Anda di halaman 1dari 4

1.

ARAHAN KEPADA PENGAWAS

1. Pengawas mestilah mengawas dengan aktif dan sentiasa berwaspada dan sedar bahawa
kebanyakan calon akan mencuba meniru jika ada peluang.

2. Pengawas mestilah memeriksa dokumen pengenalan diri calon pada setiap sesi peperiksaan.

3. Mengawasi tingkah laku calon. Sekiranya berlaku perkara yang menimbulkan syak atau salah
laku oleh calon, satu laporan hendaklah dibuat dengan mengisi boring kes salah laku (B4
m.s. 24, para 12).

4. Selepas 30 minit bermula peperiksaan, ambil kehadiran calon dengan mengisi JKC.

5. Tidak membaca kertas soalan. Baki kertas soalan hendaklah dikutip semula dan disimpan
oleh KP.

6. Tidak membantu calon.

7. Tidak menggunakan telefon bimbit.

8. Tidak berbual-bual atau atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan konsentrasi calon.

9.

1
15 minnit sebelum peperiksaan bermula, calon-calon dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

2. PENERANGAN KEPADA CALON SEBELUM CALON MENJAWAB (6.4.4 m.s. 18)

1. Sila letakkan Kad Pengenalan dan Tiket Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja.
a. Jika calon tidak dapat menunjukkan kad pengenalan, sila rujuk 6.3 (m.s. 17).

2. Sila pastikan calon telah duduk di tempat duduk yang betul.

3. Sila turunkan tandatangan penuh pada Slip Meja yang telah dilekatkan di meja masing-masing.

4. Sila semak Borang Jawapan Aneka Pilihan (BJAP), pastikan nama, nombor kad pengenalan, kod
pusat, angka giliran dan kod kertas betul (6.2.5 m.s. 17).

5. Calon dilarang sama sekali membawa masuk sebarang nota, kertas tulis dan bahan-bahan lain
kecuali kad pengenalan, Tiket Peperiksaan, pensel 2B atau BB dan getah pemadam. Calon
diminta memeriksa saku dan meja masing-masing untuk memastikan bahawa tidak ada nota dan
kertas tulis yang telah terbawa masuk.

6. Calon dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit di dalam dewan peperiksaan. Telefon
bimbit hendaklah dimatikan.

7. Calon diingatkan bahawa jika ia didapati meniru, atau membiarkan jawapannya ditiru, atau
melakukan perbuatan salah laku yang lain, laporan akan dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
dan mungkin keputusan peperiksaannya akan dibatalkan.

8. Calon diingatkan bahawa kertas soalan merupakan dokumen SULIT. Calon tidak dibenarkan
sama sekali membawa keluar kertas soalan, membuat fotokopi, menyalin keseluruhan atau
mana-mana bahagian daripada kertas soalan. Kertas soalan akan dikutip oleh pengawas selepas
peperiksaan tamat.

9. Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan dalam masa setengah jam pertama
peperiksaan bermula dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan tamat.

10. Calon diingatkan bahawa pensil 2B atau BB sahaja yang boleh digunakan, jika calon membuat
sebarang perubahan jawapan, jawapan yang asal hendaklah dipadamkan sepenuhnya denngan
cermat.

2
3. PENGEDARAN KERTAS SOALAN KEPADA CALON

Seblum membuka sampul kertas soalan di hadapan calon, KP mestilah memastikan perkara yang
berikut:

1. Sampul itu adalah betul untuk pusat peperiksaannya dan mengandungi kertas soalan yang
berkenaan.

2. Bilangan kertas soalan yang tertera pada label sampul itu cukup untuk semua calon.

3. Mengemukakan sampul kepada dua orang wakil calon untuk penyemakan dan
menandatangani buku Pengakuan Penyemakan Sampul Kertas Soalan (PSKS).

4. Setelah sampul kertas soalan dibuka di hadapan calon, KP pastikan semua kertas soalan itu
adalah betul untuk peperiksaan pada waktu itu dan bilangannya adalah cukup untuk calon
yang hadir.

5. KP mestilah memastikan bahawa tidak ada seorang pun selain calon, termasuk Pengawas
yang membaca atau menyimpan kertas soalan semasa peperiksaan dijalankan.

6. Setelah didapati tiada sebarang masalah dengan kertas soalan yang dibekalkan, KP
hendaklah mengarahkan Pengawasnya mengedarkan kertas soalan kepada calon.

7. Setelah semua calon telah mendapat kertas soalan masing-masing, KP minta calon semak
kertas soalan.

8. KP mengarahkan calon menuliskan nama, nombor kad pengenalan, dan angka giliran di
muka hadapan kertas soalan.

9. KP memberitahu calon tempoh masa menjawab.

10. KP mengarahkan calon boleh mula menjawab soalan.

3
4. PERINGATAN 10 MINIT SEBELUM PEPERIKSAAN TAMAT

Masa tinggal 10 minit lagi sebelum peperiksaan tamat dan calon tidak dibenarkan
keluar/meninggalkan dewan peperiksaan.

5. SELEPAS TAMAT SIDANG PEPERIKSAAN

1. Masa sudah cukup, berhenti menjawab.

2. Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan sehingga dibenarkan berbuat demikian oleh KP.

3. Kertas soalan akan dikutip.

4. Kertas Jawapan akan dikutip.

5. Calon diminta menunggu dalam dewan sebelum dibenarkan keluar.

6. Calon diingatkan tiada kertas soalan atau mana-mana bahagian daripada kertas soalan yang
dibawa keluar.

Anda mungkin juga menyukai