Anda di halaman 1dari 40

ALAM SEKITAR FIZIKAL

GEOMORFOLOGI
2.3 PEMBENTUKAN
LANDSKAP DI
KAWASAN TROPIKA
LEMBAP
2.3.1
LULUHAWA
Objektif Pengajaran

(a) menghuraikan jenis serta proses


luluhawa fizikal (mekanikal), kimia, dan
biologi
(b) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi luluhawa (iklim,
tumbuh-tumbuhan, jenis batuan,
mikroorganisma, aktiviti manusia, dan
masa)
(c) menjelaskan kesan luluhawa terhadap
pembentukan landskap dan aktiviti
manusia
Konsep Luluhawa

Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian,


pereputan, dan penguraian batuan di permukaan bumi atau
hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan
berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia
batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim (suhu, hujan
dan fros) serta biotik.

Pemecahan @ peleraian menjadi saiz yg lebih kecil


Pereputan @ penguraian menjadi bahan baru spt larutan,
tanih, regolit dsb.
JENIS-JENIS LULUHAWA

Luluhawa secara umumnya dapat dibahagikan kepada


tiga jenis iaitu luluhawa fizikal (mekanikal), luluhawa
kimia (dalaman), dan luluhawa biologi
- Konsep
- Proses
- Faktor
- Kesan
LULUHAWA FIZIKAL/MEKANIKAL

Konsep Luluhawa Fizikal


Luluhawa Fizikal (mekanikal) merupakan proses
pemecahan dan peleraian batuan di permukaan bumi atau
hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen
luluhawa fizikal seperti iklim (suhu, hujan dan fros) serta
biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.
Proses Luluhawa Fizikal
1. Tindakan Panas – sejuk (kembang- kecut)

Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti


gurun yang mempunyai julat suhu harian yang tinggi. Suhu yang
mencapai 35° C hingga 40° C pada waktu siang menyebabkan lapisan
luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan
berbanding bahagian dalam batuan.
Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5° C hingga 0° C,
menyebabkan bahagian luar lapisan batuan mengalami kehilangan
haba dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.
Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegasan
sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah serta tertanggal
daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan
penyepaian batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut.
Terdapat 3 bentuk pemecahan batuan iaitu : pengelupasan,
penyepaian berbiji (granul) dan pemecahan bongkah
Sinaran matahari pada waktu Pada waktu malam, suhu
siang memanaskan batuan. yang rendah menyebabkan
Batuan mengembang batuan mengecut

Lama-kelamaan batuan pecah


*Pengelupasan

Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang


mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya
mempunyai retakan. Pengelupasan berlaku selapis
demi selapis bermula dengan lapisan paling luar .
Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan
pengucupan yang berulang pada batuan dan akan
menghasilkan serpihan batuan.
*Penyepaian berbiji / granul

Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau


relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai
kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral
mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan yang
berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang
mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika. Mineral
yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih
awal tersingkir dari batuan induk. Butir-butir halus akan
terhasil kesan pemecahan ini.
*Pemecahan bongkah

Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau


mempunyai rekahan bersegi empat. Proses
pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang
rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan
sehingga menjadi bongkah-bongkah segiempat.
2. Tindakan ibun / fros

Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizikal yang


berkesan di kawasan sederhana dunia terutamanya di
bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering
mengalami keadaan beku cair.
Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam
rekahan batuan akan membeku pada musim sejuk dan juga di
kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat
beku. Ais akan cair apabila tibanya musim panas
Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak
10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di
sekitar dinding rekahan, proses yang berulang ini akan
menghasilkan rekahan yang semakin membesar dan akhirnya
boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-
segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau
skri.
Pada
waktu
Air dalam
malam air
rekahan
membeku
batuan
dan
menyebab-
kan
rekahan
membesar
Rekahan
membesar
akibat
pembekua
n dan
pencairan
ais yang
berulang
3. Penghabluran garam

Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan


panas dan kering seperti di kawasan savana dan monson
tropika.
Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat
pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-
rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang
melampau atau ketika musim panas air akan ditarik ke
permukaan bumi oleh daya rerambut / daya tarikan kapilari.
Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan
tertinggal dalam rekahan. Proses yang berterusan akan
menyebabkan hablur garam semakin banyak dan berkembang
semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur
garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan ke atas
dinding-dinding rekahan sehingga rekahan menjadi semakin
luas, dalam dan seterusnya pecah.
4. Pembasahan dan pengeringan

Proses ini berlaku di kawasan tropika lembap.


Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga
membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan
tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang lembap akan
mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang
terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan
mengalami pengecutan. Proses pengembangan dan pengecutan
yang berulang menyebabkan lapisan bantuan tersepai dari
batuan asalnya.
Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan
pantai yang menerima pengaruh air pasang-surut. Semasa air
pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam
batuan menjadi lembap dan mengembang. Semasa air surut
pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh pancaran
matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat.
Proses yang berulang ini turut memecahkan batuan.
5. Pelepasan tekanan

Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak


jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada dalam
keadaan menguncup kerana tertekan oleh bantuan lain
yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya
mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan
yang terletak jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke
permukaan ini. Pengurangan beban atau
pelepasan tekanan ini akan
menyebabkan lapisan atas
batuan berkenaan mengalami
proses pengembangan
sehingga menyebabkannya
merekah dan pecah.
LULUHAWA KIMIA

Konsep Luluhawa Kimia


Luluhawa Kimia merupakan proses pereputan dan
penguraian batuan di permukaan bumi atau hampir
permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa kimia
seperti iklim (suhu, dan hujan) serta biotik dengan mengubah
kandungan kimia batuan.
Proses Luluhawa Kimia

1. Pengoksidaan

Proses ini berlaku apabila mineral


dalam batuan bertindakbalas dengan
oksigen dalam udara. Pengoksidaan
berlaku terhadap batuan yang
banyak mengandungi mineral besi
(ferum). Sebatian besi akan teroksida
apabila terdedah kepada udara
(oksigen) dan air. Ia akan bertukar
kepada warna perang kemerahan
atau berkarat. Sebatian ferum yang
teroksida ini boleh melemahkan
struktur batuan.
2. Pengkarbonan

Ia merupakan tindakbalas
antara kalsium karbonat dengan asid
karbonik. Asid karbonik lemah
terbentuk apabila air hujan
bercampur dengan karbon dioksida
dalam udara. Air hujan yang
mengandungi asid karbonik lemah
ini mudah bertindakbalas dengan
batu kapur dan menghasilkan
kalsium bikarbonat.
Proses pengkarbonan ini
boleh menghasilkan pelbagai
pandang darat karst di kawasan batu
kapur seperti klint, gua batu kapur,
stalaktit, stalagmit dan lain-lain.
3.Penghidratan

Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap


air. Ketegasan dan pengembangan terhasil dalam
batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur
bantuan dan menghancurkannya. Contohnya
pembentukkan limonit.

Terdapat juga keadaan di mana mineral bergabung


dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini
boleh melemahkan dan mengurai batuan induk.
4. Larutan

Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut. Air


berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut
seperti gipsum, natrium klorida dan kalsium karbonat.
Kalsium, natrium dan magnesium mempunyai kadar
kelarutan yang tinggi berbanding dengan silica. Dengan
itu ia mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim
asalnya dalam bentuk larutan.
5. Hidrolisis

Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan


oleh tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen dengan ion
mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan
mineral yang berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan
asal akan berubah kepada batuan jenis lain. Contohnya
feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah
liat bewarna putih) yang lembut apabila air hujan bertindak
ke atasnya.
LULUHAWA BIOLOGI

Konsep Luluhawa Biologi


Luluhawa Biologi merupakan proses pereputan,
penguraian, dan pemecahan batuan di permukaan bumi atau
hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen
luluhawa biotik seperti tindakan akar tumbuhan, lumut,
kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus,
dan mikroorganisma.
Proses Luluhawa Biologi
1. Tindakan Akar Tumbuhan

Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke


dalam rekahan batuan akan semakin
membesar dan akhirnya meretakkan
batuan.

Akar tumbuhan juga boleh bertindak


mereputkan batuan melalui asid humik
yang dikeluarkan. Contohnya akar lumut
dan kulampair. Penguraian oleh bakteria
terhadap daun, ranting, dahan yang
gugur juga boleh menghasilkan asid
humik yang boleh bertindakbalas
dengan mineral batuan.
2. Tindakan Haiwan Di Dalam Tanah

Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan


batuan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan
kadar resapan ke dalam tanah.

3. Tindakan Mikroorganisma

Mikroorganisma seperti lumut dan bakteria yang


hidup di permukaan batu mengeluarkan asid
organik yang menyebabkan berlakunya tindak
balas balas asid organik seperti asid chelasi
dengan mineral batuan yang
mempercepatkan proses penguraian batuan.
4. Aktiviti Manusia

Tindakan / aktiviti manusia seperti meletupkan batuan


di kuari dan lombong telah mendedahkan batuan
kepada proses luluhawa seterusnya.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa

 Iklim : suhu, hujan, fros


 Tumbuh-tumbuhan : akar, tindak balas kimia
 Jenis Batuan : daya tahan (kandungan, warna,
struktur)
 Mikroorganisma : agen pengurai (kulat, bakteria)
 Aktiviti Manusia : pertanian, perindustrian,
perlombongan, pembinaan dll
 Masa : lama masa yang diambil
1. Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim
yang mempengaruhi luluhawa. Proses-proses luluhawa
kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat
bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee
Chatlier ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda
apabila kuantiti air bertambah’. Kawasan Tropika
Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang
banyak maka luluhawa kimia adalah berkesan di
kawasan ini.
Purata suhu tahunan yang tinggi (27° C hingga
32° C) di Tropika Lembap juga merupakan
penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia.
Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan bezantara
suhu harian yang kecil membolehkan operasi kimia
berlaku dengan berkesan.
2. Tumbuh-tumbuhan

Akar-akar pokok khususnya sistem akar tunjang


boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki rekahan
batuan. Apabila akar ini membesar di dalam rekahan
maka ia akan menekan dinding-dinding rekahan,
melebar, dan memecahkannya. Tindakan ini
seumpama tindakan bebaji akar. Pada masa yang sama
rekahan yang dimasuki oleh akar tumbuhan turut
mempercepatkan proses kemasukan air untuk
luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.
Tumbuh- tumbuhan juga membekalkan asid,
gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan
tindakan balas kimia terhadap batuan.
3. Jenis Batuan

• Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan


yang berbeza terhadap luluhawa.
• Batuan yang lembut daripada jenis enapan seperti
batu kapur dan batu pasir lebih mudah terluluhawa
misalnya melalui proses larutan dalam luluhawa
kimia. Batuan yang lebih keras seperti feldspar,
dan kuarza lebih tahan terhadap luluhawa sama
ada luluhawa kimia atau fizikal.
• Ketahanan sesuatu batuan itu terhadap luluhawa
bergantung kepada kandungan mineral, warna dan
struktur rekahan yang terdapat pada batuan
tersebut.
4. Haiwan dan Mikroorganisma

• Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus,


arnab, dan cacing tanah turut melemahkan struktur
batuan yang membolehkan agen-agen luluhawa lain
memasuki rekahan batuan untuk bertindak.

• Terdapat mikroorganisma seperti lumut dan bakteria


yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan
asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari
dalam batu tersebut. Tindak balas asid organik
seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan
mempercepatkan lagi penguraian batuan berkenaan.
5. Aktiviti Manusia
Aktiviti manusia boleh membantu mempercepatkan kadar luluhawa
batuan. Menerusi aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya, dan
perlombongan yang akan mendedahkan batuan di dalam kepada
agen-agen luluhawa khususnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh
itu batuan lebih cepat dipecah dan diuraikan. Aktiviti pertanian dan
perindustrian pula membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja,
racun serangga atau pelepasan bahan pencemar udara dan sisa
toksik. Bahan-bahan ini akan berasid
di dalam air hujan (hujan asid) atau air
tanih untuk bertindak balas dengan
mineral batuan dan meluluhawakan
batuan tersebut. Sebagai contoh tindak
balas antara hujan asid yang mengandun-
gi asid nitrat, asid sulfurik, dan asid
karbonik ke atas mineral batuan seperti
batu kapur dan riolit.
6. Masa
• Batuan yang lebih keras seperti batu daripada
kumpulan igneus memerlukan masa yang lebih lama
untuk terluluhawa berbanding batuan lemah dan
lembut daripada kumpulan enapan.
Faktor Luluhawa Faktor Luluhawa Kimia
Fizikal
1. Iklim (Hujan, Suhu)
1. BMB (Cerun) 2. Biologi (Tumbuhan,
2. Iklim (Suhu, Hujan, Hidupan dlm tanah,
Fros) Mikroorganisma)
3. Jenis Batuan 3. Jenis Batuan (Mineral)
(Mineral, Warna,
Struktur)
4. Tumbuhan Faktor Luluhawa Biologi
5. Hidupan / Haiwan
6. Mikrooganisma 1. Akar tumbuhan
7. Masa 2. Hidupan / haiwan dlm
tanah
3. Mikroorganisma
KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN
LANDSKAP DAN AKTIVITI MANUSIA

1. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan


pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai
bawah tanah, stalaktit, stalagmit dan lain-lain. Gua-gua
batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
sering menjadi tarikan pelancong
2. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat
berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap
batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting
dalam industri pembuatan tembikar.
3. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan.
Tanah laterit yang berwarna keperangan ini sesuai
untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
4. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan
gurun batu dan gurun pasir.
SEKIAN
TERIMA KASIH

10

Anda mungkin juga menyukai