Anda di halaman 1dari 12

PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA

942/1
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA STPM 2022
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
GEOGRAFI
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
KERTAS 1
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
( Dua Jam)
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


GEOGRAFI STPM 2022

SMK...............................................

SKEMA PEMARKAHAN
(SET 1)

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak.


© Peningkatan Akademik Panitia Geografi Negeri 2022.

STPM 942/1 [Lihat


sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*
SKEMA JAWAPAN SET 1

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL


[40 markah]

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pantai seimbang. [3]

Pantai yang mempunyai kadar hakisan dan kadar pemendapan yang hampir
sama sehingga membentuk aras pantai yang sama antara zon yang dihakis dengan
zon pemendapan.

(b) Huraikan dua cara hakisan pinggir pantai. [4]

b1 Hidraul – Batuan yang merekah akan dimasuki udara dan apabila


ombak merempuh bahagian rekahan tersebut berlaku mampatan
udara dalam rekahan tersebut dan batuan mengalami pengembangan.
Proses yang berlaku berulang kali menyebabkan batuan akan pecah.
b2 Lelasan/geseran – Hakisan pantai oleh bahan-bahan yang dibawa oleh ombak
dengan batuan dikaki cenuram atau tanjung. Bahan yang dibawa
seperti pasir batu kelikir batu lada dan serpihan batu bertindak sebagai
penghakis.
b3 Lagaan – batuan yang dibawa oleh ombak dan arus akan berlaga sesama
sendiri menyebabkan saiz batuan menjadi lebih kecil.
b4 Larutan – Berlaku secara kimia apabila air laut bertindak melarutkan mineral
batuan yang mudah larut seperti batu kapur dan dolomit.
(Mana-mana 2 X 2m = 4m)

(c) Jelaskan proses pembentukan dua bentuk muka bumi pinggir pantai:- [4]

i.)Teluk dan tanjung

Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di kawasan pinggir pantai


yang mempunyai susunan batuan lembut dan keras secara berselang seli.
Ombak menghakis batuan lembut sehinga membentuk teluk dan batuan
yang tertinggal akan menganjur ke laut membentuk tanjung. (2m)
ii)Tombolo

Terbentuk apabila pemendapan bahan mendak di bahagian belakang halangan


seperti pulau dan pemendapan ini berlaku berterusan sehingga menyambungkan
pulau tersebut dengan daratan. (2m)
(d) Huraikan kepentingan dua bentuk muka bumi hasil tindakan ombak terhadap aktiviti
manusia [4]

d1 - Pantai – aktiviti pelancongan dan rekreasi / aktiviti perlombongan pasir / aktiviti IKS
untuk pengeringan hasil laut dan sebagainya.
d2- Anak Tanjung – Aktiviti pelancongan dan rekreasi / perlombongan pasir
d3 - Tombolo – Aktiviti pelancongan dan rekreasi/ aktiviti pengangkutan dan
perhubungan.
d4- Beting pasir – Aktiviti perlombongan pasir
(Calon perlu menyebut bentuk bumi dan kaitkan dengan kepentingan)

(Mana-mana 2 bentuk X 2m = 4m)

2. (a) Dengan bantuan gambarajah, huraikan kejadian empat musim. [13]

Skema jawapan:

Kejadian 4 Musim

• Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi


matahari.
• Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa
kira-kira 365¼ hari.

a) Ekuinoks Musim Bunga

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa


2. Musim bunga di Hemisfera Utara dan Musim luruh di Hemisfera Selatan
3. Siang dan malam sama Panjang
4. Berlaku pada 21 Mac
b) Solstis Musim Panas

1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan


2. Musim panas di Hemisfera Utara dan Musim sejuk di Hemisfera Selatan
3. Siang lebih panjang di Hemisfera Utara
4. Berlaku pada 21 Jun
5. Matahari tengah malam di Kutub Utara

c) Ekuinoks Musim Luruh

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa


2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
3. Siang dan malam sama panjang
4. Berlaku pada 23 September

d) Solstis Musim Sejuk

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi


2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
4. Berlaku pada 22 Disember
5. Matahari tengah malam di Kutub selatan

( 4 X 3m =12m + 1m gambar rajah = 13m)

(b) Jelaskan pengaruh kejadian empat musim terhadap unsur fizikal. [12]

b1 Musim panas-suhu tinggi-sejatan tinggi-kerpasan dalam bentuk hujan.


b2 Musim panas- suhu tinggi-proses luluhawa fizikal spt pensuriaan berlaku.
b3 Musim panas- suhu tinggi-salji cair-hakisan giat.
b4 Musim panas- suhu tinggi- sejatpeluhan/sejatan tinggi-kitar hidrologi berlaku.
b5 Musim bunga-suhu sederhana-salji mula cair-tumbuhan mula tumbuh/berbunga.
b6 Musim luruh- suhu sederhana-tumbuhan mula mengugurkan daun.
b7 Musim sejuk- suhu rendah- kerpasan dalam bentuk salji-permukaan bumi dilitupi ais.
b8 Musim sejuk- suhu rendah-luluhawa fizikal-tindakan ibun giat.
b9 Musim sejuk- suhu rendah- hakisan terhenti/larian air permukaan beku.
b10 Musim sejuk- suhu rendah-proses fotosintesis terhenti-permukaan
tumbuhan dipenuhi salji-haiwan berhibernasi-cth beruang kutub.

(Mana -mana 6 x 2m =12m)


3 . (a) (i) Huraikan empat proses luluhawa kimia. [12]

ai1 Proses larutan – air hujan akan melarutkan batuan yang mengandungi unsur
terlarut seperti batu kapur (kalsium karbonat ) dam garam ( natrium klorida ). Batuan
bertukar sifat daripada pepejal menjadi cecair. Proses larutan akan menghasilkan lubang-
lubang pada bukit batu kapur.

ai2 Proses pengoksidaan – berlaku akibat tindakan oksigen di udara dengan air yang
kemudiannya bertindak balas dengan batuan yang mengandungi mineral ferum/ besi .
Batuan yang teroksida menjadi lemah dan pecah lalu mereput. Proses pengoksidaan akan
menghasilkan tanah laterit.

ai3 Proses perkarbonan – berlaku akibat tindakan air hujan yang menyerap karbon
dioksida di udara lalu menghasilkan asid karbonik. Asid karbonik ini akan melarutkan batuan
khususnya batu kapur dan gipsum. Proses larutan-perkarbonan akan menghasilkan
landskap batu kapur.

ai4 Proses penghidratan – melibatkan penambahan molekul air dalam batuan. Batuan
akan mengembang dan menjadi lemah lalu mengubah unsur kimia seperti hematit merah
menjadi limonit kuning.

ai5 Proses hidrolisis – berlaku apabila batuan menyerap air hujan yang akan
menyebabkan batuan mengalami perubahan kandungan kimia. Proses hidrolisis akan
menghasilkan tanah kaolin/liat.

( Mana-mana 4 proses x 3m = 12 markah )

(ii) Bincangkan enam kesan luluhawa kimia terhadap aktiviti manusia di kawasan
tropika lembap. [13]

aii1 Proses pengoksidaan akan menghasilkan tanah laterit yang berwarna kemerah-
merahan. Tanah laterit yang terbentuk di kawasan tanah beralun sangat sesuai untuk
aktiviti pertanian khususnya penanaman getah dan kelapa sawit- menyumbang kepada
pendapatan eksport negara.

aii2 Proses larutan –pengkarbonan akan menghasilkan topografi karst yang sangat
unik, cantik dan menarik. Pembentukan stalaktit , stalakmit dan tiang kalsit di dalam gua
batu kapur menjadi tarikan untuk aktiviti ekopelancongan. Contohnya Gua Niah , Gua
Mulu dan Batu Caves.

aii3 Proses hidrolisis akan menghasilkan tanah liat merah. Tanah liat merah sesuai
untuk aktiviti pembuatan batu bata , labu sayung dan periuk tanah. Batu bata menjadi
bahan asas untuk aktiviti pembinaan manakala labu sayung dan periuk tanah pula untuk
aktiviti domestik.

aii4 Proses pengkarbonan pada batu kapur membolehkan aktiviti perindustrian dan
pembinaan. Batu kapur akan diproses menjadi simen. Simen adalah bahan utama dalam
industri pembinaan bangunan kediaman, bukan kediaman dan kerja-kerja kejuruteraan.
aii5 Proses perkarbonan pada batu kapur membolehkan aktiviti perlombongan
dijalankan. Batu kapur diproses dan digunakan dalam aktiviti pertanian khususnya untuk
menutralkan tanah yang berasid.

aii6 Proses hidrolisis akan menghasilkan kaolin / tanah liat putih yang berkualiti tinggi.
Kaolin digunakan untuk menjalankan aktiviti pembuatan seperti tembikar dan pinggan-
mangkuk yang akan digunakan dalam kegiatan domestik.

Aii7 Tindakan proses luluhawa kimia dan luluhawa biologi secara serentak akan
menghasilkan lapisan terurai yang berwarna hitam ( humus ). Humus ini sangat subur dan
sesuai untuk aktiviti pertanian khususnya penanaman sayur-sayuran , buah-buahan dan
bunga-bungaan.

Syarat untuk mendapatkan markah kesimpulan (1m).

Calon perlu menghuraikan 6 isi.


Jawapan calon perlu betul sekurang2 nya 3 isi.
Menyatakan cadangan @ harapan dalam kesimpulan.

[ Mana-mana 6 isi x 2m = 12 markah + Kesimpulan ( 1m ). Jumlah 13 markah ]

ATAU

(b)(i) Jelaskan empat cara hakisan sungai. [8]

bi1 Tindakan hidraul – Air sungai akan menghempas rekahan batuan menyebabkan
udara dalam batuan terhimpit dan dimampatkan. Proses yang berterusan menyebabkan
batuan pecah dan terhakis.

bi2 Geselan/lelasan – Bahan muatan sungai terdiri daripada kelilikir dan pasir akan
bergesel dengan tebing dan dasar sungai. Proses yang berterusan menyebabkan tebing dan
dasar sungai terhakis.

bi3 Lagaan – Bahan muatan sungai seperti batu – batu kecil akan melanggar batuan yang
lebih besar atau melanggar sesama sendiri. Proses yang berterusan menyebabkan batuan
pecah dan terhakis.

bi4 Larutan – Air sungai bertindak balas dengan mineral batuan yang mudah larut
menyebabkan batuan menjadi lemah. Proses yang berterusan menyebabkan batuan pecah
dan terhakis.

( 4 isi x 2m =8)
(ii) Huraikan tiga bentuk muka bumi yang terhasil akibat hakisan sungai. [6]

bii1 Air terjun – Air terjun terbentuk apabila batuan lembut dan batuan keras tersusun
dalam keadaan mendatar. Air yang mengalir di batuan keras akan terjun dan menghakis
batuan lembut di bawah membentuk lekukan di dasar sungai.

bii2 Lubuk/ lubuk pusar – Proses hempasan air terjun yang kuat di dasar sungai
menyebabkan air berpusar dan menghempas rekahan batuan secara hidraul dan
menghakis secara mengundur. Proses yang berterusan menyebabkan wujud lekukan atau
lubang yang besar dikenali sebagai lubuk.

bii3 Jeram – Jeram terbentuk apabila batuan lembut dan batuan keras tersusun secara
menegak berselang seli. Aliran sungai akan menghakis batuan lembut dan meninggalkan
batuan keras. Batuan keras ini seolah-olah tertonjol ke atas dan mengakibatkan aliran air
tersekat lalu mengalir secara lompatan.

bii4 lubang periuk – Lubang periuk terbentuk apabila dasar sungai yang tidak rata
menyebabkan aliran air yang deras akan berpusar, bertindak mengorek rekahan-
rekahan di dasar dan memperdalamkan rekahan-rekahan tersebut menjadi lubang yang
dinamakan sebagai lubang periuk. Contoh lubang periuk yang terdapat di Malaysia ialah
Telaga Tujuh di Pulau Langkawi.

bii5 Jurang/gaung – Jurang terbentuk apabila aliran deras sungai menghakis secara
mendalam dan menegak pada tebing dan dasar sungai. Proses yang berterusan
mewujudkan lurah V yang sempit dan dalam dikenali sebagai jurang atau gaung.

( Mana-mana 3 isi x 2m = 6m).

(iii) Bincangkan lima kepentingan bentuk muka bumi yang terhasil akibat hakisan sungai
terhadap aktiviti manusia. [11]

biii1 Air terjun – kawasan air terjun yang cantik dan aliran air yang deras menggiatkan
aktiviti perlancongan. Pelancong boleh mandi manda dan berkelah di kawasan air terjun.

biii2 Lubuk/ lubuk pusar – kawasan lubuk yang sangat dalam, menjadi habitat akuatik
seperti ikan menggiatkan aktiviti perikanan. Kegiatan menangkap ikan boleh dijalankan di
kawasan ini.

biii3 Jeram – Aliran air yang deras dan memanjang amat sesuai untuk aktiviti sukan
lasak seperti berkayak. / empangan dibina utk menjana kuasa hidroelektrik.

biii4 lubang periuk – landskap lubang periuk yang cantik dan menarik seperti di Telaga
Tujuh, Langkawi menjadikan kawasan tersebut menjadi daya tarikan pelancong. Pelancong
boleh mandi manda dan berkelah di kawasan ini.

biii5 Jurang/gaung – Jurang dan gaung yang mempunyai cerun melebihi 60 darjah
menjadi tarikan kepada aktiviti sukan lasak seperti “hiking”.

Syarat untuk mendapatkan markah kesimpulan (1m).


Calon perlu menghuraikan 5 isi.
Jawapan calon perlu betul sekurang2 nya 3 isi.
Menyatakan cadangan @ harapan dalam kesimpulan.
(5 isi x 2m + bx 1m kesimpulan =11m)
Bahagian B: Alam Sekitar Manusia
[40 markah]

4 (a) Nyatakan tiga ciri piramid penduduk di atas. [3]

a1 – Tapak piramid yang lebar.


a2 – Puncak piramid yang tirus / tajam.
a3 – Cerun piramid yang cengkung.
a4 – Nisbah/bilangan jantina lelaki dan perempuan seimbang.

Mana-mana 3 x 1m = 3m.

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara X. [ 6 ]

b1 – Kadar kelahiran – tapak yang lebar menunjukkan kadar kelahiran adalah tinggi
golongan muda yang ramai.
b2 – Kadar kematian – puncak yang tirus/ tajam menunjukkan kadar kematian yang
tinggi – golongan tua yang sedikit – jangka hayat rendah - penyakit kronik.
b3 – Migrasi – kemasukan buruh asing daripada negara jiran seperti
Indonesia, Filipina, Thailand untuk memenuhi peluang pekerjaan telah
mempengaruhi pertumbuhan penduduk.
b4 – Dasar kerajaan – dasar kerajaan tentang pertumbuhan penduduk seperti Dasar
70 Juta penduduk Malaysia menjelang tahun 2100.
b5 – Kestabilan politik – keadaan politik dalaman negara yang aman, makmur
dapat meningkatkan pertumbuhan penduduk negara X.

Mana-mana 3 x 2m = 6m

(c) Huraikan tiga langkah untuk mengawal kadar kelahiran yang tinggi di negara X. [ 6 ]
c1 – Menaikkan had umur perkahwinan – dari belasan tahun kepada umur 20 tahun
ke atas.
c2 – Menguatkuasakan Dasar Saiz Keluarga Kecil – satu keluarga dua orang anak
sahaja seperti di Singapura / Polisi satu keluarga satu anak di China.
c3 – Menggalakkan amalan perancangan keluarga di kalangan penduduk.
c4 – Pendidikan – melanjutkan pelajaran hingga ke universiti – dapat elak
berkahwin di usia muda terutama wanita.
c5 – Peluang pekerjaan – wanita yang bekerja lebih fokus kepada kerjaya – memilih
untuk punyai saiz keluarga kecil.

Mana-mana 3 x 2m = 6m
5 (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi penurunan bilangan
penduduk di sesebuah negara.
[12]

a1 Keberkesanan perancangan keluarga.


Seperti pengambilan pil perancang keluarga, penggunaan
kondom, IUD (Intrautrine Device) dan kaedah lain – dapat
mengurangkan kadar kelahiran bayi.

a2 Taraf pendidikan meningkat.


Masyarakat yang berpendidikan mudah menerima program
perancang keluarga bagi mengurangkan bilangan ahli
keluarga.

a3 Berkahwin lewat.
Perkahwinan dalam usia yang lewat menyebabkan lambat
mendapat anak – kadar kesuburan berkurang.

a4 Wanita bekerjaya.
Lebih mementingkan kerjaya – akan merancang kehamilan –
akan mengurangkan kadar kelahiran bayi.

a5 Dasar kerajaan.
Menghadkan bilangan anak – cth Singapura menghadkan
bilangan anak kepada dua orang dalam satu keluarga –
China satu keluarga hanya seorang anak – menurunkan
kadar kelahiran.

a6 Kos hidup semakin meningkat.


Menyebabkan jumlah bilangan ahli keluarga dikecilkan – bagi
mendapatkan keselesaan hidup dan mengekalkan kualiti
taraf hidup – berlaku pengurangan kadar kelahiran bayi.

a7 Pemodenan nilai gaya hidup.


Mementingkan bilangan keluarga kecil – bagi memudahkan
pergerakan masyarakat moden dan mudah bergerak dalam
urusan harian mereka.

Mana-mana 6 x 2m =12m
(b) Nilaikan enam kesan kurangan penduduk terhadap pembangunan
sosioekonomi sesebuah negara.
[13]

Kesan positif

b1 Sumber alam yang banyak.


Sumber banyak untuk menampung keperluan penduduk –
sumber dapat dieksport ke luar negara – menjana
pendapatan negara.

b2 Kadar pengangguran rendah.


Banyak peluang pekerjaan – tiada persaingan mendapatkan
kerja – kadar upah tinggi.

b3 Tempat tinggal yang selesa.


Dapat memiliki rumah yang besar dan selesa – saiz tanah
yang luas dan bilangan ahli keluarga yang kecil.

b4 Kualiti hidup yang tinggi.


Pendapatan perkapita yang tinggi – taraf hidup tinggi, taraf
pendidikan tinggi – mampu memiliki barangan dan
perkhidmatan.

b5 Sistem perubatan moden.


Perkhidmatan kesihatan moden – peluang mendapatkan
rawatan lebih tinggi - peralatan kesihatan yang moden,
rawatan moden – kadar kematian penduduk rendah.

Kesan Negatif

b6 Kurang tenaga kerja


Krisis tenaga kerja terutama dalam sektor pembinaan,
perindustrian dan perkhidmatan – memerlukan tenaga buruh
asing

b7 Ketidakseimbangan komposisi penduduk


Penduduk tua melebihi penduduk muda yang produktif –
tanggungan kerajaan bertambah bagi membiayai pencen,
rawatan, rumah kebajikan dan kos pengangkutan

b8 Saiz pasaran kecil


Bilangan penduduk rendah – pasaran domestik kecil –
permintaan dan penawaran rendah – daya pasaran dalam
negara menjadi lemah

(Mesti ada kesan positif dan negatif)

Syarat untuk mendapatkan markah kesimpulan (1m).


Calon perlu menghuraikan 6 isi.
Jawapan calon perlu betul sekurang2 nya 3 isi.
Menyatakan cadangan @ harapan dalam kesimpulan.
Mana-mana 6 x 2m + 1m (kesimpulan) =13m
6 a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang pesat. [12]

a1 Sejarah – diteroka oleh penjajah untuk dijadikan kawasan pertempatan dengan


pelbagai aktiviti ekonomi.

a2 Ekonomi – modal atau pelaburan – peranan globalisasi firma melabur ke kawasan


yang mempunyai potensi untuk maju.

a3 Dasar kerajaan – menempatkan projek di kawasan yang memberi kesan terhadap


pembangunan kawasan tersebut.

a4 Sosial – kemudahan sosial disediakan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

a5 Kemudahan asas – kemudahan infrastruktur seperti jalan raya / kemudahan bekalan


air, elektrik dan telekomunikasi.

a6 Demografi – pertumbuhan penduduk yang pesat akibat migrasi penduduk.

Pemarkahan : 6 x 2m) =12m

b) Bincangkan enam kesan pembandaran terhadap alam sekitar bandar. [13]

b1 Kepadatan penduduk – berlaku pertambahan bilangan penduduk akibat migrasi masuk


untuk memenuhi peluang pekerjaan.

b2 Perubahan pekerjaan – berlaku pertukaran kegiatan ekonomi daripada sektor pertanian


kepada sektor industri dan perkhidmatan yang menawarkan lebih banyak peluang
pekerjaan.

b3 Peningkatan taraf hidup – adanya pelbagai kemudahan infrastruktur asas, kemudahan


sosial, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah.

b4 Masalah perumahan – fenomena setinggan – harga rumah semakin mahal.

b5 Kemiskinan bandar – berlaku pengangguran / persaingan untuk mendapatkan


pekerjaan.

b6 Migrasi bandar desa – berlaku migrasi dari desa ke bandar untuk memenuhi peluang
pekerjaan.

b7 Kesesakan lalu lintas– peningkatan penggunaan kenderaan menyebabkan berlakunya


kesesakan terutama pada waktu puncak.

b8 Masalah sosial – jenayah, merompak, mencuri, pelacuran, penyebaran wabak


penyakit.

b9 Perubahan guna tanah – pemintaan terhadap tanah meningkat – berlaku perubahan


guna tanah daripada sektor pertanian kepada kawasan perumahan, perkilangan atau
perkhidmatan.
b10 Peningkatan suhu mikro - suhu tinggi akibat pembangunan yang pesat di bandar.

b11 Hakisan – pembukaan kawasan baru menggalakkan hakisan layangan.


b12 Tanah runtuh – pembinaan di lereng bukit menggalakkan lagi kegagalan cerun.

b13 Banjir / banjir kilat – intensiti hujan dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan iklim.

b14 Kemusnahan habitat – terutama pembukaan kawasan di pinggir bandar.

b15 Kemusnahan flora dan fauna - pembukaan kawasan di pinggir bandar.

b16 Pencemaran alam sekitar – udara, air, bunyi,bau,tanih, sampah sarap, sisa toksik.

Syarat untuk mendapatkan markah kesimpulan (1m).


Calon perlu menghuraikan 6 isi.
Jawapan calon perlu betul sekurang2 nya 3 isi.
Menyatakan cadangan @ harapan dalam kesimpulan.

6 x 2m + 1m (kesimpulan) =13m

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai