Anda di halaman 1dari 8

1

LULUHAWA

1. Konsep Luluhawa kimia

“Proses penguraian dan pereputan batuan yang melibatkan perubahan dalam kandungan kimia, warna dan
struktur batuan”

Proses² Luluhawa Kimia (Giat berlaku di kawasan Tropika Lembab)


Proses Bagaimana berlaku Contoh hasil
Larutan Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertindak kalsim, natrium dan
sebagai pelarut. magnesium.

Pengkarbonan Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida (udara) larutan kalsium
membentuk asid karbonik. bikarbonat.

Hidrolisis Tindak balas di antara ion hidrogen (H +) / ion hidroksil (OH-) koalin.
dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga terhasil satu
sebatian dan mineral yang berlainan.

Penghidratan Penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan besi/ferum hidroksida.
mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan.

Pengoksidaan Tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan ferum oksida,
yang menyebabkan batuan tersebut teroksida. Proses ini juga magnesium oksida.
bukan sahaja melibatkan antara unsur oksigen dengan mineral
batuan. Sekiranya terdapat penyebatian sesama mineral di dalam
batuan sehingga satu daripadanya teroksida juga dipanggil sebagai
penyebatian.

Chelasi Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang


dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan spt
ion ferum.

Faktor Mempengaruhi Luluhawa kimia


Faktor Bagaimana (Proses)
Hujan Proses luluhawa dalaman bergantung kepada air sama ada dalam bentuk larutan, asid
lemah atau ionik sebagai agen-agen pengurai ikatan mineral batuan. Kuantiti air yang air
yang banyak menjamin proses pembasahan batuan secara berterusan dan membolehkan
luluhawa dalaman berlaku secara aktif tanpa tergendala.
Suhu Mengikut Prinsip Vant Hoff, “syarat mula untuk tindakbalas kimia bertindak ialah pada
suhu 10ºC. Setiap peningkatan sebanyak 10 ºC maka kadar tindakbalas kimia batuan
akan berganda 2/3 kali”. Keadaan ini amat bertepatan sekali dengan keadaan di tropika
lembap yang mempunyai purata suhu 10 ºC dan julat suhu yang kecil.

Geologi i. Jenis : Terdapat merupakan batu yang cepat mengalami luluhawa dalaman
kerana terbentuk daripada mineral yang tidak stabil dan mempunyai darjah
moboliti yang tinggi apabila menerima kehadiran air, asid, oksigen dan ion.
Tindakbalas kimia ke atas geologi lembut lebih berkesan berbanding dengan
geologi keras.
Rekahan : Rekahan pada batuan merupakan tempat proses-proses luluhawa kimia
berlaku.

Biotik Tumbuhan : Bahan-bahan organik yang mereput  akan menghasilkan asid organik
seperti asid humik dan asid fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping
2

membantu mempercepatkan tindak balas  kimia terhadap batuan.

Mikroorganisma : Mikroorganisma  jenis kulat  yang hidup di kawasan tropika lembap  


mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan
sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.
Aspek Aspek merujuk kepada kesan pendedahan cerun. Cerun yang menghadap matahari,
kadar luluhawa kimia tinggi berbanding dengan cerun yang terlindung.
Relief Relief merujuk kepada keadaan cerun. Luluhawa kimia aktif berlaku di cerun landai dan
pamah kerana menggalakkan kadar susupan dan simpanan air berbanding cerun curam
yang menggalakkan hakisan larian air permukaan. Bagaimanapun, kadar luluhawa
dalaman juga menjadi tinggi di kawasan cerun curam apabila hakisan larian air
permukaan mendedahkan batuan di bawahnya kepada agen-agen luluhawa.
Masa Masa. keterusan dan keberkesanan luluhawa dalaman juga bergantung kepada jangka
masa yang lama.

Bentuk Muka Bumi hasil Proses luluhawa


Bentuk Muka bumi Huraian proses pembentukan
Pandang darat karst Keberkesanan proses larutan dan pengkarbonan dalam luluhawa dalaman. Kedua-dua
tindakbalas kimia tersebut merupakan proses asas yang boleh membentuk, mengukir dan
memperkembangkan rupa muka bumi di kawasan karst.

Grike dan klint Air hujan meresap ke dalam batu kapur melalui rekahan-rekahan lalu melarutkan
kalsium karbonat di sepanjang dinding rekahan. Proses larutan yang berterusan akan
memperdalam dan melebarkan rekahan-rekahan berkenaan membentuk jurang dan lurah
yang dikenali sebagai grike, manakala bongkah-bongkah yang dikelilingi oleh grike
dikenali sebagai klint.

Tors (bukit sisa) dan Luluhawa dalaman akan mereput dan mengurai struktur batuan bukit yang kemudian
inselberg dihakis dan diangkut oleh hakisan air meninggalkan sisa-sisa yang keras, tahan serta
tertonjol di permukaan bumi.

Tanah liat dan laterit Pembentukan tanah liat berkaitrapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan Feldsfar.
Manakala pembentukan tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan.

Lapisan regolit yang Regolit merupakan hasil terakhir luluhawa dalaman. Semakin tebal regolit ini terbentuk
tebal. bermakna semakin dalam luluhawa ini bertindak mereput dan menguraikan batuan.

LULUHAWA
1. Konsep Luluhawa kimia

“Proses penguraian dan pereputan batuan yang melibatkan perubahan dalam kandungan kimia, warna dan
struktur batuan”

Proses² Luluhawa Kimia (Giat berlaku di kawasan Tropika Lembab)

1. Larutan (solution)
Merupakan proses asas. Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut. Air
berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut spt gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur)
menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar keterlarutan
setiap mineral yang membentuk batuan. Contohnya, kalsim, natrium dan magnesium mempunyai kadar
3

kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika dan seskuioksida. Mudah larut dan tersingkir dari jisim
asal.

2. Proses pengkarbonan.
Sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang
turun akan berpadu dengan karbon dioksida (udara) membentuk asid karbonik. Asid karbonik bertindak
balas dengan kalsium karbonat menghasilkan larutan kalsium bikarbonat. Batu dolomit dan dan kalsium
silikat juga boleh diurai melalui proses ini.
H2O + CO2 H2CO2
Air + Karbon dioksida Asid Karbonik

H2CO2 + CaCO3 Ca (HCO3)2


Asid Karbonik + Kalsium Karbonat Kalsium Bikarbonat

3. Proses Hidrolisis
Tindak balas di antara ion hidrogen (H +) / ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan
sehingga terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh
mineral batuan kepada bentuk baru yang berlainan sekali dengan mineral asal. Ion hidrogen / hidroksil
dibekalkan oleh air hujan. Mineral pembentuk batuan yang tidak stabil mudah terluluhawa untuk
membentuk koalin.
Orthoclase Feldsfar + Asid karbonik + Air Kalsium Karbonat + koalin + kuartza

4. Proses penghidratan
Merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut
mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya, besi oksida (ferum oksida) menyerap air menjadi
besi/ferum hidroksida. Contoh lain ialah pembentuk limonit. Hematit yang berwarna merah akan bertukar
menjadi limonit yang berwarna kuning apabila menyerap air.
2FeO2 + 3H2O 2FeO2-3h2O
Hematit merah limonit kuning

5. Proses Pengoksidaan
Tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan batuan tersebut
teroksida. Proses ini juga bukan sahaja melibatkan antara unsur oksigen dengan mineral batuan. Sekiranya
terdapat penyebatian sesama mineral di dalam batuan sehingga satu daripadanya teroksida juga dipanggil
sebagai penyebatian. Contoh spt paduan antara ferum dengan sulfur menjadi ferum sulfida.
4Fe + 3O2 2Fe2O3
Ferum Oksigen Ferum Oksida

2Mg +O2 2MgO


Magnesium Oksigen Magnesium oksida

6. Proses Chelasi.
Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion
mineral dalam batuan spt ion ferum. pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan
mengembang. Agen chelasi ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral batuan menyebabkan mineral
tersebut mengalami penguraian.

Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa dalaman di kawasan tropika lembap


1. Hujan
Luluhawa dalaman amat bergantung kepada air sebagai agen pereput batuan. Hampir keseluruhan proses
luluhawa dalaman bergantung kepada air sama ada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik sebagai
agen-agen pengurai ikatan mineral batuan. Tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air
bertambah. Kawasan tropika lembap mendapat air yang banyak khususnya daripada air hujan, air sungai, air
tanah dan juga wap-wap air dari tumbuhan. (Purata hujan tahunan di Khatulistiwa iaitu 2000mm-3000mm,
Monsun tropika antara 1500mm-2000mm). Kuantiti air yang air yang banyak menjamin proses pembasahan
4

batuan secara berterusan dan membolehkan luluhawa dalaman berlaku secara aktif tanpa tergendala.
Hakikat ini dibuktikan melalui ketebalan profil regolit luluhawa dalaman yang terhasil mengikut zon iklim
yang berlainan (10 kali ganda daripada zon iklim tundra dan gurun, 4 kali ganda zon iklim sederhana)
2. Suhu
Kawasan tropika lembap mempunyai purata suhu tahunan antara 27-32ºC dan julat suhu harian yang kecil.
Ini membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan. Mengikut Prinsip Vant Hoff, “syarat mula untuk
tindakbalas kimia bertindak ialah pada suhu 10ºC. Setiap peningkatan sebanyak 10 ºC maka kadar
tindakbalas kimia batuan akan berganda 2/3 kali”. Keadaan ini amat bertepatan sekali dengan keadaan di
tropika lembap yang mempunyai purata suhu 10 ºC dan julat suhu yang kecil. Sebagai perbandingan,
kawasan tundra dan gurun, kadar luluhawa dalaman berlaku pada kadar minimum. Di kawasan tundra, suhu
berada pada takat beku, manakala di gurun, julat suhu harian adalah tinggi.
3. Geologi
Menentukan sejauh mana keberkesanan proses luluhawa dalaman, apatah lagi geologi merupakan
pembentuk bumi sesuatu kawasan. Ciri-ciri geologi yang mempengaruhi luluhawa ialah:-
i. Jenis batuan – batuan lembut spt batu kapur, dolomit dan gipsum merupakan batu yang cepat
mengalami luluhawa dalaman kerana merupakan batu yang cepat mengalami luluhawa dalaman kerana
terbentuk daripada mineral yang tidak stabil dan mempunyai darjah moboliti yang tinggi apabila
menerima kehadiran air, asid, oksigen dan ion. Tindakbalas kimia ke atas geologi lembut lebih berkesan
berbanding dengan geologi keras.
ii. Rekahan (garis kelemahan batuan). Rekahan pada batuan merupakan tempat proses-proses luluhawa
kimia berlaku. Batuan yang mempunyai rekahan padat dan menegak mengalami proses luluhawa yang
tinggi. Rekahan tersebut akan membenarkan air, asid dan larutan-larutan tanah menembusinya.
Disepanjang dinding rekahan tersebut mineral-mineral batuan akan mengalami luluhawa.

4. Biotik
Dua elemen biotik yang mempengaruhi luluhawa dalaman iaitu tumbuhan dan mikroorganisme. Tumbuhan
tropika spt hutan malar hijau khatulistiwa dan hutan mansun tropika yang mempunyai silara yang berlapis-
lapis dan konopi yang tebal. Sifat tumbuhan ini mempengaruhi luluhawa melalui beberapa cara:-
i. Bekalan organik (humus) yang banyak apabila tumbuhan itu mati dan reput. Apabila hmus bercampur
dengan air hujan dan air tanah, asid humik dan asid fulvik akan terhasil. Kedua-dua asid ini merupakan
agen pereput dan peluluh mineral batuan yang paling berkesan apabila terkena batuan.
ii. Bekalan organik yang banyak menyediakan larutan-larutan tanah, koloid dan beberapa jenis mineral
seperti silika dan ferum apabila ia mereput dan terlarut. Apabila larutan tanah, koloid dan mineral
tersebut bertemu batu, tindakbalas kimia berlaku dengan cepat. Sebagai contoh, kawasan tropika
mempunyai tanah laterit tang paling tebal (90m dalam) kerana proses penglateritan dan penyingkiran
silika giat berlaku.
iii. Sifat tumbuhan yang tebal dan berlapis-lapis juga menghalang hakisan larian air permukaan, sebaliknya
menggalakkan susupan melalui akar-akar pokok. Oleh itu, larutan-larutan tanah, koloid dapat meresap
masuk jauh ke dalam tanah. Semakin jauh larutan tanah dan asid ini dapat masuk maka semakin
dalamlah zon batuan yang akan terluluhawa.
Komponen mikroorganisma seni spt bakteria, serangga dan cacing juga menggalakkan proses luluhawa
dalaman. Bakteris mempercepatkan pembentukan humus dengan cara mencampur sarap organik. Dengan
itu asid humik dan fulvik lebih cepat terbentuk. Manakala cacing dan serangga (anai-anai dan semut)
menggali lubang dan mewujudkan liang dan ronggga di dalam tanah. Kesannya, mempercepatkan dan
memperdalamkan penyusupan air, larutan asid yang mempercepatkan luluhawa kimia.
5. Relief, aspek dan masa
i. Relief merujuk kepada keadaan cerun. Luluhawa kimia aktif berlaku di cerun landai dan pamah kerana
menggalakkan kadar susupan dan simpanan air berbanding cerun curam yang menggalakkan hakisan
larian air permukaan. Bagaimanapun, kadar luluhawa dalaman juga menjadi tinggi di kawasan cerun
curam apabila hakisan larian air permukaan mendedahkan batuan di bawahnya kepada agen-agen
luluhawa.
ii. Aspek merujuk kepada kesan pendedahan cerun. Cerun yang menghadap matahari, kadar luluhawa
kimia tinggi berbanding dengan cerun yang terlindung.
iii. Masa. keterusan dan keberkesanan luluhawa dalaman juga bergantung kepada jangka masa yang lama.
5

Bentuk muka bumi/hasil luluhawa dalaman di Tropika Lembap

1. Pandang darat karst yang banyak terdapat di Papua New Guinea, kepulauan Indonesia, sekitar Pulau
Langkawi, dan juga di gua-gua batu kapur spt gua Niah, Mulu, Musang dan batu Caves. Antara BMB di
kawasan karst ini termasuklah gua-gua batu kapur, stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah, lubang
layang-layang, dolina, uvala dan jga polje. Kewujudan bmb ini memcerminkan keberkesanan proses larutan
dan pengkarbonan dalam luluhawa dalaman. Kedua-dua tindakbalas kimia tersebut merupakan proses asas
yang boleh membentuk, mengukir dan memperkembangkan rupa muka bumi di kawasan karst.
2. Grike dan Klint. Batu kapur biasanya mempunyai banyak rekahan. Air hujan meresap ke dalam batu kapur
melalui rekahan-rekahan lalu melarutkan kalsium karbonat di sepanjang dinding rekahan. Proses larutan yang
berterusan akan memperdalam dan melebarkan rekahan-rekahan berkenaan membentuk jurang dan lurah yang
dikenali sebagai grike, manakala bongkah-bongkah yang dikelilingi oleh grike dikenali sebagai klint.
3. Tors (bukit sisa) dan inselberg. Tors (banyak terdapat di Kalimantan, Sulawesi dan Cerun Banjaran
Titiwangsa) merupakan tonjolan-tonjolan bukit sisa yang sudah digondol oleh luluhawa dalaman dan hakisan.
Luluhawa dalaman akan mereput dan mengurai struktur batuan bukit yang kemudian dihakis dan diangkut
oleh hakisan air meninggalkan sisa-sisa yang keras, tahan serta tertonjol di permukaan bumi.
Inselberg (banyak terdapat di Afrika, Ghana dan Nigeria) merupakan tonjolan batuan dari dalam bumi setelah
muka bumi di sekitarnya diluluhawa, dihakis-angkut dan direndahkan. Proses hidrolisis, larutan dan hidrasi
merupakan proses yang bertanggungjawab dalam pembentukkan inselberg.

4. Tanah liat dan laterit. Tanah liat dan laterit di kawasan tropika lembap adalah tebal yang menunjukkan
batuan mengalami penguraikan dan pereputan sepenuhnya.
Pembentukan tanah liat berkaitrapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan Feldsfar iaitu:-

Orthoclase Feldsfar + Asid karbonik + Air Kalsium Karbonat + koalin + kuartza (pasir)
Manakala pembentukan tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan.

5. Lapisan regolit yang tebal. Regolit merupakan hasil terakhir luluhawa dalaman. Semakin tebal regolit ini
terbentuk bermakna semakin dalam luluhawa ini bertindak mereput dan menguraikan batuan. Di Hong Kong
ketebalan regolitnya adalah 60 m, 122m di Australia dan antara 50 -100m di kawasan hutan tebal.

Luluhawa Fizikal/mekanikal

1. Konsep luluhawa Fizikal/Mekanikal


“Proses pemecahan dan penyepaian batuan secara insitu oleh agen-agen geomorfologi. Luluhawa fizikal hanya
melibatkan perubahan saiz dan bentuk batuan tanpa melibatkan perubahan struktur, kandungan kimia dan
warna”.
Luluhawa fizikal terdiri daripada proses kembang kecut, beku cair, penghabluran garam, pelepasan tekanan/beban,
tindakan tumbuhan dan organisma.

2. Bentuk-bentuk pemecahan batuan


a. Penyepaian bongkah. Berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Pengembangan
dan pengecutan berlaku di sepanjang sendi / rekahan dan penyepaian terjadi mengikut sendi/rekahan berkenaan
sehingga menjadi bongkah-bongkah segiempat.
6

b. Penyepaian berbutir (granul). Berlaku pada batuan yang mempunyai banyak mineral di dalamnya
(heterogenus). (cth: batu granit mengandungi mineral kuartza, feldspar dan mika). Setiap mineral batuan
mempunyai angkali dan kadar pengembangan serta pengecutan berbeza-beza. Mineral yang cepat mengembang
dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan asalnya, menghasilkan serpihan batuan.
c. Pengelupasan. Berlaku kepada struktur batuan yang berlapis-lapis. Kadar pengembangan dan pengecutan yang
dialami oleh lapisan-lapisan batuan adalah berbeza-beza. Pada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas dan
mengembang berbanding lapisan dalam yang masih sejuk. Pada waktu malam, lapisan luar lebih cepat sejuk dan
mengecut berbanding lapisan dalam yang masih lagi panas. Kesannya, pengelupasan berlaku selapis-demi
selapis bermula dengan lapisan luar dan merebak ke lapisan dalam, kulit-kulit kelupasan dan serpihan-serpihan
batuan terhasil.
3. Proses² Luluhawa Fizikal
a. Pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu yang ekstrem. Pengembangan dan
pengecutan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat suhu harian yang besar di sesuatu kawasan seperti
kawasan gurun. Di gurun, suhu waktu siang sekitar 35ºC - 40ºC dan turun mendadak sekitar 5ºC/0ºC pada
waktu malam. Perubahan suhu mendadak ini membawa impak kepada batuan. Pada waktu siang suhu yang
tinggi memanaskan batuan sehingga mineral-mineralnya mengalami pengembangan manakala pada waktu
malam suhu yang sejuk akan menyejukkan batuan dan mineralnya mengalami pengecutan. Pengembangan dan
pengecutan yang berulangkali membolehkan mineral-mineral batuan pecah dan tersepai dari jisim asalnya.
b. Proses pembasahan dan pengeringan yang berulang. Proses basah-kering ini biasanya terjadi di kawasan
tropika lembap. Pembasahan berlaku apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga ia menyerap air dan menjadi
tepu, lalu mengembang. Sinaran matahari yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan yang
kering itu pula mengalami pengecutan. Pengembangan dan pengecutan yang berulang membolehkan lapisan
batuan tersepai dari jisim asalnya. Fenomena yang sama juga berlaku di kawasan pantai yang menerima
pengaruh ombak.

c Penghabluran garam iaitu proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan
rongga-rongga permukaan batuan. Kadar sejatan nyang tinggi akibat cuaca panas mampu menarik garam-garam
galian (cecair) dari dalam bumi naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilari. Apabila memasuki rekahan
yang hampir dengan permukaan bumi, air akan tersejat meninggalkan garam-garam galian di dalam rekahan.
Proses yang berterusan, garam galian akan bertambah besar membentuk hablur yang keras. Pembesaran hablur
garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan ke atas dinding-dinding rekahan sehinggalah rekahan
menjadi luas, dalam dan seterusnya pecah tersepai. Proses ini aktif berlaku di kawasan gurun yang mempunyai
sistem akuifer spt Dataran Colorado, Amerika Syarikat.

d. Tindakan ibun/fros. Berlaku di kawasan iklim sederhana (empat musim) dan kawasan pergunungan yang
mengalami kejatuhan suhu di bawah takat beku. Pada musim sejuk, ibun/fros akan memasuki rekahan dan
membeku di dalamnya apabila suhu jatuh di bawah takat beku. Pembekuan air di dalam rekahan akan
menyebabkan isipadunya bertambah 10% dan menambah kuasa tekanan sebanyak 140kg bagi setiap 1 meter
persegi luas dinding rekahan batuan. Akibatnya, dinding batuan mengalami ketegangan. Pada musim panas, ais
dalam rekahan mencair, dinding batuan mengalami kekenduran kerana tekanan ais semakin berkurangan.
Akibat proses beku-cair yang berulang kali, rekahan akan mengalami ketegangan dan kekenduran berulang kali
dan akhirnya pecah tersepai.

e. Pelepasan tekanan atau pemunggahan. Proses pengurangan tekanan pada batuan. Batuan yang berada di
bawah permukaan bumi dan terkurung berada dalam keadaan tekanan tinggi akibat beban yang dikenakan ke
atasnya dari lapisan atas muka bumi. Apabila lapisan atas dihakis, diangkut dan direndahkan maka batuan yang
berada di bawah akan timbul. Pada masa itu tekanan yang tinggi akan dilepaskan. Pelepasan tekanan
menyebabkan retakan yang seterusnya batuan pecah.
7

3. Luluhawa biologi
Luluhawa biologi merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia sama ada secara
fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan.

a). Jenis-jenis luluhawa biologi


1. Tindakan tumbuhan. Akar tunjang tumbuhan memasuki rekahan batuan. Apabila akar ini membesar, ia akan
menekan dinding rekahan, melebar dan memecahkannya. Pada masa yang sama rekahan yang dimasuki akar
turut mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.

2. Tindakan organisma. Tikus, arnab dan cacing menggali lubang melemahkan struktur batuan dan membolehkan
agen-agen luluhawa lain masuk ke dalam batuan untuk bertindak. Selain itu, mikroorganisma spt lumut dan
bakteria yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian.
Tindakbalas asid organik (chelasi) dengan mineral batuan akan mempercepatkan lagi penguraian batuan.

3. Tindakan manusia. Aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya dan perlombongan akan mendedahkan batuan
kepada agen-agen luluhawa. Oleh itu batuan lebih cepat pecah dan diuraikan. Aktiviti pertanian dan
perindustrian akan membebaskan bahan kimia yang akan bercampur dengan air hujan /air tanah untuk
bertindak bals dengan mineral batuan untuk meluluhawakannya. Contoh, tindakbalas antara hujan asid yang
mengandungi asid nitrit, asid sulfurik dan asid karbonik ke atas mineral batuan seperti batu kapur dan riolit.

Hidrolisis

Larutan
Chelasi
Ion Hidroksil

air
Tindak balas
Agen chelasi
Melarutkan

Tindak balas /
Mineral pembendungan
batuan
8

Penghidratan air Tindak balas /


pembendungan
Tindak balas
Tindak balas
Asik Lemah (asid
Oksigen karbonik)

Pengoksidaan Pengkarbonan

Anda mungkin juga menyukai