Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM

KUNCI SOALAN/KATA TUGAS, PANDUAN & CONTOH JAWAPAN

KERTAS 1 – BAHAGIAN B
1 KATA TUGAS APAKAH : Memberi makna @ maksud yang tepat tentang sesuatu definisi.
CONTOH SOALAN Apakah maksud iman?
CONTOH JAWAPAN Iman ialah yakin dengan hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan anggota.

2 KATA TUGAS NYATAKAN : Fakta jawapan yang ringkas, tidak perlu penjelasan yang mendalam.
CONTOH SOALAN Nyatakan dua akibat murtad.
CONTOH JAWAPAN 1. Perkahwinan terbatal
2. Tidak boleh menerima pusaka

3 KATA TUGAS TERANGKAN : Memerlukan sebab untuk menjelaskan sesuatu fakta/isi.


( 1 isi / 1 huraian )
CONTOH SOALAN Terangkan dua keistimewaan Imam Syafie.
CONTOH JAWAPAN 1. Menghafal al-Quran / ketika usianya 9 tahun.
2. Seorang yang pintar / boleh member fatwa ketika usia 15 tahun.

4 KATA TUGAS JELASKAN : Jawapan yang boleh difahami, tidak dihuraikan panjang.
CONTOH SOALAN Jelaskan dua cara untuk mendapat kemanisan iman.
CONTOH JAWAPAN 1. Banyak melakukan ibadat sunat
2. Selalu berzikir kepada Allah
3. Melazimi qiamullail
4. Rajin membaca al-Quran

5 KATA TUGAS SENARAIKAN : Menyenaraikan jawapan yang betul (fakta).


CONTOH SOALAN Senaraikan tiga tanggungjawab seseorang ibu semasa hamil.
CONTOH JAWAPAN 1. Banyak bersabar
2. Banyak membaca al-Quran
3. Menjaga akhlak
4. Banyak berdoa

6 KATA TUGAS HURAIKAN : Memerlukan penjelasan tentang pernyataan yang diberi.


CONTOH SOALAN Huraikan maksud ‘ mengamalkan dengan anggota’?
CONTOH JAWAPAN 1. Melakukan suruhan Allah seperti solat.
2. Meninggalkan perkara yang dilarang seperti zina.

7 KATA TUGAS PERBEZAAN : Perlu menyenaraikan perbezaan antara dua perkara.


( Dicadangkan buat kolum )
CONTOH SOALAN Terangkan dua perbezaan antara korban dan akikah.
CONTOH JAWAPAN
Korban Akikah
1. Wajib disedekahkan 1. Tidak wajib disedekahkan.
2. Sunat diagihkan secara mentah 2. Sunat dimasak manis
3. Dilakukan pada 10, 11, 12 & 13 3. Pada bila-bila masa/kelahiran bayi
Zulhijjah 4. Tanda kesyukuran sempena
4. Mendekatkan diri kepada Allah kelahiran bayi
8 KATA TUGAS HUKUM/SITUASI/ALASAN
Hukum/situasi adalah berdasarkan perbuatan itu.
Jawapan sah/tidak sah, batal/tidak batal, halal/haram, wajib/tidak wajib, sunat,
makruh, dan harus sahaja.
Hukum boleh/tidak boleh/tidak mengapa – tidak diterima.
Alasan tidak boleh diambil daripada masalah yang diberi.
CONTOH SOALAN Encik Ahmad telah berada di tempat wukuf sejak 8 Zulhijjah hingga tergelincir
matahari 9 Zulhijjah bertujuan menyempurnakan ibadat haji.
CONTOH JAWAPAN Sah, kerana dia telah berada di Arafah pada waktu yang telah disyariatkan.

KERTAS 2
1 KATA TUGAS NYATAKAN : Jawapan dalam bentuk fakta/tepat . Tidak perlu penerangan/
huraian/contoh/sokongan.
CONTOH SOALAN Nyatakan dua perbuatan negatif yang dimaksudkan oleh hadis di atas.
CONTOH JAWAPAN 1. Hasad dengki
2. Tipu-menipu
3. Benci-membenci
4. Berpaling muka

2 KATA TUGAS APAKAH : Tentang definisi/maklumat yang khusus/tepat.


CONTOH SOALAN Apakah maksud hidayah?
CONTOH JAWAPAN Petunjuk Allah ke jalan kebenaran/kepada orang yang dkehendakiNya.

3 KATA TUGAS MENGAPAKAH : Perlu jelaskan sebab.


CONTOH SOALAN Mengapakah Allah membinasakan umat-umat terdahulu?
CONTOH JAWAPAN 1. Kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah.
2. Kerana mereka melanggar perintah Allah.
3. Kerana mereka menolak ajaran Rasul.

4 KATA TUGAS BAGAIMANAKAH : Memberi penerangan tentang cara/kardah/langkah/kejadian.


CONTOH SOALAN Bagaimanakah anda dapat mengekalkan hidayah yang diberikan oleh Allah?
CONTOH JAWAPAN 1. Sentiasa meningkatkan iman.
2. Mengamalkan akhlak mulia.
3. Sentiasa berdoa.

5 KATA TUGAS SIAPAKAH : Mengenalpasti individu tertentu.


CONTOH SOALAN Siapakah Luqman al-Hakim?
CONTOH JAWAPAN Seorang hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa

6 KATA TUGAS SENARAIKAN : Menyatakan beberapa fakta.


CONTOH SOALAN Senaraikan empat ciri orang yang beriman.
CONTOH JAWAPAN 1. Sentiasa sujud kepada Allah.
2. Sentiasa mengingati Allah.
3. Tidak takabbur.
4. Melazimi qiamullail.
7 KATA TUGAS TERANGKAN : Menyatakan fakta dengan sokongan/menjelaskan sesuatu dengan
sebab. ( 1 isi / 1 huraian )
CONTOH SOALAN Terangkan dua cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
CONTOH JAWAPAN 1. Patuh kepada perintah kedua ibu bapa / selagi tidak bertentangan dengan
hukum Islam.
2. Menolong ibu bapa dalam kehidupan seharian / seperti menjaga adik.

8 KATA TUGAS JELASKAN : Penerangan tentang sesuatu yang mudah difahami.


CONTOH SOALAN Jelaskan dua usaha anda untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakan sebaya.
CONTOH JAWAPAN 1. Memupuk kasih sayang.
2. Mengamalkan sikap tolong-menolong
3. Mmelihara hak orang lain dengan menghormati mereka.

9 KATA TUGAS TERANGKAN PENGAJARAN AYAT/HADIS : Menyatakan fakta daripada ayat al-
Quran atau hadis dengan sokongan/menjelaskan sesuatu dengan sebab.
( 1 isi / 1 huraian )
CONTOH SOALAN Terangkan pengajaran daripada ayat di atas.
CONTOH JAWAPAN 1. Kita mestilah beriman dengan perkara ghaib/ supaya dapat meningkatkan
keimanan kepada Allah
2. Kita mestilah mentaati Rasul / kerana mereka utusan Allah.
3. Manusia hendaklah berfikir berdasarkan wahyu/ agar tidak sesat.

10 KATA TUGAS BEZAKAN : Memberikan kelainan/ketidaksamaan antara dua @ lebih perkara.


CONTOH SOALAN Bezakan antara orang berilmu yang beramal dengan orang berilmu yang tidak
beramal.
CONTOH JAWAPAN
Orang berilmu yang beramal Orang berilmu yang tidak beramal
1. Menjadi hamba Allah yang soleh 1. Menjadi hamba yang derhaka
2. Sentiasa diredhai/disayangi Allah 2. Sentiasa dimurkai/dibenci Allah
3. Ilmunya akan sentiasa bertambah 3. Ilmunya akan semakin berkurang

11 KATA TUGAS CADANGKAN, CARA, AMALAN, TANGGUNGJAWAB, @ TINDAKAN


CONTOH SOALAN Cadangkan dua cara memberi perlindungan kepada orang yang berminat ke arah
Islam.
CONTOH JAWAPAN 1. Membawanya ke tempat yang aman.
2. Menyediakan tempat tinggal yang selamat.
3. Menjaga keselamatannya daripada dicerobohi.
4. Melindunginya daripada sebarang anasir yang tidak diingini.

12 KATA TUGAS AYAT HAFAZAN : SUSUN AYAT, ISI TEMPAT KOSONG


CONTOH SOALAN Susun semula ayat / Isi tempat kosong dengan kalimah yang betul.
CONTOH JAWAPAN 1. 4 @ 4, 3, 2, 1 2. B @ B, D, C, A
3 D
2 C
1 A

Anda mungkin juga menyukai