Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT,TERENGGANU [UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN]

ARAHAN AM
CALON DIKEHANDAKI SUPAYA MEMBACA DAN MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN AMARAN BERIKUT: ARAHAN AM KEPADA CALON

1. Anda hendaklah berada di tempat duduk dalam bilik/dewan peperiksaan 20 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi peperiksaan itu. 2. Calon yang tiba lewat akan dikehendaki memberi sebab yang munasabah kepada Ketua Pengawas. 3. Kertas soalan tidak akan diberikan kepada calon yang tiba lewat lebih daripada 30 minit kecuali dapat mengemukakan sebab yang munasabah dan masa tambahan tidak akan diberi untuk calon yang datang lewat. 4. Semak butir-butir slip peperiksaan anda. Jika semuanya betul turunkan tandatangan anda pada slip itu. 5. Letakkan Kad Pengenalan, Kad Matrik, dan Slip Peperiksaan anda di atas meja sebelah kanan. 6. Beritahu kepada Pengawas dengan serta-merta jika anda diberi kertas soalan yang berlainan daripada yang tercatat dalam slip peperiksaan atau menerima kertas soalan yang tidak lengkap. 7. Tulis Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran dengan jelas pada tiap-tiap helai kertas jawapan, peta, graf dan sebagainya yang anda gunakan. 8. Baca semua arahan dan semak soalan pada kertas soalan dengan teliti sebelum anda mula menjawab. 9. Gunakan kedua-dua belah kertas jawapan melainkan jika arahan pada kertas soalan menegah berbuat demikian. Mulakan jawapan tiap-tiap bahagian soalan pada baris yang baru. Biarkan ruang kiri dan kanannya kosong. 10. Tuliskan nombor jawapan dengan terang mengikut nombor soalan pada permulaan tiap-tiap jawapan. 11. Tuliskan jawapan anda dengan menggunakan pena dakwat hitam atau biru. Pensil dan dakwat warna hanya boleh digunakan untuk melukiskan gambarajah dan peta sahaja. 12. Penggunaan kalkulator biasa dibenarkan dalam peperiksaan ini untuk kerja peniraan. Kalkulator Saintifik dibenarkan bagi mata pelajaran pengkhususan Matematik dan Sains. 13. Apabila anda disuruh berhenti menulis, susun kertas jawapan anda mengikut susunan yang betul. Ikat kesemuanya dan letakkan pada sudut kiri sebelah atas meja anda. Anda mesti duduk di tempat anda semasa kertas jawapan anda dipungut oleh Pengawas. 14. Jangan keluar dari bilik/dewan peperiksaan sebelum tamat masa yang diperuntukkan bagi kertas soalan itu, melainkan dengan kebenaran Pengawas. 15. Anda dilarang keluar dari bilik/dewan peperiksaan dalam masa 30 minit pertama bermulanya kertas dan 30 minit sebelum berakhirnya kertas itu. 16. Anda dilarang merokok di dalam bilik/dewan peperiksaan. 17. Anda tidak dibenarkan membawa kertas soalan keluar kertas jawapan terpakai atau belum dari bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan atau selepas peperiksaan tamat. 18. Anda tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik/dewan peperiksaan. Sila serahkan telefon bimbit anda kepada Ketua Pengawas . 19. Anda hanya dibenarkan membawa masuk alat menulis yang diperlukan sahaja. Sebarang bekas pencil/kotak/beg kecil peralatan adalah tidak dibenarkan.

Peperiksaan Jun2012[KDC/PGSR/LBPS]

Tarikh : 30 Mei 2012

AMARAN KEPADA CALON

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Jangan lipat kertas jawapan anda. Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain. Jangan meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain. Jangan memberi atau mendapat pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang tidak jujur. Jangan berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan. Jangan membawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan sebarang buku, nota catatan atau sebarang kertas, kecuali alat-alat yang dibenarkan untuk kegunaan semasa peperiksaan. Jangan bawa keluar dari bilik/dewan peperiksaan kertas jawapan sama ada yang belum ataupun yang telah digunakan. Jangan menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak diri anda di dalam peperiksaan. Jangan tukar tempat duduk yang telah diperuntukkan kepada anda tanpa kebenaraan daripada Ketua Pengawas. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata atau tidak sesuai dengan profesion perguruan Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau dekat bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan. Calon yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut: a) Disingkir daripada mengambil peperiksaan. b) Dilarang meneruskan peperiksaan bagi kertas-kertas selanjutnya. c) Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan peperiksaan. d) Digantung daripada mengambil peperiksaan berikutnya.

NOTA PENTING: Adalah menjadi kesalahan seseorang calon melakukan penyelewengan seperti membawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan bahan-bahan yang bercetak atau/dan bertulis tangan atau/dan apa-apa bahan terlarang yang tidak dibenarkan atau/ dan tingkahlaku lain yang boleh ditafsirkan sebagai penyelewengan seperti yang termaktup dalam akta 174, jadual 2, Bahagian II, Kaedah 3: Tatatertib Am Sekiranya seseorang calon didapati meniru/memberi tiru/cubaan atau/dan memberi syarat bagi tujuan meniru atau/dan ditiru/menipu atau/dan mempunyai/menyimpan/menyorok apa-apa bahan-bahan yang tidak dibenarkan di mana-mana bahagian pada diri/luar dan dalam bilik/dewan peperiksaan atau/dan membawa masuk/keluar ke dalam/dari bilik/dewan peperiksaan sebelum/semasa/selepas peperiksaan, maka tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan terhadap calon mengikut peruntukan Hukuman Tatatertib Bahagian V, Acara Tatatertib, Kaedah 48-65. Sila kemukakan dokumen rasmi (slip peperiksaan, kad pengenalan & kad matrik) semasa calon berada di dalam bilik/dewan peperiksaan Slip peperiksaan adalah dokumen rasmi IPG. Calon tidak dibenarkan membuat sebarang catatan/contengan pada mana-mana bahagian slip tersebut. Sepanjang tempoh peperiksaan semua bilik/dewan tidak boleh digunakan untk tujuan kelas atau perbincangan. Kad matrik, MyKad (Kad pengenalan) dan slip peperiksaan wajib berada di atas meja calon sepanjang peperiksaan.

Peperiksaan Jun2012[KDC/PGSR/LBPS]

Tarikh : 30 Mei 2012

Sebarang bentuk nota bertulis dan/atau bertaip serta mempunyai hubungan dan/atau tidak mempunyai hubungan dengan kertas peperiksaan yang sedang diduduki dikira sebagai satu kesalahan.Kertas peperiksaan yang tersebut akan dibatalkan

Maklumat keputusan peperiksaan sila layari http://www.ipgksm.edu.my, pilih dan klik Peperiksaan-i dari semasa ke semasa.

Tarikh: 30 Mei 2012


ABD HAKIM BIN ABDUL MAJID, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

Peperiksaan Jun2012[KDC/PGSR/LBPS]

Tarikh : 30 Mei 2012

Anda mungkin juga menyukai