Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PEPERIKSAAN

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA


(PSRA)
1444H / 2022M

SRI EHSAN BESTARI


PSRA2022

ARAHAN AM KEPADA CALON

1. Calon hendaklah memakai pakaian seragam sekolah, datang tepat pada waktu yang ditetapkan dan
masuk kedalam bilik / dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

2. Calon yang hadir lewat selepas 30 minit peperiksaan bermula tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan kecuali atas kebenaran ketua pengawas dengan alasan yang munasabah.

3. Letakkan butir pengenalan calon (slip/kad pengenalan/sijil kelahiran) di penjuru meja sebelah
kanan dan menyemak butir-butir pada pelekat meja serta turunkan tandatangan jika semuanya
betul.

4. Duduk senyap sehingga menerima kertas peperiksaan dan beritahu pengawas dengan segera jika
menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

5. Tulis angka giliran, nombor kad pengenalan / pengenalan diri dengan jelas dan betul dimuka
hadapan kertas peperiksaan. Baca semua arahan pada kertas peperiksaan dengan teliti sebelum
mula menjawab.

6. Semua jawapan hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi didalan ruangan jawapan yang
disediakan

7. Tulis jawapan dengan menggunakan pensel 2B / BB atau pen berdakwat biru / hitam

8. Gunakan pemadam jenis getah lembut sahaja untuk memadam jawapan yang tidak dikehendaki.
Dilarang menggunakan pemadam jenis cecair , kimia , pelekat atau seumpamanya.

9. Apabila pengumuman tamat masa peperiksaan, calon hendaklah:

i. Berhenti menulis
ii. Letakkan kertas peperiksaan ditempat diarahkan
iii. Meninggalkan tempat peperiksaan dengan teratur.
PSRA2022

PERINGATAN KEPADA CALON

Perkara-perkara berikut adalah DILARANG kepada calon:

1. Membawa masuk ke dalam bilik / dewan peperiksaan telefon bimbit , alat elektronik , kitab/nota
catatan atau sebarang kertas kecuali alat-alat yang dibenarkan untuk kegunaan semasa
peperiksaan.

2. Meniru atau memberi peluang meniru dengan mendedahkan kertas jawapan sehingga boleh dibaca
oleh calon lain

3. Berhubung dengan orang lain di dalan atau di luar bilik / dewan peperiksaan semasa peperiksaan
sedang berjalan.

4. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada pengawas peperiksaan.

5. Menggangu ketenteraman di dalam bilik / dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.

6. Membawa kertas peperiksaa keluar dari bilik / dewan peperiksaan.

7. Keluar meninggalkan dewan peperiksaan dalam tempoh 30 minit pertama peperiksaan dimulakan
dan 10 minit sebelum peperiksaan ditamatkan.

8. Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan boleh dikenakan tidalan tata tertib seperti
berikut:

i. Diberi amaran
ii. Disingkir daripada mengambil peperiksaan
iii. Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan bagi kertas-kertas berikutnya
iv. Dibatalkan keputusan mata pelajaran berkenaan atau kesuluruhan keputusan peperiksaan.

UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN


SEKTOR AKADEMIK BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TEL : 03-551 43710 / 03-551 43656

Anda mungkin juga menyukai