Anda di halaman 1dari 6

Nabi musa dengan lembu betina

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum,pembuka bicara
terima kasih kepada pengerusi acara ,
barisan hakim yang bijaksana , guru
guru dan rakan semua mari dengar
cerita .
Kisah nabi musa dan lembu betina
Hayatilah .... cerita ana ... peristiwa
nabi musa dan lembu betina .....

Pada zaman nabi musa alaihisalam ,


seorang lelaki dari kalangan bani Israil
dibunuh dan tidak dikenali siapakah
pembunuhnya . kaum bani Israil tidak
dapat mengesan sebarang tanda
pembunuhan tersebut . peristiwa itu
telah membawa perbalahan besar
kepada bani Israil sehingga hampir
sahaja bani Israil saling bunuh
membunuh antara satu sama lain
kerana masih tidak berjaya
menyelesaikan masalah tersebut .
kemudian bani Israil berjumpa dan
mengadu kepada nabi Musa
alaihisalam agar memohon
pertolongan daripada allah supaya
diberikan jalan keluar bagi
menyelesaikan masalah tersebut .
melalui perintah allah , nabi musa
alaihisalam memberitahu , bahawa
allah telah memerintahkan supaya bani
Israil menyembelih seekor lembu betina
. kaum bani israil memang terkenal
dengan keangkuhan , kesombongan dan
kedegilan . mereka banyak membantah
dalam melaksanakan sesuatu yang
diperintahkan oleh allah . seperti ayat
berikut :

Yang bermaksud : dan (ingatlah)


seketika nabi musa berkata kepada
kaumnya : sesungguhnya allah
memerintahkan kamu menyembelih
seekor lembu betina . mereka berkata:
wahai musa adakah engkau
mempermainkan kami ? nabi musa
menjawab: sesungguhnya aku
berlindung kepada allah daripada
menjadi salah seorang yang dari
golongan yang jahil .
Mereka mengalah ...
Lalu , mereka bertanya : bagaimana
pula sifat lembu itu? nabi musa
menjawab : lembu betina yang cukup
sederhana , tidak pula tua dan terlalu
muda iaitu yang pertengahan , dan
dipertanyakan lagi kepada nabi musa
alaihisalam supaya diterangkan lagi
tentang warna lembu itu , nabi musa
alaihisalam berkata lagi , bahawa
warna lembu itu ialah warna kuning tua
yang cantik dan menenangkan hati
orang yang melihatnya .
Mereka bertanya lagi kepada nabi musa
alaihisalam tentang lembu yang
bagaimana jenisnya sebagai petunjuk
agar mudah dicari . berkata Lagi nabi
musa alaihisalam , iaitu lembu betina
yang tidak pernah digunakan untuk
membajak tanah , mengambil air dan
tidak ada cacat cela serta tidak ada
belang pada warnanya . bani israil
hampir sahaja tidak melaksanakan
kewajipan ini dengan alasan tidak ada
lembu yang memiliki sifat seperti itu .
Setelah dicari dengan susah payah
diserata tempat , akhirnya mereka
menjumpai lembu yang mempunyai ciri
ciri yang diminta oleh nabi musa
alaihisalam . lembu tersebut dimiliki
oleh seorang anak yatim yang soleh
dan sangat berbakti kepada kedua
ibubapanya . dengan harga sangat
mahal , akhirnya mereka dapat membeli
lembu tersebut dari anak yatim yang
soleh itu dengan harga seberat emas
sepuluh kali ganda lembu tersebut .
setelah diperolehi lembu tersebut , nabi
musa alaihisalam memukul orang yang
mati itu dengan salah satu anggota
tubuh lembu tersebut .
seperti ayat berikut :
Yang bermaksud : allah berfirman :
pukullah si mati dengan sebahagian
anggota lembu yang kamu sembelih
itu . (mereka pun memukulnya dan ia
kembali hidup ) demikianlah allah
menghidupkan orang orang yang mati ,
dan memperlihatkan kepada kamu
tanda tanda kekuasaannya , supaya
kamu memahaminya .
Mangsa pembunuhan itu hidup semula
dan menceritakan siapakah yang
membunuhnya . ternyata pembunuh
tersebut ialah anak saudaranya sendiri
yang terlalu tamakkan harta warisan
bapa saudaranya . selepas mangsa itu
menceritakan siapakah pembunuh
sebenar , dia dimatikan semula oleh
allah swt .

Cukup cukup sudah ...


cukup sampai disini saja ... tamatlah
kisah nabi musa ... dengan lembu
betina ...
Ana akhiri dengan satu rangkap
pantun .
Bunga mawar bunga melati ,
Menebar aroma mewangi ;
Kuucap salam dengan setulus hati ,
Assalamualaikum pujaan hati .

Sekian , terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai