Anda di halaman 1dari 16

SIRAH TAHUN 3

PELANTIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL.

1) Gelaran nabi Muhammad


-AL-AMIN

2) Tempat ibadat nabi Muhammad sebelum terima wahyu


-GUA HIRA`’

3) Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan gementar dan ditenangkan


oleh isteri baginda iaitu SAIYIDATINA KHADIJAH.selepas menceritakan
apa yang berlaku mereka berdua berjumpa dengan WARAQAH BIN
NAUFAL iaitu sepupu KHADIJAH.

4) Nabi Muhammad menerima wahyu pertama daripada MALAIKAT JIBRIL (


SURAH AL-ALAQ AYAT 1-5) pada 17 RAMADHAN ketika berusia 40 tahun.

5) Setelah 3 tahun berdakwah secara rahsia,ALLAH perintahkan nabi


Muhammad menyampaikan dakwah secara terbuka.

6) WARAQAH BIN NAUFAL adalah seorang pendeta NASRANI dan beliau


menyatakan bahawa nabi Muhammad akan dilantik menjadi RASUL.

7) Golongan awal memeluk islam


-SAIYIDATINA KHADIJAH ( kalangan wanita),
-SAIDINA ABU BAKAR ( golongan lelaki),
-SAIDINA ALI BIN ABU TALIB ( kalangan kanak-kanak),
-ZAID BIN HARISAH ( kalangan hamba).

8) Seruan nabi Muhammad


-beribadat kepada ALLAH,
-bersikap lemah lembut sesama manusia,
-Bersatu padu ,
-memberhentikan peperangan.

9) Orang yang memeluk islam melalui ABU BAKAR AS-SIDDIQ


-UTHMAN BIN AFFAN,
-ZUBAIR BIN AL-AWWAM,
-ABDUL RAHMAN BIN AUF,
-SAAD BIN ABI WAQAS,
-ABU UBAIDAH AL-JARRAH.

10) Hikmah dakwah secara terbuka


-umat islam berani menegakkan kebenaran,
-penganut islam mantap akidah,
-bebas menjalankan dakwah,
-Islam tersebar luas.

11) Hikmah dakwah secara rahsia atau sulit


-aJaran islam diterima tanpa gangguan,
-menentangan terbuka dapat dihindarkan,
-membina kekuatan umat islam.
12) Pusat pengajian dan penyebaran agama islam
-dirumah AL-ARQAM BIN ABI AL-ARQAM ( DARUL ARQAM)

TENTANGAN KAFIR QURAISH TERHADAP DAKWAH NABI MUHAMMAD

1. Hijrah ke Habsyah kali pertama : para sahabat diseksa oleh Musyrikin


Quraish (sebelum hijrah),berlaku pada tahun ke-5 kerasulan ( semasa
hijrah)
2. Ketua rombongan ke Habsyah : SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN dan
isterinya.jumlah ahli rombongan : 15 orang (10 lelaki 5 perempuan)dan
berada di Habsyag selama 3 bulan.
3. Sebab hijrah ke Habsyah kali pertama : menyelamatkan agama dan diri
para sahabat dari fitnah dan kezaliman musyrikin mekah.
4. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 : keluarga Rasulullah(BANI HASHIN)dikepung
dan dipulaukan oleh Musyrikin Mekah,Rasulullah memerintahkan untuk
berhijrah ke Habsyah sekali lagi (sebelum hijrah).
5. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 berlaku pada tahun ketujuh
kerasulan.rombongan diketuai oleh JAAFAR BIN ABI TALIB disertai oleh
73 lelaki dan 11 wanita (semasa hijrah).
6. Sebab hijrah kali ke-2 : penyeksaan dan penganiayaan terhadap orang
islam semakin hebat.
7. Layanan raja Habsyah ketika hijrah kali pertama : seorang yang adil dan
bijaksana,memberi layanan yang baik.
8. Peristiwa turun wahyu di GUA HIRA’ : nabi Muhammad mengasingkan
diri di GUA HIRA’,berumur 40 tahun ,berlaku pada 17 RAMADHAN
bersamaan 610 MASEHI,JIBRIL datang menemui baginda,JIBRIL peluk
baginda sebanyak 3 kali dan menyuruh baginda membaca serta turun
ayat surah AL-ALAQ ayat 1-5.
9. Layanan raa Habsyah ketika hijrah kali ke-2 : sambutan yang baik dan
diberi perlindungan ,menolak permintaan Quraish untuk menangkap
orang islam untuk dipulangkan ke Mekah.
10.Dakwah secara terbuka : Surah AL-HIJR ayat 94,nabi Muhammad
mengumpulkan penduduk mekah dan menyampaikan ucapan di BUKIT
SAFA dan menyeru agar beriman kepada ALLAH,ABU LAHAB (bapa
saudara nabi)marah lalu menghina nabi Muhammad (SURAH AL-MASAD
AYAT 1-5).
11.Jenis2 seksaan : ABU BAKAR AS-SIDDIQ (dipukul dan dipijak),keluarga
YASIR (diseksa dan dijemur sampai mati),UTHMAN BIN AFFAN ( di ikat
kedua2 tangan ke tengkuk),BILAL BIN RABAH (dijemur ditengah padang
pasir dan dadanya ditindih seketul batu besar).
12.Tawaran orang musyrikin kepada nabi Muhammad : menawarkan harta
yang banyak,melantik nabi sebagai raja Mekah.

PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH DAN KE YATHRIB / MADINAH

1. maksud hijrah pada Bahasa : berpindah. Istilah : perpindahan


rasulullah dan umat islam dari mekah ke Madinah.
2. Sebab berlaku hijrah : ikut perintah allah,tentangan hebat daripada
musyrikin mekah,ancaman terhadap umat islam semakin
memuncak,permintaan penduduk Madinah.
3. Tarikh hijrah: 12 RABIUL AWWAL,tahun ke-13 hijrah bersamaan 2
september 622 Masehi.

PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR.

1. Maksud muhajirin : orang yang berpindah dari mekah ke Madinah.


2. Maksud ansar : penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum
Aus dan Khazraj.
3. Sebab rasulullah mempersaudarakan muhajirin dan ansar : agar tidak
mengalami kesusahan dan dapat memulakan hidup baharu serta
dapat meninkatkan semangat berkorban dan hidup Bersatu padu.

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD.

1. Mukjizat / kelebihan al-Quran : kalam ALLAH,gaya Bahasa yang


tinggi,mengandungi perkara ngaib,terpelihara hingga akhir
zaman,kandungan sepanjang zaman,ayat tidak berubah2.
2. Contoh mukizat nabi Muhammad : Kitab AL-QURAN,ISRAK DAN
MIKRAJ,keluar air dari celah jari-jemari,terbelah bulan
dilangit,matahari lambat terbenam dan sebagainya.

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.

1. Maksud israk : perjalanan nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil


Aqsa.
2. Maksud mikraj : peralanan nabi dari masidil aqsa ke sidratul
muntaha.
3. Sebelum israk dan mikraj : nabi Muhammad dibelah dadanya
dan disucikan dengan air zamzam oleh malaikat Jibril dan
mikail,dada baginda dipenuhi iman,ilmu dan hikmah.
4. Dalam perjalanan israk,nabi Muhammad Bersama malaikat
Jibril menaiki burqa dan diperlihatkan : kisah nabi musa dan
isa,kisah masitah dan umayyah,peristiwa akan datang.
5. Di masid aqsa : memdirikan solat 2 rakaat Bersama nabi
terdahulu (nabi Muhammad menjadi imam.
6. Ketika mikraj : langit pertama (bertemu nabi adam),langit
kedua (nabi isa),langit ketiga (nabi yunus),langit keempat (nabi
idris),langit kelima (nabi harun),yang keenam (nabi
musa),langit ketujuh (nabi Ibrahim)
7. BUROQ (Bahasa arab),dari segi Bahasa arab AL-BARQ bererti
CAHAYA KILAT
8. Dalam peritiwa Israj dan mikra Allah menggambarkan BUROQ
ialah sejenis binatang yang seiras baghal dan himar ( keldai ).ia
dicipta Allah daripada cahaya.ianya diutuskan oleh Allah
sebagai kenderaan Nabi saw ketika malam israj wal mikraj dari
masidil haram dimakkah menuju masjidil Aqsa ( di Baitul
Maqdis) kemudian kembali semula le Makkah dalam 1 malam
sahaja.sedangkan jarak antara keduanya lebh kurang 1500 km.
9. Buroq juga merupakan salah satu kenderaan para ahli syurga
yang akan digunakan untuk menziarahi teman teman sesame
ahli syurga di akhirat nanti
10.Peritiwa israj dan mikraj berlaku pada 27 REJAB,setahun
sebelum hijrah Nabi Muhammad saw dari mekah ke Madinah
11.Perjalanan RAsullullah saw Bersama MALAIKAT JIBRAIL DAN
MIKAIL yang boleh dibahagikan kepada 2 fasa : (a) israj yakni
perjalanan NABI MUHAMMAD SAW menaiki binatang BUROQ
dari MASJIDIL HARAM di mekah ke MASJIDIL AQSA di
baitulmaqdis,palestin. (b) mikraj ialah perjalanan dari
MASJIDIL AQSA ke SIDRATUL MUNTAHA di langit yang ke 7
12.Perjalanan RASULULLAH SAW hanya bergantung pada 1 malam
dan dalam keadaab baginda sedar,ia berlaku pada jasad atau
tubuh dan roh NABI MUHAMMAD SAW bukannya roh sahaja
13.Peristiwa ini pada orang yang tidak beriman atau mereka yang
tipis imannya,mareka menytakan peritiwa ini tidak mungkin
akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samaad mahu
mempercayai ataupun sebaliknya,tetapi bagi orang yang benar
benar beriman kepada ALLAH dan rasulnya maka mereka tetap
percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
14.Setelah RASULULLAH saw menceritakan apa yang telah terjadi
padanya kepada masyarakat umum maka orang orang kafir
bertambah kuat mengejek dan mendustakan
baginda ,fitnahterhadap baginda bertambah kuat malah ada
juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk
islam telah pun murtad kembali
15.Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan
baginda ,makai man mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat
kepada reaksi SAYYIDINA ABU BAKAR apabila dia mendengar
berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu
oleh NABI MUHAMMAD lalu beliau dengan tegas menyatakan;
BENAR! Aku mengakui bahawa engkau merupakan
RASULULLAH.jika baginda mengatakakan bahawa baginda
telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap
beriman kepadanya
16.Inilah ketegasan dan kenyakinan yang tidak berbelah bagi
SAYYIDINA ABU BAKAR dalam mempercayai ALLAH dan
RASULNYA sehingga beliau digelar as-siddiq yang membawa
maksud pembenar atau yang membenarkan

A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ

1. Sebelum melalui kejadian israk dan mikraj,NABI MUHAMMAD


mengalami PEMBEDAHAN DADA yang dilakukan oleh MALAIKAT JIBRAIL
dan MIKAIL.hati baginda dicuci dengan air zam zam serta dibuang
ketulan hitam (ALAQAH) iaitu tempat syaitan membisikan
was2nya.kemudian dituangkan hikmah,ilmu dan iman ke dalam dada
RASULLULLAH.setelah itu,dada baginda dijahit dan dimeterikan dengan
KHATIMIN NUBUWWAH.
2. Selesai pembedahan,didatangi binatang bernama BUROQ untuk
ditunggangi oleh baginda dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan
ISRAK itu.

B , SELEPAS ISRAK
( perjalanan dari masiidil haram ke masiidil aqsa)

1. Sepanjang perjalanan israk itu NABI MUHAMMAD diiringi oleh malaikat


jibrail dan mikail.tiba ditempat tertentu baginda telah diarah oleh jibrail
supaya berhenti dan bersolat sebanyak 2rakaat.
2. Diantara tempat tempat berkenaan adalah negeri THAIBAH (Madinah )
tempat dimana baginda akan melakukan hijrah.BUKIT TURSINA iaitu
tempat NABI MUSA menerima wahyu daripada ALLAH ,BUKIT BAITUL-
LAHAM iaitu tempat nabi MUSA dilahirkan.
3. Dalam perjalanan itu juga baginda menghadapi gangguan jin AFRIT
dengan api jamung dan dapat menyaksikan peritiwa simbolik yang amat
ajaib
4. Di antara peritiwa2 tersebut adalah:
(a) kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka,apabila dituai hasil buah yang baru keluar semula seolah olah
belum lagi dituai.hal ini berlaku berulang ulang,baginda diberitahu
oleh jibrail : itulah kaum yang berjihad FISABILILLAH yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.
(b) tempat yang berbau harum.RASULULLAH diberitahu jibrail : itulah
bau kubur MASYITAH ( tukang sisir rambut anak firaun) Bersama
suaminya dan anak2nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh firaun kerana tetap
teguh beriman kepada ALLAH ( tak mahu mengakui firaun sebagai
tuhan )
© sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.setiap
kali dipecahkan kepala mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan
pula.demikian dilakukan berkali-kali.Jibrail memberitahu rasulullah
‘itulah orang2 yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
(d) sekumpulan orang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur)dengan secebis kain kain.mereka dihalau seperti binatang
ternakan.mereka makan bara api dan batu dari neraka
JAHANNAM.kata jibrail : ‘itulah orang2 yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka’.
(e) satu kaum,lelaki dan perempuan,yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging yang sudah masak ada di sisi mereka.kata
jibrail : ;itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan
lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai isteri / suami’.
(f) lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.kata
jibrail : ‘itulah orang yang makan riba’.
(g) lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya,tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata jibrail : itulah
orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.
(h) Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan
gunting beri berkali kali.setiap kali digunting,lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa.kata jibrail: itulah orang yang membuat fitnah
dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
(i) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka.kata jibrail: itulah org yang memakan daging manusia
(mengumpat) dan menjatuhkan maruah ( mencela,menghina) orang
(j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang sempit.tak dapat
dimasukinya semula lubang itu.kata jibrail : itulah orang yang
bercakap besar (takabbur).kemudian menyesal tapi sudah terlambat
(k) Seoran perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
perhiasan.RASULULLAH tidak memperdulikannya.kata jibrail: itulah
dunia .jika RASULULLAH memberi perhatian kepadanya,nescaya umat
islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat
(l) Seorang perempuan tua bongkok tiga menahan RASULULLAH untuk
bertanyakan sesuatu.kata jibrail : itulah gambaran umur dunia yang
sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
5. Setibanya di masjid al aqsa NABI MUHAMMAD turun dari
BUROQ.kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2
rakaat dengan segala anbia ‘ dan nursalin menjadi makmum.
6. NABI MUHAMMAD SAW terasa dahaga lalu dibawa jibrail 2 bekas yang
berisi arak dan susu. RASULULLAH memilih susu lalu diminumnya.kata
jibrail : baginda membuat pilihan yang betul.jika arak itu dipilih,nescaya
ramai umat baginda akan menjadi sesat.

c. SEMASA MIKRAJ

(naik ke HADHARATUL-QUDUS menemui ALLAH)


Didatangi MIKRAJ yang indah dari syurga.NABI MUHAMMAD SAW dan
jibrail naik ke atas tangga lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
hafzhah).
1. Di tangga 1
- NABI MUHAMMAD SAW dan jibrail masuk ke langit 1,lalu
berjumpa dengan NABI ADAM AS.kemudian dapat melihat
orang orang yang makan riba dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
hodoh dan buruk.penzina lelaki bergantung pada susu
penzina perempuan
2. Di tangga ke 2
- NABI MUHAMMAD SAW dan jibrail naik tangga langit yang ke
2 lalu masuk dan bertemu dengan NABI ISA AS dan NABI
YAHYA AS
3. Di tangga ke 3
-naik langit ke 3.RASULULLAH SAW bertemu dengan NABI YUSUF
AS.
4. DI tangga ke 4
- Naik tangga langit ke 4,RASULULLAH bertemu dgn NABI IDRIS
AS
5. Ditangga ke 5
- Naik tangga ke 5, RASULULLAH bertemu dengan NABI HARUN
AS yang dikelilingi oleh kaumnya bani israil.
6. Ditangga ke 6
- Naik tangga ke 6, NABI MUHAMMAD SAW bertemu
NABI2.Seterusnya dengan NABI MUSA AS.RASULLULLAH
mengangkat kepala disuruh jibrail lalu dapat melihat umat
baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.
7. Di tangga ke 7
- Naik tangga ke 7,dan masuk langit ke 7 lalu bertemu dengan
NABI IBRAHIM KHALILULLAH yang sedang bersandar di
BAITUL-MA’MUR dihadapi oleh beberapa kaumnya.kepada
RASULULLAH.setelah melihat beberapa peristiwa lain yang
ajaib.RASULULLAH SAW dan jibrail masuk ke dalam Baitul-
ma’mur dan bersolat (Baitul-ma’mur ini betul2 di atas
baitullah di mekah)
8. Di tangga ke 8
- Disinilah disebut AL-KURSI yang berbetulan dengan dahan
pokok SIDRATUL-MUNTAHA.RASULULLAH SAW menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu : sungai air yang tidak
berubah,sungai susu,sungai arak,sungai madu lebah.buah-
buahan,daun2,batang dan dahannyaberubah2 warna dan
bertukar menjadi permata2 yang indah.unggas2 emas
berterbangan.semua keindahan itu tidak terperi oleh
manusia.baginda dapat menyaksikan juga sungai AL-
KAUTSAR yang terus masuk ke syurga.seterunya
baginda ,asuk ke syurga dan melihat neraka dengan MALIK
penunggunya.
9. Di tangga ke 9
- Di sini berbetulan dengan pucuk pokok SIDRATUL-
MUNTAHA.rasulullah masuk di dalam nur dan naik ke
MUSTAWA dan SHARIRUL-AQLAM.lalu dapat melihat seorang
lelaki ghaib di dalam nur ‘ARASY,iaitu lelakidi dunia yang
lidahnya sering basah berzikir,hatinya tertumpu penuh
kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Di tangga ke 10
- Rasulullah sampai ke HADHARATUL-QUDUS dan
HADHARATUL RABBUL-ARBAB lalu dapat menyaksikan ALLAH
dengan mata kepalanya,lantas sujud.kemudian,ALLAH telah
memfardhukan ke atas nabi Muhammad dan umatnya lima
puluh (waktu) solat.

D. SELESAI MUNAJAT
- selepas selesai munajat,nabi Muhammad di bawa menemui nabi Ibrahim A.S.
kemudian nabi musa A.S. yang kemudiannya menyuruh rasulullah merayu
kepada ALLAH agar diberi keringanan,mengurangkan jumlah waktu solat
iyu.selepas 9 kali merayu ( setiap kali dikurangkan lima waktu),akhirnya ALLAH
perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

E. SELEPAS MIKRAJ
- nabi Muhammad turun ke langit dunia semula.seterusnya turun ke BAITUL-
MAQDIS.lalu menunggang burqa perjalanan pulang ke mekah pada malam
yang sama.dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa iarak dan mikraj yang amat
ajaib itu.peristiwa itu berlaku pada malam isnin,27 rejab,kira2 18 bulan
sebelum hijrah.

PENUTUP
-peristiwa israk dan mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang
penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengigati ALLAH dan takut kepada kekuasaannya.seandainya peristiwa israk
dan mikraj ini dipelajari dan dihayati benar2 kemungkinan manusia mampu
mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai2 kejahatan.kejadian israk
dan mikraj juga adalah untuk menguji umat islam (apakah percaya atau tidak
dengan peristiwa tersebut).orang2 kafir di zaman nabi Muhammad langsung
tidak mempercayai,malahan memperolok-olok nabi Muhammad sebaik
baginda bercerita kepada mereka.peristiwa israk dan mikraj itu merupakan
ujian dan mukjizatyang membuktikan kudrat atau kekuasaan ALLAH.ALLAH
telah menunjukkan bukti2 kekuasaan dan kebesarannya kepada baginda.

SIRAH TAHUN 4

JIHAD RASULULLAH DAN PARA SAHABAT

1. Erti jihad : perjuangan untuk mempertahankan diri,agama dan negara.


2. Sebab islam membenarkan peperangan : memperrtahankan
diri,memelihara kesucian agama islam ,memelihara kedaulatan negara
dari musuh.
PERANG BADAR

1. Perang badar berlaku pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan


624 masehi.
2. Bilangan tentera islam dalam perang badar seramai 313
orang,manakala tentera Quraish seramai 1000 orang.
3. Sebab perang badar : tentera islam ingin mempertahankan agama islam
dan menghalang rombongan pedagang Quraish dari mempedagangkan
harta orang islam yang dicuri serta merampas semula barang
mereka,manakala tentera Quraish ingin menghancurkan
islam,membunuh nabi Muhammad dan sekat perdagangan orang islam.
4. Tentera islam menang dalam peperangan badar.seramai 70 orang
musyrikin mekah mati termasuk abu jahal dan 70 orang lagi di
tawan.tentera islam yang mati syahid seramai 14 orang sahaja.

PEPERANGAN UHUD
1. perang uhud berlaku pada 11 syawaltahun ketiga hijrah di bukit
uhud.
2. Sebab berlaku perang uhud : tentera islam ingin mempertahankan
diri dan agama islam.ianya diketuai oleh rasulullah .jumlah tentera
islam seramai 1000 orang tetapi 300 orang daripadanya berpatah
balik (700 orang sahaja yang ikut perang) kerama dihasut oleh
ABDULLAH BIN UBAY iaitu ketua orang munafik.
3. Manakala tentera musyrikin pula ingin membalas dendam yang
diketuai oleh ABU SUFIAN,KHALID BIN AL-WAHID serta HINDON
BINTI UTBAH.jumlah tentera musyrikin seramai 3000 orang.
4. Dalam perang uhud,pada perinkat pertama tentera islam menang
dengan bantuan 300 tentera pemanah yang melawan tentera
berkuda qurauh dan rasulullah melarang bergerak tanpa arahan.
5. Tentera Quraish pada mulanya tewas kerana terlibat dengan
pertempuran satu lawan satu dengan tentera islam.tentera berkuda
juga tewas dan mereka meninggalkan harta benda mereka.
6. Pada peringkat kedua,tentera islam telah tewas kerana ingkar
arahan rasulullah dan meninggalkan bukit uhud dan mengambil
harta rampasan perang.
7. Manakalatentera Quraish telah menang kerana tentera berkuda
membuat serangan balas dan seranganhendap dari belakang yang
diketuai oleh KHALID BIN AL-WALID.
8. Dalam peperangan uhud,tentera islam yang syahid seramai 70 orang
manakala tentera musyrikin mekah seramai 23 orang sahaja.

PERANG KHANDAQ / AHZAB

1. perang khandaq atau ahzab berlaku pada 15 syawal tahun kelima


hijrah bersamaan 627 masehi.
2. Tentera islam diketuai oleh nabi Muhammad dengan jumlah tentera
seramai 3000 orang manakala tentera quraush diketuai oleh ABU
SUFIAN dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.
3. Tentera islam terdiri daripada penduduk islam Madinah manakala
tentera musyrikin terdiri daripada BANI NADHIR,BANI ASAD,BANI
QURAIZOH dan lain2.
4. Dalam peperangan khandaq atau ahzab,tentera islam menang
manakala tentera Quraish telah tewas kerana ALLAH telah
menghantar tentera yang tidak dapat dilihat dan angina kencang
yang membawa debu,tanah dan anak bat uke arah tentera
bersekutu.
5. Sebab berlaku perang khandaq atau ahzab : tentera islam ingan
mempertahankan islam kerana yahudi melanggar perjanjian
manakala tentera musyrikin pula ingin membalas dendam dan
menghancurksn islam.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

1. Maksud perjanjian hudaibiyah : perjanjian damai antara


rasulullah dengan musyrikin mekah.
2. Perjanjian hudaibiyah berlaku pada bulan zulkaedah tahun
keenam hijrah bersamaan 627 masehi yang letaknya
berhampiran kota mekah.
3. Sebab berlaku perjanjian hudaibiyah : kaum musyrikin
menghalang rombongan rasulullah seramai 1500 orang
Madinah (muhajirin dan ansar) yang sedang menu ke mekah
untuk menunaikan umrah.
4. Isi perjanjian hudaubiyah : gencatan senjata selama 10
tahun,orang Quraish yang lari ke Madinah tanpa izin keluarga
hendaklah dikembalikan,orang islam dibenarkan masuk mekah
pada tahun berikutnya untuk menunaikan umrah dengan hanya
membawa pedang yang bersarung dan hanya tinggal 3 hari
sahaja,kedua2 pihak boleh membuat perjanjian dengan mana2
qabilah arab tapi tidak boleh membantu dalam peperangan.

PEMBUKAAN KOTA MEKAH


1. Pembukaan kota mekah berlaku dapa 10 ramadhan tahun
ke8 hijrAH.Musyrikin Quraish telah melanggar perjanjian
hudaibiyah dan ingin berperang dengan islam.
2. Rasulullah segera bersiap Bersama 10,000 tenter islam
manuu ke mekah.rasulullah menolak rundingan
Quraish,manakala abu sufian memeluk islam dengan pujukan
ABBAS BIN ABDUL MUTALIB.
3. Pada 17 ramadhan tahun ke8 hijrah,tentera islam berpecah
kepada 4 pasukan iaitu ZUBAIR BIN AL-
AWWAM(UTARA),KHALID BIN AL-WALID(SELATAN),SAAD
DAN ALI(BARAT),RASULULLAH DAN ABU
UBADAH(TIMUR).rasulullah berpesan supaya jangan
melakukan pembunuhan atau kekasaran kecuali terpaksa.
4. Pada 20 ramadhan tahun ke8 hijrah,rasulullah Berjaya masuk
ke mekah.2 orang islam mati syahid manakala 13 orang
Quraish terkorban.rasulullah dan para sahabat memusnahkan
360 patung berhala diseliling kaabah.kemudian nabi tawaf
sebanyak 7 kali dan solat sunat sebanyak 8 rakaah dan BILAL
BIN RABAH melaungkan azan di atas bumbung kaabah.

SIRAH TAHUN LIMA

PEMBINAAN MASJID

1. Sejarah pembinaan masjid : masjid pertama yang dibina


ialah masjid quba.dibina pada hari isnin 7 rabiul awal pada
tahun ke13 kerasulan.nabi menetap selama 4 hari dan
membina masjid Bersama para sahabat.bahan binaan
berasaskan batang dan pelepah kurma atas dasar taqwa.
2. Masjid kedua yang dibina ialah masjid nabawi.ianya telah
dibina oleh rasulullah Bersama umat islamsecara
bergotong-royong di atas tanah bersebelahan dengan
masjid quba bagi mengukuhkan lagi asas utama
pembentukan negara islam.

Anda mungkin juga menyukai