Anda di halaman 1dari 12

PENGAJIAN AM

GAJET ELEKTRONIK
Pengertian
• Gadget adalah sebuah istilah yang berasal dari
bahasa Inggris, yang artinya perangkat elektronik
kecil yang memiliki fungsi khusus.
• Elektronik adalah ilmu yang mempelajari
alat elektrik arus lemah yang dikendalikan dengan
cara mengawal aliran elektron  atau zarah
bermuatan listrik dalam suatu alat seperti komputer,
peralatan elektronik, termokopel, semikonduktor,
dan lain sebagainya.
Contoh Gadget
• Gadget
• Komputer, Laptop/Notebook/Netbook
• Telefon Rumah , Handphone
• Playstation( PSP )
• Radio
• Televisyen
• Kamera
• Mp3
• E-reader / majalah elektronik
Jenis aplikasi yang popular
• Facebook
• Watapps
• Twitter
• Instagram
• YouTube
• Wechat
• dll
Faedah Pengunaan gajet
Maklumat diperoleh dengan mudah

• Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka


dengan menggunakan gajet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan
waktu.
• Pengguna boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk
mengakses maklumat dengan cepat dan pantas.

Memudahkan perhubungan / komunikasi

• Oleh sebab perkembangan teknologi maklumat, jurang digital antara


penduduk luar bandar dan bandar telah dapat dikurangkan.
• Syarikat-syarikat komunikasi telah menyediakan capaian tanpa wayar di
kawasan luar bandar untuk memudahakan komunikasi.
• Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap
lapisan masyarakat.
Menjana pendapatan

• Pengguna dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online).


• Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat
melalui email dan katalog jualan juga boleh dihantar kepada pembeli
dengan segera untuk pengesahan jualan.
• Peniaga dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi
dengan adanya kemudahan Internet.

Memudahkan kegiatan seharian

• Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian.


• Sebagai contohnya, urusan seperti pembayaran bil-bil atau cukai dapat
diakses dengan cepat dan mudah.
• Masa dan tenaga dijimatkan.
Alat hiburan
•  fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan
untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar
dengan kawan-kawan dan juga permainan.

Pendidikan
• Informasi mudah diperoleh
• Pelajar menjadi kreatif
• Kanak-kanak mendpt rangsangan awal kepada
deria ( kebolehan mendengar, bercakap, berfikir =
permainan )
Kesan Negatif
Penyebaran fitnah

• Pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi
penyebaran fitnah.
• Maklumat yang berbentuk fitnah mudah disebarkan kepada orang ramai. Lebih
serius lagi, hal ini boleh berlaku juga dalam kalangan pemimpin dari segi politik.

Penipuan mudah berlaku

• Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui


gajet.
• Sesetengah pengguna ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa
jaminan.
• Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka
mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.
Kurangnya interaksi sosial

• Pengguna yang taksub kepada gajet akan menghabiskan


masa banyak masa sendirian
• Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran terabai.
• Mereka kurang keluar dari rumah untuk bersosial.
• Kesihatan terjejas

Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejas kesihatan.


• Hal ini demikian berlaku pengguna taksub kepada gajet
sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk melakukan
aktiviti di luar.Sebagai contohnya bersenam dan beriadah.
• Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet.
Menjejaskan pelajaran 
• masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji
pelajaran telah diganti dengan masa melayan gajet.

Kos yang tinggi


• Peralatan canggih dan mahal, mengejar trend,
sanggup berhutang, pembaziran hutang

Hakisan budaya
• Kemasukan budaya Barat, terlalu leka dgn dunia
gadjet, terdedah dgn web pornografi ( kerosakan
moral)
Langkah
• Pemantauan ibu bapa dlm aplikasi / permainan yang
anak gunakan
• Jangan membiarkan anak kecil melayari internet
tanpa pengawasan
• Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dgn anak
berkaitan gadjetnya
• Ibu bapa mengenakan peraturan yg tegas dalam
tempoh penggunaan gajet
• Lebihkan aktiviti riadah pada waktu petang /senggang
Kesimpulan
• Kesimpulannya, kemajuan dalam penghasilan
gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan
dengan baik supaya tidak memudaratkan
pengguna. Oleh itu, semua pihak harus
mengawal penggunaan gajet untuk menjamin
kesejahteraan masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai