Anda di halaman 1dari 13

AL-WALAK WAL BARRAK

1. WAJIB SETIA KEPADA ISLAM

Islam sebagai Harakatul Jihad adalah dibangunkan di atas golongan beriman


yang bertanzim dan mempunyai perencanaan yang teliti apabila berdepan dengan
musuh-musuh yang menentangnya. Islam tidak membenarkan tindakan bersendirian
yang membahayakan dakwah dan jihadnya. Oleh itu setiap muslim dalam rangka
mengekalkan kesetiaannya kepada Islam wajib berada di dalam sebuah Jamaah yang
berlandaskan ciri-ciri Hizbullah. Perjuangan menegakkan Islam tidak boleh
dibebankan oleh sebarang agenda peribadi dan kumpulan yang mengekang
kemaraannya.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 83 bermaksud:

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan
sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa)
di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak
mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana
limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas)
menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan
luas ilmunya di antara kamu).

Sabda Rasulullah SAW sebagai berpesan kepada pasukan pemanah yang bermaksud:

Hendaklah engkau pertahankan kami dari pasukan berkuda dengan serangan panah,
agar mereka tidak menyerang kami dari belakang kami, sekiranya kami menang
atau kami kalah maka tetaplah di tempatmu agar kami tidak diserang dari arahmu.
Kemudian Baginda SAW bersabda kepada pasukan pemanah: Sekiranya kamu
melihat kami dimakan oleh burung sekali pun janganlah meninggalkan tempat kamu
ini sehinggalah aku mengutuskan kepada kamu, dan sekiranya kamu melihat kami
mengalahkan kumpulan tersebut dan kami memijak mereka sekali pun, maka
janganlah kamu bergerak sehingga aku mengutuskan kepada kamu. (Riwayat
Al-Bukhari)

Di dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hendaklah kamu halang dari kami pasukan berkuda, maka mereka tidak menyerang
kami dari belakang. Sekiranya kami menang tetaplah juga di tempat kamu agar
kami tidak diserang dari arah kamu. Tetaplah di tempat-tempat kamu, jangan sekali-

1
kali meninggalkannya. Apabila kamu melihat kami mengalahkan mereka sehingga
kami dapat masuk ke penempatan tentera mereka, maka janganlah meninggalkan
tempat-tempat kamu, sekali pun kamu melihat kami di makan oleh burung,
janganlah bergerak sehingga aku mengutuskan kepada kamu, dan sekiranya kamu
melihat kami terbunuh maka jangan datang membantu kami dan janganlah
mempertahankan kami. Dan hendaklah kamu menghujani mereka dengan anak
panah kerana kuda tidak akan mara bila diserang anak panah. Sesungguhnya kami
sentiasa menang selama mana kamu tetap di tempat kamu. Ya Allah sesungguhnya
aku bersaksi kepada Engkau atas mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Aku adalah Nabi yang berperang. (Riwayat Ahmad)

Wajib menunjukkan kesetiaan kepada Islam dan tidak melakukan khianat samada
secara langsung atau secara tidak langsung. Samada pengkhianatan yang sengaja
dirancang atau disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian yang disengajakan. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 27 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah


dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang
kamu mengetahui (salahnya).

Di sinilah datangnya penegasan terhadap kewajipan Al-Walak bagi membendung


pengkhianatan terhadap Islam. Allah SWT menggambarkan kepada golongan yang
beriman sifat-sifat pendukung Islam yang tulin bahawa mereka itu adalah golongan
yang hanya berwalak kepada Allah dan RasulNya, dan kepada golongan yang
beriman sahaja. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ma’idah ayat 54-57 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari
ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia
kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut
terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang
kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka
tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah
kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah
Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang


yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk
(tunduk menjunjung perintah Allah.

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang
berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

2
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang
menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang
yang telah diberi Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi
penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang
yang beriman.

Islam adalah manhaj kehidupan yang saling lengkap melengkapi, saling memberi
kesan antara satu dengan yang lain. Golongan yang berkhianat terhadap Islam lantas
meletakkan walak mereka kepada para penentang Islam tidak termasuk di kalangan
mereka yang diberikan perjanjian untuk mendapat rahmat dari Allah SWT sekali pun
mereka bersembahyang dan berpuasa. Ia adalah peringatan dari Allah tentang
betapa sangat pentingnya hukum Al-Walak itu dipatuhi sebagaimana hukum-hukum
Islam yang lain. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 71 bermaksud:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi


penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan
melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi
zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana.

2. LAWAZIMUL AQIDAH DAN MUQTADHOYATUL IMAN (TUNTUTAN-


TUNTUTAN IMAN)

Kesan dari aqidah yang benar dan iman yang kuat akan membuahkan amal
soleh dan menjadikan seorang mukmin bertindak selari dengan aqidah Islam yang
dianutinya. Sebagai contohnya seperti sifat dan tindakan yang menjadi ciri-ciri Al-
Walak. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat 22 bermaksud:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau
anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah
menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan
memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama)
Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya.

3
Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 31-32 bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh
itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang kafir.

Adalah suatu keganjilan yang wajib dibetulkan apabila seorang yang mengaku
beriman kepada Allah namun melakukan perbuatan yang berlawanan dengan
keimanannya. Perkara yang menjadi Lawazimul Aqidah atau Muqtadhoyatul Iman
adalah bukti kepada kewujudan Iman yang teguh dan benar dalam diri seseorang
Mukmin. Menolak untuk melaksanakannya atau menentangnya adalah ciri-ciri zahir
yang membezakan di antara golongan yang benar-benar beriman dari golongan yang
berpura-pura. Sikap mengabaikan kepentingan tuntutan iman sehingga
mempercayai sesiapa sahaja adalah sangat berbahaya terhadap kedaulatan Islam
dan kemaslahatan ummatnya. Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 67
bermaksud:

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan


setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang
jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam
tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah)
Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-
orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Dalam menghuraikan tuntutan-tuntutan iman ini Al-Imam Asy-sha’rawi


Rahimahullah seorang ulama besar Al-Azhar di zaman ini mengingatkan di dalam
Tafsirnya:

“Apabila Allah berkata kepada orang-orang yang beriman dan menyeru mereka
dengan firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, justeru
ketahuilah bahawasanya yang bakal datang selepas itu adalah taklif hukum dari Al-
Haq SWT… Sebaik saja apabila manusia telah beriman dengan Tuhan Yang Tunggal,
maka sesungguhnya Al-Haq SWT berkata kepadanya: Selama engkau telah beriman
dengan Tuhan Yang Tunggal, maka hendaklah engkau menerima dari Tuhan itu akan
hukum… Selama manusia telah beriman dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi
Maha Bijaksana dan Maha Pencipta, Al-Qayyum, maka hendaklah ia menerima dari
Tuhan itu apa sahaja yang memperbaiki hidupnya… Dan ketika seorang dokter
menulis ubat kepada pesakit, sesungguhnya pesakit itu tidak boleh berkata kepada
dokter: Aku tidak mahu mengambil ubat ini melainkan setelah engkau puaskan
hatiku dulu dengan kebaikannya. Bahkan yang sepatutnya ialah dia melaksanakan
saja apa yang dikatakan oleh dokter, demikianlah patuhnya pesakit kepada dokter,
sedangkan kedua-duanya sama sahaja sebagai manusia, maka bagaimanakah pula
sepatutnya adab manusia kepada Penciptanya? Sesungguhnya segala pekerjaan

4
aqal di sisi orang mukmin adalah untuk mendorong agar beriman dengan Allah, dan
setelah engkau beriman - wahai orang mukmin - dengan Allah sebagai Hakim, maka
terimalah dari Allah akan sebarang hukum, kerana Ia terpercaya untuk
membimbingmu lantaran engkau adalah ciptaanNya.”

Dr. A’thiyyah Saqar Rahimahullah ulama besar Al-Azhar menekankan agar


perbahasan ilmu Aqidah atau apa sahaja perbahasan ilmu hendaklah disusuli dengan
perlaksanaan tuntutan-tuntutan iman. Kebimbangan beliau itu bukanlah suatu hal
yang tidak berasas. Kita berdepan fenomena para agamawan yang bertungkus lumus
menegakkan pendirian ilmiahnya dalam permasalahan furuk namun tidak
terangsang untuk menegur dan menolak pemimpin yang membelakangkan ketaatan
terhadap shariat Islam dalam politik dan pentadbiran kerana menganuti fahaman
Sekularisme Kristian melebihi setengah abad. Ketaatan kepada Allah dalam aspek
politik dan pentadbiran serta menolak pemimpin yang menyeleweng adalah dari
tuntutan-tuntutan besar keimanan. Di dalam kitab Fatwanya yang terkenal beliau
berkata:

“Saya berkeyakinan wahai saudara yang bertanya bahawa selama mana kamu
sebagai muslim dan mukmin lantas sudah tentu beriman terhadap kewujudan Allah,
bahawa janganlah menyibukkan diri kamu dengan urusan yang tidak diperhatikan
kecuali oleh ahli falsafah dan para ulama pakar sahaja yang telah menghabiskan
waktu yang besar di dalam perbahasan dan perbincangan. Sedangkan kita berada
dalam keadaan yang paling memerlukan kepada apa sahaja dari waktu dan usaha
bagi digembelingkan pada jalan perjuangan penentuan nasib yang sedang dilalui
oleh kaum muslimin umumnya pada hari ini.”

“Semoga dengan kalimah yang ringkas ini sudah memadai sebagai jawapan kepada
soalan, dan kitab-kitab Tauhid dan Tafsir terdapat di dalamnya keluasan ilmu bagi
orang yang inginkan penambahan, dan yang penting adalah amal dengan tuntutan
iman bagi Nama-Nama Allah tersebut dan bukan berpada dengan menghafalnya
sahaja atau mencukupkan bilangannya, ilmu adalah untuk beramal dan bukan untuk
hafalan semata-mata.”

Kewajipan Al-Walak adalah tuntutan iman yang terpenting dalam rangka


mempertahankan Islam. Ia menjadi kayu ukur yang zahir bagi keberadaan seorang
muslim di dalam lingkungan pendukung Islam yang sebenar. Tidak dapat dibezakan
seorang Muslim yang setia kepada Islam dari sebaliknya dengan hanya berpandukan
kepada ibadah dan amalan yang kelihatan soleh pada zahirnya. Golongan munafiqun
di zaman Nabi SAW bersembahyang bersama Baginda SAW namun mereka sangat
memusuhi Islam dan menentang keras dakwah Baginda SAW. Asy-Sheikh Said
Hawwa menegaskan hakikat ini dalam bukunya Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan.
Beliau berkata:

“Tiada di sana suatu apa pun yang dapat mempastikan keadaan seorang insan
benar-benar dari kalangan Hizbullah atau Hizbu Syaitan seumpama Al-Walak, maka
bukannya solat, dan bukannya zakat, dan bukannya mengerjakan Haji, dan
bukannya puasa, dan bukannya amalan-amalan Islam dari selain itu yang dapat

5
menjadikannya dari kalangan Hizbullah apabila telah rosak walaknya. Dan apabila
betul walaknya maka sesungguhnya ia adalah termasuk di kalangan Hizbullah sekali
pun berlaku kekurangan di dalam amal. Di dalam hadith (Barangsiapa memisahkan
diri dari jamaah dengan qadar sejengkal sahaja maka sesungguhnya dia telah
mencabut ikatan Islam dari tengkuknya, sekali pun dia bersembahyang dan berpuasa
dan menyangkakan bahawa dia adalah seorang Muslim.) Menegaskan pula makna
yang telah kami sebutkan ini banyak daripada ayat-ayat AlQuran. Sesungguhnya
Allah Azza Wa Jalla telah berfirman dalam menerangkan sifat golongan munafik
dalam surah An-Nisa’ ayat 138-139 bermaksud:

(Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik bahawa sesungguhnya


disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (iaitu orang-orang
yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari
kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan
dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya).

3. MEMBEBASKAN WALAK UNTUK ALLAH, RASUL SAW DAN


GOLONGAN BERIMAN YANG JUJUR TERHADAP ISLAM SAHAJA

Pengkhianatan yang berterusan terhadap Islam dan ummatnya tidak dapat


dikekang apabila kesedaran mengenai hukum Al-Walak diabaikan. Apatah lagi di
zaman manusia menganuti ideologi yang mengajarkan kebebasan bersuara dan hak
asasi secara sekular. Pengkhianatan diberikan sanjungan dan pujian serta habuan
kebendaan terutamanya apabila membantu penyebaran dan pengukuhan agenda-
agenda musuh-musuh Islam. Dengan pengabaian itu tiada lagi sifat kewaspadaan
kepada unsur-unsur penentangan terhadap Islam.

Asy-Sheikh Said Hawa Rahimahullah dalam kitabnya Jundullah Tsaqafatan wa


Akhlaqan telah mengingatkan tentang gejala yang pelik di kalangan umat Islam pada
hari ini. Beliau menjelaskan mengenai pergerakan musuh-musuh Islam di dalam
negeri-negeri umat Islam:

“Pergerakan itu samada dalam bentuk berkerja secara langsung dengan agensi
perisikan Barat, atau wujudnya organisasi-organisasi Komunis pada setiap daerah
umat Islam, atau pertubuhan-pertubuhan Freemason dan kelab-kelabnya yang
sangat banyak dengan kesungguhan dan kekuatan dananya, atau dalam bentuk
sekolah-sekolah dan yayasan-yayasan Tabsyiriah yang semuanya berhubungan
dengan gerakan-gerakan di luar negara, atau parti-parti politik nasionalis dan
individu-individu berpengaruh yang lazimnya mereka dibelakangi oleh tali barut-tali
barut yang berkerja menyebarkan pemikiran atau agenda politik golongan Kuffar,
atau yayasan-yayasan pendidikan dan kajian strategik yang mendapat bantuan
dana dari luar, atau dalam bentuk golongan minoriti di setiap negeri umat Islam

6
yang cuba digembelingkan untuk kepentingan asing, atau munculnya orang-orang
yang berputar dalam paksi yang sama dengan semua bentuk-bentuk yang telah lalu
yang membantu samada dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan, atau dalam
bentuk generasi baru yang lahir dan dikaderkan oleh kumpulan-kumpulan mereka
dan seumpama mereka, kadang-kadang generasi baru ini berkerja dengan sukarela
memainkan peranan golongan tersebut dengan penuh bersemangat ketika
bersendirian. Atau dalam bentuk yang paling ganas berbanding semua yang
terdahulu bahkan yang paling banyak kekejiannya adalah gerakan Zionisme
antarabangsa dan agensi-agensi yang berkerja bagi kepentingan Yahudi di setiap
tempat dan daerah kaum Muslimin.”

Secara asasnya tidak kurang dari sepuluh bentuk keadaan ganjil dan pelik yang
sedang berlaku di negeri-negeri Umat Islam. Ia menjadi suatu keganjilan kerana
kewujudannya di dalam dunia Islam yang sudah tentu bergerak dengan bantuan
orang-orang Islam sendiri. Sedang semua entiti-entiti ini berkerja untuk mengekang
Islam dan melemahkan ummatnya. Sebahagian mereka adalah orang-orang Islam
yang secara sengaja mengabaikan tuntutan-tuntutan iman, tidak setia kepada Islam
dan memberi walak kepada musuh-musuhnya.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat 22 bermaksud:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau
anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah
menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan
memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama)
Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya.

Maka itu menimbulkan kesedaran yang tinggi mengenai hukum Al-Walak dan
mengembalikan Walak kepada Allah dan Rasul SAW serta golongan yang beriman
adalah menjadi agenda dakwah yang tidak boleh diabaikan.

Hendak diketahui dengan jelas bahawa walak kepada Allah ialah dengan
menyembahNya dan mematuhi ajaran yang terkandung di dalam AlQuran, dan walak
kepada RasulNya SAW ialah dengan meninggikan sunnahnya dan mendukung
dakwahnya, manakala walak kepada golongan yang beriman ialah dengan
meletakkan kepada mereka seluruh ciri-ciri Walak yang disebut di dalam AlQuran
dan Sunnah terutamanya kepada para ulama Amilin, golongan solihin, dan para
pendakwah di jalan Allah kerana mereka itu adalah golongan mukminin yang khusus.
Maka menurut Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah adalah menjadi kewajipan kita
bersikap demikian terhadap golongan yang beriman:

7
1. Menolong orang-orang yang beriman dan bukan mengabaikan keadaan mereka.
2. Kita sehidup semati dengan mereka.
3. Kita tidak mengikuti kehendak orang yang kafir dalam hal yang merugikan mereka.
4. Kita tidak teragak-agak memberikan rahsia Kuffar kepada golongan beriman.
5. Kita menyintai golongan beriman, mesra kepada mereka dan menyokong mereka.
6. Kita mendampingi mereka dan melihat mereka sebagai golongan terhormat kita
serta meramaikan kumpulan mereka.
7. Kita mematuhi kepimpinan mereka dalam politik dan amal.
8. Kita mengikuti penampilan mereka lantaran ia bermakna mencontohi Rasulullah
SAW kerana Baginda adalah ikutan mereka.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah menegaskan:

“Sekarang sesungguhnya kita telah mengetahui bahawa seorang Muslim tidak


menjadi muslim yang sebenar selama mana ia tidak membebaskan walaknya untuk
dikembalikan kepada Allah, RasulNya SAW dan golongan beriman, dan bahawa
sesungguhnya tidak harus memberikan walaknya kepada sebarang ikatan walau apa
pun jenisnya selain dari ikatan Islam sahaja, dan bahawa sesungguhnya tidak harus
memberikan walaknya kepada golongan kuffar dan munafiqin.”

4. BEBERAPA CIRI UTAMA AL-WALAK MENURUT ALQURAN DAN


SUNNAH

Mazahir Al-Walak atau ciri-ciri Al-Walak yang terkandung di dalam AlQuran


dan Sunnah Baginda SAW dapat secara ringkasnya diperincikan kepada tujuh ciri
yang utama menurut Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah. Tujuh ciri tersebut
adalah: 1. Memberikan pertolongan 2. Menjaga kerahsiaan 3. Kecintaan dan
kemesraan 4. Kebersamaan 5. Ketaatan 6. Penyerupaan 7. Keanggotaan.
Berdasarkan keterangan AlQuran dan Sunnah ketujuh-tujuh ciri Al-Walak ini
diharamkan kepada golongan Kuffar dan Munafiqin.

1. Ciri memberikan pertolongan: Tidak dibenarkan memberi sebarang bentuk


pertolongan kepada kerja-kerja yang menentang Islam dan merugikan Islam.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hasyr ayat 11 bermaksud:

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap
orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara
mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: “Sesungguhnya kalau
kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami
tidak akan tunduk taat kepada sesiapa pun untuk menentang kamu selama-lamanya;
dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!”

8
Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Termasuk di dalam jenis ini dari al-Walak ialah perbuatan-perbuatan banyak ahli-
ahli politik yang mempertahankan golongan kuffar dan mulhid, samada individu-
individu, atau kumpulan-kumpulan, atau parti-parti politik, dan termasuk juga
perbuatan-perbuatan setiap orang yang menganggotai parti yang menyeleweng
yang didirikan di atas ikatan selain ikatan Islam.”

2. Ciri Menjaga Kerahsiaan: Tidak dibenarkan mendedahkan rahsia golongan yang


beriman kepada para penentang Islam.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 1 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh
kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-
berita rahsia orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada
di antara kamu dengan mereka.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Maka pendedahan kepada golongan kuffar akan rahsia-rahsia golongan beriman


untuk menggagalkan rencana-rencana golongan beriman atau untuk melindungi
golongan kuffar dari golongan beriman adalah jenis walak yang mengeluarkan dari
iman.”

Walak yang diberikan kepada golongan Kuffar dan Munafiqin akan mengeluarkan
seseorang itu daripada Islam apabila menyebabkan terjadinya iktiqad atau ucapan
atau perbuatan yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah.

3. Ciri Kecintaan Dan Kemesraan: Tidak boleh menyintai dan menunjukkan


kemesraan kepada golongan kuffar dan sesiapa pun yang menzahirkan permusuhan
dan penentangannya terhadap Islam bahkan wajib menghapuskan kecintaan di
dalam hati (al-Mawaddah Al-Qalbiyyah) dan mengukuhkan hubungan hati dan
lahiriah terhadap kekasih-kekasih Allah. Ada pun sekadar melakukan perkara yang
makruf sahaja adalah dari akhlak yang dituntut oleh Islam.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 22 bermaksud:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
RasulNya.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Dan telah berkata Ibnu Mas’ud Rdh ( Sekiranya seseorang menyembah akan Allah
antara hijr dan maqam tujuh puluh tahun sekalipun, Allah tidak akan
membangkitkannya melainkan bersama dengan orang yang ia kasih) Maka apabila

9
keadaanmu mendapati seorang insan di mana perasaannya bersama dengan orang-
orang yang kafir dan munafiqin, cenderung kepada mereka dan menyintai mereka,
dan berharap kemenangan mereka, maka itulah dia walak dari sebesar-besar walak.”

4. Ciri Kebersamaan: Tidak boleh duduk semajlis dengan golongan kuffar dan
munafiqin dengan sengaja, dan mendengar perkataan mereka yang memburukkan
Islam secara berterusan tanpa menolak atau bersikap marah atau keluar
meninggalkan mereka.

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 140 bermaksud:

Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam


Kitab (Al-Quran), iaitu; apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan
Allahdiingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu
duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan
soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah
kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekelian
orang munafik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Dan termasuk dalam ciri walak ini gambaran yang banyak, antaranya seorang insan
yang menyertai kelab orang-orang kafir, atau kelab orang mulhid, atau kelab orang
yang menganjurkan pornografi, atau kelab penyembah nafsu, atau menyertai
demontrasi seumpama mereka, atau menghadiri kelab mereka atau pertemuan
mereka, atau pusat-pusat seruan mereka, atau menghadiri perayaan-perayaan
mereka, atau mendengar syarahan-syarahan mereka kecuali apabila ditugaskan…

Dan termasuk dalam ciri walak ini menganggotai parti yang sesat lagi kafir dan
menyokong calon-calonnya dan mengundi mereka. Yang demikian itu adalah
sebesar-besar jenis walak yang berlaku di zaman kita.”

5. Ciri Ketaatan: Mentaati musuh-musuh Islam dari kalangan kuffar dan munafiqin
adalah sebesar-sebesar sebab yang mendedahkan kepada kerosakan iman.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-ahzab ayat 48 bermaksud:

Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang


munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah mengharamkan keatas kita mentaati


berbagai kategori orang-orang kafir dan munafik agar kita tidak tergolong di
kalangan mereka. Allah menjadikan ketaatan kepada mereka sebagai satu
kemurtadan.

10
Firman Allah di dalam Surah Muhammad ayat 25-26 bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah


terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya),
syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan
angan-angan mereka.

Berlakunya yang demikian ialah kerana mereka berkata kepada orang-orang yang
tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: “Kami akan patuh kepada kamu
pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan
pengikutnya) itu; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang
mereka sembunyikan.”

6. Ciri Penyerupaan: Daripada ciri Al-Walak juga adalah at-tasyabbuh. Sesungguhnya


ditegah kepada golongan beriman menyerupai orang-orang kafir pada perkara yang
menjadi syi’ar khusus bagi mereka atau yang melambangkan kekufuran mereka.

Sabda Rasululah SAW yang bermaksud: Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka
ia tergolong dari kalangan mereka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Thabarani)

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Barangsiapa menyerupai dengan Rasulullah SAW dan para sahabatnya maka


sesungguhnya dia telah berwalak kepada mereka dan dia adalah dari kalangan
mereka. Dan barangsiapa yang menyerupai orang-orang kafir maka dia adalah
termasuk dalam kalangan mereka seperti orang-orang yang tersebut yang mengikut
gaya misai stalin, atau misai para pelakon (kafir), atau mengikut kumpulan Beetles,
atau meletakkan lencana gerakan komunis, atau salib orang-orang Kristian, atau
apa sahaja yang khusus bagi orang-orang kafir, dan syi’ar kepada mereka daripada
adat-adat dan tradisi-tradisi. Apabila menyerupai dengannya seorang manusia maka
itu adalah satu jenis daripada walak kepada ahlinya, dan ia justeru itu adalah suatu
bentuk nifak.”

7. Ciri keanggotaan: Menyertai parti-parti politik yang menentang Islam adalah dari
jenis walak yang diharamkan.

Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah berkata:

“Adalah sangat berkemungkinan ciri amali yang terbesar bagi walak yang
diharamkan yang dengannya mengeluarkan pelakunya dari Islam di zaman kita,
ialah walak kepada parti politik yang lain dari parti yang mendukung agama Allah,
walau apa pun jenis parti tersebut dan asas yang ia dibangunkan atasnya, selama
mana ia tidak menampilkan padanya sifat-sifat Hizbullah dan akhlak-akhlaknya dan
tujuan-tujuannya. Ini adalah kerana kepartian semasa adalah dibangunkan di atas
perletakan walak yang lengkap kepada cabang-cabangnya semuanya untuk parti
dan kepimpinannya., tanpa sebarang perasaan teragak-agak walau apa pun jenis
kepimpinan itu, dan tabiat individu-individunya dan prinsip-prinsipnya….

11
Sesungguhnya gerak kerja politik keislaman yang betul ialah gerak kerja yang tidak
menentang Islam dan dalam waktu yang sama ia mendukung tujuan-tujuannya dan
jalannya, seumpama inilah sahaja yang boleh diberikan Al-Walak ”

5. AL-BARRAK

Al-Barrak memberi pengertian sebagai menjauhi, melepaskan diri dan


permusuhan. Dalam konteks gerakan Islam selaku gerakan dakwah para ulama
mengambil pendirian sederhana dan bersifat spesifik serta menjauhi orientasi aqidah
bagi mazhab tertentu dalam menilai konsep Al-Barrak. Kemaslahatan dakwah dan
tabiat perjuangan Islam menolak sebarang pendekatan mafhum Al-Barrak yang
bersifat keras, takfiri dan memencilkan Harakah Islamiyyah. Di Malaysia dalam
rangka memperkukuhkan dakwah dan perjuangan Islam langkah-langkah yang
bersungguh-sungguh telah diambil oleh YB. Tuan Guru Tan Seri Haji Abdul Hadi
Awang Presiden PAS bagi memperkenalkan Budaya Politik Matang Sejahtera. Dalam
hal ini Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah mengingatkan:

“Dan jalan yang panjang bermula dengan satu langkahan, dan hendaklah kita
memperkukuhkan dari mula perletakan kakinya pada permulaan jalan kepada Allah
sehinggalah kepada penghujung jalan. Hendaklah kita sangat berwaspada dari sikap
berotak singkat dan sempit pandangan serta mengharapkan kesempurnaan dalam
sekelip mata, dan dari sikap bermusuhan terhadap sesiapa yang tidak bersetuju
dalam semua perkara dengan kita selepas ia memenuhi akan sifat-sifat Hizbullah,
dan dari sikap menyakiti ahli-ahli yang baru lantaran semua perbuatan itu memberi
kesan buruk kepada usaha memperluaskan pengaruh Islam. Sesungguhnya setiap
individu HizbulLah hendaklah menjadi alat yang menolak perjuangan ke hadapan,
bukannya alat yang menarik perjuangan ke belakang atau menghentikannya dalam
keadaan beku.

Sesungguhnya dakwah kepada Islam yang betul walau apa pun jambatan dari
jambatan-jambatannya, seorang insan menyeberang melaluinya dari Jahiliah
kepada Islam. Adalah satu kemestian kepada kita untuk tidak meruntuhkan
jembatan-jembatan itu sekiranya kita benar-benar beraqal dan benar-benar ikhlas.
Hanya sanya yang perlu kita usahakan ialah agar seseorang tidak kekal di atas satu
jembatan melainkan ia telah menyeberang kepada hakikat-hakikat Islam dan
akhlaknya untuk menjadi sebahagian dari golongan Hizbullah yang sebenar. Yang
demikian itu adalah matlamat besar yang dengannya bakal tercapai semua perkara,
dan tanpanya tidak tercapai walau satu apa pun.”

Asy-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya Harakah Islamiah Satu Tuntutan


ketika menghuraikan halangan-halangan yang melemahkan dakwah yang berpunca
dari dalam pergerakan sendiri berkata:

12
“4. Mengasingkan diri dari rakyat massa.

Yang dimaksudkan di sini ialah pergerakan menjadi terasing dan tertutup. Seolah-
olah ia mendirikan benteng yang memisahkannya dari masyarakat dari sebuah
pergerakan khusus bagi satu kumpulan tertentu seperti satu puak agama yang
mempunyai mazhab dan matlamat yang khusus. Sedangkan seharusnya ia
menyuarakan Islam yang menyeluruh. Islam yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah;
mewakili umat Islam dalam setiap negara.”

Selanjutnya Asy-Sheikh Said Hawwa Rahimahullah pada penghujung huraian beliau


berkaitan Al-Walak telah memberikan garis panduan yang jelas dalam persoalan Al-
Barrak di sisi gerakan Islam. Beliau Rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya selagimana kita belum memberikan walak kita kepada golongan


beriman maka kita telah melakukan dosa, dan perbuatan kita memberikan walak
kepada selain mereka adalah satu kesesatan, dan tiada di sisi kita dalam ajaran
Islam sikap berkecuali yang diterima di sisi Allah. Justeru itu barangsiapa yang tidak
bersama kaum Muslimin bukanlah dari kalangannya, akan tetapi mereka tidak
menganggapnya menentang mereka sehinggalah ia memerangi atau menzahirkan
permusuhan.

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 90 bermaksud:

Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang
ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang
datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu
atau memerangi kaumnya. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan
tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan
mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi
kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.”

Justeru itu sikap dan langkah Al-Barrak yang tegas tidak diambil kecuali apabila
permusuhan terhadap Islam di zahirkan dan para penentang Islam menunjukkan
sikap ekstrem mereka. Langkah-langkah yang lunak inilah yang menjadi pembawaan
PAS dalam Muwajahah Silmiyyah Harakah Islamiyyah di Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai