Anda di halaman 1dari 1

SUMBANGAN FALSAFAH ISLAM DALAM

PERKEMBANGAN FPK
Dalam Falsafah pendidikan Islam, ia memberikan keutamaan terhadap aspek
keagamaan. Perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Griffen Encharang, 2009). Ia
juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsur kerohanian.
Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi
semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu
dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di duniadan
di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan yang
bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim
yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri
serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T (Mok Soon Sang,
2003).
Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani
dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur ini
dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam elemennya sendiri iaitu
elemn yang berbunyi seperti berikut. ....untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Dalam KBSR dan KBSM juga, Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral
mencerminkan ciri-ciri pembelajaran efektif untuk perkembangan individu, khasnya dari
segi rohani, emosi dan agama. Ciri-ciri pembelajaran ini selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Islam yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan
insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi
mulia.

Anda mungkin juga menyukai