Anda di halaman 1dari 27

LULUHAWA

Mohammed Amiroul bin Daing Siyamerk Safwa Nadzirah binti Mohd Hisham Norazuren binti Mohd Johari Nur Hadira binti Jumre

KONSEP LULUHAWA

Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ (setempat). Pemecahan struktur batuan melalui pendedahan di atmosfera dinamakan luluhawa. Agen luluhawa melibatkan air hujan, sinaran matahari, fros (wap-wap air yang membeku) dan angin. Ia dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: Luluhawa fizikal (mekanikal) Luluhawa kimai (dalaman) Luluhawa biologi

Luluhawa Fizikal (Mekanikal)

Luluhawa fizikal (mekanikal) ialah proses penyepaian atau pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil Akibat tindak balas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa mengubah sifatsifat kimianya.

Penyepaian bongkah

Penyepaian berbutir/ granul

Pengelupasan

Penyepaian bongkah
Berlaku pada batuan yang bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang sendi atau rekahan tersebut dan peyepaian terjadi mengikut sendi/rekahan menjadi bongkah-bongkah segiempat.

Penyepaian berbutir / granul


Berlaku pada batuan yang mempunyai banyak mineral di dalamnya (heterogenus). Contohnya batuan granit yang mengandungi mineral kuartza, feldspar dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari jisim asalnya. Pemecahan begini akan menghasilkan serpihan batuan atau butir-butir yang halus.

Pengelupasan
Berlaku kepada struktur yang berlapis-lapis. Pada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas dan mengembang berbanding dengan lapisan dalamnya masih lagi sejuk dan sebaliknya. Kesannya pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar dan merebak ke lapisan dalam. Pemecahan begini akan menghasilkan kulit-kulit kelupasan dan juga serpihan-serpihan batuan.

Proses Luluhawa Fizikal (Mekanikal)


Kembang-kecut

Basah kering

Tindakan ibun/fros

Hablur garam

Perlepasan tekanan

1. Proses Pembasahan dan Pengeringan Yang Berulang



Terjadi dalam kawasan tropika lembap. Pembasahan berlaku apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga menyerap air dan menjadi tepu.Bila lembap mengalami pengembangan sebaliknya bila panas mengalami pengecutan. Kembang dan kecut yang berulang membolehkan lapisan batuan tersepai dari jisim asalnya.

2. Penghabluran Garam

Proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam didalam rekahan rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Kadar sejatan yang tinggi akibat cuaca panas melampau mampu menarik garamgaram galian dari dalam bumi naik kepermukaan melalui kapilari. Pembesaran hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan keatas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan jadi luas dan pecah tersepai.

3. Tindakan Ibun Dan Fros

Berlaku dikawasan yang mengalami kejatuhan suhu dibawah takat beku pada musim sejuk kerpasan seperti salji akan masuki rekahan batuan dan membeku didalamnya.

4. Perlepasan Tekanan dan Pemunggahan

Pengurangan tekanan pada batuan.Batuan yang berada dibawah permukaan bumi berkeadaan tekanan tinggi akibat beban yang dikenakan ke atasnya. Apabila lapisan atas muka bumi dihakis, diangkut dan direndahkan maka batuan yang berada di bawah akan timbul dipermukaan. Pada masa itu tekanan tinggi dilepaskan dan akan menyebabkan lapisan atas rekahan mengalami rekahan iaitu pecah.

Luluhawa Biologi

Merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisme dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan jenis dan proses.

Tindakan Organisma

Tindakan haiwan yang menggali lubang turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agenagen luluhawa lain masuk kedalam rekahan.

Mikroorganisma seperti bakteria yang hidup dipermukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu.

Tindakan Manusia

Aktiviti manusia seperti penyahutanan,pembinaan jalan raya akan mendedahkan batuan kepada agen-agen luluhawa khusus matahari dana air hujan.

Aktiviti pertanian dan perindustrian membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja, racun serangga akan terasid didalam air hujan atau cecair tanih untuk bertindak balas dengan mineral batuan dan meluluhawakan batuan.

Luluhawa Kimia (Dalaman)

Luluhawa kimia ialah proses penguraian yang dialami oleh batuan apabila mineral batuan bertindak balas dengan air, asid, ion iaitu sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari primer kepada sekunder.

Luluhawa kimia juga dikenali sebagai luluhawa dalaman dan ia berlaku menerusi pelbagai proses seperti larutan, pengkarbonan, hidrolisis, penghidratan, pengoksidaan dan chelasi.

Proses Luluhawa Kimia (Dalaman)

1.Larutan

2.Pengkarbonan

3.Hidrolisis

4.Penghidrat

5.Pengoksidaan

6.Chelasi

1. Proses Larutan

Terjadi akibat air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut.

Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan.

Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada 2 kadar kelarutan setiap mineral yang membentuk batu.

2. Proses Pengkarbonan

Merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur).

Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik.

Batu kapur lazimnya mudah terluluhawa. Batuan lain juga mudah dikarbonkan ialah Dolomit dan kalsium silikat atau potasyfelsfar.

3. Proses Hidrolisis

Hidrolisis merupakan tindak balas ion (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan.

Batuan ini menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat ke-2) yang berlainan dengan sifat yang asalnya.

4. Proses Penghidratan

Merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contoh yang paling baik penglibatan proses hidrasi ini ialah dalam kejadian limonit daripada himatit.

5. Proses Pengoksidaan

Merupakan tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida.

Terdapat penyebatian sesama mineral di dalam batuan tersebut sehingga salah satu daripadanya teroksida.Ia juga di panggil sebagai pengoksidaan.

6. Proses Chelasi

Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum.

Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang.

Kesan Luluhawa Kepada Aktiviti Manusia

Struktur pembinaan lebih cepat menjadi lemah dan merekah kesan daripada tindakan akar yang masuk dicelah batuan.

Cerun bukit yang tidak dijaga menjadi sarang atau tempat tinggal binatang yang mngorek permukaan cerun menjadikan cerun tersebut tidak stabil.

Aktiviti perlombongan bijih besi menyebabkan landskap sekitarnya berubah menjadi gondol.

Terima Kasih
Sekian

Anda mungkin juga menyukai