Anda di halaman 1dari 9

8 CONTOH HADITH MAUDHU' (PALSU) DAN DHA'IF

(LEMAH) YANG MASYHUR DI MALAYSIA


pada 29hb November 2010 jam 7.30 pagi
Penyusun: Mohd Hairi Nonchi (Cikgu Arie)
Sumber: Mari Mengenal 50 Hadith Maudhu' & Dha'if Yang Masyhur Di Malaysia (masih dalam
proses penulisan).

Berikut saya kemukakan 8 contoh hadith maudhu' dan dha'if yang masyhur disebar dan diamalkan
oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia. Semoga bermanfaat.

HADITH 1: SOLAT TIANG AGAMA

Solat itu adalah tiang agama, maka barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia
menegakkan agamanya, dan barangsiapa yang merubuhkannya, maka sesungguhnya dia
telah merubuhkan agama.

Penjelasan:

Hadis ini adalah dhaif. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari jalan Umar bin al-Khattab r.a. Punca
kedha'ifan hadis ini adalah terletak pada rawinya yang bernama Ikramah. Beliau dikatakan telah
menerima hadis ini daripada Umar al-Khattab r.a, padahal beliau tidak pernah mendengar hadis ini
daripada Umar al-Khattab r.a. Oleh itu, sanad hadis ini adalah munqathi (terputus).

Berkata Imam al-Hakim: Ikrimah tidak bertemu dengan Umar. Demikian juga keterangan yang
terdapat dalam Takhrij Ihya oleh Imam al-Iraqi. Berkata al-Aljuni dalam Kasyful Khofa: Berkata
Imam al-Sakhawi dalam al-Maqasid: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad lemah
dari Ikrimah dari Umar secara marfu. Imam al-Nawawi berkata: "Hadis (ini) mungkar, batil!"

Ada pun hadis sahih yang hampir 'senada' dengan hadis ini adalah seperti berikut:

: .




:



.

Hendakkah aku khabarkan kepada engkau segala urusan, tiangnya dan puncak
ketinggiannya? Saya (Muadz) berkata: Pasti sahaja wahai Rasulullah! Jawab Rasulullah:
Kepala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncak ketinggiannya adalah jihad.
Hadith riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan al-Thabrani bersumberkan daripada
Mu'az bin Jabal r.a. Dishahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi (no. 2616).

HADITH 2: KHUSYUK DALAM SOLAT


.





Seandainya hati orang ini khusyuk nescaya akan khusyuk juga anggota badannya.

Penjelasan:

Hadis ini maudhu (palsu). Diriwayatkan al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi (2/285). Diriwayatkan
juga oleh al-Hakim, al-Tirmidzi dalam Nawadirul Ushul dari jalan Soleh bin Muhammad dari
Sulaiman bin Amr dari Ibn Ajlan dari Maqbari dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah melihat
seseorang yang bermain-main dengan janggutnya saat (mengerjakan) solat), maka Rasulullah
bersabda dengan lafaz di atas.

Sumber kecacatan hadis ini kerana pada sanadnya terdapat seorang rawi yang bernama Sulaiman
bin Amr, dia itu orang yang disepakati atas kelemahannya, bahkan berkata Ibn Adi: Para ulamak
sepakat bahawa dia itu memalsukan hadis. Apa yang benar bahawa hadis ini adalah ucapan Said
bin Musayyib.

HADITH 3: SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN

Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka
tidak akan bertambah kecuali semakin jauh dengan ALLAH.

Penjelasan:

Hadis ini adalah batil. Diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam Mujam al-Kabir (3/106), al-Qudhai
dalam Musnad Syihab (2/43), Ibn Abi Hatim dari jalan Laits bin Abi Salim dari Thawus dari Ibn Abas
secara marfu. Sisi cacat hadis ini adalah Laits bin Abi Salim. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Shaduq
namun dia mukhtalith pada akhir hayatnya sehingga hadithnya ditinggalkan. Apa yang benar hadis
ini adalah ucapan Ibn Masud dan Hasan al-Bashri. Dilihat dari sudut yang lain, hadis ini juga lemah
dari sisi matannya. Berkata Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuah
(no.2):

Di samping itu matannya pun tidak shahih sebab zahirnya mencakup siapa sahaja yang mendirikan
solat dengan memenuhi syarat rukunnya. Padahal syarak tetap menghukuminya sebagai yang
benar atau sah, sekalipun pelaku solat tersebut suka melakukan perbuatan yang bersifat maksiat.
Jadi tidaklah benar apabila dengannya (yakni solat yang benar) justeru akan menjauhkan pelakunya
dari ALLAH SWT. Ini sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pula dibenarkan dalam syariat.
Kerana itu, Ibn Taimiyyah menakwilkan kata-kata tidak menambahnya kecuali jauh dari ALLAH jika
yang ditinggalkannya itu merupakan kewajipan yang lebih agung dari yang dilakukannya. Dan ini
bererti pelaku solat tadi meninggalkan sesuatu sehingga solatnya tidak sah, seperti rukun-rukun dan
syarat-syaratnya. Kemudian, kelihatannya bukanlah solat yang demikian (yakni yang sah dan benar
menurut syarak) yang dimaksud dalam hadith mauquf tadi. Dengan demikian jelaslah bahawa hadith
tersebut dhaif, baik dari segi sanad mahupun matannya. Wallahualam.

HADITH 4: DOA QUNUT SUBUH TERUS-MENERUS

Anas bin Malik meriwayatkan:

Terus-menerus Rasulullah s.a.w (mengerjakan) qunut pada solat Subuh sampai baginda
meninggalkan dunia.

Penjelasan:

Hadis ini adalah munkar. Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah (no.7002), Abdurrazaq dalam al-
Mushonnaf (3/110), Ahmad (3/162), al-Thahawi dalam Syarah Maani al-Atsar (1/244), Ibn Syahin
dalam Hasikh al-Hadith wa Mansukhih (no.220), al-Hakim dalam kitab al-Arbain sebagaimana
dalam Nashbur Rayah (2/132), al-Baihaqi (2/201) dan dalam as-Shugra (1/273), al-Baghawi dalam
Syarhus Sunnah (3/124-124), al-Daruquthni dalam Sunannya (2/39), al-Maqdasi dalam al-
Mukhtarah (6/129-130), Ibn al-Jauzi dalam at-Tahqiq (no.689-690) dan dalam al-Ilal al-Mutanahiyah
(no. 753) dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Mudhih Auwan al-Jama wa at-Tafriq (2/255) dan dalam
kitab al-Qunut sebagaimana dalam at-Tahqiq 1/463. Semuanya berpangkal kepada jalan Abu Jafar
ar-Razi dari ar-Rabi bin Anas dari Anas bin Malik secara marfu'.

Muhammad bin Ali al-Balkhi dan al-Hakim berpendapat bahawa hadith ini adalah hadith yang sahih
sebagaimana yang disebut di dalam Khulasah al-Badrul Munir (1/127). Demikian juga pandangan ini
turut dipersetujui oleh al-Baihaqi. Walau bagaimanapun, pandangan para tokoh ini terhadap
kesahihan riwayat di atas telah pun ditolak oleh sebahagian besar para ahli hadis yang lain.

Antara sebab penolakan para ulamak hadis ke atas kesahihan hadis di atas adalah kerana di dalam
sanadnya terdapat seorang rawi yang bernama Abu Jafar ar-Razi iaitu salah seorang rawi yang
terkenal sebagai lemah di dalam meriwayatkan hadis. Berikut dikemukakan beberapa komentar oleh
para ahli hadis terhadap Abu Jafar ar-Razi: Imam Ibn Turkumani, dia berkata di dalam al-Jauhar an-
Naqy: Bagaimana boleh sanadnya menjadi sahih sedang rawi yang meriwayatkannya dari Rabi bin
Anas adalah Abu Jafar Isa bin Mahan ar-Razi mutakallamun fihi (dikritik).

Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Zadul Maad (1/276) setelah menukil suatu keterangan dari gurunya,
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang salah satu bentuk hadis munkar yang diriwayatkan oleh Abu
Jafar al-Razi, beliau berkata: Dan yang dimaksudkan bahawa Abu Jafar al-Razi ialah orang yang
memiliki hadis-hadis yang munkar, sama sekali tidak boleh diguna berhujah oleh seorang pun para
ahli hadis. Periwayatan hadisnya yang ia bersendirian dengannya.

Syeikh al-Albani, dalam kitabnya Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wa al-Mauhduah (no.1238) memetik
komentar Ibn al-Turkama terhadap Abu Jafar dimana dia berkata: Bagaimana sanadnya boleh
dikatakan shahih, sedangkan perawinya (al-Rabi Abu Jafar Isa bin Mahan al-Razi) banyak
dipermasalahkan dan menjadi buah bibir kalangan muhaddithin. Di antaranya Imam Ahmad dan al-
Nasai menyatakannya sebagai perawi yang tidak kuat. Abu Zarah mengatakan banyak
menyimpang di dalam meriwayatkan (hadith). Al-Falas berkata: Buruk hafalannya. Ibn Hibban
menegaskan: Terbukti telah meriwayatkan hadith-hadith munkar yang dinisbahkan kepada para
perawi kondang.

Ringkasnya, sesiapa sahaja yang meneliti keterangan para ulamak hadis tentang Abu Jafar al-Razi
ini akan mendapati bahawa kritikan terhadap beliau adalah jarh mufassar (kritikan yang jelas
menerangkan sebab kelemahannya seorang rawi). Maka apa yang disimpulkan oleh Ibn Hajar al-
Asqalani dalam Taqrib Tahdzib adalah amat tepat. Beliau berkata: Shadiqun sayyiul hifzh khususan
anil Mughirah (jujur tetapi buruk hafalannya, terlebih lagi riwayatnya daripada Mughirah).

Dalam pada itu, hadis ini juga kelihatan bercanggah dengan hadis-hadis lain yang sahih, di
antaranya ialah sebagaimana riwayat Anas bin Malik r.a berikut:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak melakukan qunut kecuali apabila beliau berdoa untuk
(kebaikan) suatu kaum atau berdoa (keburukan atas suatu kaum). - Hadith riwayat Ibn
Khuzaimah (no.620) dan Ibn al-Jauzi dalam at-Tahqiq (1/460), disahihkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah (no. 639).

Juga hadis berikut:







:


.
:



Saya bertanya kepada ayahku: Wahai ayahku, engkau solat di belakang Rasulullah s.a.w, Abu
Bakar, Umar, Utsman dan Ali r.a di sini dan di Kufah selama 5 tahun, apakah mereka
melakukan qunut pada solat Subuh? Maka dia menjawab: Wahai anakku hal tersebut (qunut
Subuh) adalah perkara baru (bidah). Hadith riwayat al-Tirmidzi (no.402), al-Nasai (no.1080),
Ibn Majah (no.1242), Ahmad 3/472 dan 6/394, al-Thabrani (no.8177-8179), al-Baihaqi (2/213) dan
lain-lain. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa al-Ghalil (no.435) dan Syeikh Muqbil dalam al-
Shahih al-Musnad Mimma Laisa Fi ash-Shahihain.
Lebih lanjut sila rujuk artikel Semua Hadis Tentang Qunut Subuh Terus Menerus Adalah
Lemah karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas yang dimuatkan di dalam Ar-Rasaail (Pustaka Abdullah,
Jakarta, 2004).

HADITH 5: QASHAR SOLAT APABILA MELEPASI 4 BARID ATAU 2 MARHALAH

Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan solat (bagi jarak perjalanan)
yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.

Penjelasan:

Hadis ini maudhu'. Diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir (1/112) dan al-Daruquthni
dalam Sunan dengan sanad dari Ismail bin Iyasy dari Abdul Wahab bin Mujahid dari ayahnya dari
Atha' bin Abi Rabah dari Ibn Abbas r.a. Syeikh al-Albani menjelaskan di dalam kitabnya Silsilah al-
Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah (no.439):

Menurut saya, riwayat ini adalah maudhu' (palsu) disebabkan adanya Abdul Wahab bin Mujahid
yang oleh Sufyan ats-Tsauri dinyatakan sebagai pendusta. (Imam) al-Hakim berkata: Abdul Wahab
bin Mujahid terbukti meriwayatkan hadis-hadis maudhu' (palsu). Ibn al-Jauzi berkata: Seluruh
muhaddithin (ahli-ahli hadith) sepakat tidak menerima riwayatnya. Adapun Isma'il bin Iyash adalah
dha'if (lemah). Wallahua'lam.

Kenyataan Syeikh al-Albani di atas turut disokong oleh Imam al-Syaukani dimana beliau menyebut
di dalam kitabnya, Nail al-Authar (3/481):

Hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan
hadith ini) terdapat Abdul Wahab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah matruk (tertolak). Imam al-
Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya
(iaitu Ibn Abbas r.a) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma'il bin Iyasy dan dia adalah
dha'if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahab tersebut adalah orang Hijaz. Yang
benar, hadith ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibn Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-
Syafie darinya dengan sanad yang shahih.

Selain itu, hadith ini juga dilihat bercanggah dengan hadith-hadith lain yang menerangkan baginda
s.a.w dan para sahabat r.a tetap meringkaskan (qashar) solat walaupun jarak perjalanan kurang
daripada 4 barid atau 2 marhalah. Hadith-hadith berikut menjadi rujukan:

Anas bin Malik r.a meriwayatkan:















.
Rasulullah s.a.w apabila keluar dalam satu perjalanan yang berjarak 3 mil atau 3 farsakh
maka baginda bersolat hanya 2 rakaat (qasar). Hadith riwayat Muslim dalam Shahih Muslim
(no.691).

Jarak bagi satu 1 mil adalah bersamaan dengan 1, 748 meter. Oleh itu jika 3 mil maka jaraknya
ialah 5, 244 meter (sekitar 5 km lebih). Manakala ukuran bagi 1 farsakh pula adalah bersamaan
dengan 5, 541 meter. Oleh itu jarak sebenar bagi 3 farsakh adalah bersamaan dengan 16, 623
meter (sekitar 16 km lebih). Dalam hadith yang lain, juga riwayat daripada Anas bin Malik r.a, beliau
berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w solat Zuhur 4 rakaat di Madinah dan bersolat Asar di Dzil
Hulaifah 2 rakaat. Hadith riwayat Muslim dalam Shahih Muslim (no.690).

Sebagaimana yang kita ketahui jarak bagi perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah adalah 7 mil
iaitu bersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer. Dengan ini maka jelaslah bahawa
penetapan jarak 4 barid atau 2 marhalah bagi membolehkan solat diringkaskan (qashar) adalah
bertolak belakang dengan al-Sunnah Rasulullah s.a.w. Untuk perbincangan yang lebih mendalam
berkaitan solat jamak dan qasar menurut al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang shahih, sila rujuk buku
Sembahyang Jamak Dan Qasar Adalah Sedekah Allah karya saudara Mohd Yaakub Mohd Yunus,
terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru.

HADITH 6: DOA SEBELUM MAKAN

. , ,

Ya ALLAH, berkatilah bagi kami apa yang ENGKAU rezekikan kepada kami dan peliharalah
kami dari azab neraka.

Penjelasan:

Hadith ini dhaif jiddan (sangat lemah). Dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam ad-Dua (no. 888), Ibn
Adi (6/2212) dan Ibn al-Sunni. Sanadnya memiliki kecacatan yang amat parah kerana di dalamnya
terdapat rawi yang diperbincangkan oleh para ulama. Rawi tersebut ialah Hisyam bin Ammar dan
Ibn Sami. Namun yang lebih parah dari itu ialah Ibn Abi Zuaiziah, dia seorang yang tertuduh
berdusta dan hadisnya sangat munkar. Oleh yang demikian hadith ini dianggap sebagai mungkar
oleh Ibn Adi, al-Dzahabi dan Ibn Hajar al-Asqalani. Selain itu hadith ini dinilai sebagai dhaif jiddan
oleh Syeikh 'Amr bin Ali Yasin dalam semakannya ke atas Kitab al-Adzkar Li al-Nawawi (no. 674).
Apa yang sahih berkenaan doa sebelum makan ini adalah sebagaimana dalam hadith berikut:

.


.



Apabila salah seorang di antara kamu makan maka katakanlah: Bismillah, lalu apabila pada
awalnya dia lupa maka katakanlah: Bismillah fi awwalihi wa akhirihi. - Hadith riwayat al-Tirmidzi
(no. 1858) dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Lihat Shahih
Abu Daud (no. 3768), Shahih Ibn Majah (no. 3264) dan Shahih al-Jami (no. 1335).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w mengajar Umar bin Abi Salamah yang masih kecil:

Wahai budak lelaki, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu. - Hadith riwayat
al-Bukhari, no. 5376 dan Muslim (no.2022).

HADITH 7: DOA SELEPAS MAKAN

Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami
termasuk kaum muslimin.

Penjelasan:

Hadis ini dhaif. Dikeluarkan oleh Ahmad (3/32), Abu Daud (no.3850), al-Tirmdzi (no.3457), al-
Nasai dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah (no.289), Ibn Majah (no.3283) dan lain-lain. Ia memiliki
jalan periwayatan di mana setiapnya memiliki kelemahan di dalamnya. Syeikh Syuaib al-Arnauth
dan rakan-rakan telah mentakhrij jalan-jalan ini dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad
(no.11276) dan mereka tidak menilainya saling menyokong hingga dapat diangkat darjatnya ke taraf
hasan li ghairihi.

Imam al-Nawawi mengemukakan doa ini dalam kitabnya, al-Adzkar (no. 698). Penyemak kitab,
Syeikh Amr bin Ali Yasin telah mentakhrij lima jalan periwayatan dengan setiapnya memiliki
kecacatan. Beliau tidak menilainya saling menyokong hingga dapat diangkatnya ke taraf hasan li
ghairihi. Demikian juga, Syeikh Salim bin Eid al-Hilali dalam kitabnya Shahih Kitab al-Adzkar wa
Dhaifuhu (no.654) turut menyatakan kelemahan riwayat ini. Beliau menerangkan:

Saya berkata, hadith ini bersanad dhaif kerana di dalamnya para perawi mengalami idhthirab
sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Nasai di dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah, ms. 265, al-
Hafiz al-Mizzi di dalam kitab Tahdzib al-Kamal (3/41-42 dan 92) dan diakui oleh al-Hafiz di dalam
kitab Tahdzib al-Tahdzib (1/282). Al-Hafiz al-Dzahabi di dalam kitab al-Mizan al-Itidal (1/228)
mengatakan: Ismail bin Riyah al-Sulami adalah seorang yang menyerupai tabiin, yang mana saya
tidak mengetahui siapa dia. Untuknya Abu Daud pernah meriwayatkan dan darinya Abu Hasyim al-
Rumani meriwayatkan seorang diri dan hadithnya mudhtharib. Dan Riyah adalah Ibn Ubaidah,
mengenai dirinya kurang diketahui. Abu Hasyim meriwayatkan dari Ismail bin Riyah dari ayahnya
atau dari lainnya, dari ayahnya bahawa Nabi s.a.w jika selesai dari makannya, baginda
mengucapkan: Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum dan
menjadikan kami termasuk kaum muslimin, hadith ini gharib munkar. Dan Hadith ini sama seperti
yang dikemukakan oleh para imam bahawa di dalamnya terdapat idhthirab dan ketidakjelasan.

Selain itu, sila rujuk Dhaif Sunan Abu Daud (no. 3850), Dhaif Sunan at-Tirmidzi (no. 3457),
Mukhtashar al-Syamail al-Muhammadiyyah li at-Tirmidzi (no. 163), Dhaif Sunan Ibn Majah (no.
3346), semuanya oleh Syeikh al-Albani.

Adapun yang shahih berkenaan doa selepas makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:

Segala puji bagi ALLAH (dengan pujian) yang sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan
penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai
TUHAN kami. - Hadith riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no. 5458).

HADITH 8: MEMBACA SURAH YASIN APABILA MEMASUKI TANAH PERKUBURAN


.



) (

Barangsiapa memasuki perkuburan kemudian membaca surah Yasin maka diringankan pada
hari itu segala beban mereka (ahli kubur) dan baginya kebaikan sejumlah orang yang ada
dalam perkuburan itu.

Keterangan:

Hadith ini maudhu (palsu).Dikeluarkan oleh al-Tsalabi dalam Tafsir (3/161/2) dengan jalur sanad
dari Muhammad bin Ahmad al-Riyahi: telah memberitakan kepada kami ayah kami, memberitakan
kepada kami Ayyub bin Mudrik, dari Abi Ubaidah, dari al-Hasan, dari Anas bin Malik, secara marfu'.
Syeikh al-Albani menjelaskan dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhua (no.1246):

Menurut saya, sanad (hadith) ini gelap, rosak dan berendangan kelemahannya. Pertama, Abu
Ubaidah dinyatakan oleh Ibn Muin sebagai perawi misterius. Kedua, Ayyub bin Mudrik disepakati
oleh pakar hadith sebagai perawi dhaif. Bahkan, Ibn Muin menyatakannya sebagai perawi
pendusta. Ibn Hibban mengatakan bahawa ia telah meriwayatkan lembaran palsu dari Makhul,
namun ia belum pernah melihatnya. Menurut saya, dialah penyakit hadith ini. Ketiga, Ahmad al-
Riyahi yang sebenarnya adalah Ahmad bin Yazid bin Dinar Abul Awam. Dikatakan oleh al-Baihaqi:
Dia perawi misterius, seperti ditegaskan dalam al-Lisan.
Adapun puteranya, Muhammad, adalah perawi yang benar pemberitaannya. Otobiografinya
disebutkan di dalam Tarikh al-Baghdad (1/372). Al-Hafiz al-Sakhawi mengatakan dalam al-Fatawa
al-Hadithiyah (1/19): Telah meriwayatkannya Abu Bakar Abdul Aziz sahabatnya al-Khallal dengan
sanad dari Anas secara marfu, seperti disebutkan di dalam Juzu Washulu al-Qiraati ilal Mayyit
karya Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Maqdisi. Kemudian disebutkan di dalam al-Syafii karya Abi
Bakar Abdul Aziz, sahabat al-Khallal al-Hambali, seperti yang dinisbahkan kepadanya oleh Syeikh
al-Maqdisi, yang saya anggap tidaklah shahih.

Menurut saya, kalau saja mereka mendapati sanadnya secara tepat, pastilah mereka menetapkan
dengan penuh kepastian akan ketidakshahihan sanad dan riwayat itu. Kami bersyukur kepada
ALLAH kerana telah menganugerahi pengetahuan sehingga dapat mengenali kelemahan riwayat
tersebut. Saya menjumpai hadith serupa diriwayatkan dengan redaksi yang maudhu.

Anda mungkin juga menyukai