Anda di halaman 1dari 10

1.

Apakah yang dimaksudkan


dengan cuaca dan iklim? [3]
CUACA

ialah perubahan unsur-unsur


cuaca yang biasa terjadi bagi tempoh
masa yang singkat dan dalam ruang
lingkup yang kecil.
IKLIM ialah perubahan unsur-unsur
cuaca bagi tempoh masa yang lama
dan dalam ruang yang lebih luas
serta bergantung kepada kedudukan
pada garis lintang bumi.

2. Nyatakan faktor-faktor yang


mempengaruhi cuaca di malaysia. [5]
1.
2.
3.
4.
5.

Kedudukan hampir dengan garisan


khatulistiwa.
Keadaan angin.
Kelautan.
Ketinggian sesuatu tempat dari aras
laut.
Pengaruh aktiviti manusia.

3. Nyatakan aktiviti manusia yang memberi impak di sesuatu kawasan.

1.
2.
3.
4.
5.

Perindustrian
Pengangkutan
Pembukaan kawasan pertanian
Pembandaran
Pembalakan

[5]

4. Takrifkan kelembapan mutlak.


[3]
Merujuk

jumlah wap air sebenar yang


terdapat di dalam udara dengan jumlah
wap air yang mampu ditampung oleh
udara pada suatu takat suhu tersebut
dan bergantung kepada suhu jisim
udara.

5. Nyatakan faktor yang mempengaruhi


kandungan wap air dalam atmosfera. [5]
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Suhu udara
Kadar pencemaran udara
Tumbuhan semula jadi
Kadar tiupan angin
Badan air
Permukaan tak telap air

6. Nyatakan kesan kandungan


kelembapan yang tinggi terhadap
fenomena cuaca di kawasan tropika.
[5]
1.
2.
3.
4.
5.

Meningkatkan kadar kejadian


kerpasan.
Kadar suhu menjadi rendah
Menjadikan cuaca redup dan nyaman
Mengurangkan keternampakan
Menjadikan tekanan udara tinggi dan
merendahkan kadar tiupan angin

7. Apakah yang dimaksudkan dengan


udara stabil. [3]
Apabila

sesuatu bungkusan udara naik


secara menegak ke atmosfera ia akan
cenderung kembali ke tempat asalnya
kerana secara adiabatik suhu udara
tersebut lebih sejuk berbanding dengan
suhu sekitarnya.

8. Nyatakan proses kestabilan udara. [5]


1.

2.
3.

4.

5.
6.

Sesuatu
bungkusan
udara
mengalami
proses
pengembangan di peringkat permukaan bumi tetapi tidak
bercampur dengan udara sekitarnya.
Bergerak naik secara menegak ke atmosfera berbanding
dengan keadaan sekitarnya.
Apabila mengembang, suhu bungkusan udara akan
berkurangan mengikut kadar tukaran adiabatik kering
sebanyak 10C setiap 1000 meter manakala udara
sekitarnya mengikut kadar tukaran adiabatik sekitar 5C
setiap 1000m.
Apabila bungkusan udara naik mengikut kadar tukaran
sekitaran lebih besar daripada kadar tukaran adiabatik
kering proses udara tidak stabil.
Bungkusan udara lebih padat berbanding dengan keadaan
sekitarnya.
Bungkusan udara lebih berkencederungan kembali ke
tempat asalnya apabila dipaksa naik ke atmosfera.

9. Nyatakan kesan ketakstabilan


udara terhadap pembentukan
pelbagai fenomena cuaca. [5]
1.

2.

3.
4.
5.

Udara di atas permukaan panas akan mengembang


dan naik ke atas menghasilkan proses pengangkutan
perolakan.
Udara mengembang yang kurang padat berbanding
dengan
persekitarannya
naik
melepasi
titik
pemeluwapan akan membentuk awan.
Awan yang terbentuk boleh menyebabkan berlakunya
kerpasan.
Udara tidak stabil sering kali dikaitkan dengan cuaca
yang tidak menentu.
Udara tidak stabil meningkatkan kadar pergerakan
udara menegak.

10. Apakah yang dimaksudkan


dengan edaran umum atmosfera
secara global. [5]
Ialah

beredar dari kawasan sejuk ke


kawasan panas. Di kawasan sejuk,
tekanan udaranya tinggi. Contohnya di
kawasan kutub dan garis lintang
sederhana. Di kawasan panas, tekanan
udara rendah seperti kawasan tropika.

Anda mungkin juga menyukai