Anda di halaman 1dari 12

PENGANTAR PENULISAN

CA10203

TAJUK :
AKU TIDAK KUAT

NAMA PENSYARAH :
DR NORSUHAILA SULAIMAN

NAMA PELAJAR :
MOHAMMAD AZMIR BIN MISNANI

NO MATRIK :
BC22110029
Bodoh, bodoh, bodoh.

Sial punya kehidupan.

Kenapa begini, bukan aku bersalah.

Kenapa mesti aku yang fikir.

Aku sahaja kah yang kena.

Itulah marahnya Nur sambil mengalirkan air mata.

Nur adalah seorang suri rumah sepenuh masa selepas dia menamatkan zaman
bujangnya dengan berkahwin dengan suaminya. Dia cuma ingin menjadi seorang
isteri yang setia dan mempunyai anak yang ramai seperti keluarga yang bahagia. Awal
perkahwinan mereka suaminya hanya bekerja sebagai operator pengeluaran di
sebuah kilang. Walaupun suaminya hanya bergaji sekadar cukup makan saja namun
mereka tetap hidup bahagia kerana keluarga mertuanya sering membantu ketika
mereka dalam kesusahan. Syukur mempunyai keluarga mertua yang memahami.

Masalah timbul sejak ibu ayah Nur bercerai dan masing-masing berkahwin lain apabila
dia masih di bangku sekolah menengah. Ibu bapa Nur amat pentingkan diri sendiri.
Nur hidup susah mereka tak pernah ambil peduli tapi bila mereka dalam kesempitan
Nurlah yang menjadi tempat rujukan mereka.

“Nur ada duit tak? Ibu mahu pinjam seribu, nanti bila ada duit ibu bayarlah balik ya.’’
Ibu Nur meminta duit lagi. Nur keliru dengan kerenah dan kemahuan ibu dan ayahnya.
Bukannya mereka tidak tahu kehidupan Nur macam mana, tapi mereka tak pernah
fikir apa yang Nur tanggung. Mereka hanya nampak hidup Nur penuh kesenangan.
“Nur manalah kerja mak, gaji suami Nur cuma seribu lima ratus saja sebulan. Kadang-
kadang abang cuma bagi Nur seratus ringgit sahaja.’’ Nur berkata sejujurnya.

“Kenapa jadi orang bodoh sangat ya Nur, seratus ringgit sahaja Nur dapat, Nur
ambillah sendiri dalam dompet dia tu. Ingat Nur, harta suami harta isteri juga.” Ibu
Wati mengajar Nur yang sedang kebingungan. Terkedu Nur mendengar cadangan
ibunya. Selama ini Nur belum pernah menjadi pencuri, hanya kerana perlukan duit,
ibunya sendiri yang mengajar dia menjadi pencuri itupun kepada suaminya.

“Nur tak beranilah bu. Nur tak pernah buat kerja tu. Apa yang suami Nur beri, itu saja
yang Nur ambil.’’

“Jangan lurus bendul sangat Nur... kalau Nur tak ambil siapa lagi nak ambil. Kah Nur
nak suami Nur belanja perempuan lain’’

“Ibu ni pula, kenapa tak ambil duit suami ibu yang baharu itu saja, kenapa datang
minta dengan Nur dan memfitnah suami Nur?’’ Nur menyoal ibunya kembali.
Terbuntang mata Bu Wati memandang ke arah Nur.

“Kalau suami ibu tu berduit, ibu tak datang minta dengan kaulah Nur.’’ Garang suara
Ibu Wati. Terasa hati dengan kata-kata Nur sebentar tadi.

“Abang tu pun bukannya berduit sangat bu, seribu lima ratus ringgit tu sekelip mata
saja habis bu. Barang semua dah naik harga. Anik tu pun perlukan duit untuk
persekolahan dia ibu.’’ Nur berkata sayu. Antara suami dan ibunya Nur akan memilih
suami kerana syurganya sekarang terletak di bawah tapak kaki suami. Ibunya
patutnya memehami kehidupan mereka yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang
belum tentu dapat makan.
“Huh...kedekut, dengan ibu pun kau berkirakan. Berilah saja berapa yang engkau
ada.’’ Ibu Wati masih belum berputus asa. Dia tetap mahukan duit sahaja tanpa
memikir nasip anaknya itu.

“Nur tiada duit ibu, suami Nur ni belum dapat gaji lagi, sekarangkan tengah bulan
ibu.’’ sayu nada suara Nur. Ibu Wati mendengus kuat. Ada sajalah alasannya. Ibu Wati
mengutuk Nur di dalam hati.

*******************************************************************

Nur bermenung lagi, hidupnya tak pernah habis dengan masalah. Dia kesunyian
seorang diri. Dia mana ada kawan baik untuk berkongsi masalah. Adik beradik Nur
masing-masing buat hal sendiri. Ibu dan ayah Nur selalu bawa masalah mereka dan
datang jumpa Nur. Dia anak bongsu daripada tiga adik beradik. Nur seorang yang
pendiam dan tak banyak kerenah namun kerana dia juga selalu mengikut kata ibu dan
ayahnya Nur selalu dijadikan tempat rujukan masalah kewangan mereka. Nur buntu
kerana dia juga tidak bekerja.

Suaminya Ryan juga bukan seorang pendengar yang baik. Ryan selalu menghabiskan
masanya dengan kawan-kawan dan keluarganya. Keluarga mertua Nur baik tapi Nur
tetap rasa terasing kerana antara ipar dan duainya ada juga yang cemburukan Nur
kerana Nur adalah menantu kesayangan kedua-dua mertuanya. Nur bingung setiap
kali berhadapan dengan masalah. Tiada siapa yang sudi mendengar keluhan
mengenai masalahnya. Hanya kepada Allah saja Nur boleh mengadu tapi Nur sering
juga buntu dan sering menangis seorang diri.

Hari ini Nur menangis lagi. Dia hilang selera untuk menjamu makanan. Nur hanya
nampak mee segera untuk hidangan paling lazat sekarang. Nur keluar untuk pergi ke
kedai runcit berdekatan rumahnya itu. Nur sudah membayangkan keenakan mee
segera yang akan dimakannya. Perut Nur sudah berkeroncong sejak pagi namun Nur
belum menjamah sebarang makanan hari ini.

Sampai di kedai Nur mengambil dua pek besar mee segera dengan perisa tom yam
dan perisa asam laksa.

“Beli mee segera saja Nur?’’ pemilik kedai kak Sarah bertanya ramah. Nur tersenyum
sambil mengangguk perlahan.

“Banyaknya ni, stok untuk berapa hari?’’ Nur disoal lagi. Nur malas nak menjawab tapi
kalau Nur tak bersuara tentu kak Sarah akan salah faham.

“Entahlah akak Sarah... seminggu mungkin untuk bertahan.’’ Nur menjawab dengan
nada suara yang sayup dan lemah. Acuh tak acuh sahaja sekadar balasan Nur agar
tidak disalah ertikan.

“Hai... takkan seminggu makan mee segera jak… korang tak ada duit nak beli beras
sudah kah?’’ satu soalan dijawab dan menyusul pula soalan lain lagi dari Kak Sarah.
Nur menahan rasa tapi terpaksa juga menjawab sekali lagi.

“Stok mee segera ini untuk Nur saja kak, tak ada selera nak makan. Abang Ryan
dengan Anik makan nasi juga.’’ Nur berkata dan membayar duit. Dia hanya ingin
segera pulang ke rumahnya tanpa banyak soalan. Tiada hati langsung untuk beramah
tamah dengan sesiapa pun, Nur hanya ingin pulang ke rumah dan menjamah mee
segera yang baru dibelinya.
‘’Oh… ingatkan makanan untuk kalian sekeluarga.’’ Kak Sarah berkata sambil
tersengeh. Nur juga turut memaksa bibirnya supaya tersenyum.

“Nur balik dulu kak...’’ Nur minta diri untuk pulang selepas urusan jual beli dilakukan.
Dia melangkah lemah ke rumah. Perutnya berasa kosong sehingga bebunyi
keroncong. Lututnya sudah bergetar sebab menahan lapar. Perasaanya sudah
melayang jauh. Hati Nur merusuh di dalam, kalau boleh Nur ingin meraung sekuat
hati namun Nur masih sedar diri. Nur juga punya ego dan rasa malu.

Sampai di rumah Nur terus merebus tiga bungkus mee segera berperisa asam laksa.
Bukan kerana lapar sahaja tapi disebabkan tekanan jiwa dan perasaan yang sedang
dialaminya itu. Nur ingin melepaskan semua perasaan marahnya dengan makanan.
Nur teringin nak keluar bersantai jauh dari rumah tapi Nur tak mampu kerana tidak
berduit. Nak beli makanan yang lebih mewah pun Nur tak mampu, hanya mee segera
saja yang Nur boleh beli dengan duit yang ada dalam tangannya. Pagi tadi Ryan hanya
membeli telur sebagai makanan tengahari mereka. Nur hanya memasak nasi dan telur
masak kicap untuk suami dan anaknya.

Hidup Nur penuh dengan dugaan sejak kecil lagi. Ayahnya pula kerap kali berjudi
nombor ekor. Ibunya pula suka berhutang sana sini setiap kali membeli barang dan
membawang bersama penduduk kampung. Adik beradik Nur pula suka bergaduh
walaupun hanya ada masalah kecil. Nur mana ada tempat untuk mengadu. Setiap kali
Nur mengadu pada suaminya tentang masalah keluarga, ada saja ceramah yang tak
sedap didengar ataupun Ryan akan menyalahkan Nur kembali.

Nur stress dan tekanan yang dihadapinya terlalu berat untuk ditanggung. Nur pernah
bertanya dengan diri sendiri kenapa ujian ini yang harus didepaninya. Nur hanya
inginkan rasa bahagia bukannya penderitaan jiwa sebegini. Nur letih untuk melayan
kerenah setiap manusia di sekelilingnya.
Air yang direbus itu sudah mendidih panas, Nur memasukkan perencah sup dan mee
segera di dalamnya. Nur kacau sambil fikirannya terus melayang-layang entah ke
mana. Hanya jasad Nur yang ada di rumah mereka sedangkan roh Nur sudah
mengembara ke seluruh dunia. Nur seakan tiada semangat untuk meneruskan
hidupnya lagi.

Nur memasukkan kesemua mee segera yang direbusnya ke dalam mangkuk besar dan
menuju ke meja makan. Sebelum makan Nur mengangkat tangan membaca bismillah
dan membaca doa makan. Nur mula menjamah sambil air matanya terus berbicara.
Nur menangis lagi sambil mulutnya mengunyah mee segera. Semakin lama semakin
lderas air matanya yang gugur ke pipi.

Ya Allah… aku tidak kuat dengan semua yang berlaku ini…

Nur ada suami tapi dia hanya menyentuh aku apabila dia perlukan tubuhku untuk
melepaskan nafsunya sahaja. Aku ada anak tapi dia tak pernah mendengar cakap aku
sebagai ibunya. Dia terlalu manja sehingga dia langsung tidak boleh ditegur. Semua
orang salahkan Nur jika kalau dia menangis. Nur letih selalu dipersalahkan walaupun
kesalahan dan sikapku berpunca daripada mereka. Tidakkah mereka memikir
perasaan ku ini.

Nur terus berperang dengan diri sendiri dan tangisannya terus berlagu tanpa henti.
Mee segera yang dimakan sudah hilang rasa nikmatnya, yang ada cuma rasa kesat
ditekak ketika menelannya disebabkan fikiran yang bercelaru.

Ya Allah... kenapa semua ini Nur yang perlu hadapi? Tidak layakkah Nur untuk hidup
bahagia seperti orang lain? Aku juga seorang hamba-Mu seperti mereka. Kenapa Nur
salalu yang diuji sedangkan orang lain bahagia dengan hidup mereka.
********************************************************************

Nur mengandung lagi kali yang ke-2… seronok rasanya hati setiap kali dia mendapat
keputusan positif hasil pemeriksaan urinnya. Nur suka kalau dia ada anak ramai
supaya hidupnya tidak sunyi. Anik seorang mana cukup untuk memeriahkan rumah
tangga mereka. Namun Nur tidak bernasib baik, setiap kali mengandung,
kandungannya akan gugur. Anak sulung mereka gugur ketika Nur sedang
mengandung empat bulan.

Ketika Nur mengandungkan Anik, dia tumpah darah dan mertuanya memanggil bidan
untuk merawatnya. Mereka tidak pergi ke hospital kerana takut prosesnya lebih
menyusahkan. Nur sudah boleh membayangkan apa yang bakal dilakukan doktor
terhadapnya seperti kandungan pertamanya ketika dia tumpah darah.

Kali ini bidan Mak Long Siti hanya memberinya minum air kelapa muda yang telah
dibacakan doa saja. Mujur selepas minum air kelapa itu darah yang tumpah berhenti
dan kandungan Nur selamat dilahirkan ketika cukup bulan. Aniklah satu-satunya anak
mereka yang ada sekarang. Selepas melahirkan Anik, Nur keguguran terus dan kali
ini Nur disahkan mengandung lagi.

“Alhamdulillah... tolong selamatkan anakku kali ini Ya Allah... Nur tak nak keguguran
lagi seperti sebelum ini. Aku nak anakku Ya Allah. Tolonglah aku...’’ Nur berdoa dalam
nada suara yang perlahan. Air matanya gugur juga kerana rasa gembira dan terharu
atas nikmat yang tidak terhingga ini.

“Abang... Nur mengandung lagi…’’ khabar gembira itu diberitahu pada Ryan suaminya
sebaik saja Nur melihat Ryan masuk ke dalam rumah. Alat ujian kehamilan yang dibeli
dan bergarisan dua itu ditunjukkan pada Ryan. Tersenyum lebar Ryan mendengarnya.
“Tapi… Nur takutlah kalau anak ni pun gugur lagi. Nur trauma nak pergi hospital…
trauma kena seluk dengan doktor… trauma dengan mulut laser doktor dan nurse yang
ada kalanya suka cakap ikut suka hati...’’ itulah pegalaman yang dirasi oleh Nur.

Nur meluahkan kerisauannya. Ryan hanya mendengar tanpa kata, wajahnya saja yang
berubah riak. Kalau sudah tertulis tak ada rezeki mereka, apakan daya… terima sajalah
ujian daripada Yang Maha Esa. Ryan berbisik di dalam hati.

Kita berubat kampung ya abang...’’ Nur mengeluarkan pendapat sambil merenung


wajah suaminya. Ryan tersenyum pahit sambil menunjukkan isyarat dengan jarinya
ok. Ryan mengerakkan ibu jari dan jari telunjukkan berkali-kali. Fahamlah Nur,
suaminya tiada duit. Masalah mereka sekelurga yang selalu alami adalah kewangan.

Sekarang ni Ryan sudah berhenti kerja kilang dan hanya bekerja kampung saja. Ryan
buat apa saja kerja yang dia mampu buat. Ryan bukannya pemalas cuma ego rahmat
terlalu tinggi. Beliau juga seorang yang lurus bendul. Duit mereka selalu habis dan
tidak mencukupi. Boleh dikatakan, setiap hari mereka alami masalah kewangan dari
dahulu. Nur teringin untuk keluar bekerja tapi dia juga tak mampu untuk bekerja. Nur
senang mengandung dan senang juga keguguran. Sudah banyak kali Nur membuat
pemeriksaan darah, semuanya mendapat keputusan negatif. Nur tiada masalah
kesihatan.

“Abang carilah kerja… sampai bila kita nak dalam keadaan sebegini rupa?’’ Nur
meluahkan suara hatinya. Ryan hanya membisu, wajahnya mendung lagi. Nur menarik
nafas dan melepaskannya perlahan.

“Abang izinkan Nur berniaga, nanti Nur masak abang tolong letakkan di kedai runcit
atau pasar raya di pekan. Boleh?’’
“Ishhh… malu lah… kalau tak laku atau tak sedap, macam mana?’’

“Oh… selama ni Nur masak tak sedaplah?’’

“Bagi Abang ialah sedaplah… tapi untuk selera orang lain belum tentu.’’

Nur belum cuba pun lagi, abang dah kutuk masakan Nur… tapi abang malas nak cari
kerja… sampai bila kita nak macam ni?’’ Nur bersuara rajuk. Pedih hatinya mendengar
kritikan Ryan sebentar tadi. Niat dia nak menolong Ryan menambah pendapatan tapi
Ryan menidakkan bakatnya sebagai tukang masak. Kecil hati Nur.

“Nur menyesalkah sebab dapat suami macam abang?’’ Ryan bertanya kasar. Nur
terdiam lama, matanya merenung Ryan dengan air mata yang sudah bergenang.
Tersentap Nur mendengar kata-kata Ryan. Nur tahu jodoh mereka orang kampung
yang atur tapi Nur terima Ryan bukan kerana terpaksa. Nur redha dengan takdir Allah.

Air mata Nur terus mengalir deras membasahi pipinya yang gebu. Tanpa sedar esakan
Nur semakin berlagu sendu. Ryan terus membawa langkahnya keluar rumah, rimas
melihat Nur yang menangis tanpa sebab. Sikit-sikit menangis, itulah orang
perempuan… hati macam tisu cepat koyak. Ryan merungut di dalam hati.

Ya Allah… kalau Nur terus diuji begini aku mohon berikan aku lebih banyak kesabaran
agar aku mampu untuk terus bertahan dengan segala ujian ini.

********************************************************************

Kandungan Nur sudah hampir berusia enam bulan. Nur sudah dapat merasakan
gerakan kecil dari dalam rahimnya. Hati Nur semakin terhibur dan rasa sudah tidak
sabar untuk menimang anak lagi. Setiap kali terasa gerakan di dalam rahimnya Nur
akan mengusap perutnya dan berdoa agar anaknya kali ini dapat dilahirkan dengan
sempurna. Puas sudah mereka berubat. Bila Ryan tak mampu, kakak ipar sulung dan
ibu mertua Nur yang membawanya pergi berubat dengan seorang bidan kampung.

Hari ini badan Nur terasa letih lain macam. Nur hilang selera makan, awal pagi lagi
Nur sudah makan buah limau yang dibeli oleh Ryan. Sungguh nikmat tidak terkata
mendapatkan apa yang diidamkan rasa mual nak muntah itu pun hilang.

Tanpa diduga… malang yang tidak berbau tiba juga. Nur yang enak menjamah limau
tiba-tiba perutnya terasa sakit dan hanya beberapa saat selepas itu Nur terasa ada
sesuatu yang keluar dan membasahi kain batik yang dipakainya. Nur terus memeriksa
kainnya yang telah basah itu jika ada apa yang berlaku. Jantung Nur terus berdebar-
debar tak keruan… adakah harapannya untuk menimang anak lagi akan terus hilang
begitu sahaja. Nur ingin menangis namun dia terus memujuk hati agar jangan mudah
mengalah supaya tiada yang buruk berlaku

Bodoh dan bodoh apa yang sedang berlaku ini. Nur menahan dirinya supaya tidak
mencarut mengenang apa yang berlaku sekarang.

Ya Allah… aku memohon tolong, jangan ambil anak aku yang ini yang mengharapkan
balas kasihan mu.

Tolong Ya Allah beri aku kesempatan untuk melihat anak aku yang ini lahir dengan
selamat, dapat memeluk dan membesarkannya seperti anak aku yang sebelum ini.
Nur sudah mula sayang dia Ya Allah sejak aku tahu kewujudannya dalam rahimku ini
lagi. Aku memohon Ya Allah… tolong jangan ambil bayi Nur. Nur ingin sekali melihat
anak ini membesar menagis ketawa dalam seharian ku Ya Allah…

Nur mula berdoa di dalam hati. Dia nampak tabah di luar sedangkan hatinya sudah
mula gelisah dan tidak keruan sehingga dia terdiam seketika. Dia sudah
membayangkan suasana yang hening dan sedih di dalam wad kecemasan dan di bilik
bedah yang merisaunya mengenai kandunganya. Ryan benar-benar trauma dengan
situasi yang sudah kerap benar dilaluinya itu sebagai seorang suami.

Nur menggigil dan ketakutan… lebih-lebih lagi bila memikirkan kandungannya akan
gugur lagikah atau tidak. Ryan pula tiada di rumah dan dia hanya seorang diri. Pada
siapa harus diadu masalah yang baru sahaja menimpah dirinya? Call? Nur bangun dan
mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi suaminya.

“Di mana aku letak handphone ini yaaa?’’ Nur bermonolog seorang diri. Namun ketika
sesuatu benda yang dicari itu penting pasti sukar untuk menemuinya.

“Oh… aku mana adalah telepon bimbit ni, selama ni aku hanya menggunakan telepon
bimbit kepunyaan suami ku sahaja, kenapa aku jadi pelupa sedemikian macam ni?’’
Nur masih bermonolog sendiri. Dia hanya bersendirian di rumah, tiada Ryan dan tiada
Anik, jadi pada siapa dia harus meminta bantuan segera?

Ya Allah, Nur betul-betul takut dan tidak ingin kehilangan anak dalam kandunganku
ini sekarang. Tolong hantarkan seseorang hamba-Mu untuk membawa Nur ke
hospital. Nur berdoa di dalam hati.

Nur yang dalam keadaan sedar memerhatikan seluruh wad dan matanya terus
meratah setiap katil yang ada berhampiran. Kesemua penghuni wad ini datang dengan
masalah masing-masing dan Nur pula dengan masalahnya. Tanpa di duga Nur
kehilangan kandungannya selepas seminggu dimasukkan ke wad ini. Sempat Nur
menatap wajah anak lelakinya sebelum suaminya membawa pulang untuk
dikebumikan pada hari Jumaat itu. Sayu hati Nur setiap kali mengenangkan wajah
kecil anaknya itu. Nur kembali dengan menyalahkan dirinya kembali kerana tidak
dapat menjaga anak dalam kandunganya…

Anda mungkin juga menyukai