Anda di halaman 1dari 4

SATU PENGAJARAN BUATKU

Nama aku Aiman dan aku ialah pelajar tingkatan 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Indah.
Kini, aku tinggal bersama ibuku, atau dikenali sebagai Mak Piah dan juga nenekku Nek Siah.
Kehidupan kami di pekan yang kecil ini adalah tenang dan harmoni kerana tidak banyak
pencemaran udara berbanding di pusat bandar.

Pada pagi yang hening, aku bangun tidur dan selepas siap mandi aku terus pergi ke
meja makan untuk makan sarapan pagi. “Aiman, tolong bacakan surat khabar ni kepada
nenek, mata nenek sekarang susah nak nampak jika tak pakai cermin mata’’kata nenek sambil
nenek menghulurkan surat khabar kepada aku. Aku pun akur dan membacakan isi kandungan
surat khabar itu.

“Badai wabak yang melanda di negara kita telah telaah menyebabkan rakyat hidup di
fasa endemik. Walau bagaimanapun, ekonomi negara merosot hingga ada yang hilang
pekerjaan dan menganggur. Terdapat syarikat yang terpaksa gulung tikar dan muflis. Namun
demikian, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat
dalam menangani kegawatan ekonomi. Contohnya, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021),
PEMERKASA, Bantuan E-KASIH dan banyak lagi. Oleh yang demikian, pelbagai tekanan
dan cabaran yang diakibatkan oleh norma baharu kehidupan.”

Selepas selesai sarapan, aku ambil beg sekolah dan salam ibu dan nenek sebelum bergerak
ke sekolah dengan menaiki basikal. Aku mengingati pesan ibu supaya mengamalkan
langkah-langkah SOP di sekolah dan jaga kesihatan diri.

“ Hmm, Kehidupan sekarang ni makin susah, barang keperluan seperti minyak masak,
tepung, beras semua sudah naik harga, hendak berniaga pun kurang hasilnya lagi-lagi apabila
ramai orang duduk di rumah untuk mengelakkan terkena COVID-19’’ kata Mak Siah yang
mengeluh kerana tidak ramai orang membeli nasi lemaknya.
“Assalamualaikum ibu, nek Aiman dah balik” aku buka kasut dan masuk ke rumah. “Haa
bagaimana hari pertama kamu di sekolah?’ tanya nenek. ‘Seronok jumpa kawan-kawan dan
cikgu” bilang aku. “Nenek, ibu tak balik lagi ke?’ sambil aku mencari di mana ibu. “ Belum,
dia mesti ada di gerai, kamu pergilah gerai dia nanti.”

Selesai makan dan solat, aku pun keluar menuju ke gerai ibu. Setelah sampai, aku bertanya
kepada ibu, “ibu banyaknya nasi lemak, orang tak datang beli ke?’’ aku hairan. “Ya Aiman,
sekarang dah kurang orang membeli nasi lemak ibu’ kelihatan muka ibu agak muram. Hmm
apa kata kalau Aiman tolong ibu dengan menjual nasi lemak secara talian? ‘Bagaimana?’ ibu
hairan. “Aiman ambil gambar nasi lemak ibu dan menjualnya di social media seperti
Facebook dan Whatsapp. Jika ada orang ingin membelinya, Aiman akan menghantar dan
jual ke rumah mereka. ”Bagus juga idea kamu tu Aiman.” Ibu gembira dan setuju dengan
cadangan aku.

Keesokannya, aku telah berjaya membantu ibu apabila ramai orang ingin beli nasi lemak ibu
dalam talian. Tugas aku pada hari ini adalah menghantar nasi lemak kepada pelanggan yang
membeli. Aku menunggang basikal dengan 10 bungkus nasi lemak di dalam bakul basikal.
Rumah pertama aku pergi ialah rumah pakcik Leman.” Assalamualaikum, pakcik Leman, ini
nasi lemak yang pakcik tempah”. “Oh terima kasih ya Aiman. Ini duitnya,” sama-sama saya
jual”

Rumah kedua yang aku hendak pergi agak jauh, mungkin sekitar 4km. Selepas 1 jam lebih
mengayuh basikal, aku berasa sangat penat. Tiba sampai di rumah Makcik Syu, aku terus
membuka pelitup muka kerana berpeluh dan panas. Makcik Syu mengucapkan terima kasih
selepas aku memberi nasi lemak kepadanya. Begitulah aku membawa nasi lemak hinggalah
rumah ke-tujuh, rumah Kak Ros.

Selepas selesai, aku pun pulang ke rumah dengan keletihan. “Ini duitnya ibu.”. Ibu memberi
aku wang upah atas kerja keras aku. Aku terlalu letih dan tertidur sehingga terlupa untuk
mandi. Pada malam itu, aku berbaring di katil dan badan aku berasa panas dan tidak sihat.
Aku berasa tidak bermaya dan batuk. Nenek masuk ke bilik dan memegang dahi aku, ‘’kamu
demam panas ni” ujar nenek. Nenek meletakkan tuala suam di atas dahi aku. Aku rasa amat
panas hingga tertidur.

Pagi itu, ibu keluar ke farmasi untuk membelikan ubat demam dan ubat batuk. Kemudian
aku terdengar suara nenek bersin dan batuk. Aku tengok muka nenek kelihatan agak pucat.
Lantas, Ibu sudah pulang dan ibu memberi aku makan ubat. Pada petang itu, aku berasa sakit
kepala dan aku tak mampu untuk tidur. Aku mula risau kemudian aku ambil telefon dan
menelefon doctor Raju. “Hello doctor, saya nak tanya, apakah simptom COVID-19?. Doctor
memberitahu ‘‘Simptomnya ialah demam panas, sakit kepala, batuk dan bersin, sesetengah
orang akan tiada deria rasa.’’

Aku terus pergi ke peti kecemasan. Aku mengambil test ujian kendiri COVID-19 (PCR) dan
aku gunakannya. Aku terkejut kerana keputusan menunjukkan positif COVID-19. Aku terus
pakai pelitup muka dan menyuruh nenek dan ibu supaya membuat ujian PCR test. Ternyata
keputusan nenek ialah positif COVID-19. Namun, keputusan ibu ialah negatif, aku dan nenek
mengasingkan diri di dalam bilik. ”Aku berasa bersalah kerana mungkin akulah penyebab
nenek mendapat COVID-19, lagipun aku yang selalu keluar rumah, nenek hanya duduk di
rumah sahaja’” bisik kata hatiku.

Pukul 10 malam, ibu membuka pintu bilik nenek untuk menghantar makanan untuk nenek.
Tetapi alangkah terkejutnya Ibu melihat nenek pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu terus
menelefon ambulan dengan cemas. Setelah aku mengetahui, aku hanya berdoa dan berharap
nenek kuat dan kembali sihat.

Esoknya, nenek ditempatkan di wad ICU kerana tahap oksigen di dalam darahnya sangat
rendah. Doktor tidak membenarkan ibu melawat nenek kerana takut virus COVID-19 akan
menjangkiti ibu. Aku hanya boleh menelefon ibu untuk bertanyakan keadaan nenek sahaja
memandangkan aku kuarantin di rumah.
Pada pagi ahad, ibu menelefon aku dengan suara yang perlahan.’’Aiman, nenek..nenek
sudah tiada.” Ibu? Betulkah ni ibu, Ya Allah, aku terduduk dan tidak dapat menerima
kenyataan. Air mataku gugur dan aku sungguh kecewa. “Aiman nak jumpa nenek, Aiman
nak jumpa nenek buat kali terakhir….’’ Permintaan aku ditolak apabila ibu menjawab ‘tiada
siapa dibenarkan masuk untuk melihat nenek. Doktor dan pasukan petugas akan urus kan
jenazah dan solat jenazah, nanti kita ziarah kubur nenek ya.’’ ibu teresak-esak menangis.
Hatiku berkecai dan sangat sedih. Namun nenek pasti berada di kalangan orang-orang yang
beriman.

Aku sedar pengajaran buatku supaya sentiasa berjaga-jaga dengan penyakit berbahaya ini.
Mati juga tidak kira muda atau tua, bila-bila masa sahaja. Semoga kita terpelihara dari
kemudaratan . Kira erlu melakukan banyak amal soleh supaya sentiasa dilindungi Allah dan
hidup dengan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai