Anda di halaman 1dari 3

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk  
  
        Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
        Boleh terdiri daripada dua subjek dan dua predikat atau lebih.
        Contoh
a)           Ayat Tunggal    -Aminah pandai menyanyi.
                -Aminah pandai menari.
             Ayat Majmuk   -Aminah pandai menyanyi dan menari.

b)          Ayat Tunggal    -Adik memakai baju baru itu.


            -Baju baru itu berwarna merah.
            Ayat Majmuk   -Adik memakai baju baru yang berwarna 
                                     merah itu.

      Jenis-jenis ayat majmuk :


               1.  Ayat majmuk gabungan
               2.  Ayat majmuk pancangan
                               a)  Ayat relatif
                               b)  Ayat komplemen
                               c)  Ayat keterangan
                3.  Ayat majmuk campuran
          4.  Ayat majmuk pasif

Ayat Majmuk Gabungan


      Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut menggunakan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi, sambil, lalu dan sebagainya.
      Contoh :
a)     Abang, kakak dan adik pergi ke bandar.
b)     Pemuda yang tampan itu bangun lalu turun ke halaman rumah.
c)      Saya berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.
d)     Awak hendak ke pejabat atau ke pekan?

      Ayat-ayat ini juga boleh disambungkan tanpa kata hubung dengan menggunakan
tanda baca koma (,) dalam bentuk tulisan.
      Contoh :  

         a)     Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

Jenis Gabungan
1.  Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu dengan
menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, tambahan, malahan, akhirnya
dan sambil.
      Contoh : Beliau memandang saya sambil tersenyum.
2.  Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat-
ayat yang digabungkan itu dengan menggunakan kata hubung tetapi, sebaliknya
dan melainkan.
      Contoh : Musim hujan dingin sebaliknya musim kemarau panas.

3.  Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan


kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik…daripada, apakah…ataupun,
sama ada…atau dan sebagainya.
      Contoh : Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

Yang manakah ayat majmuk gabungan?

A.   Ali sangat kaya di kampung itu tetapi dia kedekut.


B.   Sekalipun sudah berumur, dia masih ingin belajar juga.
C.   Aminah membeli baju yang berwarna merah.
D.  Perlawanan bola jaring itu tetap diteruskan meskipun hujan turun dengan  
      lebat.
Jawapan: A

Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan 

1)  Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta, dan sambil berfungsi menggabungkan
ayat-ayat   tunggal yang susunannya berurutan manakala kata hubung seperti
sebaliknya, tetapi, kecuali, dan malahan berfungsi menggabungkan ayat-ayat
tunggal yang susunannya membawa maksud pertentangan dua maklumat.

      Faezah diam dan bijak berpidato.       -salah


      Faezah diam tetapi bijak berpidato.  -betul

2)  Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata 


hubung atau dalam ayat majmuk gabungan.

      Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti.   -salah


      Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti. -betul

Anda mungkin juga menyukai