Anda di halaman 1dari 1

Bahaya magnet hiasan di peti sejuk

Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah
membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke
pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang
disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin
mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan
bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan
perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera
makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan
kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan
kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air
tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke
satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus
sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema.
Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif,
insyaAllah dapat dikesan.
Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini
sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang
merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah,
musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan,
mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang
disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di
dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar
dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal
menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai
kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan,
persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana
masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya
ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari
Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa
pancaran bersifat maniyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang
berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Anda mungkin juga menyukai