Anda di halaman 1dari 10

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

TAWAF WADA’ BAGI ORANG YANG KELUAR DARI MAKKAH KE TAIF


Oleh:

Burhanuddin Lukman

Pendahuluan

Program ziarah ke bandar Taif telah menjadi semakin popular di kalangan jamaah haji dan juga jamaah umrah dari
Malaysia yang berada di Makkah. Para jamaah akan dibawa untuk melawat tempat-tempat bersejarah seeprti
masjid Ibn Abbas dan juga tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti kereta kabel, taman tema, pasar
buah-buahan dan kilang minyak wangi. Lawatan ini dianjurkan untuk jamaah yang telah selesai melakukan umrah
atau jamaah haji yang sedang menanti hari wuquf dan juga yang telah selesai menunaikan ibadat haji.

Timbul persoalan apakah jamaah yang bertolak dari Makkah untuk menziarahi tempat-tempat tarikan di Taif ini
perlu melakukan tawaf wada’ sebelum meninggalkan kota Makkah. Jika tawaf wada’ tidak dilakukan apakah
jamaah itu berdosa dan perlu membayar dam kerana meninggalkan sesuatu ibadat yang wajib. Persoalan ini
sebenarnya berkait rapat dengan jarak di antara Makkah dan Taif, apakah jaraknya telah cukup untuk
membolehkan seseorang melakukan qasar bagi solat-solat fardu rubaiyyah.

Kertas ringkas ini cuba membahaskan persoalan ini dan mencadangkan jawapannya.

Di antara iklan-iklan di pasaran untuk lawatan ke Taif berserta agenda lawatan:

1
HUKUM TAWAF WADA’

Majoriti ulama berpandangan bahawa tawaf wada’ adalah wajib ke atas orang yang menunaikan haji, walau
bagaimana pun mereka berbeza pandangan bagi orang yang menunaikan umrah atau bagi penduduk Tanah Haram.
Ada sebahagian ulama pula berpandangan tawaf wada’ adalah sunat dalam semua keadaan. Secara umumnya
hukum tawaf wada’ bagi orang yang ingin meninggalkan tanah Makkah tanpa keuzuran boleh dibahagikan kepada
empat pandangan berbeza seperti berikut:

1. Tawaf wada’ adalah wajib ke atas semua muslim yang meninggalkan Makkah lebih dari jarak qasar, sama
ada selepas menunaikan haji, atau umrah atau bagi orang yang menetap di Makkah. Sesiapa yang
meninggalkannya perlu membayar dam. Ini adalah pandangan yg muktamad, azhar dan asoh di dalam
mazhab Shafie dan ia adalah qaul qadeem Imam Shafie.1

2. Tawaf wada’ adalah wajib bagi orang yang bukan penduduk Makkah (Afaqi) jika mereka meninggalkan
Makkah, sama ada selepas melakukan haji atau umrah. Bagi penduduk Makkah yang melakukan haji, atau
umrah atau mahu keluar dari Makkah tidak wajib tawaf wada’. Ini adalah pandangan mazhab Hanbali.2

3. Tawaf wada’ wajib hanya untuk bukan penduduk Makkah yang menunaikan ibadat haji. Ia tidak wajib
tetapi sunat bagi orang yang meninggalkan Makkah bukan kerana selesai haji, juga tidak wajib bagi jamaah
umrah dan penduduk Makkah yang selesai haji tapi tidak meninggalkan Makkah, ini adalah kerana tawaf
wada’ dianggap sebagai manasik haji. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi.3
4. Tawaf wada’ adalah sunat (istihbab/mandub). Juga disunatkan bagi sesiapa yang meninggalkannya tanpa
keuzuran untuk membayar dam. Ini adalah qaul jadid Imam Shafie, pandangan mazhab Maliki, Ibn al-
Munzir dan Daud al-Zahiri, serta salah satu riwayat dari Mujahid.4

1
Al-Nawawi, al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab j8 m.s 254 & j8 m.s 284, dan Al-Sharbini, al-Iqna’ fi Hall Alfaz Abi Shuja’, j1 m.s
257
Kata al-Nawawi:
َ‫َاْلمَل ِءَفِإنَت ركهَأراقََد ًماَ(فِإنَق لنا)َهو‬ ُّ ‫صه َِِفَاْلِّمَوالق ِد ِميَو ِاِلستِحبابَهَوَن‬
ِ ‫صه َِِف‬ ِ ِ‫بَوالب ندن‬
ُّ ‫يج ّيَوغْيُهاَهذاَن‬ ِ ِّ‫اضيَأبوَالطَّي‬ ِ ‫َقالَالق‬،َ‫اجب‬ ِ ‫َوالَمذهبََأنَّهَو‬
ََ‫اجبََ(وإِنَق لنا)َسنَّةَفالدَّمَسنَّة‬ َِ ‫اجبََفالدَّمَو‬ ِ‫و‬
َ)284‫َص‬8‫ََيبَبَِتكِ ِهَدمَ"َ(اجملموعَج‬ ِ َ‫اجب‬ ِ ‫اعَو‬َِ ‫حَِِفَمذهبِناَأ َّنَطوافَالَود‬ََّ ‫"أ َّنَاْلص‬

Kata al-Sharbini di dalam kitab al-Iqna’:


َ‫اسكَعلىَالمعتمدَفيجبَعلىَغْيََنوَحائِضَكنفساءَبِ ِفراقَم َّكةَولوَمكياَأوَغْيَحاجَومعتمرَأوَفارقها‬ِ ‫اجبَمستقلَليسََمنَالمن‬
ِ ‫وأماَطوافَالوداعَف هوَو‬
َ)257‫َص‬1‫اَِفَالمجموعَوَيربَتركهَبِدمَفِإنَعادَبعدَفِراقهَبَِلَطوافَقبلَمسافةَالقصرَوطافَفَلَدمَعليهَ(ج‬ ِ ‫لسفرَقصْيَكم‬
َ)258‫َص‬1‫اجبَ(ج‬ ِ ‫َطوافَالوداعَعلىَقولَمرجوحَواْلظهرَأنهَو‬....َ‫وسننَاْلج‬

2
Al-Buhuti, Kasshaf al-Qina’, j2 m.s 519. Al-Mausuah al-Fiqhiyyah, j30 m.s 318
3
Ibn al-Humam, Sharh Fath al-Qadir, j2 m.s188
, ‫ َو َكذَا فَائِتُ ْال َحجِ أل َ َّن ْال َع ْو َد ُم ْست َ َح ٌّق َعلَ ْي ِه‬, ‫ص َد ٍر‬
َ ‫اف‬ َ ‫ارا ث ُ َّم َب َدا لَهُ ْال ُخ ُرو ُج لَي‬
َ ‫ْس َعلَ ْي ِه ْم‬
ُ ‫ط َو‬ ِ ‫اخ َل ْال ِميقَا‬
ً ‫ت َو َكذَا َم ْن ات َّ َخذَ َم َّكةَ َد‬ ِ ‫َو َم ْن َكانَ َد‬
‫ص َد ِر‬
َّ ‫اف ال‬ َ ْ
ُ ‫س َعلى ال ُم ْعت َِمر ط َو‬ َ َ ْ
َ ‫ َول ْي‬, ‫ار كَال ُم ْعت َِم ِر‬ َ ُ‫َوألَنَّه‬
َ ‫ص‬
4
Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, j9 m.s 79.
2
Sebahagian ulama mazhab Shafie telah mentarjih pandangan ini, di antaranya ialah Imam al-Mawardi5 dan
Sheikh Abu Shuja’ di dalam matannya6. Al-Khatib al-Sharbini juga mengatakan pandangan bahawa tawaf
wada’ adalah sunat ialah pandangan yang lebih sahih (‫)األصح‬.7

DALIL DAN HUJAH

Ulama yang berpandangan tawaf wada’ adalah wajib berhujah dengan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibn
Abbas bahawa Rasulullah saw menyuruh orang ramai menjadikan Baitullah tempat terakhir mereka iaitu dengan
tawaf sebelum meninggalkan Makkah, dan di dalam riwayat yang lain menyebut Rasulullah saw melarang
seseorang keluar meninggalkan tanah Haram (nafar) sehinggalah mereka menjadikan Baitullah tempat terakhirnya:
8
ِ ‫ع ِن ْال َم ْرأَةِ ْال َحائ‬
‫ِض‬ َ ‫ِف‬ ِ ‫ع ْه ِد ِه ْم بِ ْالبَ ْي‬
َ ‫ إِال أَنَّهُ ُخف‬،‫ت‬ ُ َّ‫ " أُم َِر الن‬:‫ع ْنهُ قَا َل‬
َ ‫اس أ َ ْن يَ ُكونَ آخِ ُر‬ َ ُ‫ّللا‬
َّ ‫ي‬َ ‫ض‬
ِ ‫َّاس َر‬
ٍ ‫عب‬ َ ُ‫ا ْبن‬
9
ِ ‫ع ْه ِد ِه بِ ْالبَ ْي‬
»‫ت‬ َ ‫ « َال يَ ْنف َِر َّن أ َ َح ٌد َحتَّى يَ ُكونَ آخِ ُر‬:‫سلَّ َم‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ فَقَا َل َر‬،ٍ‫ص ِرفُونَ فِي ُك ِل َوجْ ه‬
َ ِ‫سو ُل هللا‬ َ ‫اس يَ ْن‬
ُ َّ‫ َكانَ الن‬:َ‫ قَال‬،‫َّاس‬
ٍ ‫عب‬َ ‫ع ِن اب ِْن‬
َ
Mereka juga berhujah keringanan atau rukhsah yang diberikan kepada wanita yang datang haid untuk tidak tawaf
wada’ menguatkan lagi bahawa hukum tawaf adalah wajib. Ini adalah kerana ditakhsiskan rukhsah untuk wanita
yang haid, bererti tiada rukhsah kepada orang lain. Jika hukumnya juga tidak wajib ke atas orang lain maka tidak
ada makna kenapa perlu ditakhsiskan rukhsah kepada wanita yang haid. Tambahan pula, sama seperti solat fardu,
wanita yang haid tidak boleh solat tetapi ia tetap wajib ke atas orang lain.10

kalau tidak wajib maka tidak berbangkit soal keringanan dan rukhsah.

Ulama yang tidak mewajibkan tawaf wada’ pula berhujah bahawa jika ia wajib, nescaya tidak dibenarkan wanita
yang datang haid untuk meninggalkannya tanpa fidyah (dam) atau diganti oleh orang lain, sama seperti lain-lain
perkara yang diwajibkan untuk haji. Mereka juga berhujah bahawa tawaf qudum disunatkan sebagai tanda
penghormatan kepada Baitullah ketika mula sampai, maka demikian juga tawaf sebagai tanda selamat tinggal dan
wada’ juga adalah sunat.11

5
Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, j4 m.s 2012 - 213.
Kata al-Mawardi:
ُّ ‫"فأماَإذاَأرادَالرجوعَإَِلَب ل ِدهَِف ِمن‬
ََ...َ‫َالسن َِّةَالَمندوبَ ِةَأنَي و ِّدعَالب يت‬
َ....َ‫ج‬ ِ ‫ت َِْلنَّه َِمنَمسنوَن‬
َِّ ‫تَاْل‬ َِ ‫فدَ َّلَعَلىَأ َّنَحالَمنَهو َِِب َّكةَوِم ًًنَسواءَِِفَود‬
ِ ‫اعَالب ي‬
ِ ‫َإِنَّهَو‬:‫َوهوَق ولَه َِِفَالق ِد ِمي‬:‫َأحدُها‬:‫افَح ََّّتَعادَإَِلَب ل ِدهَِف علي ِهَدمَوفِ ِيهَق وِل ِن‬
َ...ََ‫اجب‬ ِ ‫فِإنََلَي و ِّد ِعَالب يتَ ِِبلطَّو‬
"َ‫َهوَاستِحبابَوليسَبِوا ِجب‬:‫َنصَعليهَِفَاْلمَلء‬:‫والقولَالثاين‬

6
Abu Shuja’, Matan al-Ghayah wa al-Taqrib (Matan Abi Shuja’) bersama syarahnya Kifayah al-Akhyar, m.s 219.
7
Al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj j2 m.s 280,
َِ ِّ‫َعبارةَالمصن‬
"‫ف‬ ِ ‫َخَلفًاَلِماَت‬
ِ ‫وُهه‬ ِ ‫َّاين‬
ِ ‫"واْلص ُّحَأنَّهَمندوبَعلىَالقو ِلَالث‬
8
Bukhari, hadis no.1755, j2 m.s179, Muslim, no.1328, j2 m.s 963
9
Muslim, no.1327, j2 m.s 963
10
Sila lihat contohnya, Ibn Qudamah, al-Mughni, j3 m.s 485:
Kata Ibn Qudamah:
‫ع ْن َها َدلِي ٌل‬َ ‫ِض بِإ ِ ْسقَاطِ ِه‬ِ ‫يص ْال َحائ‬ُ ‫ص‬ ِ ‫ بَ ْل ت َْخ‬, ‫غي ِْرهَا‬ َ ‫علَى‬ َ ُ‫ َوت َِجب‬, ‫ِض‬ ِ ‫ع ْن ْال َحائ‬ َ ُ‫صالةِ ت َ ْسقُط‬ َّ ‫ كَال‬, ‫طه ُ ِلغَي ِْر ِه‬ َ ‫سقُو‬
ُ ‫ور َما يُ َج ِو ُز‬ ِ ُ‫ع ْن ْال َم ْعذ‬ َ ‫سقُوطِ ِه‬ ُ ‫ْس فِي‬ َ ‫َولَي‬
َ َ‫سق‬
‫ط‬ َ َ‫ِك‬‫ل‬َ ‫ذ‬‫ل‬ِ ‫و‬
َ , ٍ‫الف‬ ِ‫خ‬ ‫ْر‬
‫ي‬ ‫غ‬
َ ‫ب‬ ,
ِ ِ ٍ ُِ َ ‫ن‬‫ك‬ْ ‫ر‬ ‫ب‬ ‫ْس‬ ‫ي‬ َ ‫ل‬ ُ ‫ه‬ َّ ‫ن‬ِ ‫إ‬َ ‫ف‬ , ُ ‫ه‬ُ ‫ب‬‫و‬ ‫ج‬
ُ ‫و‬ َ‫ت‬
ُ َ َِ‫ب‬َ ‫ث‬ ‫ا‬َ ‫ذ‬‫إ‬‫و‬ . ‫ى‬ ً ‫ن‬‫ع‬ ‫م‬
ْ َ ‫ل‬
َ‫ِك‬ َ ‫ذ‬‫ب‬ ‫ا‬‫ه‬‫يص‬
ِ َ ِ ِ ‫ص‬ ْ
‫خ‬ َ ‫ت‬ ‫ل‬
ِ ْ
‫ن‬ ُ
‫ك‬ ‫ي‬ ‫م‬َ
َ ْ ِ‫ل‬ ‫ل‬ ُ
‫ك‬ ْ
‫ال‬ ‫ن‬ْ ‫ع‬
َ ‫ا‬‫ط‬ً ِ ‫ق‬ ‫ا‬‫س‬َ َ‫ان‬‫ك‬َ ‫و‬
ْ َ ‫ل‬ ْ
‫ذ‬ ‫إ‬ , ‫َا‬‫ه‬ ‫ْر‬ِ ‫ي‬ ‫غ‬
َ ‫ى‬ َ ‫ل‬ َ ِ ُ ‫علَى‬
‫ع‬ ‫ه‬
ِ ‫ب‬‫و‬ ‫ج‬
ُ ‫و‬ َ
‫ار ِة‬ ‫ي‬ ‫الز‬
َ َ ِ ُ َ ‫اف‬ ‫و‬ َ
‫ط‬ ْ
‫ط‬ ُ ‫ق‬‫س‬ َ
ْ َ ْ َ ‫ِض‬
‫ي‬ ‫م‬ ‫ل‬‫و‬ , ِ ‫ع ْن ْال َحائ‬َ
11
Ibn Qudamah, al-Mughni j3 ms 485. Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, j4 ms 212
Kata al-Mawardi:
،‫ََتيَّةًَوت وِد ًيعا‬
َِ ‫ت‬ ِ ‫َاق تضىَأنَيكون َِمنَسن َِّةَاْلار‬،‫يما‬
ِ ‫ِجَأنَيطوفَ ِِبلب ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ً ‫وِْلَنَّهَل َّماَكانَمنَسنَّةَالقادِمَأنَيطوفَ ِِبلب يتََتيَّةًَوتسل‬
3
SYARAT DIWAJIBKAN DAM

Bagi ulama yang mewajibkan tawaf wada’, terdapat syarat-syarat atau keadaan yang menjadikan seseorang itu
wajib membayar dam. Di antara syaratnya ialah seseorang itu mesti telah keluar dari Makkah ke satu tempat yang
mencapai jarak qasar solat.

Berikut dinukilkan kata-kata ulama di dalam membincangkan isu ini.

Kata al-Nawawi di dalam kitab al-Majmu’:


12
‫اف لِْل َوَد ِاع‬
َ َ‫وج ِم ْن َم َّكةَ إ ََل َوطَنِ ِه أ َْو َغ ِْْيهِ ط‬ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫اف الْود ِاع وه َذا ََل ِخ ََل‬
َ ‫ف فيه َس َواءٌ َكا َن م ْن أ َْهل َها أ َْو َغ ِريبًا َوإ ْن أ ََر َاد ا ْْلُُر‬
ِ
َ َ َ َ ُ ‫س َعلَْيه طََو‬ َّ ِ ِِ ِ ِ َ ‫من فَر‬
َ ْ‫غ م ْن َمنَاسكه َوأ ََر َاد الْ َم َق َام ِبَكةَ لَي‬ َ َْ
Maksudnya: Sesiapa yang telah selesai menunaikan manasik (haji) dan ingin menetap di Makkah maka dia
tidak perlu tawaf wada’ dan tiada khilaf dalam perkara ini sama ada orang itu adalah penduduk Makkah
atau orang luar, dan jika dia ingin keluar dari Makkah ke tanah airnya atau ke tempat lain maka dia perlu
tawaf wada’.

Kata al-Nawawi lagi:


ِ ِ ِ ِ ‫اف ما ََل ي ب لُ ْغ مسافَةَ الْ َق‬ ِ َّ ِ ِ ِ
ُ ‫ك َوَم ََت ََلْ يَ ُع ْد لَ ِزَمهُ الد‬
‫َّم فإن َع َاد‬ ْ ‫ص ِر م ْن َم َّكةَ فَإ ْن بَلَغَ َها ََلْ ََي‬
َ ‫ب الْ َع ْوُد بَ ْع َد َذل‬ ْ َ َ َْ ْ َ ‫ب طواف الوداع عصى ولزمه الْ َع ْوُد للط َو‬ ُ ‫إ َذا َخَر َج ب ََل َوَد ٍاع َوقُ ْلنَا ََي‬
ِ ِ ‫َّان ح َكاه ا ْْلر‬ ِ ِ ِ ِ ِِ
ِ ‫ط َوالث‬
‫َّان‬ ُ ‫َص ُّح ُه َما ََل يَ ْس ُق‬
َ ‫اسانيُّو َن َو ْج َهان أ‬ َ َُ ُ َ ِ ‫ط َوالث‬ ُ ‫ور ََل يَ ْس ُق‬ َ ‫َّم َوإِ ْن َع َاد بَ ْع َد بُلُوغ َها فَطَ ِري َقان أ‬
ُ ‫َص ُّح ُه َما َوبِه قَطَ َع ا ْْلُ ْم ُه‬ َ ‫ص ِر َس َق‬
ُ ‫ط َعْنهُ الد‬ ْ ‫قَ ْب َل بُلُوغه َم َسافَة الْ َق‬
13
‫ط‬
ُ ‫يَ ْس ُق‬

Maksudnya: Apabila dia keluar tanpa tawaf wada’, dan pandangan kita wajib tawaf wada’, maka orang itu
telah melakukan maksiat dan dia wajib kembali untuk tawaf selagi mana dia belum sampai jarak qasar
(solat) dari Makkah. Jika dia telah sampai jarak qasar maka dia tidak wajib kembali lagi. Apabila dia tidak
kembali maka wajib dam ke atas. Sekiranya dia kembali sebelum sampai jarak qasar maka gugurlah
kewajipan dam darinya. Sekiranya dia kembali setelah sampai jarak qasar maka ada dua riwayat, riwayat
yang lebih sahih dan mendapat kata putus dari jumhur ialah kewajipan dam tidak gugur darinya. Riwayat
kedua seperti yang diriwayatkan oleh ulama Khurasan pula ialah dalam masalah ini ada dua wajah
(pandangan ulama mazhab Shafie), pandangan yang lebih sahih ialah dam itu tidak gugur darinya, manakala
pandangan kedua pula dam itu telah gugur darinya.

Kata Al-Shirazi di dalam kitab Al-Muhazzab berkaitan orang yang keluar dari Makkah dan terlupa untuk tawaf wada’:

ٍ ِ
ُ ‫وان نسي الطواف وخرج مث ذكره (فان قلنا) انه واجب نظرت فان َكا َن م ْن َم َّكةَ َعلَى َم َسافَة تَ ْق‬
‫صُر فيها الصَلة استقر عليه الدم فان عاد وطاف َل‬
‫يسقط الدم َلن الطواف الثان للخروج الثان فَل َيزئه عن اْلروج اَلول فان ذكر وهو على مسافة َل تقصر فيها لصَلة فعاد وطاف سقط عنه‬
14
‫الدم َلنه يف حكم املقيم‬
Maksudnya: Jika seseorang terlupa tawaf wada’ dan dia keluar dari Makkah kemudian dia teringat,
berdasarkan pandangan bahawa tawaf wada’ adalah wajib maka perlu dilihat, sekiranya jaraknya dari
Makkah telah membolehkannya untuk qasar solat maka dam telah tetap ke atasnya. Oleh itu jika dia
kembali dan tawaf tidak gugur kewajipan dam itu darinya. Ini adalah kerana tawaf yang kedua adalah untuk
dia keluar kali yang kedua maka tawaf itu tidak dapat menyelesaikan tuntutan bagi keluar yang pertama.
Adapun jika dia teringat (tentang tawaf yang belum dilaksanakan) semasa dia berada di jarak yang belum

12
Al-Nawawi, al-Majmu’, j8 ms 253-254
13
ibid
14
Al-Shirazi, Al-Muhazzab (di dalam kitab al-Majmu’), j8 ms 254
4
boleh qasar solat, lalu dia kembali dan tawaf, maka gugurlah tuntutan dam darinya kerana dia masih dikira
seperti hukum orang yang bermukim.

Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj menegaskan bahawa tawaf wada’ wajib kepada semua
orang yang meninggalkan Makkah melebihi jarak qasar atau kembali ke tanah airnya walau pun kurang dari jarak
qasar. Orang yang telah tawaf wada’ sebelum selesai nusuk juga perlu mengulangi tawaf. Kata beliau:
ِِ ِ ِ َ‫اْلف‬ ِ ِ ِ َ َ‫ وإِ ْن َكا َن ط‬،‫ أَو ِمن ع ِقب نَ ْف ِرهِ ِمنْ ها‬، )َ‫ أَو الْمعت ِمر و َغْيه الْم ِكي و َغْيه (ا ْْلروج ِمن م َّكة‬،‫اج‬ ْ )‫( َوإِذَا أ ََر َاد‬
ُ‫ص َّح َحه‬َ ‫اضة عنْ َد َع ْوده إلَْي َها َك َما‬ َ ِْ ‫ب طََواف‬ َ ‫اف للْ َوَد ِاع َعق‬ َ َ َ َ ً ْ َ ْ َ ُُ ُُ ْ َ ُّ َ ُُ ْ َ ُ َ ْ ُ ْ ُّ َ‫اْل‬
ِ َِ ‫اف ود ٍاع َّإَل ب ع َد فَر ِاغ‬
ِ ‫َجي ِع النُّس‬ ِ ِ ِ ِ ِِ ِ ‫َصح‬ ِ
َ ‫ أ َْو ُد‬،‫ص ٍر ُمطْلَ ًقا‬
،‫وَنَا‬ ْ َ‫ك َإَل َم َسافَة ق‬ ُ َ َْ َ َ َ ‫اب َوَم ْن أَفْ ََت ِب ََلفه فَ َق ْد َوه َم إ ْذ ََل يُ ْعتَ ُّد بِه َوََل يُ َس َّمى طََو‬ َ ْ ‫ضى َك ََلم ْاْل‬ ِ ‫ِيف الْ َم ْج ُم‬
َ َ‫وع َونَ َقلَهُ َع ْن ُم ْقت‬
‫وب َك َما ََيِْت لِلْ َوَد ِاع) طََوافًا‬ ِ ‫ي بي من نَوى الْعود و َغ ِْيهِ ِخ ََلفًا لِما ي ِوِهه ب عض الْعِبار‬ ِ ِ ِ
ً ‫اف ُو ُج‬
َ َ‫ات (ط‬ َ َ ُ ْ َ ُُ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َْ ِ ْ ‫ أ َْو ليَ تَ َوطَّنَهُ َوإََِّل فَ ََل َد َم َعلَيْه َك َما بَيَّ نْته َمثَّ َوََل فَ ْر َق ِيف الْق ْس َم‬،ُ‫َوُه َو َوطَنُه‬
‫َك ِام ًَل‬

Maksudnya: Dan seseorang jamaah haji atau umrah atau selainnya, sama ada dia seorang penduduk
Makkah atau lain-lain tempat, jika dia ingin keluar dari Makkah atau Mina selepas nafar darinya, sekiranya
dia telah pun tawaf wada’ selepas tawaf ifadhah ketika dia pulang ke sana, seperti yang telah ditashihkan
di dalam kitab al-Majmu’ dan dinukilkan dari kata-kata al-Ashab dan sesiapa yang memberi fatwa dengan
pandangan yang lain maka dia telah terkeliru. Ini adalah kerana tawaf itu tidak dikira dan tidak dinamakan
tawaf wada’ melainkan setelah selesai kesemua nusuk, dan perjalanan itu telah sampai jarak qasar secara
mutlaq (tanpa mengira di mana tanah airnya), atau sekiranya perjalanan itu kurang dari jarak qasar dan
destinasinya itu ialah tanah watannya atau dia ingin menjadikan tempat itu sebagai tanah watannya, maka
selain dari itu tidak dikenakan dam ke atasnya seperti yang telah saya nyatakan. Dan tiada beza di dalam
kedua-dua bahagian di antara orang yang ada niat untuk kembali atau tidak ada niat untuk kembali, ini
bercanggah dengan apa yang mungkin difahami dari sebahagian kata-kata penulis. Oleh itu wajib bagi
orang-orang yang telah disebutkan di atas untuk melakukan tawaf secara sepenuhnya.

Ulama mazhab Shafie membahagikan aspek dosa dan dam kepada tiga jenis bagi orang yang meninggalkan tawaf
wada’. Kata Al-Kurdi:

:‫ أو شيء من واجباته كما قاله‬:‫ أي‬،‫ وفيمن بقي عليه شيء من أركان النسك‬،‫ وذلك يف املسنون منه‬،‫ َل دم فيه وَل إمث‬:‫ أحدها‬:‫وترك طواف الوداع بَل عذر ثَلثة أقسام‬
‫ وقد تركه بغْي عزم على‬،ً‫ وذلك فيمن تركه عامداً عاملا‬،‫ عليه اْلمث وَل دم‬:‫ اثنيها‬.‫ ْلنه َل خياطب به عند خروجه‬:‫ أي‬،‫وفيمن خرج من عمران مكة ْلاجة مث طرأ له السفر‬
ٍ
15‫ وذلك يف غْي ما ذكر‬،‫ مايلزم برتكه اْلمث والدم‬:‫ اثلثها‬.‫ فالعود يسقط الدم َل اْلمث‬،‫عود مث عاد قبل وصوله ملا يستقر به الدم‬

Maksudnya: Meninggalkan tawaf wada’ tanpa uzur ada tiga bahagian: Satu, tiada dam dan tiada dosa. Ini
bagi tawaf yang disunatkan dan juga bagi orang yang masih ada rukun atau wajib nusuk yang belum
dihabiskan. Begitu juga orang keluar dari kawasan bangunan Makkah dan kemudian dia perlu untuk
bermusafir. Ini adalah kerana dia tidak diwajibkan lagi tawaf semasa dia keluar dari Makkah itu. Kedua,
berdosa tapi tiada dam. Ini bagi orang yang meninggalkannya dengan sengaja dan sedar tanpa keinginan
untuk kembali, tetapi kemudian dia kembali ke Makkah sebelum dia sampai ke satu jarak yang dikenakan
dam. Kembalinya dia telah menggugurkan dam tetapi tidak menggugurkan dosa. Ketiga, berdosa dan kena
dam, iaitu bagi selain dari yang telah disebutkan.

Bagi mazhab Hanafi yang juga mewajibkan tawaf wada’, mereka tidak menjadikan jarak qasar sebagai pengukur
yang menentukan wajib tawaf. Sebaliknya mereka mewajibkan tawaf ke atas orang yang keluar dari Makkah
sehingga melepasi sempadan miqat makani. Bagi penduduk di dalam kawasan miqat mereka tidak perlu melakukan
tawaf wada’. Begitu juga jamaah umrah dan orang yang belum menyelesaikan nusuk haji kerana dia wajib untuk
kembali menyempurnakannya nanti.

15
Dipetik dari Al-Hadrami, Sharh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, ms 643
5
Kata Ibn al-Humam di dalam kitab Fath al-Qadir:

‫ َوإَِّما أَ ْن يَْرِج َع‬, ‫ض َي َو َعلَْي ِه َد ٌم‬ ِ َْ‫ بل َّإما أَ ْن َي‬, ‫الرجوع عي نًا‬
ْ َ ْ َ ُ ُ ُّ ‫ب‬
ِ ِ ٍ ِ ٍ ْ ‫يت بِغَ ِْْي‬
ْ ‫ فَإ ْن َج َاوَزَها ََلْ ََي‬, ‫إحَرام َجديد‬
ِ ِ ِ
َ ‫ب َعلَْيه أَ ْن يَْرج َع فَيَطُوفَهُ َما ََلْ َُيَا ِوْز الْ َم َواق‬ ِ ْ ُ‫ ولَو نَ َفر وََل يط‬.
ُ ‫ف ََي‬ َ َْ َ ْ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ٍ ِ ِ
‫يق‬ ِ ِ ْ
َ ‫ اْل َْوََل أَ ْن َل يَْرج َع َويُر‬: ‫الص َدر َوَل َش ْيءَ َعلَيْه لتَأخْيه َوقَالُوا‬ ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ِ
َّ ‫ فَإذَا َر َج َع ابْتَ َدأَ بطََواف الْ ُع ْمَرة ُمثَّ بطََواف‬, ‫إحَرام فَيُ ْحرَم بعُ ْمَرة‬ ِ
ْ ‫ات َل َُيَ َاوُز بَل‬ َ ‫فََْْيج َع ِبِِ ْحَرٍام َجديد ْلَن الْمي َق‬
َّ
‫س َعلَْي ِه ْم‬ َّ َّ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫َدما ْلَنَّهُ أَنْ َفع لِْل ُف َقر ِاء وأَيْسر َعلَْي ِه لِما فِ ِيه ِمن َدفْ ِع‬
َ ْ‫وج لَي‬ُ ‫ َوَم ْن َكا َن َداخ َل الْمي َقات َوَك َذا َم ْن اَّتَ َذ َمكةَ َد ًارا ُمثَّ بَ َدا لَهُ ا ْْلُُر‬.... ‫ضَرر الْتَزام اْل ْحَرام َوَم َشقَّة الطَّ ِريق‬ ْ َ َُ َ َ ُ ً
‫الص َد ِر‬ ُ ‫س َعلَى الْ ُم ْعتَ ِمر طََو‬ ِِ ِ ِ
َّ ‫اف‬ َ ‫ َولَْي‬, ‫ص َار َكالْ ُم ْعتَمر‬
َّ ‫ت ا ْْلَ ِج ْل‬
َ ُ‫ َوْلَنَّه‬, ‫َن الْ َع ْوَد ُم ْستَ َح ٌّق َعلَْيه‬ ُ ‫ َوَك َذا فَائ‬،‫ص َد ٍر‬
َ ‫اف‬
ُ ‫طََو‬
Maksudnya: Sekiranya dia melakukan nafar dan dia belum tawaf maka dia wajib kembali untuk tawaf tanpa
perlu ihram yang baru selagi dia belum melepasi miqat. Sekiranya dia telah melepasi miqat maka dia tidak
wajib kembali, tetapi sama ada dia meneruskan perjalanan dan dia wajib membayar dam, atau dia kembali
dengan ihram yang baharu kerana miqat tidak boleh dilepasi tanpa ihram, maka dia patut berihram dengan
niat umrah. Jika dia kembali, dia perlu mulakan dengan tawaf umrah kemudian barulah dilakukan tawaf
wada’ (sadar). Dia tidak perlu membayar apa-apa fidyah kerana kelewatannya itu. Ulama juga menyebut
bahawa lebih baik jika dia tidak kembali dan dia hanya menunaikan dam kerana ia lebih bermanfaat untuk
orang fakir dan lebih mudah untuknya kerana ia boleh mengelakkan dari komitmen ihram serta kepayahan
di perjalanan……

Barang siapa yang berada di dalam kawasan miqat dan begitu juga bagi penduduk Makkah, jika sekiranya
kemudian mereka ingin keluar (dari kawasan miqat) maka mereka tidak perlu melakukan tawaf wada’ lagi.
Demikian juga orang yang tak sempat menyempurnakan haji kerana dia perlu kembali semula ke Makkah.
Keadaannya itu seperti jamaah umrah kerana jamaah umrah tidak perlu melakukan tawaf wada’.

Mazhab Maliki tidak mewajibkan tawaf wada’ tetapi hanya disunatkan seperti yang telah disebutkan. Namun
tuntutan ini hanya kepada orang yang keluar untuk melakukan perjalanan yang dianggap jauh oleh mereka seperti
perjalanan ke Juhfah serta lain-lain miqat dan bukan perjalanan yang dekat seperti ke Tan’im atau Ja’ranah. Jelas
seperti mazhab Hanafi, Mazhab Maliki juga tidak mengaitkan tuntutan tawaf wada’ dengan jarak qasar. Sebaliknya
mereka meletakkan jarak yang jauh melebihi jarak qasar. Mereka juga tidak menuntut orang yang kerap keluar
masuk ke Makkah untuk tawaf wada’ walau pun mereka keluar untuk perjalanan yang jauh. Contohnya seperti
orang yang berkerja mengutip kayu api dan seumpamanya.

Kata al-Kharshi di dalam Sharh Mukhtasar Khalil:


ٍ ‫ أَو َغ ْْيه قَ ِدم بِنُس‬،‫يت مكِيًّا‬
ِ ِ ِِ ِ ٍِ ِ ِ ِ ِ ‫ أَنَّه ي نْ َد‬:‫ وإِ ْن صغِْيا (ش) ي ع ِِن‬،‫اف الْود ِاع إ ْن خرج لِ َكا ْْلح َف ِة ََل َكالتَّ نْعِي ِم‬
‫ك أ َْو‬ ُ َ َُ ْ َ ‫ب ل ُك ِل َخارٍِج م ْن َم َّكةَ ل َم ْوض ٍع بَعيد َكا ْْلُ ْح َفة َوبَقيَّة الْ َم َواق‬
ُ ُُ َْ ً َ َ ُْ َ ََ َ َ ُ ‫َوطََو‬
ْ ٍ ِ‫وج ِه؛ ِْلَنَّهُ َخَر َج َإَل َم َكان بَع‬
16‫يد ِيف اْلِ ِل‬ ِ ‫اف الْود ِاع قَبل خر‬
ُ ُ َ ْ َ َ َ ‫وف طَ َو‬ َ ُ‫ت نِيَّ تُهُ الْ َع ْوَد أ َْم ََل أَ ْن يَط‬ ِ ‫ وإِ ْن‬،ٍ‫ِِتارة‬
ْ َ‫ أ َْو ْامَرأَةً َكان‬،‫ أ َْو َعْب ًدا‬،‫صغ ًْيا‬
َ َ ََ
Maksudnya: Dan tawaf wada’ jika seseorang keluar ke tempat seperti Al-Juhfah dan bukan seperti al-
Tan’im, walau pun seseorang kanak-kanak, disunatkan untuk setiap orang yang keluar ke tempat yang jauh
seperti al-Juhfah dan lain-lain kawasan miqat ……….

Juhfah ialah miqat orang dari Syam. Menurut Google Map, jarak dari Juhfah ke Makkah ialah sejauh 195 km.

Kata Al-Adawi:
ٍ ِ‫بع‬ ِ ِ ِ ِ َ‫ف الْمرتِدد لِم َّكةَ ِب ْْلط‬
ِ ِ ‫َلم الْم‬
ِ ‫ويستَثْن ِمن َك‬
َ ‫اع َعلَْي ِه ْم َولَ ْو َخَر ُجوا ل َم ْوض ٍع‬
َ ‫ب َوََْن ِوه فََل َوَد‬
17‫يد‬
َ َ ُ ََ ُ ‫صن‬ َ ُ ْ َ ْ َُ
Maksudnya: Dan dikecualikan dari yang telah disebut oleh pengarang, orang yang berulang-alik ke Makkah
dengan membawa kayu api dan seumpamanya, maka mereka tidak perlu tawaf wada’ walau pun mereka
keluar ke tempat yang jauh.

16
Al-Kharshi, Sharh Mukhtasar Khalil, j2 ms 342
17
Al-Adawi, Hashiat al-Adawi, j1 ms 547
6
BERAPAKAH JARAK QASAR

Mazhab Shafie dan Hanbali mewajibkan tawaf wada’ bagi orang yang keluar ke tempat yang jaraknya dibolehkan
untuk qasar solat.

Menurut mazhab Shafie, syarat untuk qasar solat mestilah dilakukan di dalam permusafiran yang jauh. Ulama
mazhab Shafie menyebut dua perkara di dalam menentukan bahawa suatu perjalanan itu dianggap jauh. Pertama
mereka menyebut perjalanan jauh ialah selama dua hari atau sehari semalam dengan tunggangan yang membawa
muatan, dan perjalanan yang jauh ini telah diterjemahkan ke dalam jarak ukuran iaitu jika ia mencapai jarak 48 batu
(mil) hashimi. Ini adalah berdasarkan amalan Ibn Umar dan Ibn Abbas r.a yang telah melakukan qasar dan berbuka
puasa pada jarak empat barid dan tiada sahabat lain yang membantah amalan mereka. Amalan ini dianggap seolah
telah diterima dari Nabi saw.

Kata Al-Shirazi di dalam kitab al-Muhazzab:


ِ َ ِ‫يد أَرب عةُ فَر ِاسخ فَ َذل‬
ٍ ٍ ِ ْ ‫وَل َيوز القصر اَل يف َم ِسْيةَ يَوَم‬
َ َ َ َ ْ ‫ي َوُه َو أ َْربَ َعةُ بُُرد ُك ُّل بَِر‬
18‫ف رسخا‬
ً َ ْ َ ‫ك ستَّةَ َع ْشَر‬ ْ َ
Maksudnya: Tidak dibenarkan qasar melainkan di dalam perjalanan dua hari iaitu jarak empat barid. Setiap
barid jaraknya enpat farsakh maka kesemuanya enam belas farsakh.

Kata Al-Sharbini di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:


ِ ‫ِبْلَْح‬ ِ ِ ِ ِ َ ِ‫ أَو ي وٍم ولَْي لَ ٍة َك َذل‬،‫ي‬
ِ ِ ٍ ِِ ِ ِ ٍ ِِ ِ
ْ ‫ك (ب َس ِْْي ْاْلَثْ َقال) أ‬ ِ َّ َّ ‫َي‬
19‫ال‬
َ ْ ْ ‫َي ا ْْلَيَ َو َاَنت الْ ُمثْ َقلَة‬ َ ْ َ ْ ْ َ‫ أ َْو لَْي لَتَ ْي ب ََل يَ ْوم ُم ْعتَدلَت‬،‫(م ْر َحلَتَان) َوُِهَا َس ْْيُ يَ ْوَم ْي ب ََل لَْي لَة ُم ْعتَدلَ ْي‬
َ ‫يل‬
ُ ‫الس َفُر الطو‬ ْ‫أ‬
Maksudnya: Safar yang jauh ialah dua marhalah, iaitu perjalanan dua hari yang sederhana tidak termasuk
malamnya, atau dua malam yang sederhana tidak termasuk siangnya, atau sehari semalam, dengan
haiwan yang memikul muatan.
)ٌ‫سف َِر) بِاأل َ ْميَا ِل (ث َ َمانِيَة ٌ َوأ َ ْربَعُونَ مِ يال هَاشِمِ يَّة‬
َّ ‫ط ِوي ُل ال‬َ ‫(و‬
َ ‫ط ِويال‬ َّ ‫ أ َ ْن يَ ُكونَ ال‬:‫ أ َ َح ُد َها‬:ٌ‫ش ُروطُه ُ فَث َ َمانِيَة‬
َ ‫سف َُر‬ ُ ‫ أ َ َّما‬،ُ‫ص ِر َو َما يُ ْذك َُر َمعَه‬ ْ َ‫ش ُروطِ ْالق‬ ُ ‫صلٌ) فِي‬ ْ َ‫(ف‬
‫ َومِ ثْ ُل‬:‫َطابِي‬
َّ ‫ قَا َل ْالخ‬. ‫يح‬ ٍ ِ‫َ ح‬ ‫ص‬ ‫د‬
ٍ ‫ن‬
َ ‫س‬ ‫ب‬ ‫ِي‬ ‫ق‬‫ه‬ ‫ي‬
ْ ‫ب‬
َ ِ َ َ َُ ْ َ ٌ ْ
‫ال‬ ‫ه‬ ‫د‬‫ن‬
َ ‫س‬َ ‫أ‬‫و‬ ، ‫ِف‬‫ل‬‫َا‬
‫خ‬ ‫م‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ه‬َ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ر‬ ‫ع‬‫ي‬ ‫ال‬ ‫و‬
ُ َُ ُ َُْ َ َ ْ َ ُ ََِ ْ‫ا‬ ‫ه‬ َ ‫ق‬ ‫و‬َ ‫ف‬ ‫ا‬‫م‬ َ ‫ف‬ ‫د‬
ٍ ‫ُر‬ ‫ب‬ ‫ة‬‫ع‬ ‫ب‬ ‫ر‬ َ ‫أ‬ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ان‬ ‫ر‬ ‫ف‬ْ ‫ي‬‫و‬ ‫ان‬
ِ َ ِ‫َ ُ َ ِ َ ُ ط‬ ‫ر‬ ‫ص‬ ‫ق‬ ْ ‫ي‬ ‫َا‬ ‫ن‬‫َا‬
‫ك‬ ‫َّاس‬
ٍ َ ‫ب‬‫ع‬ ‫ب‬
َ‫ْن‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ر‬ ‫م‬
َ َ َُ‫ع‬ ‫ب‬
َ‫ْن‬ ‫ا‬ ‫أل َ َّن‬
ْ
.‫صيغَ ِة ال َج ْز ِم‬ ِ ِ‫َاري ب‬ ْ َّ
ِ ‫علقَهُ البُخ‬ َ ‫ َو‬، ٍ‫ع ْن ت َْوقِيف‬ ُ
َ ‫َهذَا ال يَكونُ إال‬
Maksudnya: Fasal membicarakan syarat qasar dan perkara berkaitan. Adapun syaratnya ialah lapan.
Pertama mestilah permusafiran (perjalanan) itu jauh, dan jauhnya perjalanan itu dikira dengan batu iaitu
empat puluh lapan batu hashimi. Ini adalah kerana Ibn Umar dan Ibn Abbas pernah melakukan qasar dan
berbuka puasa pada jarak empat barid dan ke atas, dan tiada bantahan ke atas mereka berdua yang
diketahui. Al-Baihaqi telah meriwayatkan amalan mereka itu dengan sanad yang sahih. Al-Khattabi
berkata: Perkara seumpama ini tidak akan dilakukan kecuali melalui tauqif (iaitu ada sandaran kenyataan
dari Nabi saw). Al-Bukhari pula meriwayatkannya tanpa sanad tetapi dengan sighah yang jazam.

Mazhab Shafie juga menyatakan yang dikira ialah jaraknya dan bukan masa perjalanan. Oleh itu sesiapa yang
mampu melalui jarak perjalanan itu dengan waktu yang singkat sekalipun tetap dibenarkan untuk qasar.

Kata al-Sharbini di dalam Mughni al-Muhtaj:


ِ ِ ٌ‫الس ِفين ِة ِب ْْلو ِاء أَو ََن ِوهِ (قَصر) فِيها ِْل َََّنَا مسافَة‬ ِ ِ ِ َ ‫(فَلَو قَطَع ْاْلَمي‬
‫ص ِر فَ ََل يُ َؤثُِر قَطْ ُع َها ِيف َزَم ٍن يَ ِس ٍْي‬
ْ ‫صاْلَةٌ للْ َق‬
َ ََ َ ََ ْ ْ ََ َ َّ ‫اع ٍة) َمثَ ًَل ل ِشدَّةِ َج ْر ِي‬
َ ‫ال فيه ِيف َس‬َْ َ ْ
Maksudnya: Jika dia melalui jarak perbatuan (yang disyaratkan itu) dalam tempoh masa yang singkat
contohnya kerana kapal yang berlayar laju dengan (ditiup) udara atau seumpamanya maka dia boleh qasar.
Ini adalah kerana jaraknya telah membolehkan qasar, maka tiada kesan tempoh masa singkat yang
dilaluinya.

Perkara ini juga disebut oleh sebahagian mazhab lain seperti Maliki dan lain-lain. Kata al-Dasuqi:

18
Al-Shirazi, j4 ms 322
19
Mughni al-Muhtaj, j1 ms 522
7
ِ‫َلف الْعادةِ ِِبَ ْن َكا َن بِطَْي ٍان أَو ِِبطْوٍة فَمن َكا َن ي ْقطَع الْمسافَةَ اآلتِيةَ بِس َف ِرهِ قَصر ولَو َكا َن ي ْقطَعها ِيف َْلظٍَة بِطَْي ٍان وََْن ِوه‬
ِ ‫أَي ولَو َكا َن س َفره علَى ِخ‬
َ ََ ْ َُ َ ْ َ ََ َ َ ََ ُ َ ْ َ َ ُ ْ ََ ََ َ ُُ َ َْ ْ
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Imam Shafie menyebutkan bahawa beliau suka jika seseorang tidak
qasar pada perjalanan yang kurang dari tiga hari untuk lari dari masalah yang khilaf.

Kata al-Shirazi:
20‫أَّيم‬ َّ ‫ف ِْل‬
‫َن أ ََب َحنِي َفةَ ََل يبيح القصر اَل يف ثَلثة‬ ِ ‫ب ذَلِك لِيخرج ِمن ا ْْلََِل‬ ِ ِ ٍ ِ ِ
ْ َ ُ ْ َ َ َّ ‫صُر ِيف أَقَ َّل م ْن ثَََلثَة أَََّّيم َوإََّّنَا اُ ْستُح‬ ُّ ‫ال الشَّافِعِ ُّي َوأ ُِح‬
ُ ‫ب أَ ْن ََل يَ ْق‬ َ َ‫ق‬
Maksudnya: Al-Shafie berkata, aku suka jika seseorang tidak qasar pada perjalanan yang kurang dari tiga
hari. Sebenarnya galakan itu dibuat untuk keluar dari khilaf kerana Abu Hanifah tidak membenarkan qasar
kecuali bagi perjalanan tiga hari.

Mazhab Hanafi menyebut tiga marhalah sebagai jarak qasar. Walau bagaimanapun mereka berbeza pandangan
dalam menilai jarak tiga marhalah. Sebahagian mereka mengandaikan jaraknya 21 farsakh, atau 18 farsakh atau
15 farsakh.

Kata Ibn Abidin:

‫ ْلن املعتاد يف السْي يف كل يوم مرحلة واحدة خصوصاً يف أقصر أَّيم‬،‫ "قال يف النهاية أي التقدير بثَلث مراحل قريب من التقدير بثَلثة أَّيم‬:‫قال ابن عابدين من اْلنفية‬
‫ وكل من قدر منها اعتقد أنه مسْية ثَلثة أَّيم‬،‫ وقيل ِبمسة عشر‬،‫ وقيل بثمانية عشر‬،ً‫ وكذا ما يف الفتح من أنه قيل يقدر ِبحد وعشرين فرسخا‬. ‫اه‬. ‫السنة كذا يف املبسوط‬

Jarak dua marhalah dalam kiraan moden

Para pengkaji moden telah membuat kiraan jarak marhalah. Sebahagian ulama menetapkan jarak dua marhalah
sama dengan 88.704km, dan setengah pengkaji menetapkan 80.640km.21

JARAK QASAR DIKIRA DARI MANA

Berdasarkan apa yang disebut oleh ulama mazhab Shafie, jarak qasar ialah dikira dari Makkah, dan sebahagian
ulama Shafie juga menyebut dikira dari Tanah Haram. Jarak yang mula dikira ialah dari hujung kota Makkah, iaitu
selepas melepasi binaan-binaan di bandar Makkah.

Kata al-Nawawi:

َ‫ص ِر ِم ْن َم َّكة‬ ِ ِ
ْ ‫ولزمه الْ َع ْوُد للطََّواف َما ََلْ يَبْ لُ ْغ َم َسافَةَ الْ َق‬

Kata al-Shirazi:

ٍ ِ
ُ ‫فان َكا َن م ْن َم َّكةَ َعلَى َم َسافَة تَ ْق‬
‫صُر فيها الصَلة استقر عليه الدم‬
Kata al-Bujairimi:
ِ ِ ِ ْ‫و‬
‫اف الْ َوَد ِاع‬ ْ َ‫اْلَاص ُل أ ََّن َم ْن فَ َار َق َم َّكةَ ل َم َسافَة ق‬
ُ ‫ص ٍر لَ ِزَمهُ طََو‬ َ

20
Al-Muhazzab, j4 ms 322
21
Ahmad Haji al-Kurdi, Al-Maqadir al-Shar’iyyah, sila lihat:

http://www.islamic-fatwa.com/library/book/11/192

8
Jika jarak qasar dikira dari akhir binaan sesuatu bandar sehingga masuk ke awal binaan bandar yang dituju,
bagaimana dikira jarak ini di dalam zaman moden ini kerana saiz bandar Makkah dan bandar Taif juga telah jauh
berkembang besar berbanding zaman dahulu kala.

JARAK DI ANTARA MAKKAH DAN TAIF

Ulama klasik setuju bahawa jarak di antara Makkah dan Taif ialah dua marhalah atau 4 barid. Imam Shafie
meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa dia berkata:

.22 َ‫علَى أ َ ْربَ َع ِة ب ُُر ٍد َونَ ْح ٍو مِ ْن ذَلِك‬ َّ ‫صالة ُ ِإلَى عُ ْسفَانَ َو ِإلَى‬
َ َ‫الطائِفِ َو ِإلَى ُج َّدة َ َو َهذَا ُكله ُ مِ ْن َم َّكة‬ َ ‫ت ُ ْق‬
َّ ‫ص ُر ال‬
Imam Malik pula meriwatkan bahawa adalah menjadi amalan Ibn Abbas untuk qasar di antara Makkah dan Taif:

»َ ‫ َوفِي مِ ثْ ِل َما َبيْنَ َم َّكةَ َو ُج َّدة‬، َ‫ َوفِي مِ ثْ ِل َما َبيْنَ َم َّكةَ َوعُ ْس َفان‬، ِ‫الطائِف‬
َّ ‫ص َالة َ فِي مِ ثْ ِل َما َبيْنَ َم َّكةَ َو‬
َّ ‫ص ُر ال‬ ُ ‫َّاس َكانَ « َي ْق‬
ٍ ‫عب‬ َ َ‫ّللاِ بْن‬ َ ‫ع ْن َمالِكٍ أ َ َّنه ُ َب َلغَهُ أ َ َّن‬
َّ ‫ع ْب َد‬ َ
ْ
‫ َو َال‬،ِ‫ت القَ ْريَة‬ َّ
ِ ‫ َحتى يَ ْخ ُر َج مِ ْن بُيُو‬،َ ‫ص َالة‬ َّ ‫سف ََر ال‬ َّ
َّ ‫ص ُر الذِي ي ُِري ُد ال‬ ْ
ُ ‫ « َال يَق‬: ٌ‫ص َالة ُ» قَا َل َما ِلك‬َّ ‫ي فِي ِه ال‬ َ َ ‫ َوذلِكَ أ َحب َما تق‬،ٍ‫ « َوذَلِكَ أ َ ْربَعَة ب ُُرد‬: ٌ‫قَا َل َما ِلك‬
َّ ‫ص ُر إِل‬ ْ ُ َ َ ُ
» َ‫ب ذَلِك‬َ ‫ار‬ِ َ‫ت ْالقَ ْريَ ِة أ َ ْو يُق‬ِ ‫يُتِم َحتَّى يَ ْد ُخ َل أ َ َّو َل بُيُو‬

Walau bagaimanapun, Sheikh Abdullah al-Mutliq, salah seorang anggota Hai’ah Kibar Ulama di Arab Saudi,
menyebut bahawa kiraan jarak di antara Makkah dan Taif serta Makkah dan Jeddah perlu dibuat kiraan semula. Ini
adalah kerana bandar-bandar telah membesar dan saiznya telah jauh lebih besar berbanding zaman dahulu. Seperti
yang telah disebut sebelum ini, jarak qasar adalah diukur dari bangunan akhir dari satu bandar ke bangunan awal
di bandar yang satu lagi.

Beliau menyebut bahawa empat orang anggota Hai’ah Kibar Ulama Saudi telah menggunakan kaedah ini untuk
mengukur semula jarak di antara bandar-bandar ini dengan Makkah dan di dapati jarak di antara Makkah dan
Jeddah hanyalah 40km lebih dan di antara Makkah dan Taif hanyalah 50km lebih. Oleh itu pada pandangan mereka,
jamaah yang keluar ke Jeddah atau Taif tidak perlu melakukan tawaf wada’ kerana tidak sampai jarak qasar.

KESIMPULAN

Berdasarkan pembentangan di atas, jika sekiranya kita mengambil dari apa yang disebutkan oleh kitab-kitab klasik
dari mazhab Shafie dan Hanbali, seorang jamaah haji perlu melakukan tawaf wada’ jika ingin ke Taif, dan dia
dibenarkan untuk qasar solatnya setelah keluar dari bandar Makkah. Jika tidak beliau adalah wajib membayar dam
dan juga berdosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

Walau bagaimanapun, jika kita menggunakan kaedah baharu bagi ukuran jarak mengikut saiz bandar terkini, maka
tawaf wada’ tidak perlu dilakukan dan qasar pula tidak boleh dibuat kerana tidak mencukupi jarak qasar.

Menurut mazhab Hanafi dan Maliki, seorang jamaah haji tidak dituntut untuk melakukan tawaf wada’ kerana syarat
tawaf wada’ ialah keluar untuk suatu perjalanan yang jauh seperti ke miqat. Mazhab Maliki menyebut contoh
perjalanan dari Makkah ke miqat al-Juhfah iaitu yang terletak sejauh 195km dari Makkah, lebih dua kali ganda dari
Taif. Tambahan pula mengikut mazhab Maliki tawaf wada’ bukan suatu ibadat yang wajib tetapi sunat, cuma
seseorang yang meninggalkannya tetap disunatkan untuk membayar dam.

Perlu diingat bahawa di dalam mazhab Maliki dan Hanafi juga membezakan di antara tawaf wada’ dan qasar solat
dari segi jarak. Mengikut pandangan klasik mereka, walaupun Taif tak cukup jarak untuk dituntut tawaf wada’
tetapi ia telah mencukupi jarak untuk qasar solat seperti nas dari Imam Malik sendiri, dan dalam mazhab Hanafi
berdasarkan pandangan yang memilih 15 farsakh.

22
Imam Shafie, Musnad al-Shafie, j1 ms 329. Imam Malik, al-Muwatta’,
9
Berdasarkan pendekatan maqasid dan melihat apa yang sudah menjadi uruf sekarang, Taif dan Jeddah sudah
dianggap bandar yang sangat dekat dari Makkah dan seseorang yang ke sana kemungkinan tidak terasa langsung
bahawa beliau sedang berada di dalam suatu safar. Maka pandangan seperti yang disebut oleh Sheikh Abdullah al-
Mutliq dan pandangan Hanafi serta Maliki amat sesuai untuk dipertimbangkan.

‫وهللا أعلم‬

10

Anda mungkin juga menyukai