Anda di halaman 1dari 43

PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA

PENGENALAN
Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah
mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Prosesproses ini sama ada berlaku dengan pengaruh
semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia
banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses
semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di
kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa,
gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.

LULUHAWA
Proses luluhawa dianggap sebagai peringkat pertama
proses penggondolan muka bumi.
Semua bahan yang terdapat di permukaan bumi
terdedah kepada proses luluhawa. Batuan yang
mengalami penguraian, pereputan dan penyepaian ini
akhirnya akan dihakis pula oleh agen-agen hakisan
seperti air, glasier dan angin.
Proses penyepaian batuan ini amat penting sebagai satu
sumber primer misalnya pembentukan tanih untuk
pertanian dan juga pembangunan sektor binaan
bangunan, jalanraya dan kerja kejuruteraan lain.
2

sambungan

Luluhawa boleh dikelaskan kepada dua kategori yang


utama sekiranya dilihat dari segi proses iaitu luluhawa
fizikal atau mekanika dan luluhawa kimia.
Luluhawa fizikal ialah proses yang menyebabkan
peleraian batuan oleh tegasan pada batuan itu sendiri
tanpa mengubah kandungan bahan mineral di
dalamnya.
Luluhawa kimia satu proses yang menyebabkan
peleraian batuan yang juga mengubah bahan kimia
dalam batuan.
3

Sambungan

Dilihat dari segi punca berlakunya luluhawa, ia boleh


dibahagikan kepada tiga iaitu tambahan kepada
luluhawa biologi.
Luluhawa biologi adalah tindakan benda-benda hidup
termasuk aktiviti-aktiviti manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Sebagai contoh peranan tumbuhan boleh
dilihat melalui akar pokok yang memecahkan batuan.

Luluhawa Fizikal
Luluhawa fizikal ialah proses yang melibatkan
pemecahan/peleraian batuan yang disebabkan oleh
daya-daya fizikal dari dalam dan luar batuan.
Ini dikaitkan secara langsung dengan tegasan terhadap
batuan iaitu dari dalam atau luar atau kedua-duanya
sekali yang menyebabkan merekah dan terlerai.
Ia juga dikaitkan dengan pemecahan batuan besar
menjadi batu kecil tanpa mengubah kandungan
kimianya. Terdapat beberapa proses yang sering berlaku
seperti proses pembebasan tekanan, proses
pengembangan hablur, proses perubahan suhu dan
proses organan.
5

Proses Pembebasan Tekanan


Struktur batuan yang berlapis biasanya mempunyai satah
retakan atau rekahan.
Lapisan-lapisan batuan ini adalah hampir selari dengan
permukaan bumi dan semasa ia berada jauh di dalam
tanah, ia mengalami tekanan tinggi hasil daripada beban
yang terletak di atasnya.
Apabila permukaan di bahagian atas batuan tersebut
mengalami proses hakisan, ia akan mengurangkan
tekanan pada batuan di bawahnya.
6

Sambungan

Apabila tekanan batuan tersebut mulai berkurangan


menyebabkan batuan mengembang, meretak dan
memecah.
Pengembangan ini menyebabkan kepingan besar batuan
terpisah atau terlerai dari batuan induk. Sekiranya batuan
itu terletak hampir dengan permukaan bumi, maka
pengembangan yang berlaku adalah sehala iaitu
berkembang ke atas sahaja.
Pengembangan yang berlaku akan memberi kesan
terhadap pemecahan batuan di sepanjang satah retakan
terutamanya pada batuan jenis granit dan marmar dan
pemecahan tersebut adalah secara bersendi.
7

Proses Pengembangan Hablur


Proses pengembangan hablur boleh dibahagikan kepada
dua tindakan iaitu tindakan ibun dan penghabluran
garam.
Tindakan ibun biasanya berlaku di kawasan yang beriklim
sejuk disebabkan oleh proses pengembangan hablur
iaitu pembekuan air. Air akan mengembang sebanyak 9
% apabila membeku pada suhu 0 darjah celcius.
Perubahan isipadu yang besar ini mempunyai kesan
pemecahan yang paling besar dalam luluhawa fizikal. Air
yang membeku dalam ruang atau rekahan batuan akan
menghasilkan tekanan yang kuat terhadap dinding
rekahan tersebut dan retakan yang lebih besar akan
berlaku.
9

Sambungan

Proses pembekuan dan pencairan yang berulang-ulang


akan menyebabkan batuan pecah dan proses ini dikenali
sebagai penyepaian ibun.
Batuan yang pecah ini akan menghasilkan bentuk
serpihan-sepihan yang tajam dan bersegi-segi. Sebagai
contoh ialah di Pergunungan Alps di Eropah jelas
menunjukkan permukaan cerun dan puncaknya yang
terdiri daripada batuan bersegi-segi hasil daripada
tidakan ibun tadi.

10

11

12

Sambungan

Tindakan penghabluran garam berlaku di kawasan yang


panas dan kering. Pada musim kemarau yang
berpanjangan, menyebabkan air disedut ke atas
permukaan bumi oleh daya rerambut hasil daripada
proses sejatan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam
yang halus tertinggal di dalam rongga-rongga dan
retakan-retakan dalam batu pasir.
Proses sejatan yang berterusan sepanjang musim
kemarau menyebabkan kuantiti hablur bertambah dan
berkembang apabila ia mengalami tekanan
menyebabkan batu pasir tersepai. Proses ini akan
menghasilkan bentuk-bentuk bumi seprti nic (ceruk), gua
yang cetek, gerbang batu dan lelubang pada batu pasir.
13

14

Proses Perubahan Suhu


Perubahan suhu biasanya membawa kepada
pengembangan dan penguncupan batuan.
Perubahan suhu yang berterusan menyebabkan
berlakunya tegasan terhadap batuan dan memecahkan
batuan kepada butir-butir yang kecil.
Perubahan suhu malam dan siang, musim panas dan
musim sejuk boleh menyebabkan bahan-bahan batuan
mengembang dan menguncup. Dalam keadaan ini
menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal di kawasan
gurun dan puncak kawasan gunung yang terdedah.
15

Sambungan

Proses pengembangan dan penguncupan yang berulangulang menyebabkan batuan meretak dan bersepai.
Sesetengah batuan tersepai dalam bentuk kepingan
yang berlapis-lapis dan biasanya berlaku pada batuan
yang mempunyai struktur yang berlapis-lapis. Keadaan
ini dikenali sebagai pengelupasan.
Proses ini telah menghasilkan kubah-kubah
pengelupasan seperti yang terdapat di Taman Negara
Yosemite di Amerika Syarikat, di Gurun Kalahari dan
Gurun Sahara.

16

17

18

19

Proses Organan
Proses organan adalah hasil daripada tindakan tolakan
yang dilakukan oleh akar tumbuh-tumbuhan. Akar pokok
yang menjalar di dalam tanah menghasilkan tekanan
yang kuat dan boleh melebarkan rekahan di dalam
batuan.
Tindakan ini seterusnya akan memecahkan jasad batuan
tersebut di samping dapat membantu air yang
berperanan sebagai agen luluhawa masuk ke dalam
jasad batuan di dalam bumi. Keadaan akar tumbuhtumbuhan yang membesarkan, mendalamkan dan
memecahkan rongga, rekahan dan retakan ini pada
batuan telah menyebabkan proses penyepaian bongkah
batuan berkenaan.
20

21

Luluhawa Kimia
Luluhawa kimia melibatkan pereputan dan penguraian
batuan dan berlaku perubahan dalam kandungan kimia
batuan tersebut. Ini disebabkan oleh agen-agen
atmosfera seperti air, oksigen, karbon dioksida dan
pelbagai jenis asid.
Luluhawa kimia amat dominan dan berkesan di
kawasan khatulistiwa dan kawasan tropika yang panas
dan lembap sepanjang tahun seperti di kawasan tanah
pamah yang sederhana lembap dan kawasan batu
kapur.
Luluhawa kimia memerlukan air yang banyak dan suhu
yang tinggi. Terdapat beberapa proses yang terlibat
dalam luluhawa kimia iaitu larutan, pengoksidaan,
pengkarbonan, penghidratan dan hidrolisis.
22

Larutan
Larutan adalah boleh dianggap sebagai peringkat
pertama dalam luluhawa kimia. Ia merupakan satu
proses melarutkan mineral di dalam air. Sesetengah
mineral seperti mineral klorida, bikarbonat dan beberapa
mineral sulfat boleh larut dalam air biasa dan ada juga
mineral yang hanya terlarut dalam air yang berasid.
Garam biasa dan gipsum adalah sebatian yang mudah
larut dalam air dan cuma wujud di kawasan gersang
dunia. Keberkesanan proses larutan bergantung kepada
isipadu air di sesuatu kawasan dan darjah kelarutan
sesuatu batuan.
23

Pengoksidaan
Pegoksidaan menunjukkan satu proses perubahan yang
dihasilkan melalui tindakbalas oksigen dari udara atau
air dengan mineral di dalam batuan.
Proses pengoksidaan amat berkesan pada batuan yang
terletak di permukaan tanah. Oksigen dalam udara
mudah bergerak di dalam liang-liang dan retakanretakan yang terdapat pada batuan. Pengoksidaan
biasanya berlaku pada batuan mafik yang mempunyai
elemen-elemen seperti ferum dan magnesium.
Oksigen + Mineral

Ferum Oksida
24

Sambungan

Apabila struktur batuan tersebut menyentuh udara dan


air, elemen besi dalam batuan akan dioksidakan menjadi
hematit berwarna merah.
Batuan yang mengalami pengoksidaan ini biasanya
kurang teguh dan mudah dioksidakan. Misalnya tanah
liat yang berasal jauh di bawah tanah berwarna kebirubiruan tetapi apabila terdedah ke permukaan ia akan
teroksida lalu bertukar ke warna perang atau merah
kerana adanya sebatian-sebatian besi.
Dalam erti kata yang mudah ia akan berkarat lalu
membentuk ferum oksida yang peroi dan mudah dihakis.
25

Pengkarbonan
Pengkarbonan merupakan satu proses luluhawa kimia
yang paling mudah dan paling meluas berlaku. Batuan
karbonat seperti batu kapur dan dolomit adalah di antara
batuan yang paling mudah mengalami luluhawa kimia di
permukaan bumi dengan kehadiran air yang
mengandungi karbon dioksida.
Karbon dioksida yang larut di dalam air membentuk asid
yang lemah iaitu asid karbonik lemah. Proses
pengkarbonan ini berlaku apabila tindakbalas di antara
asid karbonik lemah ini dengan bahan mineral. Sebagai
contoh asid karbonik lemah ini bertindak dengan batu
kapur dan menukarkannya kepada kalsium karbonat
yang lebih larut.
26

Sambungan

Air Hujan + Karbon dioksida

Asid karbonik lemah

Asid karbonik lemah + Kalsium karbonat

Kalsium bikarbonat

Proses melarutkan batu kapur ini akan meluaskan lagi


rekahan-rekahan lalu membentuk lurah dan permatang
batu kapur (grike dan clint) serta menghasilkan satu
landskap yang menarik yang dikenali sebagai pandang
darat karst.
Antara pandang darat karst di kawasan batu kapur ialah
bukit-bukit sisa, lubang langgah, lurah kering, sungai
bawah tanah dan ciri-ciri dalam gua seperti stalaktit dan
stalagmit serta tiang batu batu kapur atau tiang kalsit.
27

Sambungan

Jenis luluhawa kimia ini berlaku dengan giatnya di


kawasan batu kapur di Malaysia, Negara Thai, Indonesia
dan bahagian selatan Negara China.
Di Malaysia, kawasan batu kapur yang terkenal terdapat
di sekitar Ipoh dan Baling. Antara gua batu kapur yang
terkenal di Malaysia ialah Gua Mulu dan Gua Niah di
Sarawak serta Batu Caves di Kuala Lumpur.

28

Penghidratan
Proses penghidratan melibatkan penambahan molekul
air terhadap mineral tertentu. Ini akan melemahkan
ikatan di dalam mineral tersebut dan memudahkan
mineral itu untuk mengalami proses-proses luluhawa
seterusnya.
Penghidratan menyebabkan mineral-mineral
mengembang dan kemudiannya diikuti oleh
pengurangan kekuatan mineral tersebut.
Pengembangan akan menghasilkan tegasan di dalam
jasad batuan dan seterusnya boleh melemahkan
ketahannya.
29

Sambungan

Mineral batuan yang menyerap air akan mengalami


perubahan kimia dan membentuk bahan yang baru.
Tegasan yang berlaku akan melemahkan batuan
terutamanya apabila kalsium sulfat bertindak dengan air
akan membentuk gipsum.
Selain itu, proses penghidratan ini boleh menyebabkan
batuan menjadi susut dan semakin kecil lalu hancur dan
reput manakala yang tidak hancur akan menjadi berbutirbutir.
Proses ini juga menyebabkan batuan rosak secara
relaian bijian dan melibatkan luluhawa dari lapisan
permukaan hingga ke dalam batuan. Ia berpunca dari air
hujan, pencairan fros dan kejadian osmosis akar.
30

Hidrolisis
Hidrolisis adalah satu proses tindakbalas kimia yang
melibatkan air. Proses ini berkesan di bahagian dalaman
bumi yang melibatkan penggabungan molekul air dan
molekul mineral.
Hasil awal yang akan diperolehi daripada proses ini ialah
bahan mineral akan menjadi tidak stabil dan akan terus
mengalami pemecahan menjadi bahan baki yang lebih
halus dan lembut atau bahan yang boleh larut di dalam
air tanah dan boleh digunakan oleh tumbuhan.

31

Sambungan

Hidrolisis biasanya bertindak di antara air dengan bahanbahan mineral seperti felspar, kuartz dan mika.
Felspar bertindak dengan air dan bertukar menjadi tanah
liat putih yang dikenali sebagai kaolin yang lebih lembut.
Besi yang bertindak dengan air dan oksigen akan
menghasilkan besi oksida yang berwarna kuning, coklat
atau merah.
Tindakan kimia ini menyebabkan batuan granit menyepai
dan melemahkan struktur batuan tersebut. Ini bermaksud
dengan adanya asid karbonat di dalam air hujan yang
masuk ke dalam batuan, akan mempercepatkan lagi
pereputan dan pemecahan batuan.
32

33

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


LULUHAWA
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses
luluhawa. Secara amnya kita boleh bahagikan kepada
beberapa faktor seperti berikut :

Faktor Iklim
Faktor Geologi
Faktor Topografi
Faktor Masa
Faktor Biotik

34

Faktor Iklim
Proses-proses luluhawa banyak bergantung kepada iklim
sesuatu kawasan.
Aspek utama iklim ialah suhu, hujan, sejatan dan juga
kadar kelembapan. Jika dilihat kebanyakan proses
luluhawa memerlukan air dan ia mampu memberi
pejelasan tentang sebaran luluhawa mengikut ruang.
Suhu juga merupakan satu petunjuk terhadap kadar
luluhawa yang berbeza misalnya penurunan suhu
menyebabkan penghabluran ais, kembang kuncup
batuan dan suhu yang tinggi akan mempercepatkan
proses luluhawa.
35

Sambungan

Bagi kawasan yang menerima curahan hujan yang


banyak dan bersuhu tinggi membolehkan tindakan
luluhawa kimia berperanan secara dominan terutamanya
di kawasan tropika lembap.
Sebaliknya di kawasan gurun yang menerima curahan
sangat sedikit atau di kawasan beriklim sejuk dengan
keadaan air yang sentiasa membeku, maka proses
luluhawa fizikal lebih dominan.

36

Faktor Geologi
Faktor geologi dapat dikesan melalui ciri-ciri batuan
tersebut seperti kandungan mineral, sifat batuan,
struktur batuan, saiz batuan dan permukaan batuan.
Kandungan mineral dalam batuan boleh dilihat melalui
batuan yang mengandungi mineral seperti karbonat dan
garam mudah dilarutkan oleh air.
Batuan dengan kandungan mineral yang gelap seperti
basalt dan gabro akan menjadi lebih cepat panas
berbanding dengan batu kapur yang bewarna cerah.

37

Sambungan

Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penyepaian dan


penguraian batuan. Kandungan kimia batuan juga menentukan
ketahanan terhadap luluhawa kimia dan fizikal.
Mineral dalam batuan boleh disusun mengikut ketahanan terhadap
luluhawa kimia. Sebagai contoh, mineral-mineral silikat biasa boleh
disusun mengikut ketahanan seperti berikut :
Paling rendah ketahanan

Paling tahan

Olivin
Augit
Hornblende
Mika
Felspar
Kuarza

38

Sambungan

Sifat batuan pula merujuk kepada batuan keras seperti


batuan igneus lambat diuraikan. Batuan lembut seperti
batu kapur mudah diuraikan. Batuan yang tahan
terhadap luluhawa biasanya akan membentuk
permatang dan batuan yang tidak tahan terhadap
tindakan luluhawa akan membentuk kawasan topografi
rendah.
Struktur batuan merujuk kepada permukaan batuan yng
mempunyai banyak retakan, pecahan dan kekar lebih
mudah diluluhawakan. Sebaliknya batuan yang tidak
mempunyai sebarang retakan adalah lebih sukar
diluluhawakan.

39

Sambungan

Saiz batuan menyatakan bongkah batuan yang lebih kecil


lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan bongkah
batu yang besar. Permukaan batuan yang terdedah luas
lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan batuan
yang permukaannya tidak terdedah.

40

Faktor Topografi
Keadaan topografi seperti ketinggian dan kecerunan
mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap suhu,
bahangan, hujan, angin, sejatan dan sebagainya.
Kawasan landai umpamanya menerima bahangan yang
lebih tinggi berbanding kawasan yang terlindung atau
bercerun. Kawasan yang menerima jumlah cahaya
matahari yang banyak akan menggiatkan lagi luluhawa
kimia.

41

Faktor Masa
Masa jasad batuan terdedah kepada proses luluhawa
mempengaruhi darjah proses luluhawa yang akan
berlaku ke atas jenis-jenis batuan tertentu. Semakin
lama sesuatu bahan itu terdedah kepada tindakan
luluhawa maka semakin tinggilah darjah luluhawa yang
dialaminya.

42

Faktor Biotik
Tumbuhan dan organisma memainkan peranan dalam
proses luluhawa batuan. Kedua-duanya ini membekalkan
asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan
tindak balas kimia dalam batuan.
Kulampair dan lumut di atas batuan umpamanya
menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan
karbon dioksida yang secara tidak langsung menolong
proses kimia batuan.
Begitu juga dengan proses pereputan bahan organik.
Pembesaran akar tumbuhan berupaya memecahkan
batuan bawah tanah terutamanya dalam proses luluhawa
fizikal.
43

Anda mungkin juga menyukai