan gelisah patung-patung serta dewa-dewa mereka dibinasakan.

Sekitar usia empat tahun, Nabi Muhammad SAW didatangi oleh Malaikat Jibril dan Mikail
ketika Baginda sedang bermain-main di belakang rumahnya. Baginda dibawa ke tempat yang
jauh, kemudian dibaringkan dan dadanya dibedah serta dibersihkan. Ketika berusia enam
tahun Nabi menjadi yatim piatu keranaibunya Aminah sakit dan wafat ketika dalam
perjalanan ke Kota Makkah. Kemuadian tinggalah Nabi bersama Abdul Mutalib, selama dua
tahun kerana datuknya wafat. Abu Talib iaitu bapa saudara, dengan penuh rasa belas kasihan
dan tanggungjawab membawa serta mengasuh Nabi Muhammad SAW bersama beliau.

Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira pada malam 17 Ramadan
bersamaan 6 Ogos 610 Masihi dari Allah melalui malaikat Jibril ketika beliau berusia 40
tahun. Tidak lama kemudian Nabi Muhammad menerima wahyu kedua di mana baginda
ditugaskan untuk menyampaikan agama Islam kepada manusia. Baginda mula berdakwah
secara rahsia kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat supaya memeluk Islam dan
menyembah Allah. Selepas tiga tahun barulah Baginda berdakwah secara terbuka. Nabi
Muhammad merupakan rasul pesuruh Allah yang terakhir. Ini kerana, Baginda telah
melengkapkan dan sempurnakan syariat yang telah dibawa serta kekal sehingga hari akhirat.
Maka, syariat yang dibawa oleh baginda telah membatalkan dan memansuhkan semua syariat
nabi yang terdahulu.

4|Page
KONSEP KERASULAN

Rasul secara ringkasnya bermaksud utusan. Pada istilahnya, rasul merupakan lelaki yang
dipilih oleh Allah dalam kalangan manusia yang terbaik, menerima wahyu dan syariat untuk
disebarkan dan diamalkan kepada umatnya. Rasul memikul tugas dalam menjalankan
peranan sebagai penyampai risalah Allah SWT dan menjadi contoh yang terbaik bagi segenap
umat manusia. Rasul juga melakukan aktiviti kehidupan sosial sebagai manusia biasa seperti
berkeluarga, makan, minum, dan menjalankan peranan mereka dalam kehidupan. Namun,
kemuliaan dan kemampuan rasul dipandang lebih daripada manusia biasa. Dalam kalimah
Arab disebut sebagai al-Rasul bermaksud seorang yang diutuskan. Perkataan al-Rasul juga
membawa erti seseorang yang diutuskan untuk menyampaikan sesuatu. Oleh itu, rasul
dengan kata lain adalah mereka yang ditugaskan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah
untuk menyampaikan wahyu Allah serta ajaran risalah kepada manusia.

Setiap rasul merupakan nabi dan setiap nabi tidak semestinya rasul. Ini kerana perbezaan
antara nabi dan rasul ialah, nabi merupakan manusia leaki pilihan Allah yang diberikan
wahyu kepadanya tetapi hanya untuk diamalkan sendiri tanpa perlu menyampaikannya
kepada umat manusia. Manakala rasul juga manusia yang dipilih dalam kalangan lelaki,
menerima wahyu dan diperintah untuk disampaikan kepada kaumnya. Selain itu, kitab suci
dan suhuf hanya diturunkan kepada rasul dan tidak diberikan kepada nabi. Mukjizat ini
menjadi bukti kerasulan dan kebenaran para rasul dalam berdakwah. Namun begitu, setiap
orang yang beriman wajib mempercayai serta membenarkan kenabian dan kerasulan serta
beriman dengan kitab suci yang diturunkan.

Dalam kalangan rasul dan nabi, mereka yang terpilih memiliki sifat istimewa dan diberi
gelaran ulu al-‘azmi. Ini kerana mereka mempunyai keteguhan hati, kekuatan serta ketabahan
yang luar biasa dalam menerima ujian. Tahap kesabaran mereka yang tinggi dalam
menghadapi cabaran serta tentangan daripada kaum mereka dalam menyampaikan ajaran
menyebabkan mereka digelar ulu al-‘azmi. Antara rasul dan nabi terpilih ialah Nabi Nuh AS,
Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, dan Nabi Muhammad SAW.

Para rasul ini terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat atau dosa-dosa besar dan
kecil berbanding manusia biasa. Sifat ini digelar sebagai maksum. Oleh itu, darjat kemuliaan

5|Page
mereka juga terpelihara daripada sebarang kecacatan seperti buta, bisu, atau lain-lain
penyakit. Setiap ucapan serta tindakan rasul terpelihara dalam bimbingan Allah SWT.

Martabat dan darjat seorang rasul lebih tinggi, maka dengan itu Nabi Muhammad bukan
seperti manusia biasa yang lain tetapi merupakan kekasih Allah SWT. Mereka yang akan
menjadi penerang kepada kehidupan manusia dan memimpin umatnya ke jalan yang lurus.
Rasul dilantik dalam kalangan manusia agar dakwah yang disampaikan mudah untuk
diterima kerana manusia sesama manusia memahami naluri antara satu sama lain. Ikutan dan
tauladan rasul mudah untuk menjadi ikutan manusia dalam melakukan amalan seharian.
Secara kesimpulan, wahyu dari Allah SWT sama-sama diperoleh kepada nabi dan rasul.
Pengertian rasul yang lebih luas membezakan nabi dan rasul. Wahyu baru diterima oleh rasul
untuk disampaikan kepada umat manusia, manakala nabi pula ditugaskan untuk
mengukuhkan syariat sebelumnya.

6|Page
7|Page
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
DILANTIK MENJADI RASUL

Kehidupan Nabi Muhammad SAW Sebelum Menjadi Rasul

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah pada 20 April 570
Masihi. Baginda berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh masyarakat.
Ketika baginda di dalam kandung ibunya, Aminah binti Wahab, bapa baginda telah
meninggal dunia. Selepas baginda dilahirkan, baginda diasuh oleh ibunya dan ibu susuannya,
Halimatus Sa’diyah. Ketika nabi berusia enam tahun, ibunya telah meninggal dunia.
Kemudiannya, nabi telah dijaga oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib. Datuk baginda
telah memberikan nama kepada baginda Muhammad yang bermaksud terpuji. Selepas datuk
baginda telah meninggal dunia, baginda telah dijaga oleh bapa saudaranya yang bernama Abu
Talib bin Abdul Mutalib. Semasa baginda kecil, baginda telah menggembala kambing
kepunyaan Abu Talib. Ketika Nabi Muhammad berusia 12 tahun, baginda telah mengikut
bapa saudaranya berniaga ke Syam. Semasa perjalanan mereka ke Syam, mereka telah
berjumpa dengan Buhaira seorang pendeta Nasrani. Buhaira mengatakan kepada Abu Talib
bahawa Nabi Muhammad SAW akan menjadi rasul. Buhaira menasihati Abu Talib supaya
membawa Nabi muhammad SAW pulang kerana ditakuti orang yahudi akan membunnuh
baginda. Pada ketika baginda berumur 20 tahun, nabi telah giat menjalankan aktiviti
perniagaan. Pada ketika itu, nabi telah menjalankan perniagaan bersama Khadijah binti
Khuwailid. Khadijah amat menyukai sifat kejujuran dan keperibadian baginda yang mulia
dalam mengendalikan perniagaan. Akhirnya, baginda telah dilamar oleh Khadijah ketika
baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

Kehidupan Nabi Muhammad SAW Semasa Menjadi Rasul

Pada ketika Nabi Muhammad SAW berusia 25 tahun, baginda telah menyelesaikan masalah
perletakan semula Hajr Aswad iaitu batu hitam. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut
baginda telah menghamparkan sehelai serban dan diletakkan di atas hajar aswad dan baginda
meminta setiap suku kaum Arab memegang hujung serban ke sisi Kaabah. Baginda juga
meletakkan batu hitam itu di tempat asal sehinggakan semua pihak telah berpuas hati.
Sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul, baginda selalu memikirkan tentang
cara hidup masyarakat disekelilingnya yang taasub akan amalan jahiliah dan sering
melakukan perkara yang tidak bermoral. Baginda telah mengasingkan diri dengan pergi ke
Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur untuk beribadat kepada Allah dengan tenang dan sunyi.

8|Page
Baginda juga telah memikirkan cara untuk mengubah kehidupan masyarakat yang tidak
bermoral kepada kehidupan yang lebih bermakna dalam kehidupan seharian mereka. Baginda
memohon kepada Allah supaya memberikan sesuatu petunjuk yang dapat mengubah nasib
masyarakat sekeliling. Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi, wahyu yang
pertama telah diturunkan melalui malaikat Jibril ketika baginda berusia 40 tahun. Wahyu
yang pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan supaya umat Islam membaca.
Kemudiannya, wahyu kedua telah diturunkan iaitu surah al-Muddasir ayat 1-7 yang
membawa utusan bahawa Nabi Muhammad SAW diisytiharkan sebagai Rasulullah atau
pesuruh Allah yang mewajibkan baginda untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh
umat manusia. Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu ketika baginda berusia 40
tahun.

Kehidupan Nabi Muhammad SAW Selepas Menjadi Rasul

Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan dakwah Islam secara sulit dan secara terbuka di
Makkah. Pada peringkat pertama secara sulit telah dijalankan selama 3 tahun. Baginda telah
menyampaikan dakwah Islam kepada ahli keluarga baginda, sahabat rapat dan kaum keluarga
baginda. Orang yang telah menerima dakwah baginda secara sulit dan telah memeluk agama
Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah, Abu Bakar al-
Siddiq, Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam dan Al-Arqam bin Abu Arqam. Rumah al-
Arqam telah dijadikan tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah dan
merupakan pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Bilangan pengikut Nabi
Muhamma SAW telah bertambah sebanyak 40 orang. Pada peringkat yang kedua adalah
secara terbuka. Pada peringkat ini penyebaran Islam ditujukan kepada keluarga Abdul
Mutalib iaitu kaum kerabat baginda. Baginda telah bermesyuarat dan mengadakan dakwah
secara terbuka di kediaman Ali bin Abu Talib. Baginda menjelaskan tentang Islam kepada
mereka. Akan tetapi, terdapat kaum keluarganya yang tidak mahu menyeru dakwah Nabi
Muhammad SAW malah mereka telah menentang baginda. Abu Lahab yang menentang
dengan kuat terhadap dakwah baginda. Kemudiannya, Nabi Muhammad SAW telah
berdakwah kepada orang ramai dengan terang-terangan di atas Bukit Safa, Makkah. Baginda
berdakwah secara terang-terangan selepas Allah telah menurunkan surah al-Hijr ayat 94.
Semasa baginda menyampaikan dakwah semua ketua Quraisy telah hadir antaranya ketua
Bani Abdul Mutalib, Bani Zuhrah, Bani Asad dan Bani Tamim. Abu Lahab juga hadir ke
Bukit Safa semasa baginda menyampaikan dakwah akan tetapi Abu Lahab telah memaki
baginda sehingga baginda terpaksa membatalkan dakwahnya kepada orang ramai. Akhirnya,

9|Page
bilangan pengikut Nabi Muhammad SAW telah bertambah kerana ramai yang telah memeluk
agama Islam dan ada juga yang telah menentang dakwah baginda.

10 | P a g e
BUKTI KERASULAN NABI

Nabi Muhammad s. a.w adalah insan terpilih yang diutus Allah.s.w.t untuk menjadi rasul
pemimpin umat manusia hingga keakhir zaman. Baginda adalah rasul dan nabi terakhir yang
diutuskan oleh Allah s. w. t. untuk memimpin umat manusia kejalan yang lurus yang diredhai
Allah. Bukti kerasulan baginda telah dinyatakan dalam kitab injil sebelum kelahiran baginda
dan diakui oleh seorang paderi akan tanda-tanda kerasulan yang terdapat pada bainda rasullah
s. a. w. Sebagaimana rasul- rasul yang terdahulu baginda rasullah s. a. w juga dikurniakan
mukjizat-mukjizat yang tidak dapat ditandingi dan ditiru oleh ahli-ahli sihir dizaman baginda.

Mukjizat yang teragung yang dikurniakan kepada baginda rasullullah ialah Al -Quran kitab
yang mengandungi kalamullah yang menjadi rujukan dan garis panduan hidup seluruh umat
manusia sepanjang zaman.

Dalam surah al. Baqarah ayat 23 Allah s. w. t telah berfirman jika ada antara hambanya yang
meragui akan kerasulan nabi Muhammad s. a. w, dan mukjizat yang dikurniakan pada
baginda Allah meminta mereka untuk mencipta satu ayat yang menyamai al - Quran namun
mereka tidak dapat melakukannya.

Bahasa Al-Quran sangat indah, susunan ayat - ayatnya amat menakjubkan, isinya padat dan
sejalan dengan perkembangan masa, tidak ada pertentangan dan kekeliruan di dalamnya.
Semuanya membuktikan bahwa Al-Quran benar-benar firman Allah s. w. t yang tidak ada
keraguan di dalamnya.

Al -Quran adalah kitab yang terpelihara dan terjaga kesuciannya. Allah berfirman dalam
surah al waqiah ayat 77 hingga ayat 80

“Bahawa al quran adalah kitab yang mulia yang dipelihara kesuciannya, yang tidak dapat
disentuh melainkan makhluk - mahkluk yang disucikannya..dan dijelaskan bahawa al quran
adalah diturunkan oleh Allah tuhan sekian alam.”

11 | P a g e
Selain Al -Quran yang dikurniakan sebagai mukjizat, kerasulan Nabi Muhammad Saw juga
boleh dilihat dari bukti-bukti berikut:

A. Riwayat Hidupnya

Dr. Sa’id Shawabi di dalam buku al-Mu’iin ar-Raa’iq Min Siirati Khairi al-Khalaaiq,
Kairo,Mesir menjelaskan: “…Seandainya Muhammad saw tidak mempunyai al quran
sebagai mukjizat, sejarah perjalanan hidupnya itu sudah cukup (sebagai bukti
kerasulannya).” Dia juga menilai bahawa riwayat perjalanan hidup Muhammad saw adalah
bukti kerasulan baginda yang paling besar.

Dr Sa'id menyatakan jika seseorang itu mempelajari dan menghayati cara pertuturan, sifat-
sifat, perilaku dan perjalan hidup yang dilalui oleh baginda saw sejak lahir hingga ke akhir
hayatnya sudah pasti akan yakin bahawa baginda adalah rasul utusan Allah.

Nabi muhammad sangat baik akhlak dan perkertinya. Baginda terkenal dikalangan penduduk
makkah dengan sikap jujur sehingga digelar sebagai Al -Amien (yang dipercayai) kerana
beliau tidak pernah berkata dusta. (Riwayat imam al bukhari, imam muslim dan tirmidzi dari
ibnu Abbas)

B. Peristiwa "Keajaiban" dimalam keputraan baginda rasulullah s. a. w.

1a) Riwayat hakim dari Aisyah ra menyatakan bahawa pada malam keputraan baginda
seorang pedagang berbangsa yahudi yang tinggal dimekah telah memberitahu kepada
kaumnya bahawa pada malam itu akan lahir seorang nabi akhir zaman yang diberi nama
Ahmad (yang terpuji) , bayi tersebut mempunyai tanda tahi lalat hitam kekuningan diantara
dua bahu belakangnya. Yahudi tersebut menyatakan jika mereka benar bayi itu akan lahir dari
kalangan mereka jika tidak bayi itu akan lahir di Palestine. Kemudian perkhabaran dibawa
kepada yahudi tersebut bahawa seorang bayi seperti yang digambarkan oleh yahudi tersebut
telah lahir di palestine.

12 | P a g e
1b) Dari Ibu Ishak meriwayatkan bahawa seorang seorang yahudi yang tinggal di Yatsrib
(Madinah) ketika itu telah memanggil kaumnya untuk mengumumkan bahawa pada malam
ini telah muncul bintang tanda kelahiran Ahmad (yang terpuji)

2. Peristiwa di Parsi.

Makhzum bin Hani’ meriwayatkan dari ayahnya: Di malam kelahiran baginda Rasulullah
saw, istana Kisra telah musnah, empat belas berandanya runtuh, api Persia (sembahan orang-
orang Majusi) yang tidak pernah padam selama seribu tahun terpadam, hasil pertanian
musnah.

3. Keberkahan hidup Halimah Assa’diyah.

Beliau adalah ibu susuan nabi Muhammad saw. Air susu sadiah yang pada mulanya
kekeringan telah bertambah apabila beliau mula menyusukan baginda. Himar yang menjadi
kendaraan saadiah berubah menjadi pantaa pergerakannya. kambing pemeliharaanya
memiliki air susu yang banyak, tanahnya juga menjadi subur dan cepat berbuah (HR. Ibnu
Hibban dan Hakim dalam sebuah hadits yang panjang).

4. Pembedahan dadanya oleh malaikat Jibril Di dalam Hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Muslim dari Anas disebutkan: ketika masih kecil saat baginda sedang bermain- main dengan
rakan-rakanya, malaikat Jibril telah datang kepada baginda lalu mengambil baginda dan
membaringkannya dan membedah dadanya. Kemudian Jibrail mengeluarkan segumpal darah
darinya sambil berkata: "Ini adalah bahagian dari syaitan…" Lalu Jibrail membersihkanya di
dalam bejana emas berisi air zam-zam. Kemudian disatukan dan dikembalikan ke tempatnya
semula.

5. Awan menaungi perjalanan baginda rasullullah.

Rasulullah sentiasa dinaungi oleh awan kemana saja baginda berjalan. Rahib Bahira yang
melihat peristiwa inj menjadi hairan apabila mendapati kafilah dagang yang datang dari
makkah kali ini dinaungi awan seoanjang perjalan mereka. Ketika kafilah itu berhenti
seketika berteduh dibawah sepohon pokok awan tersebut turut berhenti. Lalu pendeta

13 | P a g e
tersebut mencari sebabnya terjadinya peristiwa itu dan apabila beliau melihat Muhammad
yang ketika itu masih kanak - kanak beliau mendekatinya lalu memegang tangan baginda
sambil berkata: “Ini adalah pemimpin dunia dan rasul Tuhan semesta alam, Allah
mengutusnya sebagai rahmat bagi alam semesta”

Kenyataan pendeta itu telah dipersoalkan oleh beberapa tokoh Quraisy yang meminta
kesahihan dari pendeta tersebut. Rahib Bahira menyatakan “Saat kalian datang, pohon dan
batu menunduk sujud. Kedua-duanya tidak sujud (kepada manusia) selain kepada seorang
nabi. Dan saya juga mengetahui dia (sebagai nabi) dari khatam an-nubuwah yang ada di
belakang bahunya….” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

6. Rahim Khadijah yang berusia 40 tahun menjadi subur.

Ketika Siti Khadijah berkahwin dengan baginda rasulullah s. a. w beliau telah berusia 40
tahun. Seperti biasanya, usia 40 tahun adalah batas masa kesuburan wanita. Namun dari hasil
perkawinan beliau dengan baginda rasulullah beliau telah melahirkan 6 orang anak yaitu:
Qasim, Ummu kultsum, Ruqayyah, Zainab, Fathimah. dan Abdullah (Kitab Fathul Bari, Ibnu
Hajar dan Sirah Nabawiyah, Ibnu Katsir).

C. Tanda Kenabian yang Ada di Antara Dua Bahu baginda rasulullah.

Di dalam riwayat Hakim disebutkan tanda ini adalah tahi lalat berwarna hitam kekuning-
kuningan. Sebahagian ulama mengatakan disitu tertulis "‫ول هللا‬77‫( "محمد رس‬Muhammad rasul
utusan Allah).

Selain daripada peristiwa baginda sentiasa dinaungi awan, tanda yang terdapat dibahu nabi
Muhammad yang membuktikan kerasulan baginda telah membuatkan pendeta Bahira
menyuruh Abu Thalib yang sedang berdagang di Syam ketika itu segera membawa
Muhammad saw pulang ke Makkah. Beliau khuatir jika orang-orang Yahudi yang
mengetahuinya akan kedatangan Muhammad s. a. w akan membunuhnya . (Uyuun al-Atsar,
juz 1).

14 | P a g e
Tanda - tanda kerasulan seperti yang dinyatakan oleh pendeta yahudi ini dicari oleh seorang
sahabat berbangsa Parsi iaitu Salman Al-Farisi atas wasiat dari seorang pendeta kristian
Umuriyah, Wilayah Romawi.

(Siirah Nabawiyah Juz 1, Ibnu Katsier).

Perihal akan tanda -tanda kerasulan ini juga telah diselidiki oleh Tanukhi atas perintah raja
Romawi Timur, yang akhirnya membuat beliau memeluk Islam (HR. Ahmad).

D. Khabar Para Nabi dan Kitab-kitab

Berita tentang kerasulan nabi Muhammad saw telah diketahui sebelum kelahiran baginda
lagi oleh pedagang Yahudi di Makkah, penduduk Yahudi Madinah, pendeta Bahira di
wilayah Syam dan pendeta Waraqah bin Naufal di Makkah. Berita kerasulan baginda telah
dinyatakan dalam kitab dan disebutkan oleh para nabi terdahulu.

15 | P a g e
KESIMPULAN

Nabi Muhammad s. a. w adalah insan terpilih menjadi rasul dan nabi terakhir manusia
seluruhnya. Baginda bersifat maksum. Setiap perbuatan dan perlakuannya menjadi sunnah.
Tanda-tanda Kerasulan baginda telah dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu sebelum
kelahiran baginda.Al Quran adalah mukjizat yang Allah kurniakan pada baginda Rasulullah
yang dijamin kesuciannya dan terpelihara isi kandungannya. Kerasulan baginda juga
dinyatakan dalam al Quran :

“Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku
adalah rasul utusan Allah kepada kalian, yang membenarkan kitab (yang turun) sebelumku
yaitu Taurat, dan memberi kabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku
yang namanya Ahmad (Muhammad).” (Surah As-Saf: 6).

16 | P a g e
RUJUKAN
1. Buku

Mohd, A. (2009). Siapa Muhammad bin Abdullah. Selangor: PTS Islamika.

A.Said (2012). Riwayat Muhammad SAW. PT Balai Pustaka (Persero).

Muhammad, K. (2017). Biografi 60 Sahabat Rasulullah S.A.W. Jakarta: Qisthi Press.

Yusoff, Z. M., & Rahman, N. N. (2013). Biografi Muhammad Bin Abdullah. Batu Caves,
Selangor: PTS ISLAMIKA.

Zahiruddin, A. (2014). Hebatnya Rasulullah: Teladani peribadi dan pengurusan kekasih


Allah. Selangor: Karya Bestari.

Ghoffar, M. A., Al-Atsari, A. I., & 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq
Alu Syaikh. (2015). Tafsir Ibnu Katsir Surah Yasin: Samudera Jantung Al-Qur'an.
Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi'i.

2. Internet

Kajian Tafsir Surat Yasin ayat 3, from http://haidarkhotir.blogspot.com/2013/02/kajian-tafsir-


surat-yasin-ayat-3.html

Tafsir Surah Yasin Ayat 13-14: Kisah Para Rasul Sebelum Nabi Muhammad. from
https://umma.id/post/tafsir-surah-yasin-ayat-13-14-kisah-para-rasul-sebelum-nabi-
muhammad-620776?lang=id

KAJIAN TAFSIR SURAT YAASIN (BAG KE-2). from http://walis-


net.blogspot.com/2015/08/kajian-tafsir-surat-yaasin-bag-ke-2.html

17 | P a g e
18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai