Anda di halaman 1dari 4

Ibuku seorang pembohong ???

 
 
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku.
Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu
catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda
sekalian.

 
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai
seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum
serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin
dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya
sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil
memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah
nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran
rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat
memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-
beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang
segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan
itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya
makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh
lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada
ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah
nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG
KEDUA.
 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke
kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih
untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu
dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya
melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di
hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu
kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah
tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU
YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya


dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki
peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari
mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa
kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah
selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan
kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi
yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu
yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,
saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU
YANG KEEMPAT.
 
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru
beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai
ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di
kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami
tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.
Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali
menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang
akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat
mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu
sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat
sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan
bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu
rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja
jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu
menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu
dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi


pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di
sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar
negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa
ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada
pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan
pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak
mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah,
ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU
YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya


menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang
samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya
dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah
senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit
yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan
jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu
sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap
wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya
terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak,
ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda


tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh
memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda
boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan
ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang
amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-
galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata
itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya
yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Anda mungkin juga menyukai