Anda di halaman 1dari 40

EKOLOGI POPULASI

Proses-proses dinamik yang mempengaruhi kepadatan


populasi dan Penyebaran dermografi trenda populasi.,
Pertumbuhan Populasi, Faktor pertumbuhan populasi,
Limitasi pertumbuhan populasi, Keupayaan muatan
Slaid ke 21 Penerangan lanjut
POPULASI
• POPULASI ADALAH SEKUMPULAN ORGANISME
DARI SPESIS YANG SAMA YANG HIDUP DALAM
HABITAT TERTENTU.

• SETIAP SATU POPULASI MEMPUNYAI SAIZ YANG


TERTENTU. SAIZ POPULASI MERUJUK KEPADA
BILANGAN INDIVIDU DALAM SUATU POPULASI

• SETIAP SPESIS ORGANISME MEMPUNYAI


KECENDERUNGAN UNTUK MEMBIAK YG DIRUJUK
SEBAGAI KEUPAYAAN BIOTIK. KEUPAYAAN BIOTIK
CENDERUNG UNTUK MENAMBAH SAIZ POPULASI
SESUATU SPESIS.
• TERDAPAT FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI
KEUPAYAAN BIOTIK (KECENDERUNGAN UNTUK MEMBIAK) .
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHADKAN SAIZ POPULASI SESUATU
SPESIS DIPANGGIL RINTANGAN PERSEKITARAN

• SEKIRANYA TIADA FAKTOR PERSEKITARAN SAIZ POPULASI ITU


AKAN TERUS BERTAMBAH SEHINGGA KESELURUHAN BUMI
DIPENUHI OLEH HIDUPAN TAPI INI TIDAK BERLAKU KERANA ADANYA
RINTANGAN PERSEKITARAN

• FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENJADI RINTANGAN


PERSEKITARAN TERMASUKLAH ; PERSAINGAN UNTUK MENDPT
MAKNAN, RUANG, PENYAKIT BERJANGKIT, PEMANGSAAN DLL

PERSAINGAN UNTUK MENDAPAT MAKANAN, RUANG, PEKERJAAN
Menurut data United Nation Population Fund pada 2015 terdapat 7,324
juta penduduk dunia dengan purata pertumbuhan per tahun mulai 2010-
2015 adalah 1.1%

Kadar pertumbuhan penduduk juga bergantung kpd kemajuan sesebuah


negara
Negara maju - 0.29%
Negara sedang membangun -1.36%
Negara mundur/tidak maju -2.38%

Peningkatan populasi berlaku jika angka kelahiran lebih tinggi dari angka
kematian. Pertambahan penduduk juga diisokong oleh perkembangan
ilmu pengetahuan penduduk dan tahap dan kemudahan kesihatan di
sesebuah negara.
PERBANDINGAN PERTAMBAHAN PENDUDUK DINEGARA MEMBANGUN DAN
NEGARA MAJU
POPULASI JEPUN DALAM (RIBU
JIWA)

POPULASI NEGARA MAJU -PERTAMBAHAN PENDUDUK SANGAT


KURANG DAN HAMPIR SIFAR
PERTUMBUHAN POPULASI
PERTUMBUHAN POPULASI MERUJUK KEPADA PERUBAHAN SAIZ POPULASI MENGIKUT MASA.

THOMAS MALTHUS (1766-1834) ADALAH ORANG PERTAMA YANG MEMBUAT KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP
POPULASI. DALAM BUKUNYA BERTAJUK “ AN ESSAY ON POPULATION” MENGATAKAN POPULASI APABILA
TIDAK DIKAWAL AKAN BERTAMBAH DALAM NISBAH GEOMETRI MANAKALA MAKANAN BERTAMBAH
DALAM NISBAH ARITHMETIK. BELIAU MERUJUK KEPADA POPULASI MANUSIA. POPULASI MANUSIA DI
DUNIA BERTAMBAH DENGAN KADAR YANG JAUH LEBIH TINGGI DARI KADAR PENGELUARAN MAKANAN.
BELIAU MENJANGKAKAN SUATU MASA AKAN BERLAKU KEBULURAN , KESENGSARAAN

PERTUMBUHAN ARITHMETIK -MERUJUK KEPADA PERTUMBUHAN BERLAKU SECARA BERPERINGKAT


DIMANA PENINGKATAN DALAM KUANTITI YANG TETAP DAN MENGHASIL GRAF GARIS LURUS.
CONTOH ;
2 4 6 8 10 12 .....

PERTUMBUHAN GEOMETRI ; BILANGAN POPULASI DIGANDAKAN 2 KALI GANDA SETIAP GENERASI


COMTOH :
2 4 8 16 32 64
Populasi

FASA D
FASA C

FASA B

FASA A
PERTUMBUHAN EKSPONEN
PERTUMBUHAN POPULASI SECARA BERGANDA INI DIKENALI SEBAGAI PERTUMBUHAN EKSPONEN
SEMUA POPULASI MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN EKSPONEN ATAU SEKURANG-KURANGNYA
MENUNJUKKAN FASA EKSPONEN DALAM LENGKUK PERTUMBUHANNYA

LENGKUK PERTUMBUHAN YANG BIASA DILIHAT ADALAH BERBENTUK J UNTUK MANUSIA ATAU
BERBENTUK S IAITU BENTUK SIGMOID UNTUK BAKTERIA, YIS, PARAMECIUM ATAU HAIWAN.

LENGKUK PERTUMBUHAN UNTUK YIS ADALAH BERBENTUK S. TERDAPAT 4 FASA PERTUMBUHAN


POPULASI YIS IAITU ;
A - FASA PERTUMBUHAN POPULASI PERLAHAN
B - FASA EKSPONEN, KADAR PERTUMBUHAN POPULASI MAKSIMUM, (KEUPAYAAN BIOTIK
MAKSIMUM TERCAPAI)
C - KADAR PERTUMBUHAN PERLAHAN ,RINTANGAN PERSEKITARAN MULA MENYEKAT PERTAMBAHAN
POPULASI
D - KADAR PERTUMBUHAN POPULASI SIFAR . KADAR KELAHIRAN SEIMBANG DENGAN KADAR
KEMATIAN . POPULASI BERADA DALAM KESEIMBANGAN DINAMIK. SAIZ POPULASI TERAKHIR
DITENTUKAN OLEH KESEIMBANGAN DIANTARA KEUPAYAAN BIOTIK DAN RINTANGAN PERSEKITARAN.
FASA D

FASA C

FASA B

FASA A
LENGKUK PERTUMBUHAN POPULASI KEBANYAKAN HAIWAN
ADALAH BERBENTUK S . TAPI DALAM KEADAAN TERTENTU
RINTANGAN PERSEKITARAN MUNGKIN TIDAK DAPAT
MENYEKAT KEUPAYAAN BIOTIK. SAIZ POPULASI MUNGKIN
DAPAT MELEBIHI DAYA MUATAN. JIKA INI BERLAKU MAKA SAIZ
POPULASI BERTAMBAH DAN KEMUDIAN MENURUN SECARA
MENDADAK DAN BOLEH MEMBAWA KPD KEPUPUSAN.

HAL INI BERLAKU DALAM SUATU SISTEM TERTUTUP MISALNYA


DIDALAM KELALANG KULTUR ATAU KEM TAHAN DIMANA
MAKANAN DIBERI TIDAK MENCUKUPI DAN KAWALAN
PENYAKIT TIDAK DIBERI PERHATIAN.

KEADAAN INI BERLAKU KERANA MAKANAN TIDAK


MENCUKUPI DAN HABIS DAN TERKUMPULNYA BAHAN
KUMUHAN ATAU BAHAN TOKSIK. DUA FAKTOR ITU SAHAJA
BOLEH MENYEBABKAN KEPUPUSAN ORGANISME.
KEUPAYAAN MUATAN (CARRYING
CAPACITY SLAID 23
JUMLAH PENDUDUK 10 NEGARA TERPADAT DI DUNIA PADA TAHUN 1985
DAN JANGKAAN POPULASI PADA 2020

Jepun
Faktor yang menyebab pertambahan populasi
Terdapat 3 cara bagaimana populasi boleh bertambah;
a. Kadar kelahiran meningkat sementara kadar kematian tetap sama
b. Kadar kelahiran sama tetapi kadar kematian menurun
c. Kadar kelahiran meningkat tetapi kadar kematian menurun
Pertambahan populasi dunia meningkat kerana kadar kematian menurun .

Faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun termasuklah


a. Kemudahan kesihatan awam yang lebih baik dan terancang.
b. Kemajuan dalam bidang perubatan, misalnya penemuan ubatan moden dan kaedah
pencegahan penyakit merbahaya yang efektif
c. Perkhidmatan penjagaan ibu-ibu yang mengandung dan bayi mengurangkan kadar kematian
d. Teknologi moden dalam bidang pertanian dan perikanan meningkat mutu dan hasil makanan
dan dapat menampung makanan penduduk dunia
e. Peningkatan tahap buta huruf dan tahap pendidikan penduduk meningkatkan kualiti hidup
dan kesedaran penduduk
f. Sistem pembuangan najis dan sampah sarap yang lebih teratur dan moden menolong
meningkatkan tahap kesihatan di kawasan setempat dan mengelak jangkitan penyakit.
Apakah masalah yang timbul
akibat kepadatan populasi
dunia????
Masalah Kepadatan Populasi
Pertambahan populasi yang tidak terkawal menimbulkan pelbagai masalah termasuk ;
a. Kekurangan makanan dan kebuluran apabila hasil tanaman dan tangkapan tidak
mencukupi untuk semua
b. Kesesakan yang seterusnya mybbkan masalah lain seperti perumahan, pencemaran dan
masalah sosial dalam kalangan penduduk dan penyakit
c. Kekurangan kawasan pertanian dan perumahan disebabkan jumlah populasi dunia
melebihi had had luas daratan
d. Kehausan/kekurangan sumber tenaga asli spt minyak, arang batu, timah dll
e. Hakisan tanah dan pencemaran sumber air akibat penebangan pokok yang berlebihan dan
tidak terkawal untuk dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian
f. Masalah pengganguran kerana peluang pekerjaan yang tidak mencukupi untuk bilangan
penduduk yang ramai
g. Masalah wabak penyakit dan kesihatan yang tidak dikawal
h. Merencat usaha untuk meningkat taraf hidup populasi
Contoh India mengalami kepadatan puduk yang tinggi dan penduduk mempunyai
taraf ekonomi yang rendah, tidak mendapat makanan berzat dan pendidikan asas
yang mencukupi. Menimbul masalah wabak penyakit, masalah sosial dan pelbagai
masalah lain.

Singapura dan Hong Kong bilangan penduduk yang terlalu ramai menjadikan tanah
suatu harta yang paling mahal dan sukar diperolehi. Penduduk terpaksa duduk
dalam flat yang bertingkat dan sempit.

Cari contoh lain :


Konsep Berlebihan Penduduk

Suatu keadaan dimana jumlah penduduk melebihi daya muatan sumber alam
yang ada di sesebuah negara atau kawasan

Lebihan Penduduk terbahagi kepada 2:


1) Lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit
atau sudah habis digunakan

2) Lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak


tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/ menjana sumber tersebut
adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh
ditampung.
Sebab-sebab berlakunya lebihan penduduk
1) Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kemudahan kesihatan (hospital/klinik), sistem peralatan dan juga perubatan
yang moden. Keadaan ini menyebabkan kadar kematian sesebuah negara menurun kerana pelbagai penyakit dapat
diubati. Faktor ini juga didorong oleh kurangnya keberkesanan atau kegagalan dalam program perancangan keluarga
bagi menjarakkan kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh faktor pemikiran dan taraf pendidikan yang rendah serta
status ekonomi yang rendah bagi sesetengah masyarakat

2) Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/Governan

Di sesetengah negara teknologi untuk meneroka,menjana dan mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagi
menampung keperluan penduduk masih rendah. Sumber terbiar dan diguna secara membazir. Keperluan makanan,
tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat dipenuhi. Banyak berlaku di negara yang mengalami lebihan
penduduk mutlak.

Kelemahan kerajaan/faktor politik. Ketidakcekapan kerajaan untuk mengawal kelahiran,menyebarkan


inovasi/pendidikan kekeluargaan,masalah ketidakstabilan politik/negara bergolak yang menyebabkan dasar
kependudukan tidak dapat dilaksanakan.
Kesan Negatif lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi

1) Kadar pengganguran yang tinggi

Aras penduduk tidak boleh ditampung kerana sumber pekerjaan yang terhad/tidak dipelbagaikan.
Persaingan tinggi dan ini akan menyebabkan pengganguran tinggi – mendorong kepada masalah sosial dan
migrasi. Disesetengah negara kadar pengganguran melebihi 3% seperti di Indonesia

2) Fenomena kemiskinan dan kemunduran

Lingkaran kemiskinan – Berpunca daripada pendapatan perkapita yang rendah ekoran penduduk yang terlalu
ramai. Pendapatan keluarga menjadi kecil - kesannya kuasa beli dan tabungan menjadi rendah.
Ini menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk yang rendah. Ekonomi secukup hidup – hanya memenuhi
keperluan asas sahaja.

3) Masalah perumahan

Keupayaan pemilikan rumah amat terhad , hartanah mahal, kos rumah tinggi, fenomena setinggan.
Perumahan/setinggan, kesesakan, pencemaran alam sekitar, wabak penyakit yang menjejaskan kesihatan
penduduk dll . Ini mybbkan indeks kualiti hidup yang merosot
Kesan Negatif lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi

4) Bebanan kerajaan sangat besar untuk kemudahan asas

Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan
perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.
Beban kerajaan bertambah – terpaksa berhutang dengan bank dunia dan IMF

Cara-cara mengawal pertumbuhan penduduk


1) Mengalakkan wanita dan keluarga untuk merancang kelahiran anak yang mereka mahukan.
Dengan adanya perancangan kehamilan sesebuah keluarga itu mampu untuk mengawal pertambahan penduduk
disesebuah negara tersebut. Seperti contoh di negara China, pihak kerajaan mengawal kehamilan dengan
menghadkan sebuah keluarga hanya boleh memiliki seorang anak. Langkah ini diambil bagi mengawal kelahiran
disebabkan negara mereka mengalami lebihan penduduk. Ini menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem dimana
berlakunya lebihan permintaan keatas penawaran.

2) Pendidikan dan peluang pekerjaan , terutama bagi wanita.


Ini adalah komponen penting untuk membasmi kemiskinan, ketidaksamaan gender dan lebihan penduduk . Kajian
telah mendapati bahawa apabila wanita yang mempunyai pendidikan yang lebih dan bekerja memilih untuk
mempunyai keluarga yang kecil , dan mampu untuk melabur lebih banyak dalam setiap kanak-kanak yang
membantu memecahkan kitaran kemiskinan.
Kesan Negatif lebihan penduduk terhadap sosio ekonomi
3) Kesedaran kos alam sekitar dan sosial lebihan penduduk.
Sebagai seorang yang sedar tentang perkara ini maka ramai orang memilih untuk
mempunyai keluarga yang kecil. Anak-anak yang benar-benar sempurna, dan menjaga
mereka adalah satu pengalaman yang mencabar dan memuaskan. Tetapi ibu bapa harus
ingat bahawa setiap orang mesti dijaga dalam kekangan persekitaran tempatan dan
global.

4) Kuasa-kuasa ekonomi .
Orang yg mengambil kira keadaan ekonomi keluarga akan merancang keperluan keluarga
mereka. Jika mereka tidak mempunyai rumah dan pekerjaan mereka lambat untuk
memiliki keluarga. Kadar kelahiran meningkat bila ekonomi keluarga meningkat dan bila
kemelesetan ekonomi 2008 bermula, kadar kelahiran berkurangan. Dasar-dasar
ekonomi yang lebih baik bersama-sama dengan pertumbuhan penduduk yang
perlahan di seluruh dunia, boleh membantu meningkatkan kemakmuran global.
"Environmental
degradation,
overpopulation,
refugees, narcotics,
terrorism, world crime
movement, and
organized crime are
worldwide problems
that don't stop at a
nation's borders,
Warren Christopher"
Masalah Berlebihan Penduduk

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.


Bagaimana??

2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai, sumber pendapatan


tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan
penduduk yang ramai.

3. Pertambahan tanggungan/beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas –


pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.

4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhad berlakunya


pengangguran.

5. Kepadatan penduduk bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan


masalah sosial.
Masalah Berlebihan Penduduk

6. Taraf hidup rendah- negara tidak maju.

7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan-
kadar buta huruf tinggi.

8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat


menampung jumlah penduduk.

9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.

10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.


Bagaimana cara
mengatasi kepadatan
populasi dunia???
Kaedah Mengatasi Masalah Kepadatan Populasi
Populasi penduduk dunia tidak disebarkan secara sekata di seluruh dunia. Ada kawasan yang sangat padat
dengan penduduk spt dikawasan bandar dan ada yang tidak diduduki oleh manusia dan tidak dimajukan spt
kawasan gurun

1. Oleh itu untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk di bandar, penduduk boleh digalakkan berpindah
ke kawasan luar bandar dengan mewujud bandar-bandar baru dan peluang pekerjaan di kawasan tersebut.
Perpindahan dari sebuah negara ke negara lain tidak dapat dilaksanakan kerana batasan politik.

2. Masalah kekurangan makanan - hasil makanan dapat ditingkatkan lagi dengan mengguna teknik pertanian
moden dan menghasilkan baka tanaman yang bermutu tinggi dan dapat menghasilkan tanaman dan
ternakan yang bermutu tinggi dan dapat produktif seperti ayam, lembu daging, lembu susu, ayam daging,
ayam telur dll

3. Mengurangkan kadar kelahiran . Mengguna kaedah perancang keluarga secara meluas di seluruh dunia .
Contoh kerajaan Singapura melaksana undang-undang menghad bilangan anak kepada 2 org sahaja. Wanita
yang bersetuju untuk mensterilkan diri selepas kelahiran anak kedua akan diberi ganjaran 10,000 Singapore
dollar.
Cara untuk mengatasi masalah pertambahan populasi adalah :
1 .Memantapkan program mengawal kadar kelahiran
Dengan program mengawal kadar kelahiran diharapkan dapat menghalang pertambahan penduduk yg
cepat. Dengan slogan "2 anak lebih baik" boleh menjadi pendorong bagi setiap keluarga untuk
membatasi kadar kelahiran demi kepentingan nasional yang meningkatkan kesejahteraan penduduk
secara keseluruhan.

2. Melaksanakan Program transmigrasi


Tujuan transmigrasi agar terjadi kesamarataan jumlah penduduk di seluruh dunia atau disesebuah negara
. Program ini sangat baik dalam menyebarkan sumber daya manusia agar semua kawasan dapat
membangun dengan baik. Misalnya transmigrasi dari bandar ke luar bandar atau pembukaan bandar-
bandar baru. Tapi transmigrasi antara negara tidak dapat dilaksanakan kerana masalah politik
sesebuah negara.

3 .Memperluas peluang pekerjaan


Usaha kerajaan untuk terus membuka peluang pekerjaan harus menjadi program yang wajib. Hal ini
kerana setiap tahun setiap tahun ramai generasi baru yang memerlukan pekerjaan. Dengan semakin
banyak yang bekerja diharapkan pengangguran dapat dikurangkan dan kesejahteraan rakyat menjadi
meningkat.
Cara untuk mengatasi masalah pertambahan populasi adalah :

4. Harus ada kesamarataan pembangunan


Kerajaan harus merancang pembangunan terutama di kawasan luar bandar yg ramai penduduk. Diharap
dengan meningkatnya pembangunan dikawasan tersebut maka ia mewujudkan peluang pekerjaan dan
kepadatan penduduk di kawasan bandar dpt dikurangkan

5. Peningkatan fasiliti kesihatan


Dengan fasiliti kesihatan yang memadai maka kesihatan masyarakat boleh meningkat. Selain itu fasiliti
kesihatan yang baik juga membantu kejayaan program perancang keluarga . Kerana masyarakat lebih
mudah untuk mendapat ubat-ubatan dan rawatan

6. Peningkatan mutu pendidikan


Pendidikan boleh meningkatkan kualiti kehidupan sesebuah keluarga. Penduduk yang
berpendidikan boleh menghasilkan produktifiti yang tinggi untuk pembangunan negara. Selain itu rakyat
yg pendidikan juga berfikiran lebih realistik dalam membangun sesebuah keluarga. Ini akan membentuk
keluarga yang lebih sihat dan berkualiti
Faktor yang mempengaruhi pertambahan populasi
Pertambahan penduduk pada dasarnya dipengaruhi oleh faktor – faktor demografi
sebagai berikut :
I. Kadar Kematian
II. Kadar Kelahiran
III. Migrasi

Kelahiran dan kematian dinamakan faktor alami, sedangkan Migrasi (perpindahan


penduduk) dinamakan faktor bukan alami. Di dalam pengukuran demografi ketiga
faktor tersebut diukur mengikut kadar seperti kadar kelahiran, kadar kematian.

Kadar adalah ukuran frekuensi suatu peristiwa/kejadian tertentu yang terjadi pada
suatu populasi selama masa/ waktu tertentu, dibandingkan dengan jumlah
penduduk.

Kadar kelahiran yang tinggi akan menambah kepadatan populasi, angka kelahiran
diperoleh menghitung jumlah kelahiran hidup tiap 1000 penduduk per tahun
KEUPAYAAN MUATAN (CARRYING CAPACITY)
SAIZ MAKSIMUM POPULASI YANG BOLEH DITAMPUNG OLEH SESUATU HABITAT ADALAH BERGANTUNG KEPADA
KEPERLUAN MAKANAN, AIR DAN RUANG YANG TERDAPAT DALAM PERSEKITARAN TERSEBUT.

KEUPAYAAN MUATAN MERUJUK KEPADA BILANGAN INDIVIDU YANG BOLEH DISOKONG/DITAMPUNG DISESUATU
KAWASAN/HABITAT TERTENTU

JIKA SAIZ POPULASI KECIL DARI KEUPAYAAN MUATAN MAKA KADAR PERTUMBUHAN POPULASI POSITIF SUPAYA
SAIZ POPULASI MENINGKAT.
SAIZ POPULASI BESAR DARI KEUPAYAAN MUATAN MAKA KADAR PERTUMBUHAN POPULASI ADALAH NEGATIF
SUPAYA SAIZ POPULASI BERKURANG.

PERTUMBUHAN POPULASI AKAN BERHENTI APABILA SAIZ POPULASI MENYAMAI KEUPAYAAN MUATAN

KEUPAYAAN MUATAN BERUBAH MENGIKUT KEADAAN PERSEKITARAN


APABILA SESUATU KAWASAN MEMPUNYAI POPULASI YANG TINGGI DAN TIDAK DAPAT MENAMPUNG KEUPAYAAN
MUATAN, MAKA PENGHIJRAHAN AKAN BERLAKU.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan populasi manusia
sedunia
• 1. Perubatan moden yang menurunkan kadar kematian
• 2. Kemajuan dalam kesihatan umum - sistem kumbahan,
saliran, perumahan yg lebih baik, bersih dan teratur.
• 3. Perumahan dan pemakanan yang lebih baik. Kesedaran
tentang kesihatan umum masyarakat bertambah
• 4. Penggunaan teknologi moden dalam bdang pertanian
telah menambah pengeluaran makanan. Ini membolehkan
dunia menampung bilangan populasi yang besar.
Masalah akibat berlebihan populasi
1. Masalah sosial - seperti ;
a. Kesesakan : Manusia bersaing untuk mendapat ruang hidup yg terhad. Ini menimbulkan
masalah perumahan dan terdapat ramai setinggan.
b. Mata pencarian tidak mencukupi. Pengangguran menjadi satu masalah serius. Ramai
penduduk hidup dalam kemiskinan.
c. Semakin besar populasi semakin cepat pertambahan bilangan penduduknya.
d. Kemerosotan kesihatan umum. Kesesakan, kekurangan makanan, kekurangan kemudahan
infrastruktur akan membawa kepada kemerosotan taraf kesihatan dan menyebabkan
perebakan penyakit.
2. Pengeluaran makanan dunia tidak selaras dengan pertambahan populasi yg cepat. Kekurangan
sumber makanan membawa kepada kebuluran dan kekurangan zat makanan membawa kepada
malnutrisi.
3. Kehabisan sumber asli mungkin berlaku spt arang batu, minyak mentah, air, sumber mineral
semakin berkurangan.
4. Pencemaran alam semulajadi - Ini adalah akibat langsung daripada perkembangan dalam bidang
industri dan bertambah bilangan kenderaan bermotor.
Kaedah Mengatasi Masalah Kelebihan Populasi
1. Mencapai taburan populasi yang lebih sekata melalui emigrasi samada dari
a. Bandar ke kawasan luar bandar
• b. Dari negara yg populasinya tinggi ke negara yg populasinya
rendah. Walau bagaimanapun hal ini mungkin susah dijalankan
kerana rintangan politik

2. Mengurangkan saiz keluarga melalui perancangan keluarga. Penggunaan alat pencegah


kehamilan digalakkan. Di China dan India ia mesti mencapai kadar pertumbuhan sifar. Di cihna
setiap keluarga hanya dibenarkan satu keluarga 1 org anak sahaja.

3. Menambah pengeluaran makanan dengan ;


a. Mengamal teknik pertanian yang produktif dan moden,
b. Mencari dan menanam spesis tanaman baru yg dpt menghasil hasil tanaman yg byk.
c. Mencari sumber makanan yang baru spt alga dan fitoplankton.

Anda mungkin juga menyukai