Anda di halaman 1dari 54

SISTEM BUMI

1. Menjelaskan kesan pergerakan bumi dalam sistem suria.


Pergerakan bumi dalam sistem suria terjadi dalam dua bentuk,
iaitu putaran bumi dan peredaran bumi.
Antara kesan putaran bumi
i. kejadian siang dan malam,
ii. pasang surut air laut,
iii. pembiasan angin dan arus,
iv. perbezaan waktu tempatan

Antara kesan peredaran bumi


v. kejadian empat musim,
vi. gerhana bulan dan gerhana matahari,
vii. perbezaan tempoh siang dan malam tidak sama pada latitud
yang berbeza pada masa solstis,
viii. kejadian afelion dan perihelion.
2. Menjelaskan bagaimana kejadian empat musim
mempengaruhi aktiviti manusia.
Calon sepatutnya mengenal pasti empat musim, iaitu musim
bunga, musim panas, musim luruh, dan musim dingin dan
seterusnya mengenal pasti unsur cuaca dan keadaan tanah bagi
setiap musim dan aktiviti manusia yang sesuai untuk dijalankan
pada musim tersebut.

Contohnya Pada musim bunga, suhu sederhana, kelembapan


tanah tinggi dan sesuai untuk aktiviti pertanian, pelancongan,
pembalakan, dan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pada musim bunga mempengaruhi aktiviti pelancongan. Hal ini


demikian kerana suhu sederhana dan kelembapan udara yang
tinggi menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis bunga.
Kesannya, pelancong tertarik untuk datang melancong ke
Kawasan tersebut.
BATUAN
1. Pembentukan batu igneus adalah melalui penyejukan
dan pembekuan magma bahan batuan dalam bumi
dan di luar bumi.
2. Batu enapan pula terbentuk melalui proses
pemadatan dan perekatan bahan-bahan sisa secara
berperingkat dan berlapis-lapis.
3. Batu metamofik pula terbentuk melalui batu igneus
dan batu enapan yang telah mengalami tekanan yang
kuat dan tindakan suhu yang tinggi.
2. Menjelaskan bagaimana jenis batuan mempengaruhi
pembentukan pelbagai rupa bentuk bumi.

i. Batu igneus, struktur batuannya tersusun secara menegak dan ada


yang tersusun secara mendatar. Apabila berlaku proses hakisan
secara berterusan akan terbentuklah pelbagai rupa bentuk muka
bumi, seperti jeram, air terjun, tebing tinggi, tanjung, gerbang laut,
batu tunggul, dan tunggul sisa.
ii. Batuan enapan pula terdiri daripada batu kapur dan batu pasir
(pinggir pantai dan kawasan sungai). Apabila berlaku proses luluhawa
terhadap batu kapur, maka terbentuk pandang darat karst, gua,
stalaktit, dan stalagmit.
iii. Batu pasir di pinggir pantai pula, apabila berlaku proses
pengangkutan dan pemendapan, terbentuklah pula bentuk muka
bumi seperti teluk, beting pasir, pantai, dan tombolo.
iv. Batu pasir di kawasan lembah sungai, apabila proses pengangkutan
dan pemendapan berlaku akan terbentuklah delta, tetambak,
dataran, banjir, dan tasik ladam.
TENAGA
Menjelaskan dua cara tenaga suria dipindahkan dari matahari
ke bumi.

i. melalui cara gelombang elektromagnet


ii. cara bahangan (insolation)

iaitu bahangan tenaga suria akan melalui peringkat lapisan


yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai
mediumnya sebelum dipindahkan ke bumi. Bahangan
tersebut akan ditapis, diserap, diserak, dipantul oleh lapisan
ozon, awan dan juga partikel-partikel yang ada dalam
atmosfera.
1. Menghuraikan dua punca tenaga endogenik.

i. Tenaga endogenik berpunca daripada mampatan


jisim, iaitu tekanan magma dari perut bumi atau
pertambahan momentum tenaga graviti yang
diperoleh semasa pembentukan planet.
ii. Tenaga endogenik juga berpunca daripada
pencerakinan nukleus atom tenaga
radiogenik/atom/tenaga radioaktif yang wujud
daripada setengah bahan dalam bumi, seperti
kalium, uranium, dan thorium.
1. Menyatakan tiga proses yang berpunca
daripada tenaga endogenik.

i. Metamorfosis batuan pergerakan plat/gempa


bumi
ii. Mampatan/ lipatan kerak bumi
/sesar/gelinciran
iii. Aktiviti igneus
iv. Pembentukan gunung berapi.
1. Menjelaskan perbezaan antara tenaga eksogenik
dengan tenaga endogenik daripada aspek punca
tenaga dan bentuk muka bumi yang terbentuk.
i. Punca tenaga eksogenik adalah daripada tenaga matahari
atau daripada atmosfera bumi manakala tenaga
endogenik berpunca daripada magnetik bumi, tenaga
graviti, tenaga daripada pergerakan plat, dan tenaga haba
bumi.
ii. Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada tenaga
eksogenik ialah jeram, air terjun (semua bentuk muka
bumi yang terhasil akibat tindakan aliran air, angin,
glasier), tors, dan pengelupasan kubah batuan manakala
bentuk muka bumi yang terhasil daripada tenaga
endogenik ialah gunung, bukit, banjaran, lurah, cerun,
daik, sil, kawah gunung berapi.
2. Menghuraikan peranan bahangan suria terhadap
proses fizikal, iaitu kitaran hidrologi dan sistem
atmosfera.

i. Peranan bahangan suria dalam kitaran hidrologi


melibatkan proses sejatan seterusnya pemeluwapan air ke
atmosfera membentuk awan dan allirnya menycbabkan
kejadian hujan atau kerpasan.
ii. Peranan bahangan suria dalam sistem atmosfera pula
melibatkan pembentukan elemen cuaca dan iklim seperti
suhu, kelembapan, angin, tekanan udara, awan, kerpasan.
Menjelaskan jenis-jenis tenaga dalam sistem bumi.

i. Jenis tenaga dari dalam bumi ialah endogenik


IAITU tenaga radiogenik, tenaga geoterma, tenaga
haba atau haba pendam.
ii. Tenaga dari luar bumi ialah eksogenik IAITU
tenaga graviti, tenaga kimia, tenaga atom atau
nuklear, tenaga kinetik, dan tenaga keupayaan.
Menjelaskan bagaimana tenaga suria mempengaruhi aktiviti
manusia di kawasan tropika lembap.
Jawapan calon perlu menjelaskan aktiviti manusia, iaitu pertanian, industri
kecil dan sederhana (IKS), perikanan, pembalakan, pengangkutan,
pelancongan, perniagaan, domestik, pembinaan, dan penternakan.
i. Selain itu, bagi setiap aktiviti manusia tersebut calon perlu menjelaskan
ciri tenaga suria di kawasan tropika lembap.
ii. Proses bagaimana tenaga suria yang berkaitan mempengaruhi aktiviti
berkenaan.
Contoh:
Di kawasan tropika lembap, penerimaan bahangan suria sepanjang
tahun (panas sepanjang tahun) menggalakkan aktiviti pertanian. Hal ini
demikian kerana tanaman tropika memerlukan cahaya matahari yang
mencukupi. Kesannya, pelbagai jenis tanaman tropika seperti getah,
kelapa sawit, padi dan koko dapat ditanam.
Di kawasan hawa sederhana dunia, penerimaan
bahangan suria yang sederhana menyebabkan aktiviti
pertanian tidak dapat dijalankan sepanjang tahun.
Hal ini demikian kerana aktiviti pertanian dipengaruhi
oleh faktor musiman. Kesannya, kegiatan pertanian
terhad semasa musim sejuk dan bilangan hari
menanam sehingga hasil dituai juga singkat.
4. Menghuraikan kesan penerimaan bahangan suria yang
rendah semasa musim sejuk terhadap aktiviti manusia.
i. Tanah beku dan dilitupi salji menyebabkan pertanian terjejas
(tanaman di dalam rumah kaca sahaja).
ii. Udara sejuk menjadikan penggunaan bahan bakar tinggi
(menjejaskan industri).
iii. Permukaan tanah dilitupi salji menggalakkan aktiviti pelancongan
(ski).
iv. Padang ragut dilitupi salji menyebabkan binatang dikurung (aktiviti
penternakan terjejas).
v. Suhu rendah menggalakkan aktiviti perburuan binatang, getah
pokok membeku memudahkan penebangan pokok (aktiviti
pembalakan giat).
vi. Suhu rendah menggalakkan aktiviti pembalakan. Getah pokok
membeku memudahkan penebangan pokok.
vii. Permukaan air beku (perikanan musim sejuk di kawasan tasik
terjejas).
LULUHAWA
1. Bagaimana tenaga suria mempengaruhi proses
luluhawa kimia.
i. Antara jawapan yang dikehendaki ialah suhu tinggi
mempercepat proses tindak balas kimia dalam
batuan, manakala suhu rendah menyebabkan
tenaga kurang, seterusnya proses luluhawa kurang
giat berlaku.
ii. Begitu juga suhu tinggi menyebabkan proses
sejatan tinggi, berlakunya hujan dan akan
mempercepat proses luluhawa kimia.
iii. Selain itu, suhu tinggi akan menyebabkan aras air
berkurang dan proses luluhawa juga berkurang,
suhu rendah pula akan mengakibatkan aras air
meningkat dan seterusnya proses luluhawa kimia
meningkat.
TEORI HANYUTAN BENUA
1. Membincangkan bukti yang dapat menyokong teori
hanyutan benua.
i. persamaan garis pantai benua,
ii. persamaan jenis fosil tumbuhan dan
iii. binatang dari jenis dan usia yang sama di benua yang
berlainan,
iv. medan magnet berubah arah,
v. kajian iklim purba,
vi. bukti geologi (jenis dan usia batuan di benua yang
berlainan),
vii. bahan mendapan lautan paling tua dari jenis dan
usia yang sama ditemui di lautan Pasifik dan Lautan
Atlantik,
viii. gunung lipat, iaitu benua Amerika Selatan pernah
bercantum dengan benua Eropah.
2. Menjelaskan proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat
pergerakan plat tektonik.
Soalan ini memerlukan calon menjelaskan bentuk muka bumi, proses
yang berlaku, dan hasilnya.
i. gunung lipat terbentuk hasil daripada pertembungan dua plat yang
menyebabkan plat yang lemah terangkat ke atas.
ii. jurang lautan berlaku hasil daripada percapahan plat di lautan dan
menghasilkan jurang yang dalam.
iii. lurah gelinciran terhasil daripada percapahan/ pertembungan/
selisih plat dan menyebabkan salah satu plat jatuh ke bawah.
iv. gunung bongkah terhasil daripada pertembungan plat, satu plat
naik ke atas dan satu plat jatuh ke bawah.
v. pantai timbul disebabkan daripada pertembungan plat dan salah
satu plat naik ke atas dan plat yang satu lain jatuh ke bawah.
vi. sungai balik muda, terhasil daripada pertembungan plat dan
menyebabkan satu plat naik ke atas dan satu lagi jatuh ke bawah.
SOLSTIS
1. Menjelaskan kesan kejadian solstis terhadap
unsur cuaca dan iklim di sesuatu tempat.
Calon sepatutnya menjelaskan unsur cuaca dan iklim
terhadap kejadian solstis musim panas dan solstis
musim sejuk.
i. suhu
ii. kerpasan
iii. tekanan udara
iv. pergerakan angin
v. kelembapan udara
2. Menghuraikan bagaimana kejadian empat musim
mempengaruhi aktiviti manusia di sesuatu kawasan.

• Jawapan calon sepatutnya mengaitkan kejadian


empat musim dengan unsur cuaca sesuatu kawasan
yang mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan
tersebut.
• Mengaitkannya dengan unsur cuaca, seperti suhu
rendah atau suhu tinggi mempengaruhi aktiviti
manusia di kawasan tersebut.
i. Pertanian
ii. Penternakan
iii. Pembalakan
iv. Pelancongan
v. Pembinaan
PERGERAKAN JISIM
1. Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kejadian tanah runtuh di Malaysia.
Faktor hujan memang menjadi faktor dominan dalam
kejadian tanah runtuh.
i. intensiti
ii. curahan
iii. kekerapan
iv. tempoh
Faktor lain
v. faktor kecerunan
vi. jenis batuan
vii. litupan tumbuhan
viii. aktiviti manusia
2. Menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil
bagi mengatasi masalah tanah runtuh yang berlaku di
Malaysia.
i. menanam tumbuhan
ii. langkah kejuruteraan - menyimen atau menurap
iii. Sungkupan plastik – jangka masa pendek
iv. Pendidikan
v. kempen yang sesuai
vi. Perundangan – Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
vii. perancangan pembangunan, iaitu pembangunan
tidak melebihi had daya tamping.
3. Menjelaskan sejauh manakah aktiviti manusia mempengaruhi
pergerakan jisim di kawasan tropika lembap.
Kata tugas sejauh manakah yang memerlukan ayat penegasan.
Antara aktiviti manusia yang mempengaruhi pergerakan jisim
i. pembalakan,
ii. pertanian,
iii. pembinaan petempatan,
iv. pembinaan jalan/lebuh raya,
v. perlombongan,
vi. pelancongan.
Manakala faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim
vii. kecerunan,
viii. jenis batuan,
ix. hujan,
x. litupan tumbuhan,
xi. gerakan tektonik,
xii. luluhawa
4. Menghuraikan kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar.
Alam sekitar merujuk kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia.
Antara kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar fizikal
i. sumber air tercemar,
ii. kemusnahan hidupan akuatik,
iii. kesuburan tanah terjejas (kehilangan lapisan top soil)
iv. kemusnahan flora dan fauna,
v. kemusnahan habitat,
vi. sungai menjadi cetek akibat pemendapan.
Manakala kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar manusia
vii. kemusnahan harta benda,
viii. kehilangan nyawa,
ix. aktiviti ekonomi terjejas,
x. sistem pengangkutan terjejas,
xi. sistem perhubungan terputus,
xii. aktiviti domestik terjejas,
xiii. trauma
xiv. kemusnahan infrastruktur.
SISTEM GEOMORFOLOGI
3. Menjelaskan sejauhmana proses geomorfologi di
permukaan bumi dipengaruhi oleh bahangan suria.
Proses Geomorfologi yang dipengaruhi oleh
bahangan suria:
Proses luluhawa, pergerakan jisim, proses
hakisan, pengangkutan, dan pemendapan.

Walau bagaimanapun selain bahangan suria


terdapat faktor lain:
Pengaruh litupan tumbuhan, kecerunan, dan
aktiviti manusia terhadap proses geomorfologi.
5. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi proses Iuluhawa di
sesebuah kawasan.

i. Iklim
ii. Litupan tumbuhan
iii. Batuan
iv. Mikroorganisma
v. Masa
vi. Aktiviti manusia
vii. Aspek (kecerunan)
viii. Haiwan
6. Membincangkan kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia.

Mengaitkan kesan luluhawa


i. Pembentukan gua batu kapur AKTIVITI PELANCONGAN
ii. regolit tanih AKTIVITI PERTANIAN
iii. Pengukiran batuan AKTIVITI PELANCONGAN/ AKTIVITI
PERLOMBONGAN
iv. Pembentukan batu (batu sisa, gerbang laut, batu tunggul)
AKTIVITI PELANCONGAN
v. Kaolin, humus, tanih laterit, tanih aluvium AKTIVITI
PERTANIAN
GELINCIRAN
3.(a) (i) Huraikan tiga jenis gelinciran [6]
ai1Gelinciran biasa - daya tegangan-menarik kerak
bumi daripada sebelah kanan dan kiri-/ daya regangan
kerak bumi jatuh/tergelincir
ai2Gelinciran Rabak - daya regangan dan mampatan-
gerak bumi bergerak secara mendatar
ai3Gelinciran songsang - daya mampatan menghimpit
kerak bumi- berlaku pergerakan menegak-kerak bumi
tertolak ke atas.
(ii) Jelaskan bentuk muka bumi kesan geliciran [10]
a.ii.1 Gunung bongkah
a.ii.2 Lurah geliciran
a.ii.3 Tanah tinggi
a.ii.4 Tebing atau tubir gelinciran
a.ii.5 Teres gelinciran
a.ii.6 Pantai tenggelam
a.ii.7 Pelantar benua
(iii) Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi gelinciran
kepada aktiviti manusia. [9]
Pemarkahan
a.iii.1 Gunung bongkah - pelancongan/menara telekomunikasi
a.iii.2 Lurah geliciran - Pelancongan / sukan rekreasi
a.iii.3 Tanah tinggi - Pemancar telekomunikasi
a.iii.4 Tebing atau tubir gelinciran- pertanian / agro
pelancongan
a.iii.5 Teres gelinciran - pelancongan, pertanian
a.iii.6 Pantai tenggelam- pelancongan/pertanian
a.iii.7 Pelantar benua-perikanan
GUNUNG BERAPI
1. Menjelaskan tiga faktor yang menyebabkan bentuk
gunung berapi berbeza.
i. jenis lava
ii. jenis bahan yang dikeluarkan
iii. jenis letusan
iv. usia gunung berapi
v. kekerapan letusan
vi. ciri/jenis/sifat/jumlah lohong
vii. tempoh masa letusan
viii. kuantiti bahan yang dikeluarkan
2. Menghuraikan bagaimana aktiviti gunung berapi
boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.
Calon sepatutnya menerangkan kronologi letusan
gunung berapi sehingga mendatangkan penyakit
kepada manusia iaitu punca, proses, dan kesan.

Contohnya punca (letusan gunung berapi), proses


(pelepasan gas, debu dan habuk) dan kesannya
(penyakit kulit, asma, sakit mata).
3. Menjelaskan mengapa kawasan gunung berapi masih menjadi
tumpuan penduduk.
Calon sepatutnya mengaitkan bentuk muka bumi hasil letusan
gunung berapi dengan kepentingannya kepada penduduk.
i. dataran lava bes yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian,
ii. kawah gunung berapi/tasik krater sesuai untuk aktiviti
perikanan, rekreasi, dan pelancongan,
iii. kawah batuan sulfur untuk aktiviti perlombongan,
iv. kolam air panas untuk aktiviti rekreasi, pelancongan, dan
perubatan,
v. geiser (pancutan air panas) untuk aktiviti pelancongan dan
geoterma,
vi. batuan igneus untuk perlombongan kuari,
vii. kolam lumpur untuk kosmetik dan perubatan,
viii. kon gunung berapi sesuai untuk aktiviti pelancongan.
HAKISAN PANTAI
7. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi hakisan
pantai.
i. bahan mendak
ii. tenaga ombak
iii. orientasi pantai
iv. arus
v. jenis batuan
vi. cerun pantai
vii. pasang surut
viii. tumbuhan
ix. tindakan manusia
x. halangan
8. Membincangkan langkah yang boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan masalah hakisan pantai.

1) Pembangunan lebih terancang melalui dasar Pihak


Berkuasa Tempatan (PBT)
2) Perundangan – Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
3) Pembinaan struktur yang lebih kukuh (groin, gabion,
tembok pemecah ombak, pemupukan pasir)
4) Penanaman lebih banyak tumbuhan pantai
5) Perbanyakkan kempen alam sekitar
6) Pewartaan lebih banyak hutan pantai sebagai hutan
simpan
7) Pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/
JAS
8) Pendidikan
SUNGAI
9. Menjelaskan dua faktor yang menyebabkan sungai di
bahagian hilir berliku-liku.

i. jenis batuan
ii. halangan
iii. kecerunan
iv. hakisan tebing
10. Menghuraikan bagaimana proses pembentukan tasik
ladam.

Sungai berliku menyebabkan hakisan berlaku pada


likuan, berlakunya pemendapan di bahagian dalam,
proses hakisan dan pemendapan yang berterusan
sehingga likuan terpenggal dan seterusnya
terbentuknya tasik ladam.
11. Menjelaskan tiga aktiviti ekonomi yang sesuai dijalankan
di kawasan tasik ladam.

i. akuakultur
ii. pertanian
iii. pelancongan
iv. sukan dan rekreasi
v. perikanan
vi. penternakan
PEMENDAPAN SUNGAI
1. Menghuraikan faktor fizikal yang menyebabkan
tenaga sungai berkurangan (pemendapan).

Faktor yang menyebabkan tenaga sungai berkurangan


i. halaju sungai,
ii. kecerunan sungai,
iii. beban sungai bertambah,
iv. bentuk alur sungai berliku/melebar,
v. isipadu air berkurangan,
vi. wujudnya halangan.
2. Membincangkan langkah bagi mengatasi masalah
pemendapan sungai di Malaysia.

i. pendidikan,
ii. penguatkuasaan undang-undang (Akta KAS 1974/
denda/ penjara)
iii. kempen kesedaran,
iv. melurus,
v. melebar,
vi. mendalamkan sungai,
vii. penanaman tumbuhan tutup bumi,
viii. mewartakan hutan simpan,
ix. langkah kestrukturan,
x. pembangunan yang terancang (lestari).
PEMENDAPAN PINGGIR
PANTAI
1. Menghuraikan faktor fizikal yang mempengaruhi
pemendapan di pinggir pantai.
i. cerun pantai yang landai,
ii. jenis ombak (ombak pembina),
iii. orientasi pantai (lurus atau berteluk),
iv. halangan semula jadi seperti pulau,
v. bahan muatan yang banyak,
vi. saiz bahan yang dibawa oleh ombak,
vii. tumbuhan seperti pokok bakau di pinggir pantai,
viii. faktor arus pesisir.
2. Kepentingan bentuk muka bumi pemendapan
terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai.

i. pantai yang penting untuk aktiviti


pelancongan,perlombongan pasir, industri kecil dan
sederhana (IKS)
ii. beting pasir sesuai untuk aktiviti pelancongan,
rekreasi, dan juga perlombongan pasir
iii. anak tanjung penting untuk aktiviti rekreasi
iv. tombolo untuk perhubungan dan pelancongan
v. delta penting untuk aktiviti pertanian dan
petempatan
vi. permatang untuk petempatan dan pengangkutan
vii. lagun penting untuk aktiviti pelancongan

Anda mungkin juga menyukai