Anda di halaman 1dari 8

CERPEN AYAH

Senyuman wajah ayah masih terbayang dibendakku. Aku memandang setiap penjuru rumah,
sambal teringat kenangan bersama ayahketika aku masih kecil. Setiap kali aku teringat akan
wajah itu, pasti mutiara jernih akan mengalir dari matak. Ayah merupakan seorang yang
gigih berusah. Pelbagai dugaan yang telah ayah tempuhi untuk membesarkan kami 10 adik-
beradik. Antara 10 adik-beradik akulah yang paling rapat dengan ayah. Ayah selalu akan
membuat aku terhibur dengan pelbagai nyanyian lagu klasik Ketika dia membawaku bersiar-
siar dengan menaiki kereta Honda buruknya yang berwarna hitam itu.
Semasa berada di rumah, aku selalu duduk dan berkongsi cerita bersama ayah. Ayah juga
begitu. Ayah sering menceritakan pengalamannyaketika dia masih remaja.
“ Ayah suka pergi memancing berumpankan belacan yang digaul bersama tepung gandum,”
cerita ayah.
“ Dapat ikan ke ayah? “ Tanyaku.
Riak wajah ayah tersenyum.
“ Ikan juga suka dengan belacan sebab belacankan udang yang kering dah kering, “
beritahu ayah.
“ Ohh”.
Cuma itu perkataan yang keluar dari peti suaraku ketika itu. Ketika itu juga, baru aku tahu
belacan boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan.
Tiba – tiba lamunanku terhenti apabila emak memanggil aku untuk melawat ayah di
hospital. Kasihan ayah. Pelbagai dugaan yang ayah perlu hadapi ketika ini. Mak yang juga
sakit tangan dan kaki menguatkan semangatnya untuk melawat ayah. Aku menolak kerusi
roda yang dinaiki mak kerana emak tidak mampu untuk berdiri lama.

Pada tahun 2008, ayah dikesan menghidap penyakit jantung. Ketika itu umurku mencecah 20
tahun. Sesekali juga aku mula sedih dengan nasib ayah. Mana tidaknya, ayah yang sebelum
ini kuat orangnya kini terlantar lemah di hospital. Ayah yang dulu suka membuat kerja –
kerja menukang kini tidak lagi berdaya. Ayah yang sewaktu dulu suka bergurau senda
dengan anak - kini tidak lagi mampu untu berbuat demikian. Sedih hatiku, menangis jiwaku
mengenang nasib yang menimpa ayah. Tetapi apakan dayaku kerana ini semua adalah
takdir dari Yang Maha Esa.

“Abang sabar yer. Nanti abang dah sembuh baru abang boleh balik rumah,” pujuk emak
setelah berada disisi ayah.

“Abang kena kuat. Kena kuat hadapi semua ini. Kami semua sentiasa mendoakan abang
supaya cepat sembuh.”
Emak tidak putus – putus memberikan semangat kepada ayah setelah melihat ayah
menunjukkan riak wajah sedih seraya kami berada disisinya. Emak juga menunjukkan reaksi
sedih walaupun dia sedang memberikan semangat kepada ayah. Sedih melihat keadaan
ayah. Walaupun begitu, emak masih sempat menahan mutiara jernih jatuh daripada kelopak
matanya. Pada masa itu, menjadi tanggungjawabku pula untuk memberikan semangat
kepada emak supaya terus kuat. Begitulah keadaannya setiap kali aku dan emak pergi
melawat ayah di hospital. Setelah emak memberikan kata – kata semangat kepada ayah, aku
pula yang harus berbuat begitu kepada emak.

Aku termenung disisi ayah yang sedang lena tidur. Pada malam itu, pelbagai soalan bermain
dalam kotak fikiranku. Aku gelisah memikirkan keadaan ini. Tidak lama lagi aku akan
mendaftar masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pelajar kemasukan sesi
2009/2010. “Bagaimana emak akan hadapi harinya bersama adik – adik yang lain di rumah
setelah pemergianku nanti?”. “Dengan siapa emak akan pergi melawat ayah setelah
keberangkatanku ke UPM kelak?”. Itu antara perkara yang bermain dalam benakku ketika
itu. Mana tidaknya, akulah tempat emak bergantung setelah ayah dimasukkan ke hospital
kerana abang – abangku semuanya bekPada tahun 2008, ayah dikesan menghidapi penyakit
jantung. Pada tahun itu juga aku akan menduduki STPM. Pada tahun 2009, ayah
dimasukkan ke hospital kerana pengsan secara tiba – tiba di rumah. Menurut doktor yang
merawat ayah, jantungnya terlalu kritikal dan memerlukan pengawasan yang rapi.
Disebabkan itulah ayah terlantar dalam wad sehingga kini. Pada tahun itu juga aku sedang
menunggu keputusan STPM. Dua situasi dalam dua tahun yang berbeza ini telah
membuatkan aku berdebar – debar untuk menghadapi hari berikutnya. Mana tidaknya,
keluarga digemparkan dengan berita ayah dikesan menghidapi penyakit jantung beberapa
bulan sebelum aku menduduki STPM. Tahun 2009 pula, ayah dimasukkan ke hospital
beberapa minggu sebelum keputusan STPM diumumkan. Aku redha dengan semua ini.

Aku keluar dari wad ayah untuk menghirup udara segar sambil menenangkan fikiran.
Langkahku terhenti di bangku yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Aku duduk di situ.
“Fuh!!”. Aku menghembuskan nafas lega. Fikiranku menjadi tenang apabila anak mataku
memandang tepat kepada masjid negeri Kelantan yang berhampiran dengan Hospital Besar
Kelantan. Naluriku mula memikirkan perkara positif terhadap apa yang berlaku kepada
ayah. Aku tahu ada ramai lagi orang yang menghidap penyakit yang lebih teruk daripada
ayah. Setiap makhluk di dunia ini pasti memiliki masalah sendiri.

Setelah fikiranku menjadi tenang, aku melangkah masuk ke dalam wad ayah. Aku lihat ayah
sudah terjaga dari tidurnya.

“Kamu pergi ke mana?” tanya ayah.


“Alang pergi jalan – jalan dekat luar tadi ayah. Kat dalam ni sejuk sangat,” jawabku
perlahan. Ayah mengangguk faham. Kemudian ayah kembali melelapkan matanya. Aku juga
begitu.

Alang. Itulah gelaran yang ayah berikan kepadaku. Aku juga tidak mengetahui bagaimana
gelaran itu boleh diberikan kepadaku. Tetapi, yang aku tahu gelaran itu datangnya daripada
ayah. Sejak aku kecil sehingga kini gelaran itu terus digunakan. Gelaran itu telah bersemadi
dalam hidupku.

Setiap satu jam, aku tersedar dari tidurku kerana ayah memanggil namaku untuk meminta
makanan. Namun begitu, aku tidak menuruti kehendaknya kerana doktor telah berpesan
kepadaku supaya ayah berpuasa selama satu malam. Hal ini demikian kerana doktor mahu
mengambil darah ayah pada keesokan harinya. “Ayah sabar yer, esok pagi Alang bagi ayah
makan.” Aku faham perasaan ayah yang sudah kelaparan kerana petang itu ayah hanya
makan sedikit sahaja. Muka ayah kelihatan sedih.erja di Kuala Lumpur.
“Bukan Alang tak nak bagi, tapi doktor dah pesan kat Alang suruh ayah puasa. Ayah boleh
minum air mineral jer.” Ayah mengangguk faham.

“Bagi ayah air,” suruh ayah.

Aku bangkit lalu menuangkan air ke dalam cawan untuk diberikan kepada ayah. Sedikit demi
sedikit ayah meneguk air tersebut. Aku terlihat wajah yang dalam kehausan. Kasihan ayah.

Cemik muka ayah mula terpapar dari raut wajah ayah apabila kenangan semasa aku masih
kecil mula kuceritakan kepadanya. Aku tidak pasti berapa usiaku ketika itu. Aku suka tidur
24 jam. Malam tidur, pagi tidur, petang tidur. Sehinggakan ayah mula risau dengan
perangai aku. “Kenapa Alang tidur jer ni? Kuatkan semangat. Macam mana nak baik ni.”
Tetapi aku ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Satu hari aku teringin untuk makan roti telur. Lalu aku memberitahu ayah keinginanku itu.
Dengan perasaan sayang, pagi – pagi lagi ayah sudah mencari roti telur untuk diberikan
kepadaku. Ayah tahu aku suka makan banyak. Oleh itu, ayah membelikan aku roti telur
sebanyak dua keping. Tetapi hanya suku dari dua keping roti itu yang aku usik. Ayah
menyuruh aku menghabiskan kesemua roti telur tersebut kerana menurut ayah tidak baik
melakukan amalan pembaziran.

Hari demi hari ayah menantikan aku bangkit dari tempat tidurku agar aku bermain di luar
seperti buadak – budak lain yang aktif di luar rumah. Ayah sentiasa disisi aku ketika aku
tidak sihat. Ayah selalu menghiburkan aku dengan pelbagai cara. Ketika itu aku menyedari
bahawa kasih sayang ayah kepada anak – anaknya sungguh besar.

Aku menggosok dada ayah dan meminta ayah menarik nafas untuk meredakan tangisannya.
Aku faham perasaan ayah dalam keadaan seperti itu. Ayah tidak mampu bercakap seperti
orang biasa. Ayah juga tidak lagi mampu berdiri seperti orang lain. Segala – galanya ayah
tidak mampu lakukan sekarang ini.

“Sabar ayah. Ini semua dugaan dari Allah,” ayah semakin sedih. Barangkali ayah belum
boleh menerima hakikat ini. Aku kembali menggosok dadanya agar dia tenang. Tangisan
ayah ibarat seribu pisau yang menusuk ke tubuhku. Aku hanya mampu menahan sebak
apabila melihat keadaan ayah sebegitu rupa. Tambahan pula emak mengalami sakit sendi di
rumah .
Sungguh hebat dugaan yang Tuhan beri kepada keluargaku. Mujurlah kami semua sudah
besar dan boleh menguruskan diri masing – masing. Dugaan yang Tuhan berikan
mempunyai pelbagai hikmah. Barangkali boleh mengeratkan lagi hubungan kami sesama
adik – beradik dan mengingatkan kami kepada jasa emak dan ayah sewaktu mendidik dan
membesarkan kami dengan penuh rasa sabar dan tabah.

Ayah dibenarkan pulang pada petang ini. Perasaan ayah yang gembira membuatkan
wajahnya sedikit tersenyum. Barangkali ayah masih sukar menerima takdirnya. “Kenapa ni
ayah??”. Tak nak la sedih – sedih lagi. Ayahkan dah boleh balik,” beritahuku. Namun, ayah
seperti tidak menghiraukan apa yang aku cakapkan. Sementara aku menunggu surat
pengesahan daripada doktor, aku bersiar – siar buat kali terakhir di luar kawasan hospital.

Ramai yang sedang menunggu diluar wad untuk sementara waktu melawat menjelma. Aku
menuju ke lif dan melangkah dengan pelbagai harapan. Aku termenung sejenak. Aku sama
sekali rindu kepada suara ayah yang dulu sering berbual dengan aku. Tetapi ayah sekarang
diam seribu bahasa. Terasa sangat sunyi tanpa dihiburkan suara ayah yang dulu suka
memanggil namaku. Jika dulu ayah mampu berjalan walaupun menggunakan tongkat, tetapi
sekarang ayah insan yang lemah yang dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai orang
cacat.

“Kenapa ayah ni??” aku menegur ayah yang menggelarkan dirinya sebagai seorang yang
cacat

“Ayah dah tak boleh berjalan. Ayah tak macam orang lain yang mampu berdiri lama,”
jawab ayah dengan nada sedih.
“Ayah masih boleh sembuh. Ayah tak cacat,” setitik mutiara jernih jatuh mengalir di pipiku.

Tiba – tiba aku tersedar dari khayalan. Aku terus menuju ke wad ayah sambil menunggu
kehadiran abang Zal untuk membawa aku dan ayah pulang ke rumah selepas mendapat
surat pengesahan.

Emaklah orang yang paling gembira dengan situasi ini. Sesampai saja di rumah, emak telah
menunggu di muka pintu rumah menyambut kepulangan kembali putera hatinya. Dengan
serta – merta emak memeluk erat ayah. Pelukan itu seakan – akan tidak mahu dilepaskan
oleh emak. Begitu rindu emak terhadap ayah. Dengan tidak semena – mena aku melihat
keluar mutiara jernih dari mata emak. Aku faham benar perasaan emak ketika itu. Emak
terlalu gembira dengan kepulangan ayah setelah lama terlantar di hospital.

“Sudah – sudahlah mak. Bagilah ayah rehat dulu,” usik aku.

“Biarlah. Emak dah lama rindukan ayah kamu,” balas emak spontan dengan nada
bergurau.
Aku dengan abang Zal tersenyum dengan telatah emak. Ayah juga mula mengukirkan
senyuman di wajahnya. Barangkali terasa sedikit lucu dengan kelakuan isterinya itu.

Masuk tahun ini dah dua tahun kenangan itu berlalu. Ayah kini semakin sihat. Syukur
kepada-Nya. Kini ayah mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa. Namun, gaya jalan ayah
masih lemah dan kini masih mandapatkan rawatan lanjut dari hospital. Kami sekeluarga
sentiasa memberikan semangat kepada ayah agar dapat sihat sepenuhnya walaupun kami
tahu agak sukar untuk ayah sihat sepenuhnya.

Ayah semakin bertenaga dan bersemangat berbanding sebelum ini. Ayah sekarang mampu
bermain dengan cucunya dan melakukan kerja – kerja yang biasa dilakukan dulu. Tetapi,
ayah tidak boleh melakukan kerja – kerja berat kerana doktor telah memberitahu bahawa
ayah boleh melakukan kerja – kerja ringan sahaja.

Pada mulanya ayah melakukan kerja – kerja ringan sahaja. Barangkali dia sendiri berasa
tidak cukup kuat untuk melakukan kerja – kerja berat. Setelah berasa kuat, ayah sedikit demi
sedikit melakukan kerja – kerja berat. Keadaan ini pada mulanya tidak diketahui oleh emak
kerana ayah tahu jika emak tahu dia melakukan kerja – kerja berat sudah tentu emak akan
membebel kepadanya. Tetapi, pada suatu hari emak mengetahui juga perkara tersebut.
Setibanya ayah di rumah, emak terus membebel kepada ayah. Ayah mendengar sahaja
bebelan emak itu tanpa berkata apa – apa. Barangkali ayah mengerti bahawa dia memang
bersalah. Aku yang berada di situ juga hanya mampu mendengar bebelan mama itu.

Pada hari itu, ayah pagi – pagi lagi hendak pergi ke kebunnya. Entah apa mimpinya hendak
pergi awal – awal. Kebiasaannya, ayah akan ke kebun lebih kurang pukul 10 pagi. Tetapi
hari itu awal – awal pagi lagi ayah sudah siap untuk ke kebun.

“Hendak ke mana awal – awal pagi ni bang?” tanya emak.

“Ke kebunlah,” jawab ayah ringkas.

“Mimpi apa abang ni awal – awal pagi nak ke kebun?” tanya mak lagi.

“Mimpi awaklah,” jawab ayah bergurau.

Aku hanya tersenyum dengan gurauan ayah itu. Begitu juga dengan adik – adikku.

Usai bersarapan, ayah terus ke kebun seperti biasa dengan menaiki motosikal lamanya itu.
Setelah beberapa ketika ayah hilang dari pandangan kami semua. Emak pula terus dengan
kerja rumahnya manakala aku dan adik – adik terus menghabiskan sisa – sisa sarapan tadi.

Tidak lama selepas itu datang seorang budak lelaki memberitahu bahawa ayah rebah
semasa melakukan kerjanya di kebun. Emak yang mendengar perkara tersebut terus terkejut.
“Astaghfirullahalazim.” “Alang! Cepat pergi tengok ayah kat kebun,” pinta mak. “Baik
mak,” balasku ringkas.

Setibanya aku di kebun ayah, aku melihat sekujur tubuh terbaring di sebelah pokok pisang.
Aku pasti itulah ayah. Dalam usaha mengangkat ayah, abang Zal sampai dengan keretanya.
Aku dan abang Zal mengusung ayah masuk ke dalam kereta. Selepas itu, abang Zal
membawa ayah ke klinik desa di kampungku. Tetapi hampa kerana klinik tersebut tidak
menerima kes kecemasan. Dengan perasaan hampa abang Zal terus meluncur laju ke
Hospital Besar. Setibanya di hospital, ayah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Kecemasan.

Sambil menunggu berita daripada doktor, abang Zal menelefon emak memberitahu
perkembangan ayah. Selang beberapa ketika, doktor yang merawat ayah keluar dari bilik
rawatan. Aku berasa sedikit gementar. Macam – macam perasaan datang dalam fikiranku
saat melihat doktor itu keluar dari bilik rawatan. Barangkali perasaan itulah yang
membuatkan aku berasa gementar.

Sampai sahaja di hadapan kami, doktor itu mengucapkan takziah kepada kami dan meminta
maaf kerana tidak dapat menyelamatkan ayah kami. Saat itu aku terus sugul. Abang Zal pula
telah mula menunjukkan riak wajah sedih. Doktor itu memberitahu bahawa sekiranya kami
awal 5 minit membawa ayah ke hospital, kemungkinan ayah dapat diselamatkan.

Waktu itu kenangan bersama ayah kembali menyelinap dalam benak fikiranku. Kusangka
aku dapat bersama – sama ayah seperti biasa setelah beberapa tahun ayah terlantar di
hospital ini. Namun, Tuhan lebih sayangkan ayah daripada kami. Kami redha dengan
ketentuanNya.

Kini ayah sudah tiada lagi bersama kami. Ayah telah pergi meninggalkan kami selama –
selamanya. Hanya kenangan bersamanya sahaja yang masih lagi terpahat di hati kami. Bagi
aku pula, puisi yang aku tulis ketika ayah terlantar di hospital menjadi kenangan yang
paling berharga, kenangan yang tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku.
Ayah....

Disaat aku menemanimu disudut katilmu

Aku terkedu melihat dikau menangis

Ayah....

Aku rindu pada suaramu

Yang dulu memanggil namaku dan nama cucumu

Ayah.....

Ketika aku menemanimu

Aku sentiasa menanti senyumanmu


Agar menceriakan hari – hariku

Ayah....

Usahlah kau bersedih

Aku di sini akan menemanimu hingga akhir hayatku

Ayah....

Jangan kau tangisi nasibmu lagi

Aku di sini akan cuba memberimu semngat untuk terus hidup di muka bumi....

Ayah yang ku sayang.....

Usahlah ayah berasa risau

Anda mungkin juga menyukai