Anda di halaman 1dari 21

Page 1 of 21

SIRAH TAHUN 3
(PELANTIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL)

1. Gelaran Nabi Muhammad : Al-Amin.

2. Tempat ibadat Nabi Muhammad sebelum terima wahyu : Gua Hira' di


Jabal Nur.

3. Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan gementar dan


ditenangkan oleh isteri baginda iaitu Saiyidatina Khadijah. Selepas
menceritakan apa yang berlaku, mereka berdua berjumpa dengan
Waraqah bin Naufal iaitu sepupu Khadijah.

4. Nabi Muhammad menerima wahyu pertama daripada malaikat Jibrail


(surah al Alaq ayat 1 hingga 5) pada 17 Ramadhan ketika berusia 40
tahun.

5. Setelah 3 tahun berdakwah secara rahsia, Allah perintahkan Nabi


Muhammad menyampaikan dakwah secara terbuka.

6. Waraqah bin Naufal adalah seorang pendita Nasrani dan beliau


menyatakan bahawa Nabi Muhammad akan dilantik menjadi rasul.

7. Golongan awal memeluk islam : Saiyidatina Khadijah (kalangan


wanita), Saidina Abu Bakar (kalangan lelaki), Saidina Ali bin Abu Talib
(kalangan kanak-kanak), Zaid bin Harisah (kalangan hamba).

8. Seruan Nabi Muhammad : Beribadat kepada Allah, bersikap lemah


lembut sesama manusia, bersatu padu, memberhentikan peperangan.

9. Orang yang memeluk Islam melalui Abu Bakar As-Siddiq : Uthman bin
Affan, Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas,
Abu Ubaidah al-Jarrah.

10. Hikmah dakwah secara terbuka : Umat islam berani menegakkan


kebenaran, penganut islam mantap aqidah, bebas menjalankan dakwah,
Islam tersebar luas.
Page 2 of 21

11. Hikmah dakwah secara rahsia / sulit : ajaran Islam diterima tanpa
gangguan, penentangan terbuka dapat dihindarkan, membina kekuatan
umat Islam.

12. Pusat pengajian dan penyebaran agama Islam : di rumah al-Arqam


bin Abi al-Arqam (Darul Arqam)

(TENTANGAN KAFIR QURAISH TERHADAP DAKWAH NABI


MUHAMMAD)

1. Hijrah ke Habsyah kali ke-1 : para sahabat diseksa oleh Musyrikin


Quraish (sebelum hijrah), berlaku pada tahun ke-5 kerasulan (semasa
hijrah).

2. Ketua rombongan ke Habsyah : Saidina Uthman bin Affan dan


isterinya. Jumlah ahli rombongan : 15 orang (10 lelaki dan 5 perempuan)
dan berada di Habsyah selama 3 bulan.

3. Sebab hijrah ke Habsyah kali ke-1 : menyelamatkan agama dan diri


para sahabat dari fitnah dan kezaliman Musyrikin Mekah.

4. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 : Keluarga Rasulullah (Bani Hashim)


dikepung dan dipulaukan oleh Musyrikin Mekah, Rasulullah
memerintahkan untuk berhijrah ke Habsyah sekali lagi (sebelum hijrah).

5. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 berlaku pada tahun ketujuh kerasulan.


Rombongan diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib disertai oleh 73 lelaki dan
11 wanita (semasa hijrah).

6. Sebab hijrah kali ke-2 : Penyeksaan dan penganiayaan terhadap orang


Islam semakin hebat.

7. Layanan Raja Habsyah ketika hijrah kali ke-1: seorang yang adil dan
bijaksana, memberi layanan yang baik. Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK)
Batu Pahat 014-3111159
Page 3 of 21

8. Peristiwa turun wahyu di Gua Hira' : Nabi Muhammad mengasingkan


diri di Gua Hira', berumur 40 tahun, berlaku pada 17 ramadhan
bersamaan 610 Masehi, Jibril datang menemui baginda, Jibril peluk
baginda sebanyak 3 kali dan menyuruh baginda membaca serta turun
ayat surah al-Alaq ayat 1 hingga 5.

9. Layanan Raja Habsyah ketika hijrah kali ke-2 : sambutan yang baik
dan diberi perlindungan, menolak permintaan Quraish untuk menangkap
orang Islam untuk dipulangkan ke Mekah.

10. Dakwah secara terbuka : Surah al-Hijr ayat 94, Nabi Muhammad
mengumpulkan penduduk Mekah dan menyampaikan ucapan di Bukit
Safa dan menyeru agar beriman kepada Allah, Abu lahab (bapa saudara
nabi) marah lalu menghina Nabi Muhammad (surah al-Masad ayat 1
hingga 5).

11. Jenis2 seksaan : Abu Bakar as-Siddiq (dipukul dan dipijak), keluarga
Yasir (diseksa dan dijemur sampai mati), Uthman bin Affan (di ikat kedua-
dua tangan ke tengkuk), Bilal bin Rabah (dijemur ditengah padang pasir
dan dadanya ditindih seketul batu besar).

12. Tawaran orang Musyrikin kepada Nabi Muhammad : menawarkan


harta yang banyak, melantik nabi sebagai Raja Mekah.
Page 4 of 21

(PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH DAN KE YATHRIB / MADINAH)

1. Maksud hijrah pada bahasa : berpindah. Istilah : perpindahan


Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.

2. Sebab berlaku hijrah : ikut perintah Allah, tentangan hebat daripada


Musyrikin Mekah, ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak,
permintaan penduduk Madinah.

3. Tarikh hijrah : 12 Rabiul Awwal, tahun ke 13 hijrah bersamaan 2


September 622 Masehi.

(PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR)

1. Maksud Muhajirin : Orang yang berpindah dari Mekah ke Madinah.

2. Maksud Ansar : Penduduk asal Madinah yang terdiri daripda kaum Aus
dan Khazraj.

3. Sebab Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar : agar tidak


mengalami kesusahan dan dapat memulakan hidup baharu serta dapat
meningkatkan semangat berkorban dan hidup bersatu padu.

(MUKJIZAT NABI MUHAMMAD)

1. Mukjizat/kelebihan Al-Quran : Kalam Allah, gaya bahasa yang tinggi,


mengandungi perkara ghaib, terpelihara hingga akhir zaman, kandungan
sepanjang zaman, ayat tidak berubah-ubah.

2. Contoh mukjizat Nabi Muhammad : Kitab al-Quran, Israk Mikraj, keluar


air dari celah jari jemari, terbelah bulan dilangit, matahari lambat
terbenam dan sebagainya.
Page 5 of 21

(PERISTIWA SRAK DAN MIKRAJ)

1. Maksud Isra' : Perjalanan nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

2. Maksud Mikraj : Perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa ke Sidratul


Muntaha.

3. Sebelum Israk Miikraj : Nabi muhammad dibelah dadanya dan


disucikan dengan air zamzam oleh Malaikat Jibril dan Mikail, dada
baginda dipenuhi iman, ilmu dan hikmah.

4. Dalam perjalanan Israk, Nabi Muhammad bersama Malaikat Jibril


menaiki Buraq dan diperlihatkan : Kisah nabi Musa dan Isa, kisah
Masitah dan Umayyah, peristiwa akan datang.

5. Di Masjid Aqsa : Mendirikan solat 2 rakaat bersama nabi terdahulu


(Nabi Muhammad menjadi imam).

6. Ketika Mikraj : langit pertama (bertemu Nabi Adam), langit kedua (Nabi
Isa), langit ketiga (nabi Yusuf), langit keempat (nabi Idris), langit kelima
(nabi Harun), langit keenam (nabi Musa), langit ketujuh (nabi Ibrahim). 7.
Buraq (bahasa Arab: ) ‫البراق‬, dari segi bahasa arab 'al-Barq' ( ) ‫البرق‬bererti
"cahaya kilat".

8. Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Allah menggambarkan Buraq ialah


sejenis binatang yang seiras baghal dan himar (keldai). Ia dicipta oleh
Allah daripada cahaya. Ianya diutuskan oleh Allah sebagai kenderaan
Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam ketika malam Isra' dalam peristiwa Isra'
wal Mi'raj dari Masjidil Haram (di Makkah) menuju Masjidil Aqsa (di Baitul
Maqdis) kemudian kembali semula ke Makkah dalam satu malam sahaja.
Sedangkan jarak antara keduanya lebih kurang 1500 kilometer.

9. Buraq juga merupakan salah satu kenderaan para ahli syurga, yang
akan digunakan untuk menziarahi teman-teman sesama ahli syurga di
akhirat nanti.
Page 6 of 21

10. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum
Hijrah Nabi Muhammad ‫ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah.

11. Perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬bersama malaikat Jibril dan Mikail yang


boleh dibahagikan kepada dua fasa : (a) Israk yakni perjalanan Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. (b) Mikraj ialah perjalanan dari
Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

12. Perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬hanya berlangsung pada satu malam dan


dalam keadaan baginda ‫ﷺ‬sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan
roh Nabi Muhammad‫ ﷺ‬bukannya roh sahaja.

13. Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka
yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak
mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu
mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-
benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya
dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

14. Setelah Rasulullah ‫ﷺ‬menceritakan apa yang telah terjadi padanya


kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat
mengejek dan mendustakan Baginda ‫ﷺ‬. Fitnah terhadap Baginda
‫ﷺ‬bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini
telah memeluk Islam telah pun murtad kembali.

15. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ‫ﷺ‬, maka
iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina
Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang
apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬lalu beliau dengan
tegas menyatakan :“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan
Rasulullah ‫ﷺ‬. Jika baginda ‫ﷺ‬mengatakan bahawa baginda telah
diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman
Page 7 of 21

kepadanya.”

16. Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina
Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau
digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar atau yang
membenarkan.

A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ

1. Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad


‫ﷺ‬mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan
Mika‟il. Hati Baginda ‫ ﷺ‬dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan
hitam („alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian
dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah
itu, dada Baginda ‫ﷺ‬dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin
nubuwwah”. 2. Selesai pembedahan, didatangkan binatang
bernama“Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ‫ﷺ‬dalam perjalanan
luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

B. SEMASA ISRAK

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): 1. Sepanjang


perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh malaikat
Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah ‫ﷺ‬telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersolat sebanyak dua rakaat.

2. Di antara tempat² berkenaan adalah Negeri Thaibah (Madinah), tempat


di mana Rasulullah ‫ﷺ‬akan melakukan hijrah. Bukit Tursina, iaitu tempat
Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah, Baitul-Laham (tempat
Nabi Isa A.S. dilahirkan). 3. Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad
‫ﷺ‬menghadapi gangguan jin „Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

4. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :


Page 8 of 21

(1)
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ‫ﷺ‬dibertahu oleh
Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak.”
(2)
Tempat yang berbau harum. Rasulullah ‫ﷺ‬diberitahu oleh Jibrail : “Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir‟aun) bersama
suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir‟aun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir‟aun sebagai Tuhan).”
(3)
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkalikali. Jibrail memberitahu Rasulullah ‫ﷺ‬:“Itulah
orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
(4)
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :
“Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
(5)
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah
lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan
perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
(6)
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata
Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
(7)
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
Page 9 of 21

(8)
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah
dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
(9)
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia
(mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
(10)
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
(11)
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
perhiasan. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah
dunia. “Jika Rasulullah ‫ﷺ‬memberi perhatian kepadanya, nescaya umat
Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
(12)
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
‫ﷺ‬berhenti. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah
orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
(13)
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ﷺ‬untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang
sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

5. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬turun dari Buraq.


Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat
dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
6. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang
berisi arak dan susu. Rasulullah ‫ﷺ‬memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih,
Page 10 of 21

nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

C. SEMASA MIKRAJ

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga)


yang indah dari syurga. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Di Tangga Pertama: Nabi Muhammad ‫ﷺ‬dan Jibrail masuk ke langit


pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat
orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina
yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Di Tangga Kedua: Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. dan Jibrail naik tangga langit
yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi „Isa A.S. dan Nabi
Yahya A.S.

3. Di Tangga Ketiga: Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ﷺ‬bertemu dengan


Nabi Yusuf A.S.

4. Di Tangga Keempat: Naik tangga langit keempat. Rasulullah


‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Di Tangga Kelima: Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ﷺ‬bertemu


dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Di Tangga Keenam: Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad


‫ﷺ‬bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah
‫ﷺ‬mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat
baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga
tanpa hisab.

7. Di Tangga Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit


ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang
bersandar di Baitul-Ma‟mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada
Page 11 of 21

Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib.


Rasulullah ‫ﷺ‬dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat
(BaitulMakmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).

8. Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan


dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai
susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang
indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
manusia. Baginda ‫ﷺ‬dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan
melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok


Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk di dalam nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang
ghaib di dalam nur „Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.

10. Di Tangga Kesepuluh: Rasulullah ‫ﷺ‬sampai di Hadhratul-Qudus dan


Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian, Allah telah memfardhukan ke atas
Nabi Muhammad dan umatnya lima puluh (waktu) solat.”

D. SELESAI MUNAJAT
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬di bawa menemui Nabi
Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah ‫ﷺ‬merayu kepada Allah agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu,
(setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan
nilainya sebanyak 50 waktu juga.

E. SELEPAS MIKRAJ
Page 12 of 21

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke


Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah
pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan
beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa
Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. Peristiwa itu berlaku pada malam
Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

F. PENUTUP

Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh


yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk
menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa
tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ‫ﷺ‬langsung tidak mempercayai,
malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sebaik Baginda
bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian
dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah. Allah telah
menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ‫ﷺ‬.
Page 13 of 21

SIRAH TAHUN 4

(JIHAD RASULULLAH DAN PARA SAHABAT)

1. Erti Jihad : perjuangan untuk mempertahankan diri, agama, keluarga


dan negara.

2. Sebab Islam membenarkan peperangan : mempertahankan diri,


memelihara kesucian agama Islam, memelihara kedaulatan negara dari
musuh.

(PERANG BADAR)

1. Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah


bersamaan 624 Masehi.

2. Bilangan tentera Islam dalam perang Badar seramai 313 orang,


manakala tentera Quraish seramai 1000 orang.

3. Sebab perang Badar : Tentera islam ingin mempertahankan agama


Islam dan menghalang rombongan pedagang Quraish dari
memperdagangkan harta orang Islam yang dicuri serta merampas
semula barang mereka, manakala tentera Quraish ingin menghancurkan
Islam, membunuh Nabi Muhammad dan sekat perdagangan orang Islam.

4. Tentera Islam menang dalam peperangan Badar. Seramai 70 orang


Musyrkin Mekah mati termasuk Abu Jahal dan 70 lagi di tawan. Tentera
Islam yang mati syahid seramai 14 orang sahaja.

(PERANG UHUD)

1. Perang Uhud berlaku pada 11 Syawal tahun ketiga hijrah di Bukit


Uhud.
Page 14 of 21

2. Sebab berlaku Perang Uhud : Tentera Islam ingin pertahankan diri dan
agama Islam. Ianya diketuai oleh Rasulullah. Jumlah tentera Islam
seramai 1000 orang tetapi 300 daripadanya berpatah balik (700 orang
sahaja yang ikut perang) kerana dihasut oleh Abdullah bin Ubay iaitu
ketua orang munafiq. 3. Manakala tentera Musyrikin pula ingin membalas
dendam yang diketuai oleh Abu Sufian, Khalid bin al-Walid serta Hindon
binti Utbah. Jumlah tentera Musyrikin seramai 3000 orang.

4. Dalam perang Uhud, pada peringkat pertama tentera Islam menang


dengan bantuan 300 tentera pemanah yang melawan tentera berkuda
Quraish dan Rasulullah melarang bergerak tanpa arahan.

5. Tentera Quraish pada mulanya tewas kerana terlibat dengan


pertempuran satu lawan satu dengan tentera Islam. Tentera berkuda juga
tewas dan mereka meninggalkan harta benda mereka.

6. Pada peringkat kedua, tentera Islam telah tewas kerana ingkar arahan
Rasulullah dan meninggalkan Bukit Uhud dan mengambil harta rampasan
perang.

7. Manakala tentera Quraish telah menang kerana tentera berkuda


membuat serangan balas dan serangan hendap dari arah belakang yg
diketuai oleh Khalid bin al-Walid.

8. Dalam peperangan Uhud, tentera Islam yang syahid seramai 70 orang


manakala tentera Musyrikin Mekah seramai 23 orang sahaja.

(PERANG KHANDAQ / AHZAB)

1. Perang Khandaq atau Ahzab berlaku pada 15 Syawal tahun kelima


hijrah bersamaan 627 Masehi.

2. Tentera Islam diketuai oleh Nabi Muhammad dengan jumlah tentera


seramai 3000 orang manakala tentera Quraish diketuai oleh Abu Sufian
dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.
Page 15 of 21

3. Tentera Islam terdiri daripada penduduk Islam Madinah manakala


tentera Musyrikin terdiri daripada kaum Bani Nadhir, Bani Asad, Bani
Quraizoh dan lain-lain. 4. Dalam peperangan Khandaq atau Ahzab,
tentera Islam menang manakala tentera Quraish telah tewas kerana Allah
telah menghantar tentera yang tidak dapat dilihat dan angin kencang
yang membawa debu, tanah dan anak batu ke arah tentera bersekutu.

5. Sebab berlaku perang Khandaq atau Ahzab : Tentara Islam ingin


mempertahankan Islam kerana Yahudi melanggar perjanjian manakala
tentera Musyrikin pula ingin membalas dendam dan menghancurkan
Islam.

(PERJANJIAN HUDAIBIYAH)

1. Maksud perjanjian Hudaibiyah : Perjanjian damai antara Rasulullah


dengan Musyrikin Mekah.

2. Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam


hijrah bersamaan 627 Masehi yang letaknya berhampiran Kota Mekah.

3. Sebab berlaku perjanjian Hudaibiyah : Kaum Musyrikin menghalang


rombongan Rasulullah seramai 1500 orang Madinah (Muhajirin dan
Ansar) yang sedang menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

4. Isi perjanjian Hudaibiyah : Gencatan senjata selama 10 tahun, orang


Quraish yang lari ke Madinah tanpa izin keluarga dikembalikan semula,
orang Islam yang lari ke Mekah tidak perlu dikembalikan, orang Islam
dibenarkan masuk Mekah tahun berikutnya untuk tunaikan umrah dengan
hanya membawa pedang yang bersarung dan hanya tinggal 3 hari
sahaja, kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana
Qabilah Arab tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan.

(PEMBUKAAN KOTA MEKAH)

1. Pembukaan Kota Mekah berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 hijrah,


Musyrikin Quraish telah melanggar perjanjian HudaIbiyah dan ingin
berperang dengan orang Islam.
Page 16 of 21

2. Rasulullah segera bersiap bersama 10,000 tentera Islam menuju ke


Mekah. Rasulullah menolak rundingan Quraish, manakala Abu Sufian
memeluk Islam dengan pujukan Abbas bin Abdul Mutalib.

3. Pada 17 Ramadhan tahun 8 hijrah, tentera Islam berpecah kepada 4


pasukan iaitu Zubair bin al-Awwam (utara), Khalid bin al-Walid (selatan),
Saad dan Ali (barat), Rasulullah dan Abu Ubadah (timur). Rasulullah
berpesan supaya jangan melakukan pembunuhan atau kekasaran kecuali
terpaksa.

4. Pada 20 Ramadhan tahun 8 hijrah, Rasulullah berjaya masuk ke


Mekah. 2 orang Islam mati syahid manakala 13 orang Quraish terkorban.
Rasulullah dan para sahabat memusnahkan 360 patung berhala
disekelilng kaabah. Kemudian nabi tawaf sebnayak 7 kali dan solat sunat
sebanyak 8 rakaat dan Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas
bumbung Kaabah.

SIRAH TAHUN 5

(PEMBINAAN MASJID)

1. Sejarah pembinaan masjid : masjid pertama yang dibina ialah Masjid


Quba. Dibina pada hari Isnin 7 Rabiul Awwal pada tahun ke-13
kerasulan. Nabi menetap selama 4 hari dan membina masjid bersama
para sahabat. Bahan binaan berasaskan batang dan pelepah kurma atas
dasar taqwa.

2. Masjid kedua yang dibina ialah Masjid Nabawi. Ianya telah dibina oleh
Rasulullah bersama umat Islam secara bergotong royong di atas tanah
bersebelahan dengan Masjid Quba bagi mengukuhkan lagi asas utama
pembentukan negara Islam.
Page 17 of 21

3. Masjid yang ketiga yang dibina ialah Masjidil Haram. Ianya terletak di
Kota Mekah dan dibina mengelilingi Kaabah. Tempat suci pertama di
dunia dan disebut juga sebagai Baitullah al-Haram.

4. Peranan masjid dalam pembentukan negara Islam : sebagai pusat


ibadat (mengerjakan ibadat fardu dan sunat), sebagai pusat
kemasyarakatan (selesaikan masalah rumahtangga, memupuk
perpaduan umat), sebagai pusat pendidikan (sebarkan ilmu pengetahuan
kepada orang ramai), sebagai pusat ekonomi (pengurusan zakat, wakaf,
cukai, harta rampasan perang), sebagai pusat politik (merancang strategi
peperangan, terima kunjungan diplomatik daripada negara Islam dan
bukan Islam dan tempat pameran senjata).

5. Ekonomi pada zaman Rasulullah : Hasil pertanian, pertukangan,


penternakan, menjual barang dagangan.

(PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM)

A. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT AQIDAH.

1. Perkembangan Islam dari sudut Aqidah : peringkat pertama sebelum


kedatangan Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliyyah yang
bermaksud sesat daripada agama Samawi.

2. Maksud Agama Samawi dalam bahasa arab bererti langit. Agama


langit bererti agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi
dan rasul melalui wahyu. Semua nabi dan rasul sejak dari nabi Adam
hingga ke Nabi Muhammad S.A.W membawa ajaran tauhid dan agama
Islam. Mereka hanya berbeza dari sudut syariat tetapi mempunyai
persamaan dari sudut akidah.

3. Semua nabi dan rasul mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah.


Semua agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul ini iaitu semenjak
Page 18 of 21

dari nabi Adam hingga ke nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai


persamaan dari sudut nama agama iaitu Islam. Ertinya mereka semua
membawa agama Islam. Bukan seperti yang difahami oleh sesetengah
orang bahawa nabi Musa membawa agama Yahudi manakala nabi Isa
pula membawa agama Kristian. Ini adalah fahaman yang salah.

4. Jenis agama masyarakat Jahiliyyah : Yahudi, Kristian, golongan yang


tidak percayakan tuhan, menyembah api, menyembah pokok besar,
menyembah roh.

5. Masyarakat Jahiliyyah juga melakukan perbuatan keji seperti minum


arak, membunuh anak perempuan, berzina dan sebagainya.

6. Asas aqidah : Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari


Kiamat, Qada dan Qadar.

7. Asas Agama Islam : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan


solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan
mengerjakan Haji.

B. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT IBADAT.

(i)

Solat - difardhukan pada thun ke-10 kerasulan Nabi Muhammad semasa


peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab.

(ii)

Azan - disyariatkan pada tahun pertama hijrah setelah Rasulullah


membina masjid pada tahun pertama hijrah. Bilal bin Rabah telah dilantik
sebagai bilal dan diperintahkan oleh Nabi Muhammad untuk melaungkan
azan bagi menyeru umat Islam menunaikan solat.

(iii)

Puasa dibulan Ramadhan - difardhukan pada tahun kedua hijrah. Puasa


Page 19 of 21

mengandungi hikmah tersendiri seperti dapat membentuk sifat sabar


dalam menahan diri daripada lapar dan dahaga serta mendidik manusia
menjadi insan yang bersyukur dengan kurniaan Allah.

(iv)

Zakat - sistem potongan zakat dan Baitul Mal yang dilaksanakan dapat
membantu golongan susah yang berhak menerima zakat dan
mengurangkan beban masyarakat bagi memelihara keamanan dan
keharmonian kerana saling bantu membantu antara yang kaya dengan
yang miskin.

(v)

Haji - diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kelima hijrah dan
disyariatkan pada 10 Zulhijjah. Ibadah Haji adalah lambang perpaduan
umat Islam dan dapat menyucikan hati kita daripada dosa.

a. Maksud Fardhu kifayah : dilaksanakan sebahagian umat Islam.


Berdosa sekiranya tidak ada yang melakukan. Contohnya menjaga
keselamatan negara, menguruskan jenazah, merawat pesakit dan
sebagainya.

b. Maksud Fardhu Ain : wajib ke atas semua umat Islam. Berdosa


sekiranya ditinggalkan. Contohnya solat, puasa, zakat.

C. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT AKHLAK.

(i)

Akhlak Rasulullah - tidak pernah minum arak dan menyembah berhala.


Baginda memiliki sifat bijaksana, menyampaikan kebenaran, jujur dan
bercakap benar. Baginda juga seorang yang penyayang terhadap
keluarga, lemah lembut dan pemaaf.

(ii)
Page 20 of 21

Bukan akhlak Rasulullah : bergaduh, mencela, bercakap banyak,


mengaibkan orang lain dan mencari keburukan orang lain.

D. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT PERUNDANGAN/


PERLEMBAGAAN.

(i)

Dari sudut perundangan : perundangan Islam yang pertama dalam


sejarah ialah Piagam Madinah yang dibentuk oleh Rasulullah pada tahun
pertama hijrah bersamaan 622 Masehi yang merupakan perlembagaan
yang pertama tertulis di dunia. Mengandungi 47 fasal yang
membicarakan tentang hubungan antara kaum Ansar dan Muhajirin.

(ii)

Tiga langkah pembentukan perlembagaan ini:


Membina masjid,mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin,
membuat perjanjian dengan orang bukan Islam bagi mempertahankan
Madinah dari ancaman luar.

(PERISTIWA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW)

1. Kewafatan Nabi Muhammad : Berlaku pada tarikh 12 Rabiul Awwal


tahun ke-11 hijrah (hari Isnin) bersamaan 8 Jun 632 Masehi. Wafat di
Madinah ketika berumur 63 tahun kerana diserang demam panas.

2. Kesan selepas kewafatan Nabi Muhammad : Iman para sahabat


bertambah kuat, wujud sistem pemilihan khalifah secara syura, berlaku
perbalahan dalam kalangan umat islam tentang pengkebumian nabi
tetapi dapat diselesaikan oleh Saidina Abu Bakar, lahirnya golongan yang
murtad, golongan yang enggan bayar zakat dan nabi palsu.

3. Penentuan khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah : Saidina


Abu bakar asSiddiq dilantik menjadi khalifah pada tahun 632 Masehi
bersamaan 11 hijrah. Saidina Umar bin al-Khattab telah mencadangkan
Page 21 of 21

Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan diterima baik oleh kaum Ansar
dan Muhajirin. Saidina Abu Bakar merupakan khalifah pertama dan
memerintah selama 2 tahun sahaja.

Anda mungkin juga menyukai