Anda di halaman 1dari 1

PROSEDUR PENGAWAS PEPERIKSAAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

PEPERIKSAAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Sebelum
1. Kira soalan dan skrip jawapan. Pastikan kertas soalan cukup untuk diedarkan
2. Memastikan semua calon berada di dalam dewan minimum 15 minit sebelum peperiksaan di
mulakan. (klu lebih awal lagi bagus)
3. Edar kertas soalan minimum 10 minit sebelum masa peperiksaan bersama-sama dengan
BARCODE. (15 minit sebelum lebih bagus)
4. Memberi arahan supaya calon meyemak Nama dan kod kertas soalan serta BARCODE yang
di terima adalah betul.
5. Baca arahan dan amaran di dalam bilik peperiksaan (rujuk arahan 6 & 7)
6. Baca arahan kertas soalan (rujuk muka depan kertas soalan)
7. Arahkan pelajar menulis NAMA (JIKA ADA), ANGKA GILIRAN, NO KAD
PENGENALAN, KOD KERTAS (JIKA ADA) dengan betul dan melekatkan BARCODE di
ruangan yang betul pada kertas jawapan.
8. Arahkan juga pelajar menulis angka giliran pada kertas soalan.

Semasa
1. Tulis maklumat pelajar yang belum hadir di dalam kertas kajang untuk makluman guru
bertugas 10 minit selepas peperiksaan di jalankan (untuk calon sekolah sahaja, persendirian
tak perlu)
2. Tulis maklumat semua calon yang tidak hadir di dalam helaian tambahan ( jika menjawab
dalam buku jawapan) menigkut format yang betul selepas 30 minit peperiksaan di jalankan.
Lekatkan barcode di baris keenam dari bawah kertas helaian tambahan atau di ruang yang di
sediakan.
3. Maklumkan maklumat calon yang tidak hadir kepada ketua atau timbalan pengawas untuk
kemaskini E-kehadiran.
4. Berjalan sambil memerhati kertas soalan yang di terima calon adalah betul. Perhatikan juga
nama, angka giliran, no kad pengenalan, di isi di ruangan yang betul. Semak barcode calon
supaya di lekatkan di ruangan yang betul.
5. Maklumkan kepada pengawas bertugas (Runner 1) jika ada calon ingin ke tandas. Jgn
benarkan calon keluar ke tandas tanpa pengawas bertugas.
6. Maklumkan kepada pelajar semasa 10 minit terakhir peperiksaan pelajar tidak di benarkan
keluar.

Selepas
1. Arahkan pelajar untuk berhenti menulis. Minta pelajar menyemak nama, angka giliran no kad
pengenalan, nama kertas soalan dan kod serta barcode skali lagi.
2. Kumpul dan susun kertas jawapan mengikut susunan terawal hingga terakhir.
3. Kutip dan kumpul kertas soalan. Pastikan pelajar tidak membawa keluar kertas soalan.
4. Kira kertas soalan dan kertas jawapan. Pastikan kertas soalan dan jawapan cukup sebelum
melepaskan pelajar keluar.
5. Isi kertas soalan dan jawapan di dalam beg keselamatan yg disediakan.
6. Bawa kertas soalan dan jawapan ke dewan peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai