Anda di halaman 1dari 3

(6)

a)Mengapakah sesebuah negara mengalami kelebihan penduduk?(10m)

Peningkatan taraf kesihatan. Kemudahan kesihatan yang mencukupi dan sistem


perubatan moden dapat mengurangkan risiko kematian bayi yang baru dilahirkan seperti
dapat kemudahan cuti bersalin yang panjang bagi penjawat awam dan rawatan percuma untuk
ibu mengandung dan bayi diberikan secara percuma di Klinik Ibu.

Amalan perkahwinan pada usia muda.Tempoh kesuburan wanita pada usia muda
sangatlah subur yang akan menyebabkan perolehan anak yang ramai bagi wanita iaitu untuk
wanita yang berkahwin dalam usia 20 tahun akan memeroleh anak yang ramai.

Kegagalan amalan perancangan keluarga.Amalan perancangan keluarga merupakan


satu kaedah untuk mencegah, mengurangkan dan menjarakkan kelahiran iaitu dengan
pengunaan kondom dan teknik AUD untuk mengikat saluran peranakan wanita.

Keperluan tenaga buruh.Keperluan tenaga buruh dari kalangan ahli keluarga dalam
sektor pertanian telah menyebabkan negara mengalami lebihan penduduk kerana anak yang
ramai akan menjimatkan kos tenaga buruh kerana mereka dapat bekerja di tanah pertanian
apabila diperlukan.

Faktor sosial. Taraf pendidikan yang rendah khususnya penduduk di pedalaman


Sarawak menyebabkan pertumbuhan penduduk yang tinggi dan menyebabkan penduduknya
sukar untuk menerima dan memahami idea baharu seperti program amalan perancangan
keluarga.

b.) Bincangkan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi sesebuah
negara?(15m)
Kesan positif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi sesebuah
negara yang pertama ialah kesan terhadap tenaga buruh.Pertumbuhan penduduk yang pesat
terhadap sosioekonomi berupaya menyediakan sumber bekalan tenaga buruh yang
mencukupi untuk menampung keperluan tenaga buruh di sesebuah negara dan bekalan
tenaga buruh sangat diperlukan terutama dalam sektor perkhidmatan,pembuatan dan
perindustrian untuk memajukan sesebuah negara tersebut.

Seterusnya,kesan terhadap perluasan pasaran domestik.Pertumbuhan penduduk yang


pesat dapat membantu memperluaskan saiz pasaran domestik dan mampu menarik pelabur
dari luar iaitu seperti dapat mempasarankan barangan tempatan di China dengan luas dan
mudah kerana jumlah penduduknya yang ramai.

Kesan terhadap mengukuhkan pertahanan negara.Penduduk yang ramai dapat


mengukuhkan pertahanan negara kerana bilangan anggota keselamatan yang ramai dan
perkhidmatan tentera menjadi mantap untuk menambah baik keselamatan di dalam negara
seperti di Indonesia yang menjadi salah sebuah negara yang terkuat dalam aspek pertahanan
di rantau Asia Tenggara.

Selain dari kesan positif,kesan negatif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap
sosioekonomi sesebuah negara yang pertama ialah kesan terhadap kekurangan sumber
makanan.Sumber makanan tidak sepadan dengan bilangan penduduk yang ramai kerana
mereka menghadapi masalah kemunduran,teknologi rendah,produktiviti rendah dalam
sumber makanan dan krisis kebuluran.

Seterusnya,kesan terhadap kemiskinan dan pengangguran.Pendapatan perkapita


rendah dan aras penduduk yang tidak dapat ditampung dengan sumber pekerjaan adalah
terhad iaitu persaingan terhadap pekerjaan tinggi kerana ramai penduduk tiada perkerjaan
seperti di Indonesia menyebabkan kemiskinan.
Kesan terhadap masalah sosial.Kadar jenayah akan meningkat seperti
rompakan,kecurian,samun dan lain-lain dan masalah sosial juga meningkat seperti
pelacuran,dadah dan lain-lain yang menyebabkan masyarakat gelandangan dan sebagainya.

Kesimpulannya,kedua-dua kesan positif dan kesan negatif mempengaruhi dalam


pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai