Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS

SEMASA PEPERIKSAAN SPM DIJALANKAN

1. Guru dikehendaki hadir setengah jam awal dan balik setengah jam lebih lewat.
2. Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan.
3. Guru mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan
pesanan.
4. Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
5. Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad
pengenalan.
6. Menguruskan calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
7. Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan di dalam buku laporan yang disediakan.
8. Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti
kecemasan.
9. Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan.
10. Menyediakan dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan
peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu.
11. Menghubungi dan memberitahu Pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu
perhatian segera.
12. Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta
menghubungi calon dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau mengambil
tindakan yang sewajarnaya.
13. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Payung bagi mengatur tempat tinggal dan makanan
untuk calon yang tidak dapat pulang keranan banjir atau perintah berkurung.
14. Menguruskan makan/minum calon-calon yang di dalam kuarantin.
15. Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat
peperiksaan pada tiap-tiap hari:
a) Mengemas susunan kerusi meja
b) Dewan peperiksaan dibersihkan
c) Bakul sampah didewan peperiksaan dikosongkan
d) Menyimpan jam peperiksaan atau di pejabat sekolah
e) Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup
f) Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan
semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan di tamat.
16. Menghubungi Pengetua/ Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat
diselesaikan.
17. Lain-lain tugas yang diminta oleh Ketua Pengawas.

Panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM:

1. Calon hendaklah semak kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan buku
soalan.

2. Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng. Gerak geri calon
yang mencurigakan akan diperhatikan.

3. Botol air diletak di kaki meja.


4. Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah kanan. Jika hilang, jangan panik, dapatkan
surat pengesahan daripada sekolah.

5. Pastikan calon mematuhi Peraturan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Peraturan
Sekolah dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia . Jika melanggar peraturan, keputusan peperiksaan
boleh digantung.

6. Nota, kertas, buku, surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih, telefon bimbit, alat komunikasi dilarang
bawa masuk.

7. Gunakan pensel 2B atau BB untuk Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB/ OMR).

8. Sebaiknya gunakan pen hitam untuk Buku Jawapan atau Helaian Tambahan. Ikat Helaian Tambahan dengan
benang, mengikut susunan nombor soalan. Jangan malu minta Helaian Tambahan, cuma angkat tangan.

9. 30 minit pertama calon dilarang keluar dewan.

10. 10 minit terakhir calon juga dilarang keluar dewan.

11. Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek. Calon dilarang merokok.

12. Calon ke tandas bersama Pengawas Peperiksaan. Calon dilarang berbual, berkomunikasi dan membaca nota
di dalam tandas.

13. Calon dibenarkan bawa dan guna sebarang jenis kalkulator termasuk kertas Matematik 2.

14. Calon yang keluar awal atau ke tandas mungkin menyeludup soalan. Pemeriksaan spontan dan soal siasat
akan dilakukan. Bukti penyelewengan akan disimpan .

Anda mungkin juga menyukai