Anda di halaman 1dari 5

UJIAN

PENULISAN

BAHAGIAN B

ULASAN

BENTUK BAHAN
RANGSANGAN
Mungkin boleh terdiri
daripada:
iklan
gambar
gambar rajah
ilustrasi kartun
carta pai
poster
pengumuman
jadual

BILANGAN SOALAN
Satu soalan yang
bermuat bahan
rangsangan akan
dikemukakan

MARKAH

PANJANG KARANGAN

15 markah
diperuntukkan untuk
Bahagian B: Ulasan

Panjang karangan
hendaklah
antara 50 hingga 80
patah perkataan

ULASAN
Bagaimana Hendak Mulakan?
1. Teliti bahan rangsangan yang diberikan.
2. Baca soalan, kemudian cari dan fahami maklumat yang terdapat dalam
soalan.
3. Beri tumpuan pada maklumat-maklumat yang dinyatakan secara jelas dalam
bahan rangsangan.
Bagaimana Untuk Menjawab Soalan?
1. Kenal pasti jenis bahan rangsangan.
2. Garisi kata kunci.
3. Fahami bahan rangsangan secara keseluruhan untuk mendapat gambaran
yang sebenar.
Bagaimana Menghasilkan Ulasan yang Cemerlang?
1. Mengemukakan idea yang tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
2. Ulasan idea yang dibuat jelas dan matang.
3. Penggunaan ayat yang gramatis.
4. Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
5. Membuat ulasan dengan menggunakan ejaan, tanda baca, dan penanda
wacana yang betul.
6. Kesalahan Bahasa dalam ulasan yang minimum.
Empat Langkah yang Harus Diamalkan.
1. Menentukan kehendak soalan.
2. Membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dengan analisis yang kritis
dan analitis bahan yang dikemukakan.
3. Menulis ulasan,
4. Menyemak ulasan.
Peringatan:
Isi hendaklah ditulis dengan tepat dan padat agar jumlah perkataan tidak
melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Panjang ulasan anda hendaklah antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Bagaimana Mendapat Markah yang Cemerlang?
Ulasan idea yang jelas
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan rangsangan

IDEA
Ayat digunakan gramatis

Kosa kata luas

BAHASA

Tiada kesalahan bahasa

Penanda wacana yang betul

Penggunaan ejaan dan tanda baca betul

MODEL KARANGAN ULASAN UPSR FORMAT 2016


BAHAGIAN B
(15 markah)
TEMA PIRAMID MAKANAN
Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti.
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Tema: Piramid Makanan


Analisis Bahan Rangsangan
TERSURAT
ISI
8 - 12 hidangan
3 - 5 hidangan
2 - 3 hidangan
1 - 2 hidangan
Guna sedikit

CONTOH
Nasi, mi, roti, bijirin, ubi
Buah-buahan dan sayuran
Ikan, ayam, itik, daging,
kekacang
Susu dan produk tenusu
Lemak minyak, gula, garam

TERSIRAT (Kesan Baik)


HURAIAN
Membekalkan tenaga
Membantu sistem penghadaman
Membekalkan protein
Mengelakkan obesiti
Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan.


Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12
hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga
kepada manusia.
Selain itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayursayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga
disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan
tersebut kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan
pengambilan susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali,
lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi
mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid
makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

Lihat pengumuman di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang


terdapat dalam pengumuman tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Lihat pengumuman di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang


terdapat dalam pengumuman tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai