1. DIJEMPUT KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PADA PETANG
INI UNTUK MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN.
2. PARA PELAJAR DIPOHON UNTUK DUDUK DI TEMPAT DUDUK YANG BETUL SEPERTI
DINYATAKAN DI DALAM JADUAL.
3. SAYA MEMOHON BANTUAN PARA PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR
DUDUK DI TEMPAT MENGIKUT NOMBOR SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN.
4. KEPADA SEMUA PELAJAR, ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA
DIBERITAHU KELAK.
وأْنَت ْجَت َع ُل اَحلْز َن إ َذ ا ِش ْئَت َس ْهًال،الَّلُهَّم ال َس ْهَل َّال ما َجَع ْلَتُه َس ْهًال
Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan
ِإ
.Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan
3. BAIK…ANDA SEMUA AKAN BERADA DI DEWAN PEPERIKSAAN INI BERMULA DARI SEKARANG
SEHINGGA WAKTU PEPERIKSAAN HARI INI SELESAI.
4. SAYA BERHARAP ANDA SEMUA SUDAH MEMAHAMI PERATURAN SEMASA BERADA DI
DEWAN PEPERIKSAAN.
5. OLEH ITU SAYA BERHARAP ANDA SEMUA AKAN MEMBERIKAN KERJASAMA PENUH KEPADA
BARISAN PENGAWAS SUPAYA PEPERIKSAAN INI AKAN BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG
MASALAH.
6. DI SINI SAYA MEMBERIKAN MAKLUMAN BERKAITAN ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN:
i. Calon-calon adalah DILARANG membawa masuk ke dalam atau keluar dewan
peperiksaan apa-apa buku, nota, kertas, dokumen atau gambar atau sebarang
alat/bahan yang terdapat catatan bertulis kecuali yang dibenarkan oleh Pengawas
Peperiksaan;.
ii. Calon-calon TIDAK DIBENARKAN membawa masuk kalkulator boleh program atau
alat-alat elektronik lain yang boleh digunakan untuk meniru;
iii. Calon-calon MESTI mematikan telefon bimbit masing-masing dan diletakkan diatas
lantai;
iv. Calon-calon DIWAJIBKAN membawa kad pengenalan dan kad pelajar serta
HENDAKLAH diletakkan di penjuru kanan meja untuk diperiksa oleh pengawas
peperiksaan.
v. Calon-calon TIDAK DIBENARKAN berkomunikasi di antara satu sama lain dengan apa
jua cara sekalipun semasa peperiksaan dijalankan;
vi. Calon-calon TIDAK DIBENARKAN meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dalam
tempoh tiga puluh (30) minit pertama selepas peperiksaan bermula dan lima belas
(15) minit sebelum peperiksaan berakhir;
vii. Calon-calon DILARANG membuat sebarang perlakuan yang boleh mengganggu calon
lain dan kelancaran peperiksaan;
viii. Calon-calon hendaklah duduk di tempat masing-masing selepas tamat peperiksaan
dan HANYA dibenarkan keluar setelah mendapat arahan daripada Pengawas
Peperiksaan;
ix. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas jawapan sama ada yang belum
atau telah digunakan;
x. Pelajar yang keluar ke bilik air hendaklah mengisi nama di dalam borang yang
disediakan oleh pengawas;
xi. Jika calon mempunyai sebarang masalah semasa peperiksaan sedang berjalan, calon
hendaklah mengangkat tangan untuk mendapat perhatian pengawas;
xii. Calon hendaklah menceraikan SLIP MAKLUMAT CALON pada muka depan buku
skrip jawapan dan diletakkan pada penjuru kanan meja.
xiii. Calon hendaklah menulis jawapan pada BUKU SKRIP JAWAPAN dan helaian yang
disediakan sahaja.
AMARAN
TAMAT PEPERIKSAAN