Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: NIA.

Ini kisah rakan sekelasku Nia. Ibu bapanya ada masalah membuatkan kelurga
mereka sering sahaja tidak aman. Ibunya pula sering jatuh sakit. Walau
demikian, Nia jarang bercerita masalahnya. Nia tetap ceria apabila di sekolah
seolah-olah tiada masalah. Namun tiba-tiba, kami dikejutkan berita bapa Nia
telah menceraikan ibunya dan keluar meninggalkan rumah ingin mencari
kehidupan baharu katanya. Marah bercampur sedih kami mendengar berita itu.

Sejak itu, Nia menjadi lebih senyap. Dia banyak menyendiri dan kurang
bercakap dengan rakan-rakan. Pelajarannya juga sedikit merosot. Kami selalu
juga cuba untuk menjadi tempat dia berkongsi masalah dan rasa, namun tidak
banyak yang Nia ceritakan. Menurut Nia, kehidupan mereka kini hanya cukup
makan, dan ibunya semakin kerap jatuh sakit.

Masa terus berjalan dan tarikh peperiksaan SPM semakin hampir. Nia
masih bersemangat meneruskan persekolahan. Sesekali Nia menyertai kami
mengulangkaji pelajaran di pondok wakaf selepas tamat waktu persekolahan.
Selepas tamat peperiksaan SPM, Nia datang ke kedai Nasi Ayam keluarga kami
untuk minta kerja. Ayahku dengan senang hati menawarkan pekerjaan kepada
Nia. Ayah juga faham apa yang sedang dihadapi keluarganya.

Nia memang rajin bekerja. Kerjanya juga bagus dan cermat. Nia bekerja
tanpa cuti selama dua bulan. Ayah beri gaji penuh bila tiba masa supaya boleh
Nia gunakan untuk menampung kehidupan. Namun selepas mendapat gaji bulan
kedua, Nia tidak datang bekerja tanpa berita. Pesanan ke telefonnya juga sepi
tidak berbalas. Dari minggu ke minggu kami menunggu Nia datang bekerja
tetapi dia tidak muncul. Maka kami fikir mungkin Nia sudah tidak mahu bekerja
lagi.
Tiba-tiba pada suatu petang, kedai kami didatangi seorang wanita
pertengahan usia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu Nia. Ibunya
memulakan cerita tentang Nia. Rupanya Nia berkerja di kedai kami selama dua
bulan ini untuk mengumpul wang pendahuluan untuk pembedahan buah
pinggang. Nia telah mendermakan satu buah pinggang untuk ibunya.
Pembedahan itu berjaya, dan ibunya juga beransur pulih. Namun, kini Nia pula
yang kurang sihat. Dia kerap demam dan kurang bermaya. Ibu Nia mengajak
aku ke rumah Nia agar Nia Kembali bersemangat dan segera sihat.

Terkejut kami mendengar berita itu. Sungguh kami tidak tahu masalah
dan perjuangan yang Nia hadapi. Sejak itu, aku berjanji untuk sentiasa
membantu Nia dan memastikan Nia Kembali sihat dan bersemangat.

Anda mungkin juga menyukai