Anda di halaman 1dari 7

Amali 1

Tujuan : Menentukan haba peneutralan bagi tindak balas


(i) asid hidroklorik dengan natrium hidroksida
(ii) asid sulfurik dengan natrium hidroksida
(iii) asid nitrik dengan kalium hidroksida

Bahan:
EC1 , 1.0 mol dm-3 larutan asid hidroklorik,
EC2 , 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik
EC3 , 1.0 mol dm-3 larutan akuas natrium hidroksida

1
EC4 , 1.0 mol dm-3 larutan asid nitrik
EC5 , 1.0 mol dm-3 larutan akuas kalium hidroksida

Radas : pipet 25 cm3 , termometer 00C-1100C (±0.20C), silinder penyukat 100


cm3 , cawan plastik and botol pencuci berisi air suling.

Prosedur:

Masukkan 25.0 cm3 EC1 ke dalam cawan plastik menggunakan pipet. Rekodkan
suhu EC1 ini sebagai suhu awal campuran R dalam jadual di bawah.

Menggunakan silinder penyukat, tambahkan 60 cm3 larutan EC3 ke dalam cawan


plastik mengandungi EC1.

Kacau campuran R dengan berhati-hati dan rekodkan suhu tertinggi yang


dicapai, ke dalam jadual di bawah.

Buangkan campuran R dan bersihkan serta bilas cawan menggunakan air suling.

Ulang semula prosedur-prosedur di atas menggunakan


(i) 25.0 cm3 EC2 menggantikan EC1 untuk membentuk campuran S, dan
(ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3
masing-masingnya, bagi membentuk campuran T.

Keputusan:

Lengkapkan jadual di bawah:

Campuran R Campuran S Campuran T


EC1 + EC3 EC2 + EC3 EC4 + EC5
Suhu tertinggi / oC
Suhu awal / oC
Peningkatan suhu / oC

Soalan:

1. Tuliskan persamaan ion bagi tindakbalas yang berlaku dalam campuran-


campuran R, S dan T (2m).

2. Bandingkan nilai-nilai haba peneutralan yang anda perolehi bagi


(i) campuran R dan S.
(ii) campuran R dan T, dan
(iii) campuran S dan T.
Terangkan mengapa wujudnya perbezaan atau kesamaan antara kedua-
dua nilai yang anda telah bandingkan. (6m)

2
3. Haba peneutralan bagi asid kuat dengan asid lemah ialah -57.3 kJ mol-1.
Cadangkan dua cara untuk menambahbaik prosedur-prosedur yang telah
diberikan agar nilai anggaran -57.3 kJ mol-1 dapat diperolehi. (4m)

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dengan alkali lemah menjadi lebih
besar atau lebih kecil daripada -57.3 kJ mol-1 . Jelaskan. (3m)

Amali 2:
Tujuan : Menentukan haba tindak balas bagi
(i) Na2CO3 + 2HCl → 2NaCl + H2O + CO2 ∆H1
(ii) NaHCO3 + HCl → NaCl + H2O +CO2 ∆H2

Dan secara tidak langsung, menentukan haba tindak balas menggunakan


Hukum Hess mengenai penjumlahan tetap haba, bagi tindak balas
(iii) 2NaHCO3 → Na2CO3 + CO2 + H2O ∆H3

Bahan:
EC1 ialah asid hidroklorik 2.0 moldm-3 .
EC2 ialah pepejal natrium karbonat kontang.

3
EC3 ialah pepejal natrium hidrogen karbonat.

Radas : Buret 50 cm3 , kaki retot dan pengapit, cawan plastik, termometer 0oC –
110oC (±0.2oC), botol pencuci berisi air suling, penimbang
elektrik ( ±0.01g )
Prosedur :
1. Menggunakan buret, alirkan 30.00 cm3 EC1 ke dalam cawan plastik. Biarkan cawan
plastik berserta kandungannya selama beberapa minit dan rekodkan suhu larutan ke
dalam jadual di bawah.
2. Timbang dengan tepat suatu tabung uji mengandungi 2.00 hingga 2.40 g EC2 dan
rekodkan beratnya.
3. Sekali gus pindahkan semua EC2 ke dalam cawan plastik mengandungi EC1.
Pastikan semua pepejal dalam tabung uji memasuki cawan plastik dan tiada cecair yang
terpercik keluar.
4. Kacau larutan dengan cermat menggunakan termometer, dan rekodkan suhu
tertinggi yang dicapai.
5. Ulang prosedur di atas menggunakan EC3 menggantikan EC2. Timbang dengan
tepat 2.75g hingga 3.15g EC3.

Keputusan:
Rekodkan semua bacaan dan timbangan anda dalam jadual di bawah.

EC2 EC3
Berat tabung uji + pepejal /g
Berat tabung uji kosong /g
Berat pepejal /g
Suhu awal asid/ oC
Suhu akhir campuran / oC
Perubahan suhu / oC

Soalan:
1. Lukis rajah aras tenaga bagi tindak balas berkaitan.
2. Apakah empat andaian yang telah dibuat dalam pengiraan anda?
3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki ketepatan nilai-nilai
∆H1 , ∆H2 and ∆H3 ?
4. Perubahan entalpi piawai bagi pembakaran benzena, karbon dan hidrogen masing-
masingnya ialah -3271,-394, dan -286 kJmol-1. Hitungkan perubahan entalpi piawai bagi
pembentukan benzena.

4
Amali 3

Tujuan : Menyiasat kesan kepekatan ke atas daya gerak elektrik sel.

Bahan : EC1 ialah larutan akuas kuprum(II)nitrat,1.0 mol dm-3


EC2 ialah larutan akuas zink nitrat, 2.0 mol dm-3 .
EC3 ialah larutan akuas zink nitrat, 1.0 mol dm-3
EC4 ialah larutan akuas zink nitrat, 0.1 mol dm-3
EC5 ialah larutan akuas zink nitrat, 0.01 mol dm-3
EC6 ialah larutan akuas zink nitrat, 0.001 mol dm-3
Larutan tepu kalium klorida.

Procedure/Prosedur :

1. Menggunakan silinder penyukat, masukkan 50.0 cm3 EC1 ke dalam bikar A, dan
50.0 cm3 EC2 ke dalam bikar B.

2. Celupkan satu jalur kertas turas ke dalam larut kalium klorida tepu. Kemudian
rendamkan kedua-dua hujung jalur kertas turas itu masing-masingnya ke dalam Bikar A
dan B bagi membentuk suatu jambatan garam.

3. Bersihkan plat kuprum dan zink menggunakan kertas pasir. Basuh menggunakan air
suling serta keringkan.

5
4. Klipkan plat kuprum menggunakan klip buaya dan sambungkan ke hujung
potentiometer yang bersambung kepada terminal positif akumulator.

5. Logam zink disambungkan kepada galvanometer yang telah disambungkan kepada


suatu joki.

6. Terminal negatif akumulator kemudiannya disambungkan kepada hujung


potentiometer yang satu lagi.

7. Rendamkan plat-plat logam itu ke dalam larutan masing-masing. Selepas satu minit,
sentuh joki kepada wayar potentiometer disepanjang wayar itu sehingga galvanometer
menunjukkan bacaan sifar, menandakan bahawa tiada arus mengalir.
Jangan leretkan joki disepanjang wayar potentiometer bagi mengelakkan
pembentukan rintangan.

8. Catatkan panjang wayar potentiometer sebagai x cm dan rekodkan ke dalam jadual


di bawah.

9. Ulang eksperimen di atas dengan menggantikan larutan EC2 dengan larutan-larutan


yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
Jalur kertas turas yang baru perlu digunakan bagi setiap larutan.

10. Hitungkan E sel menggunakan formula berikut.

X
Eθcell = ___________________________ X 2V
Length of potentiometer wire
(Panjang wayar potentiometer)

Keputusan : Panjang wayar potentiometer = ............. cm

ujikaji Bikar A Bikar B Panjang [Zn2+] /moldm-3


wayar, E cell /V
x/cm
1 50 cm3 EC1 50 cm3 EC2
2 50 cm3 EC1 50 cm3 EC3
3 50 cm3 EC1 50 cm3 EC4
4 50 cm3 EC1 50 cm3 EC5

6
Rajah 5: Kesan kepekatan ke atas daya gerak elektrik sel.
5 50 cm3 EC1 50 cm3 EC6

Soalan:

1. Lukiskan rajah sel bagi sistem elektrokimia ini.

2. Tuliskan setengah persamaan bagi tindakbalas yang berlaku di dalam bikar A dan B,
dan seterusnya tuliskan suatu persamaan bagi keseluruhan tindakbalas sel.
3. Plot satu graf E sel lawan lg[Zn2+] bagi bikar B dan terangkan bagaimana dge sel
berubah dengan kepekatan Zn2+ dalam bikar B.

4. Terangkan apakah yang akan berlaku kepada nilai E sel jika

(i) larutan dalam bikar A digantikan dengan kuprum(II)nitrat akuas, 0.1 mol dm-3?

(ii) larutan dalam bikar B digantikan dengan aluminium klorida akuas, 0.1 mol dm-3 dan
plat zink digantikan dengan logam aluminium?

Anda mungkin juga menyukai