Anda di halaman 1dari 49

PROSES PEMBENTUKAN

LANDSKAP DI KAWASAN
TROPIKA LEMBAP

L U L U H AWA
PERGERAKAN JISIM
LULUHAWA
DEFINISI KONSEP
• Luluhawa ialah proses pereputan, penguraian dan pemecahan batuan secara semula jadi dan
secara in situ.

JENIS-JENIS LULUHAWA
• Luluhawa Fizikal (Mekanikal)
• Luluhawa Kimia
• Luluhawa Biologi/biotik
Pemandangan Gua Karst
Grike dan Klint
Lapisan regolit
LULUHAWA FIZIKAL / MEKANIKAL
KONSEP
• Proses penguraian / pereputan dan pemecahan batuan menjadi lebih kecil / halus secara fizikal
tanpa menyebabkan perubahan kandungan kimia batuan. Berlaku secara insitu oleh agen luluhawa.

JENIS-JENIS LULUHAWA
a) Pengembangan dan pengecutan batuan (pengelupasan)
b) Pengembangan dan pengecutan (penyepaian bebutir)
c) Pengembangan dan pengecutan (penyepaian bongkah0
d) Pelepasan tekanan
e) Tindakan fros
f) Proses pembasahan dan pengeringan
g) Proses penghabluran garam
A) PENGELUPASAN

Berlaku kepada batuan yang berlapis-lapis.

Pemanasan pada waktu siang menyebabkan lapisan


luar panas dan mengembang. Pada waktu malam
suhu yang rendah, lapisan luar akan mula
mengecut.

Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan


batuan pecah yang lapisan demi lapisan
B) PENYEPAIAN BEBUTIR
Batuan yang mempunyai banyak jenis
mineral dan mempunyai tahap
pengembangan yang berbeza.

Mineral gelap akan menyerap haba lebih


cepat berbanding mineral putih

Proses yang berulang-ulang dan berterusan


menyebabkan batuan akan bersepai secara
berbutir
C) PENYEPAIAN BONGKAH
Batuan yang mempunyai rekahan yang sudut
tepat akan menyerap haba pada waktu siang
dan berlaku pengembangan batuan .

Sementara pada waktu malam ketika suhu


jatuh, batuan akan mengalami pengecutan.

Proses berulang-ulang menyebabkan batuan


pecah secara bongkah.
D) PELEPASAN TEKANAN

Batuan yang berada di lapisan


tanah mengalami tekanan berat
dan tekanan dari dalam untuk
mengekalkan bentuknya.

Apabila tekanan diatasnya


berkurangan maka batuan akan
mengalami pelepasan tekanan
dan akhirnya batuan pecah.
E) TINDAKAN FROS
Dalam musim sejuk di kawasan beriklim sederhana
dunia air yang terperangkap dalam rekahan batuan
akan membeku akibat cuaca sejuk dan membentuk
ibun.

Ais / ibun yang membeku akan mengembang.


Pengembangan ibun dalam rekahan batuan akan
mewujudkan tekanan pada rekahan batuan dan
akhirnya memecahkan batuan tersebut.

Proses ini berulang-ulang mengikut musim dan


dalam jangka masa lama akan menyebabkan
pemecahan batuan yang besar.
F) PROSES PEMBASAHAN DAN PENGERINGAN
Batuan yang berada di tepi pantai, tebing sungai,
paya atau tasik akan silih berganti mengalami
pembasahan dan pengeringan

Semasa batuan terkena air, ia akan basah dan


mengembang. Apabila batuan itu terdedah
kepada cahaya matahari, ia akan menjadi kering
dan mengecut.

Proses basah-kering yang berulang-ulang akan


menyebabkan batuan retak dan pecah.
G) PROSES PENGHABLURAN GARAM

Di kawasan gurun panas mineral garam


sangat tinggi dalam batuan. Hujan yang
turun sekali sekala akan membentuk
takungan air garam hasil larutan garam dan
batuan

Bahang matahari yang panas akan menyejat


lauratan garam sehingga membentuk hablur
garam. Pembekuan garam ini akan
menyebabkan ia mengembang dan
membesarkan rekahan batuan
LULUHAWA KIMIA / DALAMAN
KONSEP
• Proses pereputan, penguraian dan pemecahan batuan secara insitu yang
menyebabkan perubahan secara kandungan kimia dan saiz batuan.

JENIS-JENIS LULUHAWA
a) Larutan
b) Pengoksidaan
c) Pengkarbonan
d) Penghidratan
e) Hidrolisis
A) LARUTAN

Proses larutan air ke atas mineral batuan


menyebabkan berlaku tindak balas kimia
yang akan memecahkan batuan

Batuan yang lembut akan mudah larut


ke dalam air menjadikan ia mudah
pecah.

Proses banyak berlaku di tebing sungai,


tasik, pantai dan paya.
B) PENGOKSIDAAN
Proses tindak balas kimia antara
air, ferum dalam batuan dan
oksigen yang menyebabkan
batuan menjadi berkarat dan
reput membentuk tanah laterit.

Larutan air ke atas ferum akan


menghasilkan ferum oksida
yang akan melemahkan ikatan
mineral batuan. Batuan akan
retak dan hancur.
B) PROSES PENGKARBONAN

Proses larutan air hujan ke atas batu kapur


menyebabkan batuan tersebut berlubang,
retak dan pecah.

Air hujan akan bercampur dengan gas


karbon dioksida membentuka asid karbonik
yang aktif melarutkan batu kapur.

Larutan tersebut akan menjadi batu kapur


berlubang-lubang, berongga, mewujudkan
stalaktit dan stalagmit serta membentuk
pandang darat kawasan kars yang menarik.
C) PROSES PENGHIDRATAN

Proses tindak balas air ke atas mineral


batuan yang akan mengubah kandungan
kimia batuan membentuk batuan baharu.

Batuan akan mengembang dan


mengalami tegangan hingga
menyebabkan perubahan unsur kimia.
Misalnya larutan air ke atas batuan igneus
yang mengandungi mineral hematit
membentuk tanah liat atau limonit
kuning.
D) HIDROLISIS

Proses tindak balas air ke atas


mineral batuan granit yang
mengubah kandungan kimia
batuan membentuk batuan baharu.

Unsur nitrogen dalam air


menguraikan mineral silikat dalam
batu granit membentuk kaolin
(tanah liat putih).
LULUHAWA BIOLOGI
KONSEP
• proses penguraian dan pemecahan batuan secara insitu oleh tindakan tumbuhan, haiwan
ataupun manusia. Proses penyepaian batuan boleh berlaku secara kimia ataupun secara fizikal

JENIS-JENIS LULUHAWA
• Proses bajian akibat pembesaran akar pokok
• Proses larutan organan
• Proses pereputan organik
• Proses tindakan haiwan
• Aktiviti manusia
A) PROSES BAJIAN AKIBAT PEMBESARAN AKAR POKOK

Retakan / rekahan pada batuan akan membolehkan


akar pokok masuk ke dalam batuan

Apabila pokok tersebut membesar, akar pokok turut


membesar dan semakin memanjang ke dalam
rekahan batuan

Akar yang membesar akan membaji atau


menyengkang rekahan batuan menjadi lebih besar

Pembesaran akar akibat pembesaran pokok dalam


jangka panjang akan memecahkan batuan secara
mekanikal
B) PROSES LARUTAN ORGANAN

Sisa organik yang jatuh ke bumi akan menjadi


asid organik apabila terkena air hujan atau air di
dalam tanah

Asid organik melarutkan mineral batuan lalu


memecahkannya menjadi butir yang lebih halus

Bakteria dalam tanah juga mengeluarkan cecair


berasid dari jasadnya. Cecair ini akan
melarutkan mineral batuan lalu memecahkannya Talaromyces flavus
C) PROSES PEREPUTAN ORGANIK (PENGHUMUSAN)

Proses pereputan organik


membentuk humus.

Daun, ranting dan dahan pokok


akan reput oleh bakteria dengan
bantuan air hujan. Proses ini
dinamakan penghumusan
C) PROSES TINDAKAN HAIWAN

Haiwan yang hidup dalam tanah akan


menggali lubang tanah sebagai
habitatnya.

Tindakan ini boleh membantu air hujan


masuk ke dalam tanah dan melarutkan
mineral batuan di dalamnya.

Akibatnya, batuan akan berubah


kandungan kimia dan pecah atau
bertukar bentuk.
C) AKTIVITI MANUSIA

Penebangan pokok,
perlombongan, pembinaan lebuh
raya dan sebagainya memecahkan
batuan secara fizikal.

Kerja-kerja pertanian akan


meningkatkan luluhawa.
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
LULUHAWA

• IKLIM
– hujan
– suhu
– fros / ibun
• JENIS BATUAN
• MIKROORGANISMA
• TUMBUHAN
• TINDAKAN MANUSIA
• MASA
A) IKLIM - HUJAN
• Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa.
• Semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan,
penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air untuk tindak
balas kimia.
• Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap (melebihi 2000 mm)
menyebabkan proses luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan
tersebut.
A) IKLIM - SUHU
• Di kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi menyebabkan
berlakunya luluhawa fizikal/mekanikal melalui proses pengembangan dan
pengecutan.
• Pada waktu siang bahang matahari yang diterima di kawasan gurun panas
adalah tinggi menyebabkan suhunya tinggi (lebih daripada 40º C ) dan
keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengembang. Pada
waktu malam suhu di kawasan ini jatuh secara mendadak ( kurang
daripada 10 ºC ).
• Penurunan suhu secara mendadak ini menyebabkan batuan di kawasan
tersebut mengecut. Proses kembang-kecut yang berlaku secara
berulangkali dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan di kawasan
tersebut mengelupas dan akhirnya pecah.
A) IKLIM - SUHU
• Suhu juga mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di
kawasan tropika lembab.
• Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 ºC )
menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun.
• Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 ºC akan
meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.
A) IKLIM - IBUN/FROS
• Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat
berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa
fizikal.
• Pada waktu siang air hujan akan memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan
pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam
rekahan tersebut akan membeku.
• Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah
mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
• Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan
batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.
• Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut
akhirnya pecah.
B) JENIS BATUAN
• Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan yang berbeza terhadap
luluhawa.
• Batuan yang lembut daripada jenis enapan seperti batu kapur dan
batu pasir lebih mudah terluluhawa misalnya melalui proses larutan
dalam luluhawa kimia.
• Batuan yang lebih keras seperti feldspar, dan kuarza lebih tahan
terhadap luluhawa sama ada luluhawa kimia atau fizikal.
• Ketahanan sesuatu batuan itu terhadap luluhawa bergantung kepada
kandungan mineral, warna dan struktur rekahan yang terdapat pada
batuan tersebut.
C) KANDUNGAN MINERAL
• Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa
adalah berbeza-beza.
• Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air akan
mengalami luluhawa kimia melalui tindakan penghidratan.
• Antara kandungan kimia batuan yang biasanya mengalami
penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika.
• Batuan yang mengandungi banyak sebatian besi ( ferum ) akan mudah
terluluhawa melalui tindakan pengoksidaan.
D) WARNA BATUAN
• Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa
yang lebih giat kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan
haba bahang matahari berbanding batuan yang berwarna cerah yang
kurang menyerap dan menyimpan haba.

• Contoh batuan gelap ialah gabro, olivin, augit dan biotit menyerap
lebih banyak bahang daripada matahari berbanding batuan yang
mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza, dan
muskovit yang lebih memantulkan balik sebahagian bahang matahari
yang diterimanya.
D) STRUKTUR REKAHAN
• Struktur retakan dan rekahan yang wujud di permukaan batuan akan
memudahkan air dan hablur ais ( fros ) bertindak ke atas batuan tersebut.
• Proses beku dan cair ( pengembangan ) yang berlaku dalam struktur
rekahan batuan menyebabkan rekahan tersebut bertambah membesar dan
akhirnya pecah kerana isipadunya bertambah sebanyak 10 %.
• Struktur retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga penting dalam
menggalakkan berlakunya luluhawa kimia ke atas batuan.
• Apabila berlakunya hujan, air hujan tersebut akan masuk ke dalam
rekahan tersebut dan berlakulah tindakan luluhawa kimia secara
pengkarbonan dan larutan seperti mana yang berlaku ke atas batu kapur.
E) TUMBUHAN
• Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi
mempercepatkan tindakan balas kimia terhadap batuan.
• Karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat pepeluhan tumbuhan akan
dilarutkan oleh air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik
lemah ini amat sangat diperlukan dalam proses pengkarbonan, dan larutan
yang bertindak balas dengan batuan seperti batu kapur dan dolomit.
• Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal. Pembesaran
akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan.
• P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm
dan satu meter panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan
kemudiannya membesar akan berupaya untuk menggerakkan satu bongkah
batuan seberat 10 tan.
F) TINDAKAN HIDUPAN DALAM TANAH
• Tindakan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara
tidak langsung dapat membantu kegiatan luluhawa.
• Hidupan dalam tanah sentiasa melonggarkan struktur tanah dengan
mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan.
• Apabila berlakunya hujan air akan masuk jauh ke dalam tanah melalui
lubang-lubang ini dan kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam
tanah.
G) MIKROORGANISMA
• Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan
akan mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral
dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan
luluhawa ke atas batuan tersebut.

h) MASA
• Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan
igneus memerlukan masa yang lebih lama untuk
terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut daripada
kumpulan enapan.
i) TINDAKAN MANUSIA
• Aktiviti kuari menyebabkan batuan pecah secara fizikal dalam masa singkat iaitu
dalam proses pelepasan tekanan.
• Pembukaan ladang menggalakkan luluhawa biologi melalui bajian akar.
• Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai meningkatkan
keasidan tanah. Nitrogen, sulfat dan fosfat dalam baja kimia akan larut dalam air
tanah akan melarutkan mineral dalam batuan.
• Aktiviti pembinaan jalan raya / lebuh raya menggalakkan proses luluhawa iaitu
proses pelepasan tekanan kerana lapisan atas bumi menjadi beban dan tekanan
kepada batuan akan dibuang.
• Kegiatan pembinaan/pembangunan akan mendedahkan batuan kepada haba
panas matahari menggalakkan proses basah-kering dan pengembangan dan
pengecutan.
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP

• Pandang darat batu kapur ( karst ) merupakan bentuk muka


bumi paling biasa ditemui di kawasan tropika lembap hasil
daripada tindakan luluhawa kimia atau dalaman.

• Terhasil melalui tindakan luluhawa kimia melalui proses


larutan dan pengkarbonan.

• Tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam


batu kapur dengan air hujan ( asid karbonik ) akan
menghasilkan kalsium bikarbonat lalu membentuk muka bumi
di kawasan gua batu kapur yang mengandungi stalatktit,
stalakmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan sebagainya.

• Contoh gua yang mempunyai bentuk muka bumi batu kapur (


karst )ialah Gua Niah dan Mulu di Sarawak,dan Batu Caves
di Selangor.
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP

GRIKE DAN KLINT


• Proses larutan memperdalam dan
melebarkan rekahan membentuk
jurang dan lurah dinamakan grike.

• Bongkah-bongkah dikelilingi oleh


grike dimanakan klint.
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP
TORS (BUKIT SISA) BORNHARD
• Tors merujuk kepada tunggul-tunggul sisa • Bornhard pula merujuk kepada tonjolan-
yang telah mengalami proses gondolan tonjolan batuan yang timbul dari dalam
sama ada oleh luluhawa dan hakisan. bumi setelah batuan di sekitar kawasan
• Luluhawa kimia yang bertindak mereput dan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya
menguraikan struktur batuan bukit yang di hakis dan diangkut oleh air.
kemudiaan dihakis dan diangkut ke tempat • Bonjolan ini akan timbul dipermukaan
lain oleh air yang mengalir. bumi dan dikenali sebagai bornhard.
• Sisa-sisa batuan keras yang tahan kepada
luluhawa dan hakisan akan tertinggal dalam
bentuk bonjolan dikenali sebagai tors.
• Bentuk muka bumi tors banyak terdapat di
kepulauan Sulawesi dan cerun Banjaran
Titiwangsa di Malaysia.
TORS DAN BORNHARD
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP

TANAH LIAT TANAH LATERIT


• Tanah liat putih ( kaolin ) adalah hasil • Kewujudan tanah laterit berkait rapat
tindakan luluhawa kimia melalui dengan proses pengoksidaan dalam
proses hidrolisis. luluhawa kimia.
• Mineral ( galian ) yang terdapat dalam • Batuan igneus yang mengandungi banyak
batuan akan menyerap air dan kandungan besi seperti besi sulfida
bertindak balas dengannya lalu (sulferit), ferus oksida (magnetit) dan
menyebabkan mineral tersebut menjadi feromagnesium (mika dan hornlend)
lemah. apabila terdedah kepada air dan oksigen di
udara akan bertukar warna kepada
• Contoh tindak balas antara air dengan
keperangan dan sifat kimianya.
mineral dalam batu granit iaitu felsfar
telah membentuk tanah liat putih yang
dikenali sebagai kaolin.
TANAH LIAT PUTIH DAN TANAH LATERIT
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP
Terdapatnya bahan regolit yang tebal
• Regolit merujuk kepada lapisan tanah di bahagian atas permukaan bumi yang
longgar atau peroi akibat aktiviti luluhawa kimia di kawasan tersebut.
• Semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan
tersebut.
• Kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati regolith setebal 60 meter ditemui
di kawasan tersebut ,manakala di hutan hujan tropika di Kepulauan Borneo
menjumpai lapisan regolith setebal antara 50-100 meter.
• Keadaan ini menunjukkan bahawa di kawasan-kawasan tersebut kegiatan luluhawa
kimia berlaku jauh ke dalam bumi.
KESAN LULUHAWA TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

• KEGIATAN PERTANIAN
– bahan regolit yang tebal - subur untuk kegiatan pertanian
– contoh seperti tanah laterit - sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

• KEGIATAN PERINDUSTRIAN
– Tanah liat (kaolin) - bahan mentah untuk industri tembikar.
– batu kapur menjadi bahan mentah untuk industri simen
KESAN LULUHAWA TERHADAP
AKTIVITI MANUSIA
KESAN LULUHAWA TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

• KEGIATAN PELANCONGAN
– hasil luluhawa kimia di kawasan batu kapur ialah pandang darat karst.
– pemandangan yang menarik dan unik menarik ramai pelancong

• PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


– menyediakan ruang untuk menjalankan kajian berkaitan geomorfologi
seperti dalam bidang geografi dan geofizik
KESAN LULUHAWA TERHADAP
AKTIVITI MANUSIA

Anda mungkin juga menyukai