Anda di halaman 1dari 14

Pembentukan landskap di kawasan tropika lembap

(a) menghuraikan jenis serta proses luluhawa fizikal (mekanikal), kimia, dan biologi; (b) menghuraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa (iklim, tumbuh-tumbuhan, jenis batuan, mikroorganisma, aktiviti manusia, dan masa);

PROSES LULUHAWA
Definasi luluhawa Luluhawa ialah proses pemecahan batuan dan pereputan batuan secara semulajadi dan insitu ( pecah di situ juga ) oleh agen-agen luluhawa seperti air hujan, haba matahari,ibun, akar tumbuhan dan haiwan. Berdasarkan kepada cara batuan pecah secara semulajadi, proses luluhawa boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu luluhawa mekanika, luluhawa kimia dan luluhawa biotik.

Luluhawa mekanika
Luluhawa mekanika ialah proses pemecahan dan penguraiana batuan secara semulajadi dengan mengakibatkan perubahan fizikal batuan tanpa mengubah kandungan mineralnya.

Proses pemecahan batuan melalui luluhawa mekanika berlaku akibat


tindakan ibun (ais atau fros), penghabluran garam, pelepasan tekanan, proses basah-kering perubahan suhu yang ekstrem.(pensuriaan)

tindakan ibun
Proses tindakan ibun berlaku di kawasan beriklim sejuk,iklim hawa sederhana dan dipergunungan yang tinggi yang sejuk hingga terdapat ais. Pada musim panas, air hujan atau ais yang cair akan masuk ke dalam rekahan batuan. Pada musim dingin, air tersebut akan membeku di dalam rekahan batuan membentuk ibun (ais). Pembekuan air ini akan menyebabkan ais tersebut mengembang dan membaji atau menyengkang rekahan batuan sehingga pecah.

penghabluran garam
Proses penghabluran garam berlaku di kawasan beriklim kering seperti gurun atau hampir gurun. Semasa hujan air akan melarutkan mineral garam seperti naterium klorida,kasium sulfat (gypsum) dan naterium karbonat ( batu kapur) membentuk larutan garam di celah rekahan batuan. Haba matahari akan menyejat larutan garam tersebut membentuk hablur garam. Proses penghabluran garam ini akan menyebabkan hablur garam tersebut mengembang dan memberi tekanan kepada rekahan batuan.Lamakelamaan rekahan batuan membesar dan pecah.( Proses ini hampir sama dengan tindakan ibun )

pelepasan tekanan
Proses pelepasan tekanan berlaku pada batuan yang terdapat di dalam lapisan kerak bumi yang terdedah akibat hakisan tanah permukaan bumi. Kegiatan manusia meratakan tanah atau menarah cerun boleh mendedahkan batuan dalam bumi ke permukaan. Lapisan tanah atas yang terhakis atau dibuang akan mengurangkan beban atau tekanan ke atas batuan. Batuan akhirnya boleh mengembang menyebabkan berlakunya retakan dan kulit luar batuan mengelupas. Batuan yang terkelupas ini membentuk kubah kelupasan.

basah-kering
Proses basah-kering yang berulang berlaku pada batuan di tepi pantai atau di tebing sungai atau di pinggir tasik. Proses ini juga berlaku apabila hari hujan silih berganti dengan hari kering. Apabila air pasang di sungai ,laut dan kehadiran ombak atau hujan turun, batuan akan basah dan akibat dimasukki air. Batuan atau tanih yang basah akan mengembang.Apabila air surut atau hari kering, batuan tersebut akan menjadi kering kerana air disejat oleh haba matahari. Batuan yang kering itu akan merekah dan pecah.

perubahan suhu eksrem


Proses perubahan suhu eksrem berlaku di kawasan gurun panas kerana terdapat perbezaan suhu harian yang besar. Pada waktu siang suhu di gurun panas boleh mencapai sehingga 40-50C. Keadaan yang kurang hujan dan kering kontang turut menyumbang kepada keberkesanan proses luluhawa ini. Keadaan ini boleh menyebabkan mineral batuan mengembang. Pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga takat beku (0C). Keadaan ini menyebabkan batuan tersebut menguncup. Proses kembang-kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan pecah. Melalui proses perubahan suhu ekstrem ini batuan akan pecah dalam tiga bentuk iaitu pemecahan secara bungkah, pemecahan secara berbutir (relai,hancur) dan pecah terkelupas.

Luluhawa Kimia
Luluhawa kimia ialah proses pemecahan dan penguraian batuan melalui proses larutan yang menyebabkan perubahan bentuk dan kandungan mineral batuan.

Agen utama pelaku luluhawa kimia ialah air hujan, gas oksigen dan gas karbon dioksida. Keadaan hujan yang lebat sangat menggalakkan berlakunya luluhawa kimia terutama di kawasan tropika lembab. Di samping itu, suhu topika yang tinggi mempercepatkan proses larutan kerana air yang panas (akibat suhu tinggi) lebih cepat melarutkan mineral batuan .

Terdapat lima cara atau proses larutan yang menyebabkan batuan pecah dan terurai iaitu
proses pengkarbonan, pengoksidaan, hidrolisis, larutan mudah penghidratan.

pengkarbonan
Proses pengkarbonan berlaku ke atas batu kapur. Air hujan akan bercampur dengan gas karbon dioksida membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik ini akan melarutkan karbonat (kapur) di dalam batu kapur. Larutan ini akan menyebabkan batu kapur berlubanglubang, berongga atau pecah. Panorama di kawasan bukit batu kapur atau kawasan karst memperlihatkan bentuk lubang langgah,

Anda mungkin juga menyukai