Anda di halaman 1dari 28

SKOP PEMBELAJARAN

Konsep Kependudukan yang meliputi:


• Penduduk lebihan
• Penduduk kurangan
• Penduduk Optima
Konsep Penduduk Lebihan.
• Penduduk Lebihan: Iaitu keadaan dimana jumlah penduduk melebihi daripada
kemampuan penawaran sumber yang ada dalam sesebuah negara. Dengan
perkataan lain, sumber terhad sedangkan jumlah penduduknya adalah ramai.

•Lebihan penduduk terbahagi kepada dua iaitu Lebihan relatif dan juga lebihan
mutlak:

•Lebihan relatif bermaksud sumber di dalam sesebuah negara itu ada atau
masih banyak tetapi tahap teknologi yang dimiliki oleh negara tersebut adalah
mundur atau rendah dan tidak dapat menjana dan membangunkan sumber
berkenaan. Kesannya sumber alam tertinggal sebagai stok sumber sahaja
menyebabkan penduduknya yang ramai terus berada dalam keadaan kemiskinan,
kedaifan, kemunduran, taraf dan kualiti hidup yang rendah dan lain-lain lagi.
Fenomena lebihan relatif ini banyak dialami oleh Negara-negara sedang
membangun seperti Indonesia,Filipina, Myanmar, Vietnam, Laos, China,India,
Bangladesh dan lain-lain lagi..

•Manakala Lebihan mutlak pula bermaksud: Sumber-sumber pengeluaran


memang tidak ada/tidak cukup bagi menampung keperluan asas
penduduknya. Negara tersebut terbelenggu dengan kebuluran,kelaparan, putaran
kemiskinan yang ganas dan kemelaratan hidup (kemiskinan mutlak) Contoh Negara
ialah seperti: Ethopia, Sudan, Afrika Utara dan sebagainya.
INDIA : NEGARA BERLEBIHAN PENDUDUK
Sebab-sebab berlakunya lebihan penduduk. Kajian Kes Negara Asia
Tenggara – Indonesia.

a. Kadar kelahiran yang tinggi, tidak sepadan dengan kemampuan sumber


yang ada. Kadar kelahiran yang tinggi berpunca daripada peningkatan taraf
kesihatan penduduk, sistem dan kaedah perubatan moden yang mampu
meningkatkan “kelahiran hidup”. Di samping itu gagalnya program kawalan
penduduk yang berpunca daripada tahap pendidikan yang masih rendah yang
menyebabkan langkah Perancangan keluarga tidak begitu berkesan.

b. Kadar fertiliti yang tinggi yang juga meningkatkan kelahiran. Kadar


fertiliti yang tinggi pula berpunca daripada amalan perkahwinan di usia muda.
Apatah lagi komposisi umur penduduk yang subur (15 - 44 ) tahun yang ramai,
faktor agama (agama islam), adat sikap dan status quo masyarakat yang
menyebabkan pertambahan kelahiran sukar dikawal.

c. Penurunan kadar kematian. Secara relatifnya apabila kadar kematian


semakin kurang maka kadar kelahiran akan meningkat. Kadar kematian
berkurangan boleh dikaitkan dengan kemajuan dalam bidang perubatan moden
yang mampu mengawal pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti hepatitis B,
kemudahan kesihatan dan bilangan doktor yang semakin bertambah juga amalan
pemakanan/diet yang berzat dan seimbang yang mampu meningkatkan jangka
hayat penduduk.
d. Sumber-sumber pengeluaran khususnya sumber alam yang terhad
relatif dengan bilangan penduduk yang sedia ada. Sumber-sumber yang
berkualiti sedikit sedangkan penduduk yang ada ramai. Misalnya sumber tanah yang
subur. Di Indonesia sumber tanah yang subur untuk pertanian terletak di lereng-
lereng gunung berapi. Tanah yang subur ini sempit disamping berisiko tinggi. Saiz
tanah yang luas sebahagian besarnya terdiri daripada kawasan paya seperti di
Sumatera. Kawasan yang subur ini akan mengalami lebihan penduduk apabila
penduduk tertumpu ke arahnya seperti di Pulau Jawa.

e. Kerendahan teknologi. Teknologi yang mundur menyebabkan


penerokaan sumber alam tidak cekap dan penggunaan sumber alam yang ada
khususnya sumber berkualiti yang sememangnya terhad itu menjadi tidak
sempurna serta membazir. Atau kerendahan teknologi juga menyebabkan sumber-
sumber alam yang ada tidak dapat diteroka/dibangunkan/dimajukan. Sumber
tinggal sebagai stok sumber dan ia tidak boleh dimanfaatkan bagi menampung
keperluan penduduk yang semakin mendesak. Sebagai contoh sumber-sumber
maritim, sumber ekologi, sumber tenaga khususnya hidro dan lain-lain.
KADAR KELAHIRAN TINGGI – PUNCA UTAMA LEBIHAN PENDUDUK
KESAN LEBIHAN PENDUDUK

A. KESAN POSITIF

1. Penduduk yang ramai sebagai satu aset. Pertumbuhan


penduduk yang pesat akan menjadi satu aset membekalkan tenaga
kerja sekiranya negara tersebut mengalami situasi penduduk
kurangan. Misalnya di Malaysia tenaga kerja yang ramai amat
diperlukan untuk mengembangkan sektor-sektor perindusterian,
perkhidmatan,pelancongan,pertanian dan sebagainya.

2. Dalam konteks sumber alam pula, jumlah penduduk yang


ramai akan mempercepatkan lagi proses pembangunan sumber-
sumber alam. Sumber-sumber alam yang masih banyak seperti
sumber mineral/petroleum, sumber hutan, sumber pertanian dan
perikanan akan dapat dikembangkan dengan lebih cepat dan cekap.
3. Memperluaskan saiz pasaran Domestik. Selain
itu, dengan memiliki jumlah penduduk yang ramai juga
akan membantu memperluaskan saiz pasaran domestik,
permintaan barangan akan bertambah dan ini mampu
menarik pelaburan dari luar untuk melabur dalam
sesebuah negara.

4. Pertumbuhan penduduk yang pesat juga boleh


menguatkan pertahanan sesebuah negara . Indonesia
merupakan sebuah negara yang terkuat daripada segi
pertahanan dan tenteranya di kalangan negara-negara
sedang membangun di rantau Asia Tenggara. Ini kerana
negara Indonesia memiliki penduduk yang ramai yang
boleh diserapkan dalam angkatan tentera.
KESAN LEBIHAN PENDUDUK

B. KESAN NEGATIF

TERHADAP SUMBER ALAM

1. Tekanan terhadap sumber khususnya sumber


tanah. Persaingan guna tanah akan berlaku seperti
untuk pertanian, petempatan, kemudahan asas yang
menyebabkan saiz guna tanah secara relatifnya
semakin sempit dan kualiti tanah semakin merosot.
2. Sumber alam diancam kepupusan/kehabisan. Terutamanya
sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber tenaga dan
mineral kerana sumber tersebut akan dieksploitasi sepenuhnya
bagi menampung keperluan penduduk yang ramai dan mendesak.

3. Meningkatnya kadar pencemaran dan kerosakan terhadap


sumber alam. Seperti pencemaran air, udara dan tanah serta
kejadian hakisan dan tanah runtuh terutamanya di kawasan
berpenduduk padat.

4. Berkurangnya bekalan sumber makanan. Pengeluaran sumber


makanan tidak sepadan dengan keperluan penduduk yang
berlebihan apatah lagi dengan kadar pertumbuhannya yang terus
meningkat. Stok sumber makanan seperti pertanian, perikanan dan
penternakan kian merosot akibat eksploitasi berlebihan oleh
penduduk.
KESAN KE ATAS SOSIO EKONOMI

1. Menimbulkan masalah kemiskinan dan kemunduran.


Daripada segi ekonomi pula pertumbuhan penduduk yang pesat akan
menyebabkan masalah pengganguran dan kemiskinan seterusnya
taraf hidup penduduk menjadi rendah. Hal ini terjadi kerana sumber-
sumber ekonomi dan peluang perkerjaan yang ditawarkan adalah
terhad relatif dengan bilangan penduduk yang ramai. Persaingan
ekonomi yang hebat menyebabkan sesetengah golongan terpinggir
dan menggangur.

2. Kesan-kesan Sosial. Seterusnya pertumbuhan penduduk


yang pesat juga akan menyebabkan kemerosotan taraf sosial seperti
taraf pendidikan dan taraf kesihatan penduduk. Penduduk yang
ramai mewujudkan persaingan yang hebat. Dalam bidang
pendidikan, ramai yang tercicir. Ini akan meningkatkan kadar buta
huruf sepertimana yang dialami oleh kawasan pedalaman di
3. Menggalakkan migrasi keluar dan kesan buruk akibat
migrasi. Kepesatan pertumbuhan penduduk dan tekanan yang
dihadapinya menggalakkan pula penghijrahan keluar atau migrasi
antrabangsa ke negara-negara lain secara besar-besaran. Misalnya
kebanjiran pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina ke
Malaysia. Jika migrasi itu dilakukan oleh golongan profesional dan
intlektual maka Indonesia dan Filipina akan mengalami kerugian dan
kehilangan tenaga pakar yang begitu besar. Selain itu negara
destinasi juga mengalami kesan buruknya seperti di Malaysia
timbulnya kebejatan sosial, persaingan kerja dengan rakyat
tempatan yang kelak merugikan Malaysia sendiri.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan fenomena dan
masalah lebihan penduduk:

a) Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil. Ini merupakan satu langkah


perundangan sepertimana polisi yang dijalankan oleh negara China pada masa kini
iaiitu “Polisi Satu keluarga satu anak”. Polisi ini mengehadkan bagi satu pasangan
hanya boleh memiliki seorang anak sahaja. Tindakan undang-undang boleh diambil
jika melanggar peraturan tersebut seperti menaikkan cukai pendapatan isirumah,
tidak memberikan taraf kewarganegaraan atau menarik balik kemudahan
pendidikan rendah dan kesihatan percuma yang selama ini diberikan.

b) Melaksanakan Program Perancangan Keluarga seperti; pencegahan


kehamilan, penggunaan pil perancang,penggunaan kondom, penjarakan
kelahiran,pengurusan dan kebajikan keluarga disamping meningkatkan had umur
perkahwinan dan syarat-syarat perkahwinan. Program perancangan keluarga
banyak diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand,
Filipina, Vietnam dan termasuk Malaysia sendiri. Walaupun program ini tidak
berjaya sepenuhnya akibat halangan agama,adat dan taraf pendidikan yang rendah
yang dimiliki oleh penduduk tetapi setidak-tidaknya ia berjaya melambatkan kadar
kelahiran daripada terus mendadak khususnya di negara-negara Asia Tenggara..
c) Meningkatkan pengeluaran atau memajukan ekonomi disamping
menjaga kebajikan sosial penduduk. Sumber-sumber ekonomi negara perlu
dipelbagaikan kepada sektor industri, perkhidmatan,perniagaan,perdagangan dan
pembinaan agar tidak terlalu bergantung kepada sektor primer khususnya
pertanian semata-mata. Dengan meningkatkan teknologi pengeluaran dan teknologi
R&D maka banyak sumber alam boleh dijana dan dibangunkan bagi menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Peluang perkerjaan akan bertambah
dan ini pastinya dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk sekaligus
dapat menampung saiz keluarga yang besar.

d) Mengalakkan migrasi ke luar Negara (antarabangsa) dan


melaksanakan Program Transmigrasi. Di sesetengah negara seperti Indonesia
tidak begitu menghalang penghijrahan keluar rakyatnya untuk berkerja di negara
lain misalnya di Malaysia. Kerana ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
tekanan dan lebihan penduduk di negara asal mereka. Disamping itu Indonesia
juga menjalankan program transmigrasi bagi mengurangkan tekanan penduduk di
Pulau Jawa semata-mata dan dipindahkan ke Kalimantan,Sulawesi serta Sumatera.
Kawasan-kawasan destinasi ini dibangunkan dengan kemudahan asas dan
dimajukan sektor pertanian.
Konsep Penduduk Kurangan.

• Sesebuah negara dikatakan mengalami kurangan penduduk sekiranya


bilangan penduduknya sedikit berbanding dengan jumlah sumber alam yang
ada.

•Jumlah penduduk yang sedikit ini tidak mengizinkan Negara berkenaan


mengeksploitasi dan menjana sumber-sumber alam yang ada dengan cekap
dan optima untuk mencapai taraf hidup yang diingini. Antara contoh negara
ialah Malaysia dan Berunai Darusalam.

•Namun begitu sekiranya taraf hidup penduduk sudah maju dan kualiti hidup
yang tinggi sudah dicapai maka jumlah penduduk tidak perlu lagi ditambah
semata-mata untuk mengeksploitasi atau menjana sumber alam yang ada.
Jumlah penduduk perlu ditambah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti
menjamin saiz pasaran domestik yang kukuh, memperkuatkan pertahanan
negara, membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berterusan dan
lain-lain lagi. Di antara contoh negara yang berada dalam kategori ini ialah
seperti Singapura, Australia, Switzerland dan negara-negara maju yang lain.
Ciri Negara Yang Alami Penduduk Kurangan.

• Terdapat beberapa ciri kependudukan dan pembangunan sosio-ekonomi


yang dialami oleh negara yang berkurangan penduduk.

• Keadaan ini bergantunglah kepada tahap kemajuan atau kemunduran


ekonomi dan sosial yang telah dicapai oleh negara tersebut. Jika sesebuah
negara itu masih lagi sedang membangun seperti Malaysia maka ia mengalami
teknologi yang masih rendah atau sederhana, sumber alamnya masih lagi
banyak/terbiar, kekurangan tenaga kerja yang ketara khususnya yang
berintensif buruh seperti dalam sektor perladangan, saiz pasaran yang
masih kecil, dan sebagainya.

• Sebaliknya bagi negara yang lebih maju dan masih berkurangan penduduk
akan mengalami situasi seperti komposisi umur penduduk dewasa dan tua
yang ramai relatif dengan umur muda, bekalan tenaga buruh tempatan pada
masa hadapan yang kritikal, jangka hayat penduduk yang tinggi, teknologi
yang tinggi, kualiti hidup yang tinggi dan banyak sumber alam dijadikan
sebagai khazanah atau warisan yang tidak perlu diterokai atau
dieksploitasikannya. Contoh negara ini ialah seperti Australia.
Sebab-Sebab Berlakunya Penduduk Kurangan.

i. Kadar fertiliti yang rendah – akibat kahwin di usia yang lewat

ii. Keberkesanan amalan perancangan keluarga- mengehadkan


bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas / kos hidup tinggi

iii. Wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup


membujang

iv. Dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan


kesesakan tempat tinggal – Contoh : Jepun dan singapura.

v. Sumber alam yang banyak – tertinggal sebagai stok sumber


sahaja/masih belum dimajukan sepenuhnya.
MASALAH-MASALAH KURANGAN PENDUDUK:

1. Taburan penduduk tidak sekata- kawasan luar bndar kurang penduduk,


penduduk tertumpu di kawsan Bandar, kerajaan sukar menyediakan
kemudahan asas di luar Bandar kerana penduduknya yang sedikit.

2. Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja.- hanya


sumber yang mendatangkan keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain
terbiar dan membazir sebagai stok sumber sahaja seperti masalah tanah
terbiar.

3. Perkembangan perusahaan/industri lambat kerana masalah kekurangan


tenaga kerja.

4. Terpaksa bergantung kepada buruh asing untuk membangunkan


ekonomi negara dalam sektor-sektor tertentu akibat kekurangan tenaga
buruh. – Ini mkenyebabkan pengaliran keluar wang ke negara lain.

5. Saiz pasaran domestik terhad- jumlah penduduk sedikit , kuasa beli


penduduk rendah maka pasaran barangan dan perkhidmatan sukar
dikembangkan.
KESAN POSITIF KURANGAN PENDUDUK

1. Taraf hidup tinggi, pendapatan yang lumayan kerana kadar persaingan


untuk mendapatkan pekerja adalah rendah. Ini menyebabkan kadar upah tinggi.
2. Sumber tidak diancam kepupusan atau kehabisan, tekanan terhadap
sumber berkurangan kerana jumlah sumber yang ada berupaya menampung dan
memenuhi keperluan semasa penduduk.
3. Pendapatan perkapita meningkat – Pendapatan bertambah relatif dengan
saiz keluarga yang kecil.
4. Taraf sosial penduduk meningkat-kemudahan pendidikan berkualiti, kadar
buta huruf rendah, kualiti kesihatan meningkat, perhubungan dan pengangkutan
maju dan lain-lain kemudahaan asas cukup.Kualiti hidup secara keseluruhannya
bertambah baik.
5. Pendidikan yang tinggi- masyarakat yang berpengetahuan
dan berkemahiran.
6. Menggalakan penggunaan teknologi dalam industri untuk mengelakkan
masalah kekurangan tenaga kerja.
7. Sumber berlebihan khususnya sumber Makanan – masalah kebuluran tidak
berlaku.
8. Tempat tinggal mencukupi dan selesa.
9. Peluang kerja banyak/ pengangguran rendah
CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH KURANGAN
PENDUDUK

1. Galakan untuk menigkatkan kadar kelahiran- kemudahan cuti


bersalin ,pengurangan dan rebat cukai, rawatan percuma- contoh
singapura pada masa kini.
2. program sosial- program mencari jodoh bagi mereka yang telah
lanjut usia seperti “jodoh internet”
3. mengurangkan had umur berkahwin
untuk meningkatkan kadar pertiliti.
4. Dasar saiz keluaga besar seperti dasar 70 juta penduduk
menjelang 2100 oleh kerajaan Malaysia.
5. meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup- supaya
dapat menampung keperluan keluarga
PENDUDUK OPTIMUM

MAKSUD PENDUDUK OPTIMUM: Sesebuah negara


dikatakan berada pada paras penduduk optimum apabila
Jumlah/bilangan penduduknya adalah SEIMBANG dengan
daya tampung pengeluaran sumber.

Keseimbangan antara penduduk dengan sumber


pengeluaran di sesebuah negara. Aras penduduk boleh
ditampung dengan kemampuan sumber yang ada.

Sumber seperti manusia, sumber alam, ekonomi, modal


dan teknologi dijana ke tahap maksimun untuk mencapai
tahap sosio ekonomi dan taraf hidup yang tinggi.
CIRI-CIRI NEGARA YANG MENCAPAI PENDUDUK
OPTIMUM

1. kadar kelahiran rendah


2. jangka hayat tinggi
3. kualiti hidup penduduk tinggi
4. kuasa beli tinggi
5. tingkat teknologi tinggi
6. pendapatan perkapita tinggi
7. pemuliharaan alam sekitar baik

Contoh negara – sweden dan jepun

Aras penduduk optima ini (jumlah penduduk = kemampuan sumber) tidak


tetap khususnya dalam jangka masa panjang. Sesebuah Negara yang sudah
mencapai penduduk optima pada tempoh tertentu boleh mengalami
penduduk berlebihan atau penduduk berkurangan pada masa hadapan.
Fenomena ini bergantunglah kepada kadar pertumbuhan penduduk yang
berlaku dalam Negara berkenaan, bergantung kepada kecekapan teknologi
dan pembangunan ekonomi semasanya, bergantung kepada kemampuan
Negara tersebut menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan hidup
yang berkualiti tinggi, bergantung kepada kualiti pendidikan penduduknya
dan lain-lain lagi.
Ciri-ciri negara penduduk optimum : contoh negara Jepun

1. Pendaptan per kapita amat tinggi di Jepun > AS$ 10 000


ciri-cirinya:
2. hampir semua penduduk digunakan untuk mengusahakan sumber dalam negeri
dengan sepenuhnya (76% jumlah penduduk bekerja)
3. Jepun mengembangkan teknologinya untuk mengusahakan sumber semula jadinya
secara maksimum
4. peratus penganggurannya sangat rendah 1.8%

5. 75% jumlah penduduknya tinggal di bandar

6. kadar kenal huruf tinggi kerana penduduk wajib menghadiri sekolah selama 9 tahun

7. kadar pertumbuhan penduduk rendah, 0.7% setahun

8. kadar kelahiran kasar rendah

9. taraf kesihatan tinggi menyebabkan kadar kemtian rendah

10. jangkaan hayat penduduk tinggi 79 tahun

11. taraf hidup penduduk sangat tinggi dan kualiti hidup penduduk tinggi
Soalan Tutorial 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk lebihan [ 3 Markah ]

b) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik;


i) jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan negara tersebut
mengalami fenomena lebihan penduduk [ 9 Markah]
ii) Huraikan kesan ke atas sosio ekonomi dan demografi akibat
fenomena lebihan penduduk yang dialami oleh negara yang anda pilih
itu. [ 8 Markah ]
iii) Cadangkan lima langkah untuk mengatasi masalah lebihan
penduduk yang dialami oleh negara berkenaan. [ 5 Markah ]
Soalan Tutorial 2

a) Bezakan maksud penduduk optima dengan penduduk kurangan


[ 6 Markah ]
b) Nyatakan tiga ciri negara yang mengalami penduduk optima.
[ 3 Markah ]
c) Bagaimanakah negara - negara maju berusaha mengekalkan tahap
penduduk optimanya. [ 6 Markah ]

d) Huraikan kesan yang dialami oleh sesebuah negara apabila


mengalami penduduk kurangan. [ 10 Markah ]

Anda mungkin juga menyukai