Anda di halaman 1dari 7

1

BILIK KEBAL

1. Ketua Pengawas bersama Pengawas Pengiring ke bilik kebal untuk mengambil kertas soalan.
Penting : BAWA BRP (BUKU REKOD PENGAWASAN_

2. Ketua Pengawas diberikan Karung Keselamatan untuk mengisi bungkusan kertas peperiksaan. Masukkan
Label Karung di poket depan karung keselamatan.
a. Karung Sidang 1
b. Karung Sidang 2
c. Karung Sidang 3

3. Rekodkan maklumat dalam BRP pada ruangan Rekod Semakan Karung Keselamatan
i. Tarikh
ii. Masa terima kertas di bilik kebal
iii. Nama dan Kod Kertas

4. KP akan diberi 2 MOUSETAIL untuk setiap karung.

5. Rekodkan nombor siri MOUSETAIL dalam BRP pada ruangan REKOD SEMAKAN KARUNG
KESELAMATAN

6. Semak sampul kertas peperiksaan yang diberikan:


i. Keadaan fizikal sampul.
ii. Sidang
iii. Kod dan nama mata pelajaran
iv. Kod Pusat Peperiksaan
PENTING: Pastikan maklumat yang tertera pada label bungkusan adalah sama seperti maklumat pada
tetingkap.Semak juga tetulang di bahagian sisi sampul kertas peperiksaan- mesti selari.

7. Pastikan bilangan kertas peperiksaan cukup berdasarkan bilangan calon yang tercatat dalam senarai calon
mengikut mata pelajaran.
Semak dan tanda dan tandatangan

8. Masukkan kertas peperiksaan DAN 1 Mousetail ke dalam Karung Keselamatan.

9. Jerut karung menggunakan mousetail.

10. Bawa kertas soalan ke pusat peperiksaan

11. Simpang Karung Keselamatan Sidang 1 dan Sidang 2 dalam Al vfbbvbv65tmari berkunci di dewan.
Karung Sidang 3 wajib disimpan dibilik Pengetua (Rekod dalam LP/Am 123 –Rekod Penyerahan
Kertas Peperiksaan Sesi 2 kepada Pengetua..
2

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Catat di papan tulis maklumat peperiksaan.

2. Edar JOB/JOTB/BJ/HT di meja calon.

3. Arahkan calon masuk ke dalam Dewan Peperiksaan. Baca arahan kepada calon tentang arahan dan
larangan

4. Meminta calon memeriksa saku dan meja untuk pastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk.

5. Minta calon memeriksa butiran calon pada label meja dan turunkan tandatangan.

6. Keluarkan karung keselamatan dari peti besi 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

7. Minta Guru Bertugas Harian masuk ke Dewan Peperiksaan dan mengisi Borang Akta Rahsia Rasmi
1972.

8. Timbalan Ketua Pengawas, dan Guru Bertugas Harian menyemak nombor siri MOUSE TAIL.
Pastikan sama dengan yang tercatat dalam BRP.

9. TKP catat semula no siri MOUSE TAIL pada Rekod Semakan Karung Keselamatan dalam BRP.
Kemudian tulis nama dan tandatangan.

10. Guru Bertugas Harian catat nama dan tandatangan pada Rekod Semakan Karung Keselamatan dalam
BRP.

11. Potong MOUSE TAIL dan keluarkan Kertas Soalan dari Karung Keselamatan.

12. TKP dan, Pengawas dan Guru Bertugas Harian menyemak sampul kertas peperiksaan.

13. KP semak sekali lagi maklumat pada label sampul dan tetingkap.

14. KP memotong sampul lutsinar tanpa memutuskannya. (biarkan berjuntai)

15. . Keluarkan sampul dalam/merah yang mengandungi kertas peperiksaan.

16. KP, TKP, Pengawas dan Guru Bertugas Harian semak sampul dalam/merah dan tetingkap Pastikan
maklumat sama dan betul.

17. KP, TKP, Pengawas dan Guru Bertugas Harian tulis nama dan tandatangan pada di ruangan pada
label sampul dalam/merah.

18. KP memotong sampul tanpa memutuskannya.(biarkan berjuntai).

19. Keluarkan kertas soalan dan kira.

20. Edarkan kertas soalan. Kertas soalan yang lebih hendaklah dimasukkan semula dalam sampul
dalam/merah, diseal dan disimpan dalam almari besi berkunci.

21. Bacakan arahan mengikut teks yang dibekalkan.


3

22. Minta calon semak Kertas yang diterima, bilangan halaman, turutan halaman, mutu cetakan.
SEMASA CALON MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

1. Meronda dan memastikan tiada salah laku oleh calon. Sebarang salah laku hendaklah ditangani
secara berhemah.

2. Semak Dokumen Pengenalan diri Calon. Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan
SPM (LP/Am 118)

3. Pengawas dilarang membaca kertas soalan, memfoto apa-apa gambar semasa peperiksaan
berlangsung.

4. Pengawas-pengawas dilarang menggunakan telefon bimbit untuk apa-apa tujuan ketika melakukan
pengawasan peperiksaan.

5. Tidak membenarkan calon keluar dari Dewan dalam tempoh 30 minit pertama dan 15 minit terakhir.

6. Tidak membenarkan calon yang meninggalkan bilik/dewan peperiksaan sebelum tamat sesi
peperiksaan membawa keluar kertas peperiksaan, helaian tambahan dan lain-lain dokumen yang
berkaitan dengan keperluan kertas peperiksaan.

7. Mengutip semula kertas peperiksaan calon yang tidak hadir selepas berakhir 30 minit pertama.

8. Masukkan kertas tersebut ke dalam sampul dalam/merah, diseal dan simpan dalam almari besi
berkunci.

9. Menanda senarai calon selepas 30 minit peperiksaan bermula.

10. Mengisi buku rekod pengawasan.

11. Melengkapkan Borang mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).

12. Apabila masa peperiksaan tamat arahkan calon berhenti menulis dan minta calon semak maklumat
pada skrip jawapan sebelum kertas dikutip.

13. Jangan benarkan pelajar keluar sebelum:


i. Semua kertas peperiksaan telah dikutip
ii. Semua skrip jawapan telah dikutip.
iii. Kertas soalan dan skrip telah dipastikan mencukupi bertepatan dengan bilangan calon.

14. Kutip semua helaian tambahan samada yang telah digunakan atau belum digunakan. Calon tidak
dibenarkan membawa keluar apa-apa dokumen atau peralatan kecuali Dokumen Pengenalan Diri dan
alat tulis.

15. Mengingatkan calon tentang kertas peperiksaan dan waktu peperiksaan berikutnya.

16. Kutip helaian tambahan dan dokumen berkaitan kertas peperiksaan yang sudah digunakan dan
disimpan dalam almari besi yang berkunci sebelum dilupuskan selepas peperiksaan.
4

PEMBUNGKUSAN KERTAS SOALAN DAN SKRIP JAWAPAN CALON

1. Masukkan semua kertas soalan ke dalam sampul dalam/merah dan masukkan sampul dalam/merah
ke dalam sampul lutsinar.

2. Susun skrip jawapan mengikut angka giliran.

3. Susun untuk membungkus seperti berikut:


5
6

4. Catat nombor siri plastik pembungkus skrip jawapan ke dalam Buku Rekod Pengawasan BRP di
ruangan Catatan Perkara Penting pada Rekod Harian Pengendalian Peperiksaan dan Pengiriman
Skrip Jawapan Peperiksaan (ms 12-ms35)

5. Memasukkan bungkusan skrip jawapan ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan
menggunakan mousetail

6. Catat nombor siri MOUSE TAIL dalam BRP ruangan Rekod Semakan Karung Keselamatan.

7. Hantar ke bilik kebal

8. Serah BRP kepada Penyelia Kawasan di bilik kebal untuk disemak dan disahkan pada bahagian
Rekod Semakan Karung Keselamatan.
7

Anda mungkin juga menyukai