Anda di halaman 1dari 38

MODUL STPM SEMESTER 1

PERINGKAT DAERAH

KUALA TERENGGANU

NAMA : ……………………………………………………….
SEKOLAH : ……………………………………………………….
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

SOALAN STRUKTUR

TEMA 1 : SISTEM BUMI

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem bumi ? [3]

Saling interaksi antara komponen-komponen fizikal yang membentuk planet bumi iaitu
biosfera (hidupan), atmosfera (lapisan udara), hidrosfera (air) dan litosfera (batuan/kerak
bumi) untuk mencapai keseimbangan.

Mana-mana 3 isi x 1m = 3m

b) Terangkan dua sebab sistem bumi bersifat sebagai sistem terbuka. [4]

b1- Komponen sistem bumi iaitu biosfera, atmosfera, hidrosfera dan litosfera mempunyai
sempadan yang membenarkan kemasukan bahan dan tenaga antara satu sama lain

b2- Berlaku tindakbalas antara komponen-komponen dalam sistem bumi

b3- Sistem bumi adalah kompleks iaitu mempunyai banyak komponen yang saling
bergantung antara satu sama lain

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

c) Huraikan dua komponen persekitaran fizikal yang membentuk sistem bumi. [4]

c1- Biosfera
c2- Atmosfera
c3- Hidrosfera
c4- Litosfera

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

d) ”Komponen alam sekitar fizikal bumi penting dalam menjana sumber tenaga.”
Jelaskan pernyataan ini. [4]

d1- Biosfera - tenaga biomas


d2- Atmosfera - tenaga solar, tenaga angin
d3- Hidrosfera - tenaga hidroelektrik, tenaga ombak, tenaga pasang surut
d4- Litosfera - tenaga bahan api fosil/tenaga elektrik terma, tenaga geoterma

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

2
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

2. a) Jelaskan bagaimana bumi bergerak dalam sistem suria. [4]

a1- Bumi berputar di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ ° dari satah tegak
bumi - 1 putaran lengkap 24 jam/1 hari - arah barat ke timur

a2- Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbit berbentuk elips -


1 edaran lengkap 365 ¼ hari/1 tahun - arah timur ke barat

2 isi x 2m = 4m

b) Bezakan dua ciri antara kejadian ekuinoks dan solstis. [4]

Ciri kejadian Ekuinoks Solstis


b1- Kedudukan Garisan Khatulistiwa Garisan Sartan dan Garisan Jadi
matahari tengah hari
b2- Tarikh 21 Mac dan 23 September 21 Jun dan 22 Disember
b3- Tempoh siang dan Sama panjang di semua Tidak sama panjang antara
malam kawasan hemisfera utara dan hemisfera
selatan
b4- Kejadian musim Musim bunga dan musim Musim panas dan musim sejuk
luruh
b5- Intensiti bahangan Sama banyak di kedua-dua Solstis musim panas - hemisfera
matahari hemisfera utara terima bahangan matahari
maksimum dan sebaliknya
* Pemarkahan mesti menunjukkan perbezaan
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

c) Terangkan kesan kejadian ekuinoks terhadap ciri fizikal di permukaan bumi. [3]

c1- Semua kawasan menerima cahaya matahari - banyak di Khatulistiwa/sedikit di kutub


c2- Tempoh siang dan malam adalah sama panjang di semua kawasan
c3- Suhu tinggi/cuaca panas di Khatulistiwa - pancaran matahari tegak waktu tengah hari di
garisan Khatulistiwa - bahangan matahari maksimum di kawasan berkenaan
c4- Wujud musim bunga (21 Mac) dan musim luruh (23 September) di hemisfera utara

Mana-mana 1 isi x 3m = 3m

d) Huraikan dua aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh kejadian solstis. [4]

d1- Pertanian
d2- Perikanan
d3- Pembalakan
d4- Perikanan
d5- Pelancongan
d6- Penternakan
d7- Pemburuan

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

3
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI

3. a) Kenal pasti tiga kumpulan batuan dan berikan contoh-contohnya. [3]

a1- Batuan igneus -contohnya batu granit, riolit dan andesit


a2- Batuan enapan -contohnya batu kapur, batu pasir dan gipsum
a3- Batuan metamorfosis -contohnya batu marmar, batu permata, intan

3 isi x 1m = 3m

b) Jelaskan proses pembentukan tiga kumpulan batuan berkenaan. [6]

b1- Batuan igneus


- terbentuk hasil pembekuan dan penyejukan magma di dalam lapisan kerak bumi atau di luar
permukaan bumi
- contoh ; batuan igneus terobosan dan batuan igneus rejahan

b2- Batuan enapan


- terbentuk hasil daripada proses penimbunan/pemendapan, pemadatan dan penyimenan
bahan-bahan enapan
- contohnya ; lumpur, kelodak, kulit kerang, kulit siput dan sisa-sisa tumbuhan dan haiwan
yang telah mati

b3- Batuan metamorfosis


- terbentuk hasil daripada tekanan dan suhu yang tinggi di dalam bumi
- menyebabkan batuan igneus dan batuan enapan mengalami perubahan daripada segi tekstur
dan komposisi kimia dan menghasilkan batuan baharu
- contoh : batu kapur (batuan enapan) berubah kepada batu marmar

3 isi x 2m = 6m

c) Huraikan tiga kepentingan batuan kepada aktiviti manusia. [6]

c1- Aktiviti pertanian


Batu basalt - mudah pecah dan terluluhawa
- sesuai untuk aktiviti pertanian padi dan teh
- contoh : Pulau Jawa Indonesia, Pulau Luzon Filipina
Batu riolit - mudah diurai oleh luluhawa kimia
- membentuk tanih laterit yang subur

c2- Aktiviti perlombongan dan pembinaan


Batu pasir - perlombongan pasir
- bahan utama untuk industri pembinaan bangunan, rumah
Batu granit - perlombongan kuari batu
- bahan utama untuk industri pembinaan bangunan dan jalan raya

4
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

c3- Aktiviti pelancongan dan rekreasi


Batu kapur (batuan enapan) - proses luluhawa kimia menghasilkan pandang darat karst
seperti stalaktit, stalakmit, tiang kalsit, gua batu kapur dll
- aktiviti kajian & penyelidikan, memerhati keunikan pandang
darat karst, sukan lasak (rock climbing) dll

c4- Aktiviti perindustrian


Batu feldsfar - diurai oleh luluhawa kimia membentuk tanih liat halus (kaolin)
- digunakan utk industri kraftangan tembikar, pasu, labu sayong
dan pembuatan batu-bata
Batu kapur - industri pembuatan simen contoh di Padang Rengas dan Tasek, Perak

DLL yang sesuai.


Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

4. a) Nyatakan tiga sebab bentuk gunung berapi berbeza antara satu sama lain. [3]

a1- Jenis bahan yang diletuskan - lava bes, lava asid, bahan piroklas, debu, abu
a2- Sifat lohong gunung berapi - lohong mendatar (dataran lava), lohong tunggal/menegak
(kon tunggal), banyak lohong (kon serba ragam)
a3- Sifat dan jenis letusan - senyap dan berterusan (kon sekata), letusan kuat (puncak
musnah dan terbentuk kawah besar/kaldera)
a4- Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar - banyak bahan, lebih besar saiz gunung
berapi
Mana-mana 3 isi x 1m = 3m

b) Terangkan tiga kesan positif letusan gunung berapi terhadap aktiviti manusia. [6]

b1- Tanih lava bes - aktiviti pertanian padi sawah - lereng bukit Pulau Jawa dan Pulau
Luzon
b2- Tasik krater/kaldera - aktiviti pelancongan - Danau Toba di Sumatera
b3- Mata air panas - sumber tenaga geoterma
b4- Aktiviti seismik/volkanik - penyelidikan untuk meramalkan risiko bencana kepada
manusia
b5- Batu/lumpur gunung berapi - sumber perubatan untuk kulit
b6- Timbunan sulfur - aktiviti perlombongan mineral

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

c) Huraikan bagaimana letusan gunung berapi dapat memberi kesan terhadap


persekitaran fizikal. [6]

c1- Lava bes - tanih yang subur


c2- Lava asid - tanih tidak subur/berasid - pencemaran air
c3- Aliran lava yang panas - kemusnahan flora dan fauna/kebakaran hutan/kemusnahan
habitat fauna
c4- Debu/abu - pencemaran udara - jerebu

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

5
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

5. a) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia? [3]

Proses pereputan, pemecahan dan penguraian(1m) batuan secara semula jadi


dan insitu(1m) dengan mengubah kandungan kimia batuan(1m) tersebut.

3 isi x 1m = 3m

b) Bezakan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal. [4]

Perbezaan Luluhawa Kimia Luluhawa Fizikal


Proses pengkarbonan Proses tindakan ibun/fros
Proses pengoksidaan Proses kembang kecut/suhu
Proses penghidratan ekstrem
Proses
Proses hidrolisis Proses basah kering
Proses larutan Proses penghabluran garam
Proses pelepasan tekanan
Landskap kars/gua batu kapur Pandang darat seperti talus
Bentuk muka Tanah laterit atau skri
bumi Tanah yang subur Pembentukan serpihan batuan
pelbagai saiz
* Pemarkahan mesti menunjukkan perbezaan
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

c) Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan mempengaruhi proses luluhawa dalaman. [4]

c1- Akar tumbuhan menjalar masuk ke dalam rekahan batuan, membesar


dan memberi tekanan/tegasan kepada dinding batuan menyebabkan batu
retak, pecah dan bersepai.

c2- Daun/ranting pokok yang sudah kering dan jatuh ke tanah apabila
bertindak balas dengan air hujan akan reput dan menghasilkan asid
organik, dengan mudah melarutkan mineral batuan menyebabkan batuan
mudah pecah dan lerai.

c3- Litupan tumbuhan yang luas – menggiatkan proses luluhawa

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

d) Huraikan pengaruh luluhawa kimia terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[4]
d1- Proses pengoksidaan iaitu mineral ferum bertindak balas dengan oksigen
membentuk ferik oksida menghasilkan tanah laterit. Tanah laterit
menggalakkan aktiviti pertanian getah dan kelapa sawit.

d2- Proses pengkarbonan iaitu air hujan bertindak balas dengan karbon
dioksida membentuk asid karbonik lemah yang akan melarutkan batu kapur.
Tindak balas ini menghasilkan landskap karst/topografi batu kapur
iaitu gua, stalaktit, stalagmit dan tiang kalsit yang menarik minat
pelancong datang ke tempat tersebut.
6
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

d3- Proses hidrolisis iaitu air bertindak balas dengan mineral batuan
menghasilkan lempung/kaolin/tanah liat. Lempung/kaolin/tanah liat
menggalakkan aktiviti industri pembuatan tembikar.

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

6. a) Takrifkan maksud lembangan saliran. [3]

Lembangan saliran merujuk kepada kawasan tadahan air. Terdiri daripada satu sistem
sungai induk dan cawangan-cawangan sungai yang disempadani oleh legeh yang
memisahkan lembangan sungai dengan sungai yang lain.

3 isi x 1m = 3m

b) Jelaskan bagaimana faktor beban sungai mempengaruhi pengangkutan beban sungai. [4]

b1- Bahan yang bersaiz kecil dan halus seperti lumpur dan pasir mudah diangkut berbanding
dengan bahan yang lebih besar seperti kerikil. Ini kerana bahan yang kecil dan halus lebih
ringan. Bahan seperti ini diangkut secara ampaian.

b2- Bahan yang bulat lebih mudah diangkut oleh aliran sungai secara golekan atau pusingan
berbanding bahan yang berbentuk bersegi-segi. Bahan yang bulat seperti batu kerikil mudah
ditolak oleh aliran sungai kerana kurang halangan.

2 isi x 2m = 4m

c) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan beban sungai. [4]

c1- Saiz bahan


c2- Halaju air sungai
c3- Isipadu air
c4- Bentuk alur

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

d) Mengapakah kadar hakisan sungai lebih tinggi di peringkat muda berbanding dengan
peringkat dewasa dan tua? [4]

d1- Peringkat muda sungai, kadar hakisan tinggi kerana alur sungai yang pendek dan
beraliran deras menyebabkan halajunya tinggi – tenaga kinetik tinggi

d2- Kecerunan dasar sungai di peringkat muda adalah curam, cerun curam tambah
halaju arus dan seterusnya meningkatkan kadar hakisan

2 isi x 2m = 4m

7
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

7. (a) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan sungai di bahagian hilir berliku-liku. [4]

a1- Faktor jenis batuan/geologi – batuan keras cth batuan igneus akan tahan daripada
berlakunya hakisan manakala batuan lembut seperti batu kapur mengalami kadar hakisan
yang tinggi – hakisan ini menyebabkan sungai bahagian hilir berliku-liku

a2- Faktor kecerunan –cerun landai akan menyebabkan aliran sungai perlahan.Pemendapan
giat berlaku di sini terutama di kawasan likuan sungai – sungai mencari aliran baru - likuan
sungai terbentuk

a3- Faktor halangan berlaku disebabkan oleh pemendapan yang berlaku di bahagian hilir
sungai - aliran air sungai akan mengubah haluan aliran air. Lama kelamaan likuan sungai
terbentuk

Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

b) Huraikan bagaimana proses pembentukan tasik ladam. [5]

Tasik ladam terbentuk di bahagian hilir sungai. Pada mulanya hakisan sungai giat
berlaku di luar likuan sungai berbanding dengan tebing dalam likuan sungai. Hakisan
yang giat akan menyebabkan kedua likuan menjadi bertambah rapat. Hakisan yang
berterusan pada bahagian likuan sungai ini telah menyebabkan lengkuk likuan di kedua-
dua bahagian tebing bertemu. Kesannya, aliran air sungai akan mengalir terus tanpa
halangan. Proses pemendapan berlaku sehingga menutup likuan sungai dan likuan
tersebut akan terpisah daripada aliran sungai utama. Keadaan ini akan menyebabkan
terbentuknya tasik ladam.

5 isi x 1m = 5m

c) Jelaskan tiga aktiviti ekonomi yang sesuai di kawasan tasik ladam. [6]

c1- Aktiviti pelancongan – takungan air menggalakkan pelbagai aktiviti dijalankan cth
berkayak – menarik kedatangan pelancong

c2- Aktiviti akuakultur – ternakan ikan dalam sangkar dapat dijalankan – cth ikan tilapia,
ikan keli dll

c3- Aktiviti sukan dan rekreasi – pertandingan memancing

c4- Aktiviti perikanan – penangkapan ikan yang terdapat dalam tasik ladam seperti
ikan haruan,talapia, keli dll - meningkatkan pendapatan penduduk

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

8
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

SOALAN ESEI

TEMA 1 : SISTEM BUMI

1. a) ” Peredaran bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan banyak kesan terhadap


fenomena alam di permukaan bumi.” Bincangkan. [13]

a1- Terjadinya empat musim di kawasan sederhana dunia


Musim dingin (November-Disember-Januari)
Musim bunga (Februari-Mac-April)
Musim panas (Mei-Jun-Julai )
Musim luruh (Ogos-September-Oktober)
a2- Panjang waktu siang atau malam yang tidak sama di kawasan sederhana dunia.
Di HU waktu siang lebih pendek (kurang dari 12 jam) antara bulan Nov-Dis-Jan dan
di HS waktu siang lebih panjang (lebih dari 12 jam)
a3- Fenomena gerhana matahari
Peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu kedudukan bulan berada antara
matahari dan bumi. Oleh itu cahaya matahari akan terlindung oleh bulan daripada
sampai ke bumi
a4- Fenomena gerhana bulan
Peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu bumi berada di antara matahari
dan bulan. Dengan itu cahaya matahari terlindung daripada sampai ke bulan.
a5- Perubahan kedudukan matahari
Nov-Dis-Jan matahari berada di Hemisfera Selatan
Mei-JunJulai matahari nerada di Hemsifera Utara
a6- Perubahan ketinggian matahari
Pada masa solstis matahari lebih rendah di Garisan Sartan atau Jadi
Pada masa ekuinoks, kedudukan matahari lebih rendah di Khatulistiwa
a7- Mewujudkan keadaan afelion (jarak bumi-matahari paling jauh -152juta km)
dan keadaan perihelion ( jarak bumi-matahari paling dekat -147juta km)
ax- Kesimpulan - 4 daripada 6 isi betul / kesimpulan yang mantap
Mana-mana 6 isi x 2m + 1m kesimpulan = 13m

b) Terangkan pengaruh penerimaan tenaga matahari yang tinggi terhadap aktiviti


penduduk di kawasan tropika lembap. [12]

b1- Membolehkan pelbagai tanaman ditanam - padi, getah, kelapa sawit dll
b2- Menggalakkan aktiviti PKS - pengeringan hasil pertanian, hasil perikanan, tekstil batik
b3- Pertumbuhan padang rumput yang subur dan luas - penternakan lembu dan kambing
dilakukan secara lepas bebas
b4- Menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika - pembalakan kayu keras dan
tumbuhan herba dapat dijalankan sepanjang tahun
b5- Proses luluhawa batuan yang giat memudahkan aktiviti perlombongan dan eksploitasi
sumber mineral
b6- Membolehkan aktiviti pelancongan pinggir pantai dan pulau serta rekreasi dijalankan
hampir sepanjang tahun
6 isi x 2m = 12m

9
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

2. a) Jelaskan jenis-jenis tenaga dalam sistem bumi. [12]

a1- Tenaga endogenik - tenaga dari dalam bumi - tenaga arus perolakan magma, haba
radioaktif, tenaga graviti, tenaga magnetik/radiogenik
a2- Tenaga eksogenik - tenaga dari luar bumi - tenaga matahari/tenaga suria
a3- Tenaga keupayaan/potensi - tenaga yang tersimpan dalam sesuatu jisim kerana
kedudukannya atau keadaannya
a4- Tenaga kinetik - tenaga yang dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad
a5- Tenaga kimia - tenaga yang tersimpan dalam tisu badan manusia, haiwan dan tumbuhan
a6- Tenaga geoterma - tenaga haba daripada pancutan air panas/geiser
a7- Tenaga haba rasa - tenaga haba yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan
tersebut menjadi panas
a8- Tenaga haba pendam - tenaga yang terkandung oleh sesuatu jisim sehingga dibebaskan
Mana-mana 6 isi x 2m = 12m

b) Sejauh manakah proses geomorfologi di permukaan bumi dipengaruhi oleh


bahangan suria. [13]

Proses eksogenik :
b1- Luluhawa
b2- Pergerakan jisim
b3- Hakisan
b4- Pengangkutan
b5- Pemendapan

Selain itu, proses endogenik : (penegasan - 1m)


b6- Lipatan kerak bumi
b7- Gelinciran
b8- Gempa bumi
b9- Aktiviti gunung berapi
b10- Metamorfisme batuan

Mana-mana 6 isi (3:3/4:2/5:1) x 2m + 1m penegasan = 13m

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI

3. a) Jelaskan perbezaan antara proses endogenik dengan proses eksogenik. [12]

a1- Punca tenaga


Endogenik -tenaga dari dalam bumi yang digerakkan oleh haba radioaktif
Eksogenik -tenaga dari luar permukaan bumi seperti tenaga matahari

a2- Jenis tenaga


Endogenik - tenaga haba dalam bumi, tenaga magnetik/radiogenik, tenaga graviti,
tenaga geoterma
Eksogenik - tenaga haba rasa, tenaga haba pendam, tenaga kinetik, tenaga keupayaan,
tenaga kimia

10
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

a3- Kepentingan kepada aktiviti manusia


Endogenik -tenaga haba-magma-hasilkan lava bes-membentuk tanih lava bes lereng2
bukit gunung berapi-subur utk pertanian contoh Pulau Jawa Indonesia
Eksogenik -tenaga matahari-aktiviti IKS contoh pengeringan ikan, keropok, batik dll

a4- Membekalkan sumber tenaga


Endogenik -tenaga haba-geiser – menghasilkan tenaga geoterma-tenaga elektrik
Endogenik -tenaga matahari-menghasilkan tenaga solar-tenaga elektrik

a5- Mempengaruhi proses geomorfologi di permukaan bumi


Endogenik -lipatan, gelinciran, letusan gunung berapi, gempa bumi, metamorfisme
batuan
Eksogenik -luluhawa, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan, pemendapan

a6- Menghasilkan bentuk muka bumi yang berbeza


Endogenik -menghasilkan bentuk muka bumi gunung lipat, banjaran gunung, gunung
bongkah, permatang lautan, jurang lautan dll
Eksogenik -menghasilkan bentuk muka bumi spt air terjun, jeram, dataran banjir, delta,
tasik ladam, tetambak dll.

* Pemarkahan mesti menunjukkan perbezaan


6 isi x 2m = 12m

b) Sejauh manakah faktor batuan mempengaruhi proses luluhawa kimia di kawasan


tropika lembap? [13]

Faktor batuan :
b1- Kekerasan batuan
-batu lembut -batu kapur (batu mendak) -lebih mudah terluluhawa
-contoh luluhawa kimia -pengkarbonan, larutan, hidrolisis
-batu keras -batu granit -luluhawa kimia kurang berkesan

b2- Rekahan batuan


-batuan yang banyak rekahan -lebih cepat diluluhawa
-contoh batu mendak (batu kapur ) -air hujan lebih mudah/banyak memasuki rekahan
batuan -mempercepat proses tindakbalas kimia

b3- Kandungan mineral


-batuan yang banyak kandungan mineral -contoh batu igneus banyak kandungan
mineral spt mika dan feldsfar -lebih tahan. Luluhawa kimia kurang berkesan

Faktor-faktor lain : (penegasan - 1m)


b4- Hujan
-kawasan tropika lembap -banyak hujan
-air hujan mempercepatkan tidakbalas kimia berlaku pada batuan
-contoh luluhawa kimia -pengkarbonan, hidrolisis dan larutan

b5- Tumbuhan
-pereputan dan penguraian tumbuhan yang telah mati
-menghasilkan asid humik -pembentukan humus

11
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

b6- Mikroorganisma
-pereputan dan penguraian tumbuhan dan haiwan yang telah mati
-menghasilkan asid humik-pembentukan humus

b7- Masa -jangka masa lama -luluhawa kimia lebih berkesan

b8- Aktiviti manusia -perlombongan, bina jalan/lebuh raya -tanih terdedah


-agen luluhawa spt suhu dan hujan

Mana-mana 6 isi (3:3/4:2/5:1) x 2m + 1m penegasan = 13m

4. a) Bincangkan bukti yang menjadi asas kepada pembentukan teori hanyutan benua. [13]

a1- Bukti keselanjaran benua


- persamaan garis pantai antara garis pantai Amerika Selatan dengan pantai barat Afrika
- kedua-dua benua ini sepadan bila dicantumkan

a2- Bukti geologi


-persamaan geologi antara benua-benua yang berlainan
-contoh bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan Bastar, India sama dengan bijih besi di
Yampi Sound, Australia

a3- Bukti iklim purba


-iklim purba -iklim sesebuah benua/kawasan sebelum hanyutan benua
-contoh iklim benua kecil India lebih sejuk kerana berhampiran dengan kawasan kutub
(sebelum hanyutan benua) -sekarang -iklimnya lebih kering, panas

a4- Bukti fosil


-fosil paku-pakis jenis Glossopteris boleh didapati di benua Amerika Selatan, benua Afrika,
benua kecil India dan Australia
-membuktikan ia bernah bercantum sebagai sebuah benua

a5- Bukti kemagnetan


-pendapat S.K.Runcom (1962) -batuan mempunyai kandungan mineral yangg tertentu
semasa pembentukkannya -ia akan menetapkan medan magnetnya sama dengan medan
magnet bumi (arah utara )/Kutub Utara
-perubahan medan magnet batuan berlaku disebabkan hanyutan benua

a6- Bukti sistem gunung lipat


-Tanah Tinggi Appalachian (timur benua Amerika Utara) ada persamaan dengan banjaran
gunung di Scotland (benua Eropah)
- bukti ia pernah bercantum suatu ketika dahulu

ax- Kesimpulan - 4 daripada 6 isi betul / kesimpulan yang mantap


6 isi x 2m + 1m kesimpulan = 13m

12
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

b) Terangkan kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk muka bumi yang
wujud pada hari ini. [12]

b1- Pembentukan benua


-asalnya satu benua (Pangea) -pecahan kepada Laurasia dan Gondwanaland
-hanyutan seterusnya membentuk benua Amerika Utara, benua Amerika Selatan, benua
Asia, benua Eropah, benua Afrika dll

b2- Pembentukan jurang lautan


-hanyutan benua telah memisahkan berapa benua
-kesan -membentuk jurang lautan yang dalam

b3- Perubahan garis pantai


-daripada garis pantai yang lebih pendek (satu benua) kepada garis pantai yang lebih
panjang (banyak benua)

b4- Pembentukan selat, lautan dan pulau-pulau


-semasa hanyutan berlaku, benua-benua tersebut berpecah dengan lebih banyak dan
berselerak

4 isi x 3m = 12m

5. a) Sejauh manakah proses luluhawa fizikal di kawasan tropika lembap giat berlaku
disebabkan oleh aktiviti manusia? [13]

Bil. Fakta Huraian


Faktor manusia :
a1 Pertanian -Pendedahan batuan kepada bahangan
-pembukaan kawasan
-membajak
-menebang
-menanam
a2 Pembalakan -pendedahan batuan kepada bahangan
a3 Perlombongan -menggali/mengorek/penarahan/peneresan
-melonggarkan struktur tanah
a4 Pembinaan -pemasangan cerucuk
-melonggarkan struktur tanah/rekahan batuan
a5 Perhutanan -tanam pokok membolehkan permukaan
dikorek/digali
-struktur tanah longgar
a6 Penternakan -ragutan lebihan
Faktor lain (penegasan - 1m)
a7 Tumbuhan Litupan tumbuhan /tindakan akar
a8 Iklim /bahangan suria Hujan-proses pembasahan tanah-basah kering
Panas -sejatan tinggi-hujan
a9 Batuan -Jenis batuan/struktur/komposisi
a10 Binatang/haiwan Proses pengorekan
a11 Masa Keras-jangka masa panjang
Lembut-jangka masa pendek /cepat
Mana-mana 6 isi (3:3/4:2/5:1) x 2m + 1m penegasan = 13m
13
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

b) Jelaskan enam kepentingan hasil luluhawa kepada aktiviti manusia. [12]

b1- Tanah liat /kaolin -industri seramik, IKS, tembikar/labu sayong


b2- Tanah laterit -pertanian/getah dan kelapa sawit
b3- Gua batu kapur -pelancongan/keagamaan/sarang burung layang2
b4- Bahan nitrat atau humus -proses penguraian –pertanian
b5- Pandang darat karst -pelancongan =stalaktit/stalagmit
b6- Regolit -tanah pertanian
6 isi x 2m = 12m

6. a) Huraikan lima cara pengangkutan sungai. [10]

a1- Apungan -bahan yang ringan dan halus seperti kelodak dan sarap
diangkut di atas permukaan air
a2- Ampaian -bahan muatan berbutir agak kasar seperti pasir, kelikir dan
kelodak diangkut secara terampai-ampai di dalam aliran sungai
a3- Loncatan -batuan yang sederhana besar saiznya, bersegi-segi atau
leper seperti batu pasir dan kelikir diangkut secara loncatan
berperingkat-peringkat di sepanjang dasar sungai mengikut pertambahan
tenaga sungai
a4- Golekan -bahan muatan yang lebih besar dan lebih berat seperti bongkah batu akan
ditolak beransur-ansur di sepanjang dasar sungai mengikut pertambahan
tenaga sungai
a5- Larutan -batuan tebing dan dasar sungai yang mudah larut di dalam air akan diangkut
secara larutan -buktinya sungai yang keruh dipenuhi kelodak halus

5 isi x 2m = 10 m

b) Jelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan sungai terhadap aktiviti


manusia. [8]

b1- Air terjun


Terbentuk di bahagian hulu sungai dengan alirannya yang deras dan stabil sepanjang masa
membolehkan aktiviti penjanaan kuasa hidro elektrik dijalankan. Contoh Air Terjun Niagara
(Amerika Syarikat)

b2- Air terjun


Terbentuk di kawasan tanah tinggi, pemandangan yang cantik, airnya sejuk membolehkan
aktiviti ekopelancongan dilaksanakan. Contoh Air Terjun Sekayu (Terengganu), Air Terjun
Lata Kinjang (Perak)

b3- Jeram
Terbentuk di bahagian hulu sungai menuruni batuan keras, alirannya yang deras dan stabil
sepanjang masa sesuai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik

b4- Jeram
Terbentuk di kawasan tanah tinggi -alirannya laju dan melompat-lompat, pemandangan
yang cantik, aktiviti ekopelancongan dan sukan lasak (berkayak) dijalankan.
Contoh Jeram Toi di Negeri Sembilan

14
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

b5- Lubuk
Lekukan yang terbentuk di dasar sungai di peringkat muda dan tua sungai – menjadi tempat
pembiakan ikan -sesuai untuk aktiviti perikanan air tawar

b6- Lubuk
Lubuk air terjun yang terbentuk di peringkat hulu sungai membentuk pemandangan yang
cantik sesuai untuk aktiviti ekopelancongan. Contoh Telaga Tujuh, Langkawi

b7- Gaung dan lurah


Terbentuk di bahagian hulu sungai, sangat dalam, sempit, bertebing curam – sesuai untuk
aktiviti sukan lasak seperti luncur motosikal. Contoh Gaung Niagara di Sg. Zambezi
(Afrika) dan Grand Canyon di Sg. Colorado (Amerika Syarikat)

Mana-mana 4 isi x 2m = 8m

c) Bincangkan tiga langkah kestrukturan untuk mengatasi masalah hakisan sungai. [7]

c1- Menanam cerucuk untuk dijadikan benteng daripada kayu bakau.


c2- Membina benteng penghadang hakisan daripada batu-batu yang kasar dan besar.
c3- Membina gabion -masukkan batu sederhana besar dalam sangkar besi dan disusun di
tebing sungai.
c4- Membina lapis lindung tebing sungai (flex slab/reno mattress/rock revetment) daripada
batu untuk menstabilkan tebing -sesuai untuk tebing sungai yang landai. Banyak dilakukan
di sungai Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.
c5- Tanam tumbuh-tumbuhan di tebing sungai -akar pokok mencengkam tanah.
cx- Kesimpulan -rumuskan semua kaedah yang dibincangkan.
Mana-mana 3 isi x 2m + 1m kesimpulan = 7m

7. a) Huraikan faktor yang menpengaruhi pemendapan pinggir pantai. [12]

Bil Fakta Huraian


a1 Tenaga ombak Ombak pembina, tenaga lemah menggalakkan pemendapan
a2 Kecerunan Cerun pantai yang landai memudahkan mendapan terkumpul
menggalakan pemendapan
a3 Tumbuhan Pantai yang banyak tumbuhan, memerangkap banyak bahan
mendapan/sedimen menyebabkan pemendapan menjadi lebih giat
a4 Orientasi pantai Pantai yang terlindung daripada tiupan angin lazim, berteluk
menggalakan proses pemendapan kerana tenaga ombak yang lemah
a5 Pasang surut Proses pasang surut air laut menggalakkan pemendapan kerana
pergerakan arus pasang surut akan menarik bahan muatan dan
memendapkannya di pantai
a6 Arus pesisir Arus pesisir yang bergerak selari dengan garis pantai menyebabkan
bahan dimendapkan memanjang selari dengan pantai
a7 Angin Kelajuan angin yang perlahan, menyebabkan pergerakan ombak
lemah lalu memendapkan bahan muatan
a8 Tindakan Pembinaan benteng pemecah ombak menghasilkan ombak pembina,
manusia menggalakkan pemendapan di sepanjang benteng dengan pantai
Mana-mana 6 isi x 2m = 12m

15
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

b) Bincangkan enam kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai


terhadap aktiviti manusia. [13]

Bil Fakta Huraian


b1 Beting pasir 1. Perlombongan pasir
2. Pelancongan
b2 Tombolo 1. Pelancongan
2. Kawasan petempatan
b3 Anak tanjung 1. Pelancongan
2. Kawasan petempatan
b4 Lagun 1. Pelancongan
2. Penternakan ikan air masin
b5 Pantai 1. Pelancongan
2. Sukan rekreasi – permainan wau
3. Sukan perahu layar
b6 Pulau 1. Pelancongan
2. Petempatan
bx Kesimpulan 4 daripada 6 isi betul / kesimpulan yang mantap
Mana-mana 6 isi x 2m + 1m kesimpulan = 13m

16
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

SOALAN STRUKTUR

PERTUMBUHAN PENDUDUK

1(a) Berikan tiga faktor pertumbuhan penduduk. (3)

(i) Kadar kelahiran yang merujuk bilangan bayi yang dilahirkan bagi setiap 1000 orang
dalam setahun
(ii) Kadar kematian pula merujuk bilangan orang yang mati bagi setiap 1000 orang dalam
setahun
(iii) Migrasi bersih merujuk jumlah migrasi masuk ditolak jumlah migrasi keluar dalam
sebuah negara atau kawasan

1(b) Bagaimanakan kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk? (6)

(i) Pembinaan hospital dan klinik kesihatan. Melalui pertambahan bilangan hospital dan
klinik kesihatan boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk. Dengan adanya
kemudahan ini, penduduk desa tidak perlu ke tempat yang jauh untuk mendapat rawatan,
maka kadar kelahiran akan meningkat dan kadar kematian akan berkurangan dalam
kalangan bayi yang dilahirkan oleh penduduk keseluruhannya.

(ii) Bekalan ubat-ubatan yang moden dan mencukupi juga mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk. Kadar kematian akan berkurangan kerana penyakit dalam
kalangan penduduk dapat diubati sebaik-baik mungkin. Golongan tua akan mencapai
kadar jangka hayat yang tinggi dan sihat serta ceria dalam menjalani kehidupan harian.

(iii) Penjagaan kesihatan yang baik juga mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk.
Penjagaan kesihatan ini akan meningkat dengan adanya kempen dan sebaran maklumat
tentang kepentingan menjaga kesihatan dan menjalani gaya hidup sihat sepanjang hayat.
Kempen ini boleh dilaksanakan oleh pengamal perubatan dan kesihatan moden melalui
media sosial yang semakin berkembang hari ini.

1(c) Huraikan tiga kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara.
(6)
(i) Pertumbuhan penduduk yang pesat akan meningkatkan kadar penggangguran dalam
kalangan penduduk sesebuah negara. Keadaan ini bertambah hebat jika tiada pekerjaan
dijanakan dalam kalangan masyarakat. Kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan
bilangan penduduk meningkat dalam sesebuah negara. Apabila bilangan penduduk
banyak, peluang pekerjaan akan berkurangan.

(ii) Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan menyebabkan kemudahan infrastruktur
berkurangan. Peningkatan bilangan penduduk hasil daripada kadar kelahiran yang
meningkat dan kadar kematian yang berkurangan menyebabkan peruntukan pihak
berwajib untuk menyediakan kemudahan infrastruktur meningkat dan akhirnya tidak
dapat disediakan secukupnya.

17
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(iii) Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan masalah keruntuhan moral dalam
kalangan penduduk sesebuah negara. Kadar kelahiran yang meningkat menghasilkan
bilangan penduduk yang banyak menyebabkan kemiskinan boleh berlaku. Apabila kadar
kemiskinan meningkat, desakan hidup menyebabkan kadar jenayah dan rompakan
semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

2 Jadual 1 di bawah ini menunjukkan Jumlah Penduduk dan Keluasan Mengikut Negeri Terpilih di
Semenanjung Malaysia, Tahun 2010.

Negeri Jumlah Penduduk (orang) Keluasan (km2)


Pahang 1 443 365 35 965
Perlis 227 025 795
Selangor 5 411 324 7 955
Kuala Lumpur 1 627 172 243

(a) Berdasarkan Jadual 1, kira kepadatan penduduk bagi setiap negeri terpilih di Semenanjung
Malaysia pada tahun 2010 ? [ 3 ]

Negeri Kepadatan Penduduk


(orang/km2)
Pahang 40.13
Perlis 285.5
Selangor 680.2
Kuala Lumpur 6 696.2

(b) Berdasarkan pengiraan anda, mengapakah terdapat perbezaan taburan penduduk antara negeri
berkenaan? [4]
(i) Jumlah penduduk berbeza. Negeri yang jumlah penduduknya ramai seperti Selangor
dan Kuala Lumpur berkepadatan penduduk yang tinggi

(ii) Saiz negeri. Negeri yang bersaiz kecil seperti Perlis berkepadatan penduduk yang
tinggi berbanding dengan negeri bersaiz besar.

(c) Mengapakah kadar pertumbuhan penduduk semula jadi di Malaysia pada masa kini semakin
menurun? [4]
(i) Kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan sebahagian besar keluarga
berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu untuk memiliki anak yang ramai.
Kos hidup yang tinggi khususnya dalam konteks pendidikan kesihatan, dan keperluan
harian.
(ii) Pertambahan wanita berkerjaya. Kesannya mereka lambat berkahwin kerana
menumpukan perhatian terhadap pendidikan dan pembinaan kerjaya masing-masing.
Hal ini menjejaskan tahap fertiliti /kesuburan wanita berkenaan. Kadar kelahiran akan
menurun.

18
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(d) Jelaskan kesan positif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi
sesebuah negara. [4]

(i) Meningkatkan bekalan buruh dalam negara untuk memajukan pelbagai sektor ekonomi
seperti pertanian, pembinaan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Penduduk yang
ramai menjadi aset tenaga kerja profesional terhadap sesebuah negara.

(ii) Memperluaskan saiz pasaran melalui pertambahan penduduk. Pasaran domestik menjadi
semakin besar dan kuasa beli pengguna tempatan juga bertambah.

MIGRASI

3 (a) Kenal pasti tiga aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia semenjak tahun 1970-an
hingga kini. (3)

Aliran Migrasi Huraian dan Contoh


Migrasi dari desa ke bandar Golongan muda dari kampong ke bandar raya seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu dan lain-lain
untuk mencari pekerjaan
Migrasi dari bandar ke desa Golongan persara yang bekerja di bandar-bandar besar
pulang dan menetap di kampong
Migrasi dari bandar ke Kakitangan awam dan swasta yang bertukar/ditukarkan
bandar tempat kerja dari bandar kecil/sederhana ke bandar-
bandar besar
Migrasi dari desa ke desa Golongan peneroka dari kampong ke tanah rancangan
FELDA seperti di Jengka, Ketengah, Kejora dan lain-
lain.

3 ( b ) Perihalkan ciri komposisi aliran migran pekerja di Malaysia. (6)

(i) Ciri Jantina: lelaki lebih ramai berbanding dengan wanita. Hal ini demikian kerana lelaki
lebih mudah bergerak dan lebih selamat untuk berada di bandar-bandar besar

(ii) Kumpulan umur : umur produktif (antara 20 hingga 45 tahun). Golongan muda yang
amat diperlukan oleh majikan kerana masih sihat, berdaya tahan, mobiliti tinggi dan lain-
lain.

(iii) Taraf pendidikan : golongan pasca menengah dan menerima pendidikan tertiari (lepasan
SPM, Kolej, IPTA, Universiti dan lain-lain). Hal ini demikian kerana majikan
memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.

3 ( c ) Mengapakah bandar-bandar besar di Malaysia menjadi destinasi utama migran dari desa?
(6)
(i) Peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang tinggi terutama dalam sektor perindustrian,
perkhidmatan dan perniagaan . Sektor ini menjadi tarikan utama kepada penduduk desa
untuk meningkatkan kualiti hidup.

(ii) Peluang melanjutkan pelajaran yang luas. Pelajar pasca menengah melanjutkan pelajaran
di IPTA dan IPTS yang banyak terdapat di bandar-bandar besar. Golongan ini akan terus
19
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
menetap di bandar kerana hanya di bandar sahaja terdapatnya peluang pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan mereka.

(iii) Kemudahan pembandaran yang baik seperti kemudahan hiburan, kesihatan, perumahan,
kemudahan asas dan lain-lain yang menarik penduduk desa berhijrah bagi meningkatkan
kualiti hidup.

(iv) Sistem pengangkutan yang cekap; meningkatkan ketersampaian dari desa ke bandar.
Perkhidmatan bas ekspres melalui lebuh raya, perkhidmatan kereta api dan lain-lain yang
memudahkan pergerakan migran dari desa untuk berhijrah.

PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam yang boleh diperbaharui? (3)

- Sumber alam yang boleh diperbaharui ialah sumber yang wujud secara berterusan dan
tidak akan pupus. Sumber-sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula. Contoh
sumber yang boleh diperbaharui ialah air, hutan, tanah dan angin.

(b) Bincangkan kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia di
sesebuah kawasan. (6)

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
wujudnya masalah kemerosotan sumber makanan. Keadaan ini akan berlaku jika sumber
semula jadi yang menjadi sumber makanan mengalami kepupusan atau kemusnahan oleh
aktiviti manusia yang berlebihan. Sebagai contoh, kepupusan sumber ikan akibat
penangkapan secara berlebihan telah menjejaskan bekalan protein kepada penduduk.

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
wujudnya masalah kemerosotan sumber bahan mentah. Kekurangan sumber bahan
mentah sama ada sumber yang tidak boleh diperbaharui atau boleh diperbaharui. Sumber
bahan mentah amat diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menghasilkan barang
pengguna yang diperlukan oleh penduduk. Selain itu, bahan mentah juga boleh dijadikan
sumber tenaga untuk menggerakkan jentera kilang

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
wujudnya masalah kekurangan bekalan air. Masalah bekalan air yang semakin
berkurangan berpunca daripada kemusnahan kawasan tadahan air disebabkan oleh aktiviti
pembalakan secara berleluasa. Kesannya, penduduk terpaksa mengalami catuan air yang
banyak menyusahkan penduduk untuk menjalankan aktiviti harian dan aktiviti ekonomi
mereka.

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
kesihatan penduduk semakin merosot. Aktiviti manusia secara tidak terkawal seperti
pelepasan asap kilang telah menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara telah
mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia seperti batuk dan penyakit kulit
serta sakit mata. Akhirnya, kualiti dan kuantiti hidup penduduk akan merosot akibat
kemerosotan sumber alam.

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
berlaku bencana alam. Kejadian bencana alam sekitar kebanyakannya berpunca daripada

20
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Banjir yang melanda negara pada
Disember 2014 telah membawa banyak kemusnahan yang mengorbankan berbilion
ringgit harta benda dan sumber pendapatan manusia. Kemusnahan itu berpunca daripada
aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pembalakan dan pertanian serta petempatan
di kawasan tanah tinggi yang sepatutnya merupakan kawasan tadahan air.

- Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia ialah
berlaku kepupusan spesien fauna dan flora. Semua ini merupakan hak generasi yang akan
datang dan wajib untuk dipelihara dan dipulihara supaya tidak musnah dan pupus untuk
selama-lamanya. Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang boleh menyebabkan
kepupusan spesies fauna dan flora serta menyebabkan kejadian banjir yang akan
menenggelamkan habitat fauna dan flora.

- Kesimpulannya, kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar
manusia telah membawa kesan yang negatif kepada penduduk sehingga kualiti dan
kuantiti hidup semakin merosot. Semuanya berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak
terkawal dan berleluasa seperti pembalakan haram, perlombongan yang berlebihan, dan
pelepasan asap yang tidak terkawal. Usaha memelihara dan memulihara perlu
dititikberatkan supaya kesan yang buruk itu dapat dikurangkan sama ada oleh pihak
kerajaan, badan bukan kerajaan atau masyarakat keseluruhannya.

(c) Bagaimanakan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan aras penduduk boleh
dicapai? (6)
(i) Cara yang pertama untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan
aras penduduk ialah melalui pembangunan lestari. Pembangunan lestari yang
dilaksanakan dijangka boleh mengekalkan sumber alam yang ada dengan usaha
pembangunan yang dijalankan disertai dengan usaha memelihara dan memulihara alam
sekitar. Diharap dengan pembangunan yang terkawal dan usaha-usaha memelihara dan
memulihara yang dijalankan pada masa ini menyebabkan generasi yang akan datang
dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan berkekalan.

(ii) Cara yang kedua untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan
aras penduduk ialah dengan menguat kuasa undang-undang. Penguatkuasaan undang-
undang yang sedia ada perlu dilaksanakan setepat dan setelus mungkin tanpa sebarang
keistimewaan terhadap pihak yang mempunyai kepentingan. Pelaksanaan hukuman
seperti denda dan kompaun serta menyita premis yang melanggar peraturan perlu
dilaksanakan dengan lebih telus. Contohnya, pihak-pihak yang mencemarkan sungai,
sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 25(3) Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak melebihi RM 100 000 atau penjara untuk
tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

(iii) Cara yang ketiga untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan
aras penduduk ialah dengan melaksanakan kempen. Melalui kempen yang dijalankan
dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentinganpenjagaan
alam sekitar yang ada supaya tidak musnah. Kempen ini boleh dilaksanakan oleh pihak
kerajaan, badan NGO, dan individu yang mempunyai kesedaran dan mencintai alam
sekitar. Penyebaran berkaitan kempen ini boleh dibuat melalui media massa masa ada
bercetak atau elektronik.

21
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(iv) Cara yang keempat untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam
dengan aras penduduk ialah dengan cara pendidikan. Pendidikan boleh menyemai rasa
tanggungjawab dan mencintai alam sekitar sejak di bangku sekolah. Dengan ini, diharap
dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan mencintai alam sekitar yang ada.
Ketiadaan sikap yang mementingkan kepentingan sendiri tanpa melihat kepada
kemusnahan yang berpunca atas perbuatan manusia. Semua ini boleh dilakukan melalui
pelajaran yang diajar seperti mata pelajaran Geografi, Bahasa Melayu dan Pendidikan
Islan yang mempunyai nilai-nilai penjagaan alam sekitar di dalamnya.

(v) Cara yang kelima untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan
aras penduduk ialah melalui program mengurangkan kadar kelahiran penduduk. Amalan
perancangan keluarga boleh dilaksanakan secara lebih meluas. Penggunaan kaedah
tertentu seperti amalan pil perancang, penggunaan alat IUCD dan kondom boleh
mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk apabila bilangan bayi yang lahir semakin
berkurangan.

(vi) Cara yang keenam untuk mengekalkan keseimbangan daya tampung sumber alam dengan aras
penduduk ialah melalui penggunaan tenaga alternatif . Penggunaan teknologi menghasilkan
sumber tenaga yang baharu seperti solar, hybrid, dan biodiesel. Penggunaan tenaga alternatif
ini boleh menjimatkan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga yang hampir
habis. Malahan dapat menjaga dan menjamin kebersihan alam sekitar serta mengurangkan
masalah pencemaran udara.

TRANSFORMASI DESA

5 (a) Nyatakan tiga indikator (petunjuk) yang menggambarkan sesebuah desa telah mengalami
transformasi. (3)
(i) Tahap pendidikan meningkat, banyak kanak-kanak mendapat pendidikan sehingga
sekolah menengah.

(ii) Kemudahan asas meningkat dan berkembang, terutamanya jalan raya telah
meningkatkan darjah ketersampaian kawasan desa dengan bandar yang berhampiran
dengannya.

(iii) Berlaku pertukaran kerja daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian,
terutamanya industri kecil dan sederhana yang berasaskan pertanian.

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi perubahan sesebuah desa kepada bandar. (6)

(i) Faktor yang pertama ialah adanya sumber.


Penemuan dan penerokaan sumber alam telah memperkembangkan sebuah desa
menjadi bandar. Penerokaan sumber alam telah memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk di sekitarnya sama ada sebagai tenaga mahir, separa mahir atau kurang
mahir. Contohnya, penerokaan sumber petroleum dan gas asli telah
memperkembangkan bandar Miri dan Kerteh.

(ii) Faktor yang kedua ialah dasar kerajaan.


Dasar kerajaan telah memajukan kawasan luar bandar melalui pembinaan
petempatan yang dilengkapi kemudahan asas. Di samping itu, wujud banyak peluang
hasil daripada perkembangan pembinaan petempatan itu. Aktiviti perniagaan dan

22
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
perdagangan serta pertanian moden telah berkembang dan maju dengan baik sejajar
dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

(iii) Faktor keunikan fizikal.


Faktor ini telah memperkembangkan sebuah desa menjadi bandar atas fungsi sebagai
bandar pelancongan. Antara keunikan fizikal yang menarik kedatangan pelancong
ialah tanah tinggi yang memiliki udara yang nyaman dan pasir pantai yang putih.
Contohnya, bandar Tanah Rata di Tanah Tinggi Cameron.

(c) Jelaskan tiga bukti yang menunjukkan wujudnya saling hubungan antara kawasan desa
dengan kawasan bandar. (6)

(i) Bukti yang pertama ialah kewujudan jalan pengangkutan.


Wujudnya saling hubungan antara kawasan desa dengan kawasan bandar akan
bertambah mudah dengan adanya kemudahan jalan pengangkutan seperti jalan raya,
kereta api, dan sungai. Melalui kemudahan sistem pengangkutan ini, pergerakan
penduduk desa ke bandar yang berhampirannya untuk menjalankan aktiviti harian
penduduk akan menjadi lebih mudah.

(ii) Bukti yang kedua ialah membekalkan bahan mentah kepada bandar.
Kawasan desa merupakan kawasan pertanian yang menghasilkan beberapa jenis
tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Tanaman getah dan kelapa sawit merupakan
bahan mentah utama dalam sektor perindustrian berasaskan bahan mentah yang
kebanyakannya terdapat di kawasan bandar.

(iii) Bukti yang ketiga ialah membekalkan tenaga kerja.


Biasanya, kawasan desa akan membekalkan tenaga kerja, terutamanya tenaga kurang
mahir ke kawasan bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. Aktiviti
perindustrian dan perniagaan serta sektor perkhidmatan yang lain di kawasan bandar
telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk desa dengan pulangan gaji yang
lebih banyak dan tetap.

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan perindustrian desa ? [2]


Program pembangunan industri ke kawasan luar bandar melibatkan pembinaan kawasan
perkilangan dan petempatan penduduk dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

(b) Jelaskan mengapa kerajaan membangunkan sektor perindustrian di kawasan desa. [6]

(i) Perindustrian desa berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di luar
bandar dan mengurangkan kadar pengangguran

(ii) Perindustrian desa mampu mempelbagaikan sektor ekonomi di kawasan luar bandar dan
tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian semata-mata.

(iii) Merapatkan jurang perbezaan ekonomi bandar dengan luar bandar. Perindustrian desa
memberi pendapatan yang tinggi kepada penduduk desa dan mengurangkan jurang
pendapatan antara penduduk desa dengan penduduk bandar.

23
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(iv) Perindustrian desa dapat mengurangkan migrasi desa ke bandar. Perindustrian desa
mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan dapat mengelakkan golongan muda berhijrah
ke bandar.

(v) Perindustrian desa dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah pencemaran
di kawasan bandar yang disebabkan oleh kegiatan perindustrian seperti pembebasan gas
pencemar dan pembuangan sisa-sisa toksik.

(vi) Perindustrian desa dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan luar
bandar. Pendapatan yang tinggi dalam sektor perindustrian membolehkan penduduk desa
menikmati pelbagai barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.

(c) Jelaskan tiga langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi menjayakan rancangan perindustrian
desa. [6]

(i) Menggalakkan industri asas tani. Langkah memajukan industri asas tani untuk
meningkatkan nilai tambah dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu kepada
penduduk luar bandar seperti industri memproses kelapa sawit, getah, padi, ternakan ayam,
membuat keropok, kerepek, biodiesel, sarung tangan getah dan jus.

(ii) Membina kilang di luar bandar. Pelaksanaan perindustrian desa melibatkan penambahan
kilang-kilang yang memproses hasil pengeluaran tanaman ladang seperti the, koko,
tembakau, getah dan kelapa sawit.

(iii)Menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan. Kerajaan menyediakan kemudahan


khidmat sokongan kepada pembangunan industri desa melalui latihan pengeluaran dan
pemasaran, peralatan. Khidmat sokongan juga termasuk bantuan modal dam pembiayaan
kredit mikro melalui Angrobank, bank SME dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

(iv) Memajukan sistem pengangkutan. Kerajaan memajukan sistem pengangkutan yang sedia
ada untuk meningkatkan tahap ketersampaian antara kawasan industri desa dengan kawasan
sumber atau pasaran

(v) Menyediakan pusat latihan industri. Kerajaan menyediakan pusat-pusat latihan


perindustrian untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan terlatih dalam sektor perindustrian .
Contohnya Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian.

7 (a) Takrifan maksud Pusat Pertumbuhan Desa (PPD). [3]

Pusat pertumbuhan desa ialah (pusat pertumbuhan ekonomi skala mikro) yang
(menggabungkan beberapa buah desa kecil sekitarnya). ( Jumlah penduduk kurang
daripada 2500 orang) PPD berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan asas kepada
penduduk, pusat pemasaran ekonomi setempat, pusat aktiviti sosial setempat dan sebagainya.

24
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(b) Jelaskan dua fungsi pusat pertumbuhan desa pada skala mikro. [4]

(i) Pusat pengumpul bahan mentah dari kampung sekitar seperti hasil pertanian (padi,
sayuran, buahan ,hasil getah dan lain-lain) dan pengedar barangan siap/barangan
pengguna /barangan runcit kepada penduduk sekitar.

(ii) Pusat perkhidmatan sosial kepada penduduk setempat seperti perkhidmatan kesihatan
kecil/poliklinik, sekolah rendah dan menengah, perkhidmatan pengangkutan/stesen bas
dan teksi, pusat telekomunikasi desa/internet desa dan lain-lain.

(c) Huraikan dua bukti yang menunjukkan berlakunya saling interaksi antara bandar kecil
dengan kawasan desa sekitarnya. [4]

(i) Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa yang mengambil bekalan barangan siap di
bandar kecil. Perniagaan induk bagi rangkaian kedai runcit tersebut berada di bandar
kecil yang berdekatan yang terdiri daripada mini market.

(ii) Wujudnya rangkaian pengangkutan yang menghubungkan desa dengan bandar kecil.
Contoh jalan raya, jalan kereta api, bot/feri dan lain-lain. Disamping itu adanya hentian
teksi/bas di kawasan desa yang mengambil penumpang ke bandar kecil berdekatan.

(d) Bagaimanakah strategi perindustrian desa boleh membantu untuk memajukan sesebuah
desa di Malaysia. [4]

(i) Pembukaan kilang pemprosesan dan pembuatan di kawasan desa akan membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk desa. Penduduk desa dapat meningkatkan pendapatan
perkapita melepasi garis kemiskinan. Kualiti hidup juga akan bertambah baik.

(ii) Wujudnya IKS akan menambahkan usahawan kecil desa yang memproses bahan mentah
dari desa sekitar. Produk desa boleh dijual terus kepada pengusaha IKS. Kesannya,
pendapatan penduduk desa akan bertambah.

25
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

SOALAN ESEI

KONSEP PENDUDUK

1 (a) Sejauh manakah bilangan atau saiz penduduk menerangkan konsep penduduk sebagai sumber
manusia? (13 )

Konsep penduduk sebagai sumber manusia:-

(i) Bilangan penduduk yang ramai merupakan aset kepada kekuatan pertahanan negara. Kekuatan
bilangan tersebut boleh menakutkan musuh untuk menyerang sesebuah negara

(ii) Bilangan penduduk yang ramai mempengaruhi pasaran barangan dan produk negara. Pasaran
tersedia yang besar ini juga boleh menarik produk luar negara yang berkualiti masuk ke dalam
negara. Perdagangan antarabangsa boleh berlaku dan ia memberi kesan rantaian ekonomi yang
besar kepada pembangunan negara

(iii) Bilangan atau saiz penduduk yang besar terutama golongan muda dapat menyediakan tenaga
kerja yang banyak, mudah, mahir dan berwibawa. Ini secara tidak langsung boleh menarik para
pelabur terutama syarikar MNC.

Penegasan: Terdapat faktor lain yang menjelaskan konsep penduduk sebagai sumber manusia, iaitu:

(iv) Taraf pendidikan penduduk yang baik juga boleh mempengaruhi penduduk menjadi sumber yang
penting. Taraf pendidikan penduduk yang tinggi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan
informasi dan penyebaran teknik moden. Rakyat mudah menerima pembaharuan.

(v) Kemahiran dan nilai-nilai insaniah penduduk seperti gaya kepimpinan, sikap dan nilai yang
terpuji meletakkan penduduk sebagai sumber yang sangat bernilai. Gabungan beberapa nilai
murni menjana usaha berterusan dan iltizam yang tinggi.

(vi) Tahap kesihatan yang baik juga mempengaruhi penduduk sebagai sumber manusia. Kesihatan
yang baik dapat melahirkan tenaga kerja yang produktif, kompetetif dan boleh bekerja dengan
lebih rajin.

(vii) Sikap positif, kerjasama, amanah dan bertoleransi serta berkepimpinan. Mengamalkan nilai-nilai
murni membentuk penduduk menjadi sumber insan yang boleh memacu dan memimpin dan
membangunkan negara.

1 (b) Jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan
kualiti hidup penduduk. (12 )

(i) Pembangunan sumber manusia. Kerajaan dapat meningkatkan taraf pendidikan dan
kesihatan penduduk di Malaysia dengan cara membina lebih banyak institusi
pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta, pusat latihan kemahiran
, hospital dan klinik.

(ii) Perancangan keluarga. Amalan perancangan keluarga digalakkan bagi


meningkatkan kualiti hidup penduduk. Bilangan anak yang tidak ramai membolehkan
ibu bapa memberi peluang pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi kepada anak-

26
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
anak mereka. Amalan perancangan keluarga ini dijalankan melalui perubatan moden
seperti penggunaan pil perancang.

(iii) Pendapatan penduduk. Kerajaan telah meningkatkan pendapatan penduduk bagi


meningkatkan kualiti hidup seperti mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Kegiatan
ekonomi dipelbagaikan seperti membangunkan sektor pembuatan dan perkhidmatan
yang boleh memberi pendapatan yang tinggi kepada penduduk. Pendapatan yang
tinggi meningkatkan kuasa beli penduduk.

(iv) Kemudahan asas. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi
meningkatkan kualiti hidup penduduk di Malaysia seperti mebina kawasan
perumahan, sekolah, hospital dan sebagainya bagi memenuhi keperluan penduduk .
Pembinaan lebih banyak sekolah dapat mengurangkan kadar keciciran pendidikan dan
kadar buta huruf di Malaysia.

(v) Ekonomi moden. Kerajaan telah menggalakkan perkembangan ekonomi moden di


Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Kerajaan telah membangunkan
sektor perkhidmatan dan pembuatan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan
meningkatkan pendapatan penduduk. Contohnya kerajaan telah memajukan sektor
pelancongan dan perkhidmatan di Malaysia.

(vi) Bekalan makanan mencukupi. Kerajaan perlu memastikan adanya bekalan


makanan yang mencukupi, berkualiti dan berkhasiat.

TABURAN PENDUDUK

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk? (2)

- Pola taburan penduduk ialah bentuk sebaran penduduk di satu-satu kawasan yang tidak
sekata dan terbahagi kepada tiga kategori sama ada kawasan padat, sederhana padat dan
jarang.

(b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia.


( 13 )
(i) Bentuk muka bumi
Kawasan yang bergunung-ganang di pendalaman Sabah dan Sarawak serta di
pendalaman Semenanjung Malaysia berpenduduk jarang. Kawasan yang bertanah
pamah dan rata seperti di Delta Kelantan, Delta Kedah dan Lembah Klang merupakan

kawasan yang berpenduduk padat. Kawasan tanah pamah membolehkan kegiatan


pertanian, perindustrian dan pembinaan rangkaian jalan raya.

(ii) Ekonomi
Kawasan di Malaysia yang mempunyai kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian
dan perkhidmatan merupakan kawasan yang berpenduduk padat kerana kegiatan
ekonomi moden memberi pendapatan yang tinggi. Kawasan yang berasaskan kegiatan
pertanian mempunyai taburan penduduk yang sederhana seperti di negeri-negeri Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.

27
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(iii) Kemudahan Sosial


Kemudahan sosial yang terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bharu, Seremban dan Ipoh menjadi kawasan tumpuan penduduk kerana mempunyai
pelbagai kemudahan sosial seperti institusi pengajian tinggi, pusat hiburan dan rekreasi,
kemudahan perhubungan dan sebagainya.

(iv) Dasar Kerajaan


Dasar kerajaan seperti rancangan pembangunan wilayah seperti KESEDAR,
KETENGAH, KEJORA dan JENGKA menyebabkan kawasan pendalaman yang jarang
penduduk menjadi kawasan yang berpenduduk padat. Rancangan pembangunan
wilayah mewujudkan bandar baharu seperti Muadzam Shah. Penyelerakan industri ke
luar bandar juga mempengaruhi taburan penduduk seperti pembukaan kawasan
perindustrian Gebeng menjadi tarikan penduduk ke kawasan tersebut.

(v) Sejarah
Kawasan yang lebih awal dimajukan oleh pihak penjajah seperti kawasan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia merupakan kawasan berpenduduk padat. Penjajah Inggeris
telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti rangkaian jalan raya dan kereta api,
hospital dan pusat pendidikan yang merupakan keperluan asas kepada kemajuan
kawasan ini.

(c) Huraikan lima kesan kepadatan penduduk terhadap sumber alam di Malaysia pada masa kini.
( 10 )
(i) Berlakunya kemerosotan sumber makanan apabila kuantiti dan kualiti sumber makanan
di sesebuah negara seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas, dan dieksploitasi
untuk menampung penduduk padat.

(ii) Berlakunya kemerosotan sumber tanih disebabkan penerokaan tanah-tanah secara


berlebihan untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian. Kesannya, kesuburan
tanih dan terjejas.

(iii) Berlakunya kemerosotan sumber hutan apabila sumber hutan dinyahkan secara
berleluasan bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk dijadikan
kawasan petempatan, tapak bina bandar, pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian
dan lain-lain.

(iv) Berlakunya kemerosotan sumber-sumber mineral seperti petroleum dan gas asli, sumber
logam. Sumber mineral mengalami kehabisan atau dieksploitasi secara berlebihan
untuk menampung keperluan penduduk.

(v) Berlakunya kemerosotan sumber udara dan air. Kedua-dua sumber ini mengalami
kemerosotan kerana berlakunya pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik dan
lain-lain akibat penduduk yang padat di sesebuah kawasan.

3 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi perbezaan taburan penduduk di sesebuah
negara? [ 13 ]
(i) Bentuk muka bumi.
- Kawasan pedalaman yang berbukit dan bergunung-ganang berpenduduk jarang
kerana sukar untuk dijalankan aktiviti ekonomi dan darjah ketersampaian yang
rendah. Contohnya di pedalaman sabah dan Sarawak
28
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
- Kawasan tanah pamah yang rendah, rata dan beralun berpenduduk padat kerana
sesuai untuk dijalankan aktiviti pertanian dan mudah dibina jaringan
pengangkutan. Contoh jaluran pantai barat Semenanjung Malaysia.

(ii) Kesuburan tanih


- Kawasan tanah subur seperti tanah lanar berpenduduk padat kerana sesuai untuk
aktiviti tanaman padi sawah
- Kawasan tanah laterit pula subur untuk tanaman kelapa sawit dan getah. Kawasan
ini berpenduduk padat / sederhana padat.
- Sebaliknya, kawasan tanah pasir, poros dan tanah berkapur berpenduduk jarang
ekoran aktiviti pertanian sukar untuk dijalankan.

(iii) Pengaruh sistem saliran


- Penduduk lebih padat di tebing dan lembah sungai kerana lebih mudah untuk
mendapatkan bekalan air, keperluan pengangkutan dan tanah yang subur untuk
penanaman padi sawah.
- Penduduk tidak bertumpu di kawasan bersaliran buruk seperti kawasan paya, tanah
poros dan sebagainya.

(iv) Kawasan hutan tebal


- Kawasan hutan tebal tidak menjadi tumpuan penduduk kerana sukar untuk
dihubungi, menghalang sistem telekomunikasi dan menyukarkan pembinaan
infrastruktur fizikal seperti jaringan jalan raya dan jalan kereta api.
- Contoh kawasan pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak yang masih berhutan
tebal.

(v) Jenis kegiatan ekonomi


- Kawasan perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan lebih berpenduduk padat
berbanding dengan kawasan pertanian. Hal ini demikian kerana terdapat peluang
pekerjaan yang luas dalam sektor ekonomi moden berbanding dengan sektor
pertanian.
- Sektor pertanian khususnya di desa tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan;
dibelenggu kemiskinan.
- Oleh itu, penduduk luar bandar berhijrah ke bandar . Hal ini menyebabkan taburan
penduduk adalah jarang di luar bandar.

(vi) Kemudahan sosial


- Penduduk padat di kawasan yang memiliki kemudahan sosial yang banyak seperti
kemudahan pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan dan sebagainya.
- Sebagai contoh, penduduk tertumpu di bandar-bandar besar kerana adanya IPTA
dan IPTS yang menyediakan kemudahan pendidikan tinggi

(vii) Dasar kerajaan


- Kerajaan menentukan taburan penduduk menerusi polisi pembangunan yang
dijalankan.
29
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU
- Misalnya, menerusi Dasar Pembangunan Wilayah; KETENGAH, DARA,
JENGKA, KESEDAR dan lain-lain telah menukarkan kawasan jarang penduduk
kepada berkepadatan sederhana melalui rancangan penempatan peneroka.

(viii) Faktor pembandaran


- Kawasan bandar besar padat penduduk kerana menjadi tumpuan migran yang
berpindah demi mendapatkan pelbagai kemudahan moden seperti pendidikan,
kesihatan,telekomunikasi dan lain-lain.
- Contoh di kawasan bandar raya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan lain-lain.

(b) Jelaskan kesan tumpuan dan kepadatan penduduk terhadap sumber alam di sesebuah negara.
[12 ]
Tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah.
- Kepadatan penduduk di bandar menyebabkan persaingan guna tanah untuk
kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan, dan perniagaan meningkat
- Persaingan guna tanah menyebabkan saiz tanah semakin berkurang/sempit dan
harga tanah meningkat (nilai hartanah terlalu mahal)

Kepupusan dan kemerosotan sumber alam


- Sumber alam diancam kepupusan akibat eksploitasi yang berlebihan bagi
menampung keperluan penduduk yang ramai
- Sumber hutan kian pupus dan sumber mineral akan habis. Sebagai contoh,
tumpuan penduduk di Kuala Lumpur dan Lembah Kinta sejak dahulu telah
menyebabkan sumber bijih timah habis dieksploitasi.

Pencemaran sumber alam


- Di kawasan berpenduduk padat kadar pencemaran udara, air dan bau adalah tinggi
- Sebagai contoh, pencemaran air yang berpunca daripada pembuangan sisa
domestik, sisa kumbahan serta efluen industri
- Bahan yang dibuang ini menyebabkan nilai BOD dan keasidan (pH) air meningkat
pertambahan bakteria E-Coli serta pepejal terampai.

Kerosakan sumber alam


- Merujuk kepada kejadian tanah runtuh, tanah mendap, banji kilat dan banjir
lumpur yang sering berlakudi kawasan berpenduduk padat kerana cerun bukit
dipotong, ditarah dan diteres untuk membina kawasan kediaman.
- Pertambahan penduduk memerlukan penambahan kawasan petempatan yang
menyebabkan kawasan hutan dan bukit yang terletak di zon pinggir bandar
dibangunkan dengan estet perumahan.

Pembangunan sumber alam meningkat


- Di kawasan berpenduduk padat, sumber alam dibangunkan sepenuhnya kerana
mempunyai tenaga buruh yang mencukupi
- Sebagai contoh, sumber tanah di rancangan FELDA dijalankan penanaman getah
dan kelapa sawit kerana adanya migrasi masuk peneroka.

30
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

PERTUMBUHAN PENDUDUK

4 (a) Bandingkan masalah kependudukan yang dialami oleh negara maju dengan negara
membangun. (13 )

Isi Utama Negara Sedang Membangun Negara Maju


(i) Kadar Kadar kelahiran tinggi; sukar untuk Kadar kelahiran rendah ; sesetengah
kelahiran dikawal hingga menimbulkan negara mengalami pertumbuhan
masalah kelebihan penduduk. penduduk sifar hingga menyebabkan
Antaranya seperti kemiskinan dan masalah kurangan penduduk.
pengangguran yang tinggi. Jumlah penduduk semakin
berkurang.
(ii) Sumber Kekurangan sumber makanan Kekurangan bekalan buruh untuk
alam dan khususnya sumber pertanian, memajukan sumber alam. Sumber
tenaga penternakan dan perikanan alam terbiar membazir. Terpaksa
kerja/buruh menyebabkan masalah kebuluran. mengimport buruh dari negara luar.
Tekanan terhadap sumber alam- Contohnya Australia dan Singapura.
tanah meningkat
(iii) Jangka - Jangka hayat rendah, kadar - Jangka hayat tinggi: golongan tua
hayat kematian tinggi/ golongan tua ramai
sedikit.
- Perlu kos yang tinggi untuk
- Memerlukan kos yang tinggi penjagaan, rawatan, pencen, dan
untuk meningkatkan kemudahan rumah kebajikan kepada warga tua
dan kualiti perkhidmatan
kesihatan penduduk.
(iv) Struktur - Golongan muda/bawah - Golongan tua yang ramai/ tidak
umur dan tanggungan adalah ramai: nisbah produktif menyebabkan nisbah
nisbah tanggungan meningkat untuk tanggungan golongan dewasa
tanggungan menanggung keperluan meningkat untuk menampung kos
pendididkan, kesihatan, keperluan hidupnya khususnya kos
harian dan lain-lain. kesihatan.

- Beban kerajaan bertambah; - Bebanan kepada kerajaan untuk


menyediakan kemudahan menyediakan kemudahan percuma
kesihatan dan pendidikan kepada golongan tua.
percuma kepada penduduk yang
ramai

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk memperlahankan pertumbuhan penduduk di
negara sedang membangun. ( 12 )

(i) Langkah perundangan ; dasar saiz keluarga kecil


Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti polisi 1 keluarga 1 anak. Polisi ini
menghadkan satu pasangan hanya boleh memiliki seorang anak. Antara tindakan yang
diambil jika pasangan melanggar polisi ini ialah:
- Menaikkan cukai pendapatan isi rumah
- Tidak memberikan taraf kewarganegaraan
- Menarik balik kemudahan pendidikan rendah dan kesihatan percuma
31
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(ii) Program perancangan keluarga


- Memperkasa program perancangan keluarga kea rah memilki saiz keluarga yang
mampu milik
- Amalan perancangan keluarga dapat mengurangkan kadar kelahiran melalui
pencegahan kehamilan, penggunaan pil perancang, kaedah AUD, penggunaan
kondom , penjarakan kelahiran dan lain-lain.

(iii) Meningkatkan had umur layak kahwin


- Meningkatkan had umur layak kahwin untuk menurunkan kadar kesuburan
- Sebagai contoh, had umur dinaikkan dari belasan tahun kepada 20-an. Langkah ini
dapat mengehadkan kemampuan bersalin apabila tahap kesuburan (antara 15
hingga 45 tahun dipendekkan.

(iv) Meningkatkan golongan wanita berkerjaya


- Meningkatkan kerjaya wanita dan gaya hidup yang mementingkan status; gaya
hidup kosmopolitan
- Lebih ramai wanita berkerjaya/ menumpukan kepada kerjaya, maka kecenderungan
memiliki anak yang ramai semakin berkurang
- Wanita berkerjaya juga ; kahwin lewat. Langkah ini dapat memendekkan tahap
umur subur

(v) Meningkatkan tahap pendidikan


- Meningkatkan taraf pendidikan; tahap pendidikan tertiari (pasca menengah) dari
diploma hingga ke peringkat PHD supaya sebahagian besar usia tertumpu untuk
menuntut ilmu
- Juga boleh dikaitkan dengan kahwin lewat yang mengurangkan tahap kesuburan.

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan model peralihan demografi. (3 M)


- Model peralihan demografi adalah graf garis yang menggambarkan perubahan
kependudukan yang berlaku di sesebuah negara dari masa lalu, kini dan akan datang.
Terdapat 3 komponen penting iaitu kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar
pertumbuhan penduduk semula jadi.

(b) Jadual 1 menunjukkan kadar demografi utama penduduk Malaysia pada tahun 1975 hingga
2005.

Kadar Demografi Utama Tahun


(Per 1000 orang) 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005
Kadar Kelahiran Kasar 30.8 30.6 31.5 27.9 26.8 23.4 18.4
Kadar Kematian Kasar 6.0 5.3 5.0 4.6 4.7 4.5 4.05
Kadar Mortaliti Bayi
32.2 23.8 16.4 13.1 10.3 6.5 6.6
(Umur 1 tahun ke bawah)
Kadar Pertumbuhan Semula
24.8 25.6 26.5 23.3 22.1 18.9 13.9
Jadi Penduduk

32
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

i) Berdasarkan Jadual 1, lukis sebuah graf garis bagi menunjukkan setiap kadar demografi
utama penduduk Malaysia pada tahun 1975 hingga 2005. ( 10 )
Skema markah:
- Tajuk: 1
- Petunjuk: 1
- Plotan: 6
- Label paksi: 1
- Skala: 1

ii) Jelaskan arah alir (trend) bagi setiap kadar demografi utama penduduk Malaysia dalam
tempoh tersebut. ( 12 )

- Kadar kelahiran kasar


Semakin menurun terutama selepas tahun 1990 dan agak ketara selepas tahun 2000.
Penurunan ini disebabkan peningkatan kos hidup saran anak, peningkatan wanita
berkerjaya (lambat kahwin) dan lain-lain.

- Kadar kematian kasar


Semakin menurun dan agak stabil selepas tahun 1990. Penurunan kadar kematian
disebabkan oleh kemajuan kesihatan dan perubatan moden yang mampu untuk mengawal
penyakit, megurangkan kematian bayi dan memanjangkan jangka hayat golongan tua.

- Kadar mortaliti bayi (umur 1 tahun ke bawah)


Berlaku penurunan yang mendadak. Penurunan ini menunjukkan kadar kematian bayi
berjaya di kawal melalui kaedah perubatan moden, kemudahan kesihatan yang lengkap,
dan kesedaran penjagaan kesihatan oleh ibu-ibu yang mengandung.

- Kadar pertumbuhan semula jadi penduduk


Berlaku penurunan secara gradual. Penurunan ini selari dengan penurunan dalam kadar
kelahiran penduduk

PEMBANDARAN

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran? [3]

Proses pembandaran merujuk perubahan keadaan penduduk di kawasan luar bandar menjadi
bandar dan terus berkembang menjadi bandar yang lebih besar. Proses pembandaran
melibatkan pertambahan penduduk,kegiatan ekonomi penduduk daripada tradisional (primer)
kepada ekonomi moden, struktur fizikal bangunan dan saiz bandar dan perubahan corak dan
gaya hidup . Di Malaysia, bilangan penduduk di sebuah bandar melebihi 10 000 orang.

6 (b) Huraikan peranan bandar terhadap pembangunan sesuatu kawasan. [ 10 ]

(i) Pusat pemasaran produk dari luar bandar seperti produk pertanian dan perikanan

(ii) Pusat yang menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam bidang perindustrian dan
perkhidmatan, khususnya dalam bidang professional.

33
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(iii) Pusat pendidikan yang menyediakan peluang pendidikan pada pelbagai peringkat, iaitu
daripada peringkat rendah kepada peringkat tinggi.

(iv) Pusat perkhidmatan yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kesihatan,


kewangan, pos dan perhotelan

(v) Pusat tumpuan golongan menengah, berpendapatan tinggi, iaitu kumpulan penduduk
yang berpendidikan dan pekerja korporat serta professional.

(vi) Pusat inovasi daripada aspek penemuan dan penyebaran idea-idea baharu,
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pelaburan.

6 (c) Terangkan kesan aktiviti pembandaran terhadap alam sekitar fizikal . [ 12 ]

(i) Pencemaran udara. Pertambahan penduduk bandar telah menyebabkan peningkatan


dalam kadar pelepasan asap kenderaan selaras dengan pertambahan bilangan kenderaan
dan pelupusan sisa buangan domestik serta sisa buangan industri. Keadaan ini
diburukkan lagi dengan pelepasan asap kilang yang semakin banyak didirikan untuk
menampung. Pertambahan pengeluaran produk pengguna.

(ii) Pencemaran air. Hal ini berlaku disebabkan pembuangan sisa buangan domestik dan
industri ke dalam sungai, tasik dan sebagainya. Tindakan ini mungkin berpunca
daripada kekurangan tapak pelupusan sampah yang sesuai. Pencemaran air sungai,
parit, tasik dan kolam akan menjejaskan kualiti sumber air.

(iii) Kenaikan suhu mikro dan kejadian pulau haba bandar. Kenaikan suhu bandar
berpunca daripada kandungan karbon dioksida yang tinggi di udara akibat aktiviti
perindustrian dan pembakaran sampah sarap, kekurangan litupan tumbuhan atau pokok

yang bertindak menyederhanakan suhu setempat dan pembinaan bangunan konkrit dan
jalan bertar yang gagal menyerap bahan matahari.

(iv) Banjir kilat. Pembinaan bangunan yang banyak di bandar akan menghalang proses
resapan air hujan ke dalam tanah, sebaliknya mempercepat larian air permukaan .
Keadaan menjadi lebih buruk apabila penduduk bandar membuang sisa domestik ke
dalam sistem perparitan dan saliran sehingga menyebabkan sistem perparitan dan
saliran tersumbat. Apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir dengan cepat
dan mudah melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat

(v) Hakisan tanah dan tanah runtuh. Aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan
bukit untuk membina petempatan dan jalan raya menyebabkan tanah mudah dihakis
apabila hujan turun. Ketiadaan litupan tumbuhan yang mencengkam tanah
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan mengakibatkan tanah runtuh.

34
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(vi) Pencemaran bunyi dan bau. Pencemaran bunyi berpunca daripada bunyi bising yang
dihasilkan oleh kenderaan dan jentera di kilang, manakala pencemaran bau berpunca
daripada pembuangan sampah sarap di kawasan terbuka.

(vii) Hujan asid. Gas sulfur dioksida, karbon monoksida, metana dan nitrogen yang
terapung di udara (dibebaskan oleh kenderaan dan kilang) akan bercampur dengan air
hujan dan turun sebagai sebagai hujan asid. Hujan asid akan menghakis dan
melunturkan warna bangunan dan kenderaan serta menjejaskan kesihatan penduduk.

7 (a) Bagaimanakah bandar-bandar besar di Malaysia berperanan membangunkan sosioekonomi


negara. [13 ]

(i) Pemasaran dan perniagaan


- Bandar pesar sebagai pusat pemasaran pelbagai jenis produk industri, perkhidmatan,
pertanian dan lain-lain sama ada di dalam atau luar negara
- Pelbagai jenis perniagaan ; boron, runcit, pasar raya, perniagaan perkhidmatan dan lain-lain
- Meningkatkan KDNK negara

(ii) Pelaburan dan kewangan


- Pelaburan modal seperti adanya Bursa Saham Malaysia di bandar raya Kuala Lumpur
- Institusi kewangan dan bank; penyimpanan dan pinjaman kredit
- Meningkatkan dana dalam negara melalui sistem perbankkan yang wujud di bandar-bandar
besar

(iii) Perindustrian
- Tumpuan industri bera, pembuatan dan elektronik di bandar-bandar besar seperti Shah
Alam, Petaling Jaya dan lain-lain
- Aglomerasi/pengelompokan industri berlaku di bandar besar yang mewujudkan estet
perindustrian
- Tumpuan syarikat multinasional (MNCs)
- Pemangkin industri negara

(iv) Pekerjaan
- Pusat pekerjaan dalam sektor ekonomi moden seperti dalam bidang perindustrian,
perkhidmatan, perniagaan , pembinaan dan lain-lain
- Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat
- Pengangguran berkurang

(v) Pemodenan
- Pusat pemodenan negara; program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai
bidang
- Pembangunan teknologi seperti Hi-Tech

(vi) Kemudahan perkhidmatan


- Pusat yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan seperti kemudahan pendidikan
tertiari, kemudahan kesihatan pakar, kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi canggih
dan lain-lain.
- Meningkatan ketersampaian dan lain-lain

35
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

(vii) Pembentukan golongan menengah


- Pembangunan pesat dan pemodenan di bandar besar telah menyebabkan munculnya
golongan pekerja, intelektual, pemimpin masyarakat dan politik yang berfikiran luas, kaya
dengan idea dan inovasi
- Golongan yang melakukan perubahan ke arah kebaikan/pembangunan sosioekonomi
negara yang mapan.

(viii) Pembauran inovasi


- Bandar juga berfungsi sebagai pusat perebakan, penularan dan penyebaran inovasi/idea
baharu hasil daripada R&D
- Untuk mempercepatkan proses pemodenan dan pembangunan ke seluruh negara kerana
kewujudan ramai golongan menengah yang berpendidikan tinggi
- Penyebaran melalui media cetak dan elektronik kerana di bandar wujud pelbagai
kemudahan telekomunikasi.

(b) Jelaskan impak negatif proses pembandaran terhadap penduduk dan alam sekitar fizikal
bandar. [ 12 ]

Impak terhadap penduduk


(i) Kemiskinan bandar, kos hidup tinggi
- Peluang pekerjaan terhad dibandingkan dengan kelulusan dan kemahiran yang
diperlukan.
- Kadar pengangguran di bandar meningkat
- Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk rendah
- Kos hidup tinggi; tidak mampu untuk bersaing, kuasa beli rendah, tabungan rendah.
Wujudnya golongan miskin dalam bandar.

(ii) Masalah perumahan dan fenomena setinggan


- Kos pemilikan dan penyewaan hartanah tinggi, tidak sepadan dengan pendapatan
- Tidak mampu untuk memiliki/ menyewa rumah. Penempatan setinggan; pencemaran
persekitaran
- Penyelenggaraan infrastruktur perumahan tinggi; kehidupan tidak selesa seperti di flat.

(iii)Kesesakan
- Kesesakan jalan raya terutama waktu puncak. Membazirkan masa.
- Tekanan psikologi meningkat
- Kesesakan penduduk: petempatan/kawasan perumahan sempit. Kehidupan tidak
selesa.

(iv) Masalah persekitaran sosial dan kualiti hidup


- Tekanan hidup; peningkatan kadar jenayah seperti merompaak, peras ugut, pecah
rumah, pelacuran, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
- Masalah kesihatan, penularan wabak penyakit di kawasan sesak dan kotor seperti
setinggan
- Masalah pembentungan dan pelupusan sampah yang tidak terurus
- Kualiti hidup penduduk rendah

36
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

Impak terhadap alam sekitar fizikal


(v) Pencemaran udara
- Pelepasan asap dari kenderaan dan industri yang bertambah membebaskan karbon
dioksida dan monoksida dan lain-lain
- IPU meningkat menyebabkan jerebu dan hujan asid
- Mengurangkan jarak penglihatan; risiko kemalangan
- Menjejaskan kesihatan penduduk bandar

(vi) Pencemaran air


- Pembuangan sisa kumbahan, domestic, efluen kilang, premis perniagaan dan sisa
pembinaan
- Indeks pencemaran air meningkat ; BOD, bakteria E-Coli, pepejal terampai dan lain-
lain yang menjejaskan kesihatan
- Gangguan bekalan air bersih; krisis air kepada penduduk bandar

(vii) Pencemaran bunyi dan bau


- Bunyi bising dari kenderaan dan jentera kilang; mengganggu kenteteraman
- Bau busuk dari sampah sarap yang terlonggok dan tidak diuruskan dengan baik
- Kualiti hidup terjejas

(viii) Pulau haba bandar


- Peningkatan suhu dalam bandar akibat pemerangkapan haba oleh bangunan konkrit;
haba kenderaan dan metabolism manusia
- Perubahan lamdskap (hutanbatu). Kekurangan kawasan hijau (pulau sejuk dalam
bandar); mengurangkan sejat peluhan dan kelembapan udara yang menyebabkan
pemanasan setempat

(ix) Banjir kilat


- Penurapan muka bumi yang berlebihan mengurangkan proses susupan
- Pengurusan sistem saliran yang lemah dan sikap penduduk menyebabkan daya
tampung sistem sungai, parit, longkang dan paya menjadi rendah serta tidak mampu
untuk menampung kuantiti air semasa
- Menyebabkan kerosakan harta benda, mengancam nyawa dan memerlukan kos baik
pulih yang tinggi

(x) Hakisan dan tanah runtuh


- Pembangunan tanah yang rakus untuk pembinaan perumahan bagi menampung
permintaan penduduk yang ramai
- Kawasan cerun dipotong, diteres dan diratakan
- Hakisan larian air permukaan
- Cerun menjadi tidak stabil; memudahkan proses gerakan jisim

(xi) Ekosistem terjejas


- Penebangan hutan di kawasan pinggir bandar merosakkan habitat, rantaian makanan,
kepelbagaian spesies dan lain-lain.
- Termasuk kemusnahan ekosistem akuatik akibat penebus gunaan tanah lembap/tanah
paya dan tasik untuk dijadikan pelbagai tapak bina bangunan.

- SKEMA TAMAT -

37
MODUL GEOGRAFI STPM SEMESTER 1 2020
DAERAH KUALA TERENGGANU

Disediakan Oleh :

Cg Hasnah Binti Daud - SMK Sultan Sulaiman


Cg Jamilah Binti Jaafar - SMK Sultan Sulaiman
Cg Azuddin Bin Abdul Aziz - SMK Sultan Sulaiman
Cg Rozaini Binti Abdul Rahman - SMK Sultan Sulaiman
Cg Haslida Binti Yeop - SMK Sultan Sulaiman
Cg Nor Asyikin Binti Jusoh - SMK Sultan Sulaiman
Cg Meriah Binti Zakaria - SMK Manir

38

Anda mungkin juga menyukai