Anda di halaman 1dari 4

Rujukan:100-CK(HEP/KELAB/35/6/1)

Tarikh :11 JUN 2023


Yang Berusaha
C.M. Sabri Bin Ibrahim, PJK
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
Kampung Sungai Mas 18500 Machang
KELANTAN DARUL NAIM

Tuan,

MAKLUMAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM BERSAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN


BUKIT TIU

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tengku Anis Reader’s Club (PTARC) akan mengadakan
program Make Over Library with SK Bukit Tiu. Antara objektif program pada kali ini adalah untuk penambahbaikan
pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu supaya dapat menarik minat murid-murid untuk kerap mengunjungi
perpustakaan.

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati berharap agar pihak puan dapat menyambut
kedatangan pihak kami secara terbuka. Butiran program yang akan diadakan adalah sebagaimana yang berikut:

Tarikh : 20 & 22 JUN 2023 (Selasa & Khamis)


Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang
Tempat : Perpustakaan SK Bukit Tiu

4. Turut dilampirkan bersama surat makluman ini, atur cara dan jumlah pelajar yang terlibat bagi program
tersebut untuk rujukan tuan.

Sebarang pertanyaan berkaitan tersebut, boleh diajukan kepada saudari Putri Arieysha binti Norazmi di talian
01135150123. Semoga dengan kehadiran pihak kami untuk menjayakan program ini dapat memberikan impak yang
positif kepada murid-murid di sekolah. Segala kerjasama dan komitmen daripada pihak puan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MEMARTABATKAN AGENDA PEMBINAAN BANGSA”

Yang Benar,

Puan Nordelina Zulkarnain


Penasihat 1 PTA Reader’s Club (PTARC)

PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS READER’S CLUB


(PTARC)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
Kampus Machang, Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan
E-mel : ptareadersclub321@gmail.com
Lampiran 2

Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu

Hari : SELASA, 20 JUN 2023

Masa : 8:00 pagi – 1:00 petang

MASA PERKARA

8:00 - 8:15 Pendaftaran

8:15 - 8:30 Makan pagi

8:30 - 12:30 Menghias dan mencantikkan perpustakaan

12:30 - 1:00 Makan tengahari

1:00 Bersurai

Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu

Hari : KHAMIS, 22 JUN 2023

Masa : 8:00 pagi – 1:00 petang

MASA PERKARA

8:00 - 8:15 Pendaftaran

8:15 - 8:30 Makan pagi

8:30 - 11:00 Pertandingan mewarna penanda buku, jom membaca dan kuiz
11:00 - 11:10 Ketibaan tetamu jemputan

11:10 - 11:20 Nyanian lagu Negaraku dan bacaan doa

11:20 - 11:30 Ucapan alu-aluan dan perasmian

11:30 - 11:35 Gimik perasmian

11:35 - 12:15 Penyampaian hadiah kepada pemenang

12:15 - 12:25 Tayangan montaj

12:25 - 12:35 Sesi bergambar

12:35 - 1:00 Makan tengahari

1:00 Bersurai
Lampiran 3

Hari : SELASA, 20 JUN 2023

BIL NAMA

1. NUR DAMIA AYUNI BINTI MAIZULANAM

2. WARDATUL AFNAN BINTI MUHAMAD ZAN

3. ALIA ALISSA BINTI ALIAS

4. NOR NADIAH SURIANI RADZUAN

5. ADRIANA FARHANAH BINTI ABD RASHID

6. NOR SYAFIKA BINTI ZAKARIA

7. NURBATRISYA HUSNA BINTI HAFIZAN

8. ANISA BALQIS BINTI MOHD SAUPI

9. AIMI SYIFA BINTI MOHD AFENDI

Hari : KHAMIS, 22 JUN 2023

BIL NAMA

1. NUR IRDINA IMAN BINTI MOHD AZLAN

2. WAN NUR ASYIKIN BINTI WAN AHMAD EZANI

3. MUHAMMAD KHAIRIN BIN MOHD KHAIDZIR

4. ALIA ALISSA BINTI ALIAS

5. FARAH FARHANIM BINTI AHMAD RIZA

6. WAN NURSYAFIKA BINTI WAN MOHD HARIS

7. NUR MAISARAH BINTI ABDUL MANAP

8. FARAH FARHANA BINTI YAHAYA

9. SITI HAJAR BINTI ISHAK

10. MUHAMMAD HANIF ILHAM BIN MOHAMAD GHAZALI

11. NUR FARWIZAH BINTI ABDUL RASHID

12. TENGKU NUR AQILAH BINTI TENGKU IKRAM

Anda mungkin juga menyukai