Anda di halaman 1dari 3

NIYA KHALEESA BINTI NAZRUL SHAFWAN

SK TAMAN MEGAH
(PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2/ 2019)

Kasihnya Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia pada jam randiknya, guru-
guru dan rakan sekalian.

Kalau malam hujan merintik,


Takkan purnama masih bercumbu;
Kalau dalam lautan Pasifik,
Manakan sama kasihnya ibu.

Pada kali ini, saya mempertaruhkan sebuah cerita yang bertajuk, “Kasihnya Ibu”.
Ini cerita benar tau, kawan- kawan.Sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!! Seingat saya sekurang- kurangnya 7
kali ibu membohongi saya.

Saya dilahirkan sebagai anak lelaki dalam sebuah keluargayang miskin. Makan
minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Kadangkala kami terpaksa makan
berlaukkan seekor ikan masin dikongsi sekeluarga. Sebagai anak yang masih kecil, aku
sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak
cepat memujukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: "Makanlah
nak, ibu tak lapar. “Makanlah, nak. Ibu tidak lapar”. Pembohongan ibu yang pertama.

Ketika aku mulai besar, ibu sering memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu
berharap , ianya dapat dijadikan lauk untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang
dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu
makan, ibu duduk di sisi kami dan memakan sisa daging ikan yang saya makan tadi.
Hati saya sedih, saya ambil sudu dan berikan ikan kepada ibu. “Ibu, kita kongsi ya,
bu”, ajak saya. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: "Makanlah nak, mak
tak suka makan ikan’. Pembohongan ibu yang kedua.

Di awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu menjual penyapu lidi dan
kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih
kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih
bertemankan sebuah pelita. Sesekali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya
berkata: "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu hendak pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan
berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." Pembohongan ibu yang
ketiga.
NIYA KHALEESA BINTI NAZRUL SHAFWAN
SK TAMAN MEGAH
(PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2/ 2019)

Hadirin sekalian,/ Hadirin yang saya hormati,

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani
saya menduduki peperiksaan penting di sekolah. Ibu sering kali saja tersenyum dan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Allah agar saya lulus ujian peperiksaan ini
dengan cemerlang. Kringgggggggg!!! Bunyi loceng menandakan ujian sudah selesai,
ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang dibekalkan olehnya.
Kental kopinya… tapi tak sekental kasih ibu pada saya. Dibasahi peluh, saya berikan
cawan saya kepada ibu untuk menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya
dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus. Pembohongan ibu yang keeempat.

Ayah pergi setelah saya dilahirkan. Ibu mengambil tempat ayah sebagai ketua
keluarga. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja,ibu sudah pun tua.
Walaupun disuruh rehat di rumah, ibu tetap menjual sayur di pekan. Kakak dan abang
sering mengirimkan wang tetapi ibu mengirim balik wang itu. Katanya, “ Jangan susah-
susah, ibu ada duit." Pembohongan ibu yang kelima.

Tamat pengajian, saya ditaja ke luar negara. Dengan pencapaian yang


cemerlang, saya bekerja di sana. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat
membawa ibu berehat di sana. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu
tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, ibu tak biasa
tinggal di negara orang”. Itu pembohongan ibu yang keenam.

Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. ibu mesti
dibedah secepat mungkin. Saya terus pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Terbaring lemah di katil hospital ,ibu kelihatan sangat tua. Dia menatap wajah saya
dengan penuh kerinduan. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah
memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu,
kucup pipi dan dahinya. Hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."
Pembohongan ibu yang ketujuhSelepas pembohongan terakhir ibu itu, dia pergi
tinggalkan kami selama- lamanya.

Kawan- kawan, tujuh pembohongan ibu tadi, bukanlah pembohongan! Tetapi


pembohongan itu adalah pengorbanannya. Benar kata pepatah, “ Kasih ibu sepanjang
jalan, kasih anak sepanjang penggalan”. Pengajarannya, hargailah ibu dan
pengorbanannya sementara mereka masih ada. Jika ibu anda jauh di mata, hubungilah
NIYA KHALEESA BINTI NAZRUL SHAFWAN
SK TAMAN MEGAH
(PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2/ 2019)

sekarang, dan katakanlah, “ Ibu, saya sayangkan ibu”. Kawan- kawan, berbaktilah
kepada ibu kita selagi peluang masih ada.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai