Anda di halaman 1dari 3

PENANDA WACANA

Penanda Wacana
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan
suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan
menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.

a.Menunjukan pertentangan maklumat:


Penanda
Wacana
bagaimanapun
biarpun demikian
meskipun
meskipun
demikian
namun
namun begitu
sebaliknya
sungguhpun
demikian
walau
bagaimanapun
walaupun
demikian

Ayat Contoh
Ibu menangis teresak-esak.Bagaimanapun, tangisannya reda
setelah dipujuk kakak.
Sani gagal dalam perlumbaan itu.Biarpun demikian, dia tidak
berputus asa.
Hanis tidak berganjak dari situmeskipun telah diarahkan
pulang.
Puan Kartini telah mendapatkan rawatan di hospital
pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.
Tati menjerit meminta tolong. Namuntiada siapa-siapa yang
mendengar jeritannya.
Suhaila memang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang
membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.
Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat
permainan video.
Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun
demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada
orang lain.
Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya
jalan untuk ke banglo Tuan Kassim.
Budin kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.

b. Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau


bersamaan:
Penanda
Wacana
lagipun
lebih-lebih lagi
malah
tambah
lagi/tambahan
pula

Ayat Contoh
Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat
pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.
Saya tidak dapat melihat dengan jelas,lebih-lebih lagi pada
waktu malam.
Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di
London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh
kerajaan negeri.
Danial suka menonton dokumentari,tambahan lagi yang
berkaitan dengan haiwan.

c. Menunjukkan akibat atau kesimpulan:


Penanda
Wacana
akhir kata
akhirnya
dengan itu
jadi
justeru
kalau begitu
lantaran itu
malangnya
oleh itu/oleh
sebab itu
semenjak
itu/sejak itu

Ayat Contoh
Sekian sahaja kandungan warkah saya.Akhir kata, semoga kita
dapat berjumpa lagi.
Pasukan itu tidak bermain dengan bersungguh. Akhirnya mereka
kalah.
Nazri kurang aktif dalam kokurikulum.Dengan itu, dia tidak
terpilih sebagai murid cemerlang.
Celian tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang
hari ini.
Badrul selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil
oleh pihak sekolah.
Kami telah cuba menghubungi ayahnya.Malangnya, tiada
jawapan.
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar
bermain.
Bapanya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak
itu, dia sering murung.

d) Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:


Penanda Wacana
kemudian
lepas itu/selepas itu
selanjutnya

Ayat Contoh
Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian,
masukkan sebiji telur.
Bibik mengemas rumah. Lepas itu, Bibik memasak hidangan
tengah hari.
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya,
beliau merasmikan majlis tersebut.

e) Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu.


Penanda
Wacana
dalam pada itu
di samping itu
selain itu
sebelum itu

Ayat Contoh
Mak Jah mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu,
dia juga ,menjual kuih.
Fazil seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra
dan suka bergaul.
Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu,
membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah.
Ayah akan ke Kedah sebentar lagi.Sebelum itu, dia memastikan
kenderaannya berfungsi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai