Anda di halaman 1dari 1

2.(a).

Jelaskan proses pembentukan angin monson timur laut(10m)

Proses pembentukan angina monson timur laut ialah angin monson timur laut bertiup
semasa hemisfera utara mengalami musim sejuk aiatu dari bulan November hingga
Disember.Angin monsoon timur laut juga dikenali sebagai angina monsoon musim dingin.

Seterusnya,bahagian tengah benua Asia seperti China dan Monggolia


mengalami musim sejuk pada bulan November hingga Mac menyebabkan udaranya
bertekanan tinggi.Hal ini disebabkan kerana,nilai suhunya terlampau sejuk iaitu di bawah
0°C.Oleh itu,akan wujud sel-sel tekanan udara tinggi di sekitar pedalaman Asia.

Pada masa yang sama, hemisfera selatan mengalami musim panas dan nilai suhunya
kadangkalanya melebihi 30°C. Keadaan suhu yang tinggi akan mewujudkan sel- sel tekanan
udara rendah yang biasanya terjadi di sekitar benua Austaralia dan lautan sekitarnya.

Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan ini akan mewujudkan satu cerun tekanan
dari arah pedalaman Asia menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya.Udara dari bahagian
tengah benua Asia akan bergerak ke pusat tekanan rendah di benua Australia dalam arah
barat laut.

Angin yang bertiup dari arah barat laut dipesongkan oleh daya korialis menjadi
monson timur laut.Angin monson timur laut membawa lembapan yang tinggi dan
menghasilkan hujan lebat di AsiaTenggara seperti Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
Sabah, Sarawak, Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai