Anda di halaman 1dari 4

PENANDA WACANA

Penanda Wacana
- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan
karangan yang baik dan teratur.
-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu
isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang
saling berkaitan.
-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan
yang baru.
-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana
yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan
sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.
-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori mengikut fungsinya.
a.Menunjukan pertentangan maklumat:
Penanda
Wacana
bagaimanapu
n
biarpun
demikian
meskipun
meskipun
demikian
namun

Ayat Contoh
Ibu menangis teresakesak.Bagaimanapun, tangisannya reda
setelah dipujuk kakak.
Sani gagal dalam perlumbaan itu. Biarpun
demikian, dia tidak berputus asa.
Hanis tidak berganjak dari situ meskipun
telah diarahkan pulang.
Puan Kartini telah mendapatkan rawatan
di hospital pakar. Meskipun demikian,
penyakitnya masih tidak sembuh.
Tati menjerit meminta tolong. Namun
tiada siapa-siapa yang mendengar

namun begitu
sebaliknya
sungguhpun
demikian
walau
bagaimanapu
n
walaupun
demikian

jeritannya.
Suhaila memang murid yang pintar.
Namun begitu, dia jarang membantu
rakannya yang lemah dalam pelajaran.
Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia
melepak di pusat permainan video.
Kami daripada keluarga yang miskin.
Sungguhpun demikian, kami tidak pernah
meminta belas ihsan daripada orang lain.
Jalan itu agak sunyi. Walau
bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan
untuk ke banglo Tuan Kassim.
Budin kuat makan. Walaupun demikian,
badannya tetap kurus.

b. Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau


bersamaan:
Penanda
Wacana
lagipun
lebih-lebih
lagi
malah
tambah
lagi/tambaha

Ayat Contoh
Banyak suri rumah berbelanja di pasar
raya itu kerana terdapat pelbagai jenis
barang. Lagipun, harganya murah.
Saya tidak dapat melihat dengan jelas,
lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di
London. Malah perbelanjaannya pun akan
ditanggung oleh kerajaan negeri.
Danial suka menonton dokumentari,
tambahan lagi yang berkaitan dengan

n pula

haiwan.

c. Menunjukkan akibat atau kesimpulan:


Penanda
Wacana
akhir kata

Ayat Contoh

Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir


kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.
akhirnya
Pasukan itu tidak bermain dengan
bersungguh. Akhirnya mereka kalah.
dengan itu Nazri kurang aktif dalam kokurikulum.
Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid
cemerlang.
jadi
Celian tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke
sekolah hari ini.
justeru
Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu
lebih tekun belajar.
kalau
Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu,
begitu
kamu boleh pulang hari ini.
lantaran
Badrul selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya
itu
telah dipanggil oleh pihak sekolah.
malangnya Kami telah cuba menghubungi ayahnya.
Malangnya, tiada jawapan.
oleh
Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya
itu/oleh
tidak boleh keluar bermain.
sebab itu
semenjak
Bapanya meninggal dunia beberapa bulan
itu/sejak
yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.
itu

d) Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:


Penanda Wacana
Ayat Contoh
kemudian
Mula-mula masukkan tepung
gandum. Kemudian, masukkan sebiji
telur.
lepas itu/selepas Bibik mengemas rumah. Lepas itu,
itu
Bibik memasak hidangan tengah hari.
selanjutnya
Guru Besar menyampaikan ucapan
alu-aluan. Selanjutnya, beliau
merasmikan majlis tersebut.

e) Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu.


Penanda
Wacana
dalam pada
itu
di samping
itu
selain itu

Ayat Contoh

Mak Jah mengambil upah menjahit pakaian.


Dalam pada itu, dia juga ,menjual kuih.
Fazil seorang yang peramah. Di samping itu,
dia mudah mesra dan suka bergaul.
Membaca buku menambahkan pengetahuan.
Selain itu, membaca buku juga dapat mengis
masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
sebelum itu Ayah akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum
itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi
dengan baik.
Posted by NORAZILA IBRAHIM at 08:17

Anda mungkin juga menyukai