Anda di halaman 1dari 14

PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA

942/1 STPM 2017


PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
GEOGRAFI
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
KERTAS 1
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
( Dua Jam)
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSAANPERCUBAAN2016PEPERIKSA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


GEOGRAFI STPM

PANITIA GEOGRAFI NEGERI KEDAH &


JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

SKEMA PEMARKAHAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 14 halaman bercetak.


© Modul Latihan Panitia Geografi Negeri Kedah 2016.

STPM 942/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]

Jawab semua soalan.

1. (a) Takrifkan maksud pergerakan bumi dalam sistem suria.

Pergerakan bumi bermaksud bumi beredar mengelilingi matahari di atas orbitnya dan
berputar di atas paksinya yang condong. (3m)

(b) Nyatakan dua ciri peredaran bumi


i) Beredar mengelilingi matahari
ii) Satu edaran mengambil masa 366 1/4 hari
iii) Beredar dari barat ke timur. (2m)

Mana-mana2 ciri 2 x1m = 2m

(c) Huraikan 3 kesan peredaran bumi. [6m]

i) Kejadian 4 musim di kawasan sederhana dunia – Berlakunya 4 musim iaitu


musim bunga, panas , luruh dan sejuk apabila bumi beredar dankawasan
tersebut menghadap matahari atau sebaliknya. Hanya negara-negara di
kawasan sederhana dunia mengalaminya.

ii) Perbezaan panjang siang dan malam- Kawasan yang menghadap matahari dan
mengalami musim panas akan mengalami siang yang lebih panjang dan
sebaliknya bagi kawasan yang mengalami musim sejuk, malamnya lebih
panjang.

iii) Fenomena gerhana bulan – Ianya berlaku apabila waktu peredaran, bumi,
bulan dan matahari berada dalam sebaris dimana bumi berada di tengah antara
bulan dan matahari.

iv) Fenomena gerhana matahari – Ianya berlaku bila matahari , bulan dan bumi
berada sebaris di manabulan berada ditengah antara matahari dan bumi
menyebabkan cahaya matahari terhalang untuk sampai ke bumi.

v) Perihelion dan afelion – Merujuk kepada jarak bumi paling dekat dan jarak
bumi paling jauh ketika bumi berada pada orbitnya yang elips. Jarak jauh ialah
afelion iaitu 152 juta km manakala perihelion jarak mpaling dekat iaitu 147
juta km.

Mana-mana 3 isi X 2m = 6m
(d) Jelaskan 2 kesan bahangan suria terhadap proses geomorfologi. [4m]

(i) Mempengaruhi proses luluhawa – bahangan mempengaruhi


luluhawa mekanikal melalui proses pengembangan dan pengecutan batuan
yang terdedah.

(ii) Mempengaruhi proses gerakan jisim – Tenaga matahari akan menyejatkan air
dalam tanah menyebabkan tanah dicerun kering dan poros menggalakkan
pergerakan jisim.

(iii) Mempengaruhi proses hakisan - Sumber air yang banyak melalui pembentukan
hujan atau melalui pencairan glasier menggalakkan pergerakan air yang lalu
dan meningkatkan proses hakisan.

Mana-mana 2 isi X 2m = 4m

2(a) Di atas peta dunia, namakan Banjaran gunung lipat yang bertanda 1 hingga 5 [5m]

(b)(i) Jelaskan bagaimana proses lipatan ke atas kerak bumi terjadi. [4m]

(ii) Huraikan perbezaan antara bentuk muka bumi Gunung lipat muda dengan
Gunung lipat tua. [6m]

(c) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi lipatan terhadap aktiviti manusia [10m]

Skema jawapan

(a) Di atas peta dunia, namakan Banjaran gunung lipat yang bertanda 1 hingga 5 [5m]
1. Banjaran Himalaya 4. Banjaran ALPS
2. Banjaran Rocky 5. Banjaran Pemisah Besar (Australia)
3. Banjaran Andes

(b)(i) Jelaskan bagaimana proses lipatan kerak bumi terjadi. [4m]

- Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi wujud


pergerakan arus perolakan magma
- Arus ini mempunyai daya yang kuat
- Menggerakkan plat- plat
- Lipatan kerak bumi terjadi apabila plat-plat bertembung antara satu
sama lain (plat benua dengan plat benua)Lipatan

4 x 1m = 4m
(ii) Huraikan perbezaan antara bentuk muka bumi Gunung Lipat Muda dengan [6m]
Gunung LipatTua

Bentuk muka bumi gunung lipat Muda Bentuk muka bumi Gunung lipat Tua

- Terbentuk lebih 35 juta tahun dahulu - Terbentuk lebih 270 juta tahun
dahulu

- Meliputi kawasan sekitar Mediteranean, - Meliputi kawasan Tanah Tinggi


Banjaran Himalaya, Banjaran besar Apalachian, Banjaran Pemisah
Malaysia Australia

- Aktiviti gunung berapi masih aktif/ hidup - Aktiviti gunung berapi tidak
aktif/ mati
- Gunung ganangnya meninggi kerana - Proses geomorfologi seperti
proses orogenesis masih aktif. luluhawa, hakisan,
pengangkutan dan pemendapan
aktif

Mesti hurai perbandingan 1 isi secara berpasangan X 2m X 3 isi = 6m

(c) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi proses endogenik terhadap [10m]
aktiviti manusia.

C1 – Tasik kawah gunung berapi / kaldera – aktiviti pelancongan .Contoh


Danau Toba di Pulau Sumatera, Indonesia.

C2 – Gunung Lipat – aktiviti pelancongan / aktiviti mendaki gunung .Contoh


Banjaran Himalaya.

C3 – Mata air panas/ Geiser – aktiviti pelancongan .Contoh Yellow stone,


Amerika Syarikat.

C4 – Mata air panas – aktiviti perindustrian – tenagageoterma di New


Zealand, Iceland dan Jepun.

C5 – Tanah Lava bes – aktiviti pertanian –tanaman padi .Contoh Pulau Jawa,
Indonesia.

C6 – Lipatan Sinklin dan antiklin( membawa mineral hamper ke permukaan


bumi) – aktiviti perlombongan. Contoh bijih besi, tembaga, emas, bijih
timah.

C7 – Gunung – tanah tinggi – tanaman berhawa sederhana, cerun landai –


tanaman gandum dan barli.

C8 –Lurah Gunung – pertanian – tanaman padi


C9 – Gunung Bongkah – aktiviti pelancongan

C10 – Lurah Gelinciran – cth; LautMerah – perikanan / pengangkutan

Mana-mana 5 isi X 2m = 10m

3(a) Nyatakan 2 jenis pergerakan jisim? [2m]


(i)

(ii) Huraikan dua proses pergerakan jisim cepat . [6m]

(iii) Sejauh manakah factor manusia mempengaruhi pergerakan jisim cepat.


[11m]

(iv) Jelaskan bagaimana pergerakan jisim boleh dikawal melalui kaedah [6m]
kestrukturan.

Skema jawapan

(a)(i) Nyatakan 2 jenis pergerakan jisim [2m]

A1 Pergerakan jisim cepat


A2 Pergerakan jisim perlahan

(ii) Huraikandua proses pergerakan jisim cepat [6m]

A21 Tanah runtuh – pergerakan secara cepat bila berlakunya runtuhan tanah
secara tiba-tiba dan cepat akibat kurangnya daya tamping cerun .Ini berlaku
bila air hujan yang lebat meresap ke dalam tanah dan melonggarkan ikatan
tanah.

A22 Aliran Lumpur/ Banjir lumpur – pergerakan tanih akibat hujan yang lebat
menyebabkan air hujan bergaul dengan bahan-bahan tersebut membentuk
lumpur yang akhirnya bergerak dengan pantas.

A23 Geluncuran batu – pergerakan besar-besaran bongkah yang besar beserta


tanah dengan cepat dantiba-tiba. Dikenali juga sebagai robohan cerun.

Mana-mana 2 isi X 3m = 6m
(iii)
Sejauh manakah faktor manusia mempengaruhi pergerakan jisim cepat. [11m]

Huraian faktor manusia:

AM31 Kegiatan penebangan hutan untuk kegiatan pembalakan – Penebangan


pokok menyebabkan tanah menjadi longgar dan cerun terdedah kepada proses
hakisan giat. Cerun tidak lagi kukuh kerana ketiadaan cengkaman akar dan
lindungan silara.

AM32 Aktiviti pembinaan lebuhraya –jalan-jalan pengangkutan – aktiviti


pemotongan bukit dan penebangan pokok akan menyebabkan tanah menjadi
longgar dan mudah terhakis.

AM33 Aktiviti pembinaan – Pembinaan bangunan dengan penanaman cerucuk


menyebabkan kemasukan air ke dalam batuan dengan banyak menyebabkan
struktur batuan menjadi lemah dan mudah berlakunya gerakan jisim.

AM34 Kegiatan pertanian – kegiatan pertanian di cerun-cerun bukit


menyebabkan pokok-pokok ditebang dan tanah terdedah kepada proses hakisan.

AM35 Kegiatan kuari – Aktiviti ini akan melemahkan ketahanan batu dan akan
mengalakkan runtuhan.

Faktor manusia 3 Isi x 2m = 6m

AL1 Kecerunan – cerun yang curam akan meningkatkan kejadian gerakan jisim

AL2 Jenis batuan – Batuan yang lembut lebih cepat terhakis dan terdedah
kepada proses pergerakan jisim berbanding batuan yang keras. Di samping itu
batuan yang lembut lebih cepat meresap air yang meningkatkan lagi
kelonggaran batuan.

AL3 Hujan – Intensiti, tempoh masa hujan dan sebagainya akan meningkatkan
kejadian gerakan jisim. Air berperanan sebagai agen yang melonggarkan
struktur batuan dan tanah.

AL4 Litupan tumbuhan – Peranan akar tumbuhan terhadap tanih penting untuk
mengukuhkan tanih. Kawasan yang kurang tumbuhan akan mudah terdedah
kepada proses gerakan jisim. Selain itu litupan tumbuhan boleh mengurangkan
jatuhan air hujan ke atas tanah dan mengurangkan gerakan jisim.

AL5 Gerakan Tektonik- gegaran tektonik menyebabkan gegaran atau gempa


bumi yang boleh melonggarkan struktur batuan dan tanah. Ini akan
meningkatkan gerakan jisim.

Faktor lain 2 Isi x2m = 4m. Tambahan 1m apabila calon membincangkan


faktor manusia dan faktor lain.
(iv) Jelaskan bagaimana pergerakan jisim boleh dikawal melalui kaedah kestrukturan [6m]

A41 – Sistem perparitan dan pengaliran air di cerun – memudahkan air mengalir
dan tidak tersekat di dalam kumpulan tanah yang boleh melonggarkan struktur
tanah.

A42 – Pembinaan benteng konkrit di sepanjang cerun seperti di sepanjang


lebuhraya yang berisiko runtuh bagi menghalang runtuh tanah atau batu ke atas
jalan raya.

A43 – Proses penyimenan di mana cerun-cerun disimen atau ditutup dengan


lapisan konkrit bagi menghalang hakisan permukaan, menyekat kemasukan air
ke dalam tanah dan berupaya mengukuhkan cerun.

A44 – Pembinaan terowong bagi menebuk batuan cerun untuk membina


laluan bagi yang berisiko jika ditarah atau dipotong. Kaedah ini membantu
tumbuhan asal dapat dibiarkan hidup.

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

3(b) Nyatakan 4 cara hakisan sungai. [4m]


(i)
(ii) Bincangkan proses pembentukan empat bentuk muka bumi aktiviti sungai. [13m]

(iii) Huraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai [8m]

Skema jawapan

(b)(i) Nyatakan 4 cara hakisan sungai. [4m]

1. Hidraul 3. Lagaan
2. Lelasan / geselan 4. Larutan

4 isi x 1m = 4m

(ii) Bincangkan proses pembentukan empat bentuk muka bumi aktiviti sungai. [13m]

Bentuk muka bumi hakisan sungai:-


1. air terjun
2. Jeram
3. Lubuk
4. Gaung
5. Lurah

Bentuk mukabumi pemendapan sungai:-


1. Dataran banjir 2. Delta
3. Tasik ladam 4. Tetambak
Perlu huraian bagi setiap bentuk muka bumi.

Calon perlu menghuraikan ke dua-dua bentuk muka bumi iaitu sekurang-kurangnya 1


hakisan , 3 pemendapan atau sebaliknya untuk mendapat markah maksimum .

4 isi X 3m =12 +1m ( kesimpulan - Sebut kedua-dua bentuk muka bumi)

Jika calon hanya menghuraikan hakisan atau pemendapan, maksima markah ialah
3 isi X 3m = 9m

(iii) Huraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai [8m]

C1 – Isipadu air

C2 – Halaju air

C3 – Kecerunan

C4 – Bentuk alur

C5 – Jenis batuan

C6- Bahan muatan

C7 - Halangan

Mana-mana 4 isi X 2m = 8m
BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

4. (a) Nyatakan tiga ciri bandaraya global [3]

A1 Ciri penduduk Lebih 10 juta, padat dan tepu bina

A2 Ciri ekonomi Bersifat global, penentu keputusan ekonomi,


pusat kewangan dunia/transaksi, pusat pembauran

A3 Ciri sosial Pusat persidangan dunia

A4 Ciri kualiti hidup Taraf hidup tinggi/ masyarakat cosmopolitan

A5 Ciri teknologi Termaju, pusat maklumat, bertaraf global

A6 Ciri fizikal Bandar terancang, bangunan padat, berkembang secara


vertical, nilai ruang dan hartanah tinggi
Mana-mana 3 ciri 3 X 1m = 3m

(b) Perihalkan fungsi utama bandaraya global. [6]

B1 Pusat kewangan dunia

B2 Pusat penggubalan / penetapan dasar

B3 Pusat globalisasi

B4 Pusat perkhidmatan bertaraf mega

B5 Pembauran inovasi ke seluruh dunia

B6 Pusat kebudayaan dan pendidikan

3 isi X 2m = 6m

(c) Jelaskan masalah kepadatan penduduk di bandar terhadap alam sekitar manusia.[6]

C1 Masalah perumahan / hartanah

C2 Masalah pekerjaan / kemiskinan bandar

C3 Kos hidup bandar yang tinggi

C4 Masalah sosial bertambah / kualiti hidup menurun

C5 Rebakan penyakit

C6 Masalah kesesakan

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m
Pilih soalan sama ada soalan 5 atau 6

5 (a) Jelaskan bukti yang menunjukkan berlakunya transformasi desa di sesebuah kawasan
[12]
(b) Bincangkan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal sesuatu kawasan.
[13]

Skema Jawapan :

5 (a)Jelaskan bukti yang menunjukkan berlakunya transformasi desa di sesebuah kawasan.


[12]
A1. Peningkatan KDNK perkapita penduduk
 Berlakunya peningkatan peratus tenaga kerja di sektor ekonomi industri,
perniagaan dan perkhidmatan
 Kesannya pendapatan perkapita penduduk bertambah

A2. Bukti demografi


 Penurunan kadar kelahiran dan kadar kematian penduduk, jangka hayat penduduk
bertambah dan proses penuaan berlaku

A3. Taraf pendidikan


 Taraf pendidikan penduduk meningkat manakala kadar buta huruf dalam dalam
penduduk berkurangan
 Penguasaan penduduk dalam Teknologi Maklumat (IT) berbanding tahun-tahun
sebelumnya

A4. Taraf kesihatan bertambah baik


 Pembangunan program kesihatan seperti pertambahan hospital dan klinik sehingga
ke kawasan luar bandar telah menyebabkan taraf kesihatan bertambah baik
 Nisbah doktor dengan penduduk juga semakin mengecil

A5. Darjah ketersampaian tinggi


 Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi bertambah baik
 Kawasan desa yang alami transformasi desa akan lebih mudah untuk dihubungi

A6. Pembangunan fizikal


 Kesan transformasi telah mewujudkan pusat kesihatan, pejabat pos, bank dan
sebagainya lagi di kawasan luar bandar

A7. Penyebaran maklumat berlaku dengan cepat


 Sistem komunikasi yang baik disebabkan kemudahan internet yang semakin
berkembang maju telah menyebabkan segala maklumat dan inovasi terkini dapat
disebarkan dengan cepat

Mana-mana 6 isi X 2m = 12m


5 (b) Bincangkan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal sesuatu kawasan.
[13]

B1. Kemusnahan kawasan hutan asal


 Pembangunan kawasan perumahan, industri dan ruang perniagaan menyebabkan
kawasan hutan asal di situ ditebang. Dalam tempoh jangka panjang, akan
berlakunya kemusnahan dan kepupusan hutan asal.

B2. Peningkatan suhu setempat


 Kesan daripada hutan yang ditebang untuk pembangunan, suhu setempat akan
meningkat kerana ketiadaan tumbuhan untuk proses sejatpeluhan yang
melembapkan udara.
 Peningkatan kenderaan bermotor juga akan menyebabkan berlakunya peningkatan
suhu hasil daripada pembebasan gas karbon dioksida yang banyak.

B3. Fenomena banjir kilat dan banjir lumpur


 Banjir kilat biasanya akan berlaku di kawasan yang baru dibangunkan kerana
sistem perparitan yang tidak sempurna kerana pembinaan bangunan yang padat
dan rapat yang mengganggu aliran air ketika hujan lebat.
 Aktiviti pembalakkan di kawasan cerun akan menyumbang kepada kejadian banjir
kilat.

B4. Hakisan tanih


 Projek pembangunan tarnsformasi di kawasan cerun atau tanah tinggi akan
meningkatkan kadar larian air permukaan. Pergerakan air larian permukaan yang
laju atau deras terutamanya ketika hujan lebat akan menyebabkan berlakunya
hakisan permukaan iaitu hakisan galir ataupun hakisan galur.

B5. Pergerakan jisim


 Aktiviti pembangunan untuk mentarnsformasikan kawasan desa terutama di
kawasan cerun telah menyebabkan berlakunya kemusnahan terhadap tumbuh-
tumbuhan di kawasan cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kawasan cerun
hilang kestabilan kerana struktur tanah longgar dan memudahkan berlakunya tanah
runtuh akibat daya tarikan graviti.

B6. Pencemaran alam sekitar


 Pembangunan aktiviti perindustrian hingga ke kawasan desa telah menyebabkan
berlakunya peningkatan pencemaran terhadap alam sekitar. Pembebasan gas-gas
pencemar udara oleh kilang seperti gas karbon dioksida, karbon monoksida dan
sulfur dioksida telah mencemarkan ruang udara.
 Pencemaran air turut berlaku akibat penggunaan racun dan baja kimia dalam
kegiatan pertanian.

B7. Gangguan ekosistem


 Aktiviti pembangunan di kawasan cerun telah menyebabkan berlakunya
penebangan hutan atau tumbuhan asal yang telah mengancam kepelbagaian
biologi, memusnahkan habitat dan mengganggu rantaiasn makanan. Kesannya
berlaku kemusnahan flora dan kepupusan fauna di kawasan tersebut.

Mana-mana 6 isi X 2m + kesimpulan 1m = 13m


6. Jadual di bawah menunjukkan jumlah dan kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di
Malaysia pada tahun 2015.

(a) Hitungkan kepadatan penduduk bagi setiap negeri di Malaysia [5]

Negeri Luas kawasan Jumlah penduduk Kepadatan penduduk


(km persegi) Tahun 2015 (orang/km persegi)
Johor 18987 3233434 170

Kedah 9425 1890098 201

Kelantan 15024 1459994 97

Melaka 1652 788706 477

Negeri Sembilan 6644 997071 150

Pahang 35965 1443365 40

Perak 21005 2258428 108

Perlis 795 227025 286

Pulau Pinang 1031 1520143 1474

Sabah 73619 3120040 42

Sarawak 124450 2420009 19

Selangor 7960 5479288 688

Terengganu 12955 1015776 78

W.P. Kuala 243 1627172 6696


Lumpur

Data kiraan kepadatan = 5m

(b) Lukis peta koroplet yang menunjukkan kepadatan penduduk bagi negeri-negeri
di Malaysia Pada tahun 2015 pada peta Malaysia yang disediakan. [10]

Cadangan permakahan peta koroplet

B1 Tajuk yang betul - 1m


B2 Petunjuk (mesti ikut ton lorekan atau warna) - 2m
B3 Plotan - 6m
B4 Kebersihan dan kesempurnaan - 1m
Jumlah 10m
(c) Huraikan bagaimana penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi
perubahan alam sekitar fizikalnya. [10]

C1 Pertanian – mengubah bentuk muka bumi melalui penyahutanan – pencemaran


air, udara dan tanah

C2 Perlombongan – tebuk, gerudi, gali, letup – kehabisan sumber mineral –


kerosakan dan pencemaran alam sekitar

C3 Pembalakan – tebang pokok – kesan gondolan, hakisan, tanah runtuh,


kepupusan biologi

C4 Perkilangan – pembakaran bahan api fosil, dan pelepasan sisa – menyebabkan


pencemaran alam

C5 Pembangunan tanah dan pembinaan – penerokaan tanah, perataan tanah,


peneresan tanah – berlaku hakisan dan tanah runtuh

C6 Perikanan – memukat, menuba, mengebom, membina prasarana perikanan,


akuakultur – kerosakan terumbu karang – pencemaran air

C7 Pengangkutan – pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pembakaran bahan


api fosil – pelepasan asap- -pencemaran udara, bunyi
C8 Pelancongan – pembinaan infrastruktur, pembuangan sisa – pemcemaran air-
perubahan suhu – pembinaan kawasan rekreasi

C9 Pembangunan kawasan petempatan/ domestic – pembuangan sisa, pembuangan


bahan kumbahan.

C10 Aktiviti bukan ekonomi – peperangan/ pilihan raya/ demonstrasi/ ujian nuklear
– mengganggu alam sekitar – pencemaran alam sekitar

Mana-mana 5 isi x 2m = 10 m

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai