Anda di halaman 1dari 6

LULUHAWA

LULUHAWA FIZIKAL LULUHAWA KIMIA LULUHAWA BIOLOGI


Luluhawa mekanikal/fizikal Luluhawa kimia merupakan Luluhawa biologi merupakan
merupakan proses pereputan dan proses pereputan dan penguraian proses pereputan, penguraian dan
pemecahan batuan secara insitu batuan secara insitu oleh agen- pemecahan batuan secara insitu
oleh agen-agen luluhawa fizikal agen luluhawa kimia seperti iklim oleh agen-agen luluhawa biotik
seperti iklim (suhu, hujan dan (suhu, dan hujan) serta biotik seperti tindakan akar tumbuhan,
fros) serta biotik tanpa mengubah dengan mengubah kandungan hidupan dalam tanah seperti
kandungan kimia batuan. kimia batuan. cacing, tikus dan mikroorganisma
dan aktiviti manusia.
Basah kering Pengkarbonan Tindakan tumbuhan
Kembang kecut Pengoksidaan Haiwan
Penghabluran garam Hidrolisis Aktiviti manusia
Pelepasan tekanan Penghidratan
Tindakan fros/ ibun (salji) Larutan
LULUHAWA FIZIKAL
PROSES HURAIAN
Basah kering Berkesan di kawasan tropika yang mengalami panas dan lembap sepanjang tahun. Semasa musim
hujan batuan akan basah dan mengembang manakala semasa musim kering sejatan akan berlaku ke
atas batuan tersebut menyebabkan batuan tersebut mengecut. Kesannya, proses basah dan kering
yang berlaku secara yang berulang dalam tempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut
merekah dan akhirnya pecah.
Kembang kecut Giat berlaku di kawasan gurun kerana julat suhu hariannya sangat besar. Pada waktu siang
pemanasan oleh matahari (suhu tinggi) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang manakala
pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut.
Kesannya, proses secara berulang-ulang menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah dan pecah
secara mengelupas lapisan demi lapisan.
Penghabluran garam Proses ini giat berlaku di kawasan gurun. Pemanasan matahari yang melampau menyebabkan air di
bawah tanah ditarik ke atas oleh daya rerambut dan tersejat ke permukaan. Apabila air tersejat,
hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam rongga atau retakan batuan (batu pasir). Proses sejatan
yang berterusan akan menyebabkan kuantiti hablur garam dalam rongga atau rekahan batuan
bertambah dan mengembang. Pertambahan kuantiti hablur garam ini akan menyebabkan batuan
tersebut tersepai.
Pelepasan tekanan Proses pengurangan tekanan pada batuan igneus di dalam kerak bumi. Apabila lapisan batuan pada
bahagian atas terhakis, batuan igneus akan terdedah ke permukaan bumi dan melepaskan tekanan.
Keadaan ini menyebabkan batuan merekah dan pecah secara berlapis membentuk kubah
pengelupasan.
Tindakan fros/ ibun Giat berlaku di kawasan pergunungan. Pada waktu siang, air hujan memasuki rekahan batuan dan
LULUHAWA KIMIA
PROSES HURAIAN
Pengkarbonan Air hujan bertindak balas dengan karbon dioksida di udara akan membentuk asid karbonik.
Kesannya, asid karbonik ini bertindak balas terhadap batu kapur dengan melarutkan
mineral yang mengandungi kalsium dan magnesium. Pandang darat karst akan terhasil.
Pengoksidaan Oksigen di udara dan air akan bertindak balas pada batuan yang mengandungi mineral besi.
Kesannya, tindak balas ini membentuk oksida besi (besi yang berkarat) dan menyebabkan
batuan yang mengandungi mineral besi akan menjadi lemah dan mudah hancur.
Hidrolisis Merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion
hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang
berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada jenis lain.
Contohnya feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih)
yang lembut apabila air hujan bertindak ke atasnya.
Penghidratan Proses ini melibatkan pertambahan molekul air dalam batuan. Kesannya, batuan yang
menyerap air akan mengembang dan mengalami tegangan serta perubahan unsur kimia.
Laruran Air hujan melarutkan mineral batuan seperti natrium klorida (garam) dan batu
kapur. Kesannya, batuan yang mengandungi unsur ini akan terlarut dan
meninggalkan batuan asal dalam keadaan berongga, rapuh dan mudah pecah.
LULUHAWA BIOLOGI
PROSES HURAIAN
Tumbuhan Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnya akar tunjang boleh meretak dan memecahkan
batuan. Proses ini juga dikenali sebagai bajian akar.
Haiwan Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu
kegiatan luluhawa. Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek
lubang dan memindahkan tanah ke permukaan. Lubang-lubang yang diwujudkan oleh
haiwan ini membolehkan air hujan dan gas-gas tertentu jauh ke dalam tanah. Kesannya
luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.
Aktiviti manusia Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah
mendedahkan batuan kepada proses luluhawa. Kesannya, batuan mudah runtuh dan
terurai.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
LULUHAWA

Anda mungkin juga menyukai