Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan


Keluarga memainkan peranan penting dalam
pembentukkan masyarakat yang sejahtera. Keluarga
berperanan mencorak tingkah laku dan peribadi
anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan adalah
suatu yang istimewa dan perlu diambil perhatian
agar ia tidah runtuh atau terjejas. Ini kerana ia akan
mempengaruhi perkembangan anak-anak.
Oleh itu, sebagai ahli keluarga, kita semua mesti
memahat dalam hati masing-masing perasaan kasih
sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga juga perlu
dilaksanakan dengan sempurna.

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga


Definisi
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
terhadap keluarga.
Ciri-ciri
1. Menyayangi keluarga seperti menyayangi diri sendiri.
2. Saling menghormati antara anggota keluarga.
3. Sentiasa mangamalkan amalan tolong menolong dengna penuh
ikhlas di kalangan anggota keluarga.
4. Sentiasa menghargai dan berterima kasih dengna segala jasa dan
bakti yang dicurahkan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

2.2 Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga


Definisi
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang
harmonis.
Ciri-ciri
1. Memberi layanan yang baik kepada anggota keluarga.
2. Sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk setiap ahli
keluarga.
3. Menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada ahli keluarga
yang susah dan memerlukan bantuan.
4. Sentiasa berinteraksi dengan sopan santun terhadap ahli keluarga.
5. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh
anggota keluarga bagi menjamin kerukunan.

2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan


Definisi
Menerima dan menghormati dna mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam
keluarga
Ciri-ciri
1. Menerima dan mengamalkan adat, kepercayaan dan tradisi yang
diamalkan oleh keluarga.
2. Menghormati amalan kebiasaan dan tradisi yang diamalkan oleh
keluarga.
3. Mengamalkan adat kebiasaan yang diwarisi daripada keluarga
tanpa segan silu.
4. Menyampaikan kepada anggota keluarga lain mengenai amalan
tradisi keluarga.
5. Mengamalkan panggilan yang bersopan dalam keluarga.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga


Definisi
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej
dna menjaga maruah keluarga.
Ciri-ciri
1. Ketua keluarga perlu menyediakan keperluan asas rumah tangga.
2. Memastikan maruah dan kehormatan keluarga terjaga.
3. Memastikan setiap ahli keluarga mendapat pendidikan yang
sempurna.
4. Sentiasa bersama keluarga walau dalam keadaan susah atau
senang.
5. Menjalankan setiap tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan
dalam keluarga

SMK Perempuan Likas


Sabah

Anda mungkin juga menyukai