Anda di halaman 1dari 1

SMK TAMAN MELAWATI, 53100 GOMBAK, SELANGOR

PENGURUSAN UJIAN/ PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN SEKOLAH


PENGENALAN
1. Murid dikehendaki duduk mengikut pelan kedudukan ujian/pentaksiran/peperiksaan yang ditentukan oleh guru tingkatan.
2. Semua laci meja disusun menghadap ke depan kelas dan mesti dikosongkan.
3. Kelas mesti sentiasa bersih, jika ada sampah mesti dibersihkan segera sebelum memulakan ujian.

SEBELUM UJIAN / PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN


1. Murid TIDAK DIBENARKAN membawa masuk ke bilik ujian/pentaksiran/peperiksaan perkara berikut:
a. Beg sekolah (diletakkan di tempat yang disediakan)
b. Buku / nota / latihan
c. Kotak / bekas alat tulis atau kotak / bekas cermin mata
d. Gajet / Peranti Elektronik (Telefon Pintar, Jam Tangan Pintar)
e. Correction tape
2. Murid DILARANG memakai jaket dan baju sukan. Jika ada, murid tidak dibenarkan mengambil kertas
ujian/pentaksiran/peperiksaan.
3. Murid HANYA DIBENARKAN membawa masuk alat tulis sahaja iaitu pen, pensil, pemadam, pembaris.
4. Guru yang memulakan kertas ujian/pentaksiran/peperiksaan wajib membaca AMARAN MENIRU berikut:
MURID DILARANG meniru atau memberi tiru.
A. Jika disabit kesalahan meniru:
a. Kertas ujian/pentaksiran/peperiksaan akan diberi markah kosong.
b. Murid boleh dikenakan Tindakan seperti Gantung Persekolahan @ dibuang Sekolah.
c. Ibu bapa bersama murid berkenaan akan dipanggil untuk bertemu bersama Pentadbir
Sekolah

SEMASA UJIAN / PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN


1. Murid TIDAK DIBENARKAN melakukan perkara berikut:
a. Meminjam peralatan dengan rakan
b. Membuat sebarang bentuk komunikasi
c. Tidur sepanjang ujian/pentaksiran/peperiksaan berlangsung
d. Keluar ke tandas kecuali kecemasan.
2. Nama murid yang keluar kelas perlu dicatatkan dalam borang dalam buku kawalan kelas (BKK) dan murid WAJIB
memakai pas keluar kelas.
3. Guru perlu memastikan murid tidak membawa apa-apa keluar dari bilik peperiksaan termasuk beg duit (wallet). “SPOT
CHECK” perlu dibuat sebelum murid keluar ke tandas.

SELEPAS UJIAN / PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN


1. Murid TIDAK DIBENARKAN bergerak dari tempat duduk atau keluar kelas. Semua murid mesti mendengar guru
memberi arahan dan memastikan kertas soalan dikutip.
2. Murid hanya dibenarkan keluar kelas mengikut masa jadual waktu kelas iaitu pada waktu rehat dan waktu persekolahan
tamat sahaja.

Anda mungkin juga menyukai